www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Monday 18 April 2011

UMNO TERUS ZALIMI CIKGU MALA. SUAMI DIPAKSA PINDAH 275 KM DARI SEGAMAT.

Calon PAS dalam PRK Dun Tenang Cikgu Mala dan suaminya dizalimi lagi oleh kerajaan BN. Baru-baru ini Kementerian Pelajaran telah mengarahkan Maarof Abd Mutalib, suami calon PAS bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Normala Sudirman, diarah bertukar ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Pengelih, Pengerang, Kota Tinggi berkuatkuasa 1 April lalu.

Zalim, memang Umno zalim , memisahkan antara dua hati yang bergelar suami isteri. Bayangkanlah jarak antara Segamat dan Tg.Pengelih mengikut bacaan Google Maps ialah sejauh 275 km yang mengambil masa perjalanan lebih kurang 4 jam 15 minit.

Kenapa beliau dicampak jauh ke selatan negeri Johor yang bersempadan dengan kepulauan Singapura? Kena tidak ditukar ke daerah dalam Segamat sahaja, atau daerah Muar yang berdekatan? Kenapa nak dipisahkan seorang suami dan isteri bersama anak-anaknya? Kenapa kerajaan BN melalui Timbalan Menteri Pelajaran begitu berdendam dengan Maarof dan Normala? Sebab mereka orang PAS, jika Umno kira ok?Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata pertukaran itu sebagai tindakan tatatertib terhadap Maarof, 45, yang sebelum ini bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Tenang Stesen, Segamat, berikutan menyalahgunakan sijil sakit bagi menemani isterinya, berkempen pada pilihan raya kecil DUN Tenang, Januari lalu.




Januari lalu, Maarof mencetuskan kontroversi apabila tindakannya mengambil cuti sakit selama dua minggu daripada tugasnya sebagai guru dan disahkan menghadapi masalah kemurungan serius tetapi dilihat menemani isterinya berkempen pada pilihan raya kecil DUN Tenang. Maarof dilaporkan memberitahu media beliau memohon cuti semata-mata menemani isterinya, Normala untuk berkempen sehingga selesai pilihan raya kecil itu.

Sementara itu, Pengarah Pelajaran Johor, Markom Giran ketika dihubungi berkata, surat pertukaran itu sudah diserahkan kepada pihak berkenaan tetapi pihaknya tidak pasti sama ada Maarof sudah mula mengajar di SMK Tanjung Pengelih seperti diarahkan.

“Perkara ini perlu dikemukakan kepada Pejabat Pelajaran Daerah Segamat atau Kota Tinggi bagi mendapat kesahihan. Bagaimanapun, jika Maarof tidak menurut arahan pertukaran itu, surat ingkar perintah akan dikeluarkan menyebabkan gajinya boleh ditahan atau tindakan lebih berat termasuk dibuang kerja,” katanya. -BH

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online