www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Showing posts with label PDRM. Show all posts
Showing posts with label PDRM. Show all posts

Monday, 11 July 2011

TERKEJUT LIHAT ANAK BERGARI,TIDAK SEDARKAN DIRI DAN AKHIRNYA MATI DALAM JAGAAN POLIS. SUNGGUH MENYAYAT HATI...

Ibu persoal sebab kematian Azizul

KUALA TERENGGANU: “Hanya Allah yang tahu sedihnya perasaan apabila melihat Mohd Azizul tidak sedarkan diri dalam keadaan bergari ketika ditahan di lokap Balai Polis Gong Badak, bersama abangnya pada malam Rabu lalu.

“Saya juga kecewa apabila bertanya kepada anggota polis bertugas mengapa anak saya begitu, tetapi dijawab anak saya hanya berpura-pura tidak sedarkan diri dan akan sedar setengah jam lagi,” kata Zainun Mamat, 52, dari Kampung Tuan Mandak, Batu Enam di sini, semalam.
Zainun yang juga suri rumah, mempertikaikan kelewatan polis menghantar anaknya mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) hingga menyebabkan kematian Mohd Azizul Muda, 24, yang didakwa meninggal dunia kerana kecederaan akibat jatuh motosikal di Taman Semarak. 

Beliau berkata, Allahyarham dan abangnya, Mohd Suhaimi, 38, keluar menaiki motosikal ke kedai makan di Taman Semarak, untuk menikmati roti canai selepas menonton siaran langsung perlawanan bola sepak kelayakan Piala Dunia antara Malaysia dengan Taiwan jam 11.30 malam Rabu lalu.

Katanya, kira-kira setengah jam kemudian, dia menerima panggilan telefon daripada rakan anaknya supaya datang ke Balai Polis Gong Badak kerana dua anak lelakinya itu ditahan polis dan Mohd Azizul cedera di kepala kerana dikatakan jatuh motosikal.

“Saya lihat Mohd Azizul kritikal akibat kecederaan di kepala, malah saya juga tidak mengetahui punca sebenar dia dan abangnya ditahan polis. Selepas berbincang dengan anggota polis di situ, seorang daripadanya memberi jaminan Mohd Azizul akan pulih dan saya diminta pulang tidak lama selepas itu,” katanya.

Zainun berkata, dia datang semula ke balai polis itu kira-kira jam 9 pagi keesokannya untuk melihat keadaan anaknya, tetapi terkejut apabila mendapat tahu Mohd Azizul sudah dihantar ke HSNZ pagi itu tanpa pengetahuannya.

“Saya bergegas ke HSNZ dan terkejut apabila mendapati kepala anak sudah dibedah dan doktor memaklumkan Mohd Azizul meninggal akibat terjatuh motosikal. Saya hairan kerana sebelum ini anggota polis memberi jaminan anak saya tiada sebarang masalah.

“Saya kesal kerana permintaan supaya Mohd Azizul dibawa ke hospital tidak diendahkan polis, sebaliknya berbuat demikian apabila dia sudah nazak dan ini menimbulkan keraguan berhubung punca kematiannya,” katanya.

Zainun berkata, keluarganya bercadang melantik peguam untuk mengenal pasti punca sebenar kematian anaknya dan mengambil tindakan lanjut.
Read rest of entry

Wednesday, 18 May 2011

KELUARGA DAKWA TERANIAYA DISERBU 10 POLIS. SIAPA YANG ZALIM NI?

JOHOR BAHRU - "Kami tidak puas hati dan rasa teraniaya dengan tindakan sekumpulan anggota polis yang menyerbu rumah kami baru-baru ini."

Demikian luahan Tiang King Yen, 41, dari Permas Jaya di sini yang tertekan dengan serbuan kira-kira sepuluh anggota polis di rumahnya baru-baru ini atas dakwaan memiliki dadah.

King Yen, seorang jurujual di sebuah pasar raya berkata, dalam serbuan kira-kira 1.30 petang 10 Mei lalu lalu, suaminya, Keong Yew Kwong, 47, anaknya, Venus Keong, 4, dan rakan suaminya, Chong Wen Sin, 39, turut berada di dalam rumah.

"Tiba-tiba muncul tiga buah kereta yang dinaiki kira-kira sepuluh orang terus menyerbu rumah saya dan seorang daripada mereka menunjukkan surat kuasa polis.

"Kesemua mereka berpakaian preman dan meminta kami mengeluarkan barang-barang yang salah jika ada tetapi saya beritahu tiada," katanya pada sidang akhbar di pejabat Biro Jenayah MCA, Pasir Gudang di sini semalam.

Dia berkata, setelah memeriksa rumahnya, kesemua orang di rumahnya diminta ke balai polis untuk menjalani ujian air kencing.

Hasil ujian itu, katanya, hanya dia seorang yang positif dadah, namun itu berpunca daripada ubat yang diambil dari klinik kerana sakit belakang.

Apa yang dikesalkan katanya, proses ujian air kencing itu mengambil masa sehingga tiga jam menyebabkan anaknya kelaparan tetapi tidak dibenarkan makan.

"Saya minta izin untuk beli makanan seperti roti juga tidak dibenarkan," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Biro Jenayah MCA Pasir Gudang, Shiun Chean Teck berkata, satu laporan polis telah dibuat oleh mangsa pada keesokan harinya.

Katanya, polis perlu menyiasat dakwaan berkenaan kerana tindakan ke atas keluarga tersebut disifatkan keterlaluan dan akan mencemarkan nama baik pasukan polis.


Read rest of entry

Thursday, 21 April 2011

CEKAP BETUL POLIS MALAYSIA. 2 BANDUAN BERGARI BOLEH TERLEPAS.

Biarpun tangan mereka digari, dua suspek kes samun yang dibawa ke Mahkamah Temerloh bagi mendapatkan perintah reman, masih sempat memboloskan diri daripada kawalan polis sebelum merampas sebuah kereta milik orang awam untuk melarikan diri, semalam.

Kejadian kira-kira jam 8 pagi itu berlaku ketika kedua-dua lelaki berusia 29 dan 30 tahun terbabit yang dicekup polis kelmarin berhubung kes samun baja kira-kira dua minggu lalu, dibawa ke mahkamah berkenaan dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Temerloh.

Bagaimanapun, ketika turun dari trak polis untuk dibawa ke lokap mahkamah, suspek terbabit berjaya melarikan diri melalui pintu belakang mahkamah dan menuju ke taman rekreasi berhampiran.

Dalam keadaan masih mengenakan baju lokap, mereka kemudian menyamun kereta milik seorang lelaki berusia 50 tahun pulang berjoging di taman rekreasi berkenaan sebelum memecut ke destinasi tidak diketahui.

Seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Rasol berkata, ketika kejadian dia berada di kantin mahkamah dan sedang bersarapan namun secara tiba-tiba terlihat dua lelaki berpakaian lokap polis lari seperti ‘lipas kudung’ menuju ke pintu belakang yang terletak berhampiran.
Read rest of entry

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online