www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Showing posts with label PAKATAN RAKYAT. Show all posts
Showing posts with label PAKATAN RAKYAT. Show all posts

Wednesday, 4 May 2011

PAS TAK AKAN SERTAI UMNO DAN BN SELAGI TOK GURU NIK AZIZ HIDUP.

Walaupun beberapa kali dipelawa UMNO agar sepakat dalam satu jemaah, nampaknya Pas masih enggan melayani permintaan itu disebabkan perbezaan ideologi dalam kalangan pemimpin mereka.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini sekali lagi mempelawa dan menyeru parti itu menyertai UMNO dan BN sekiranya benar-benar mahu berjuang untuk Islam.

Melihat kepada keadaan itu, penganalisis politik, Prof Dr Ahmad Attory Hussain berkata, realitinya, Pas bukan enggan menjalinkan kerjasama dengan UMNO dan BN, malah parti itu tidak akan menafikan sekiranya kerjasama sekali lagi terjalin antara mereka.

“Apa yang kita nampak, setakat ini terdapat beberapa pihak terutama melibatkan generasi baru yang memiliki pemikiran baru dalam parti itu berhasrat untuk mengkaji kedudukan mereka dalam Pakatan Rakyat (PR).

“Ia dikukuhkan lagi setelah Pas tidak memenangi sebarang kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak dan prestasi PKR jatuh merudum di negeri itu,” katanya.

Beliau yang juga Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM) berkata, kemungkinan besar sekiranya kepimpinan tertinggi parti itu diambil alih orang baru, kerjasama Pas, UMNO akan terjalin.

“Kita lihat semangat untuk bermuzakarah membuak-buak dalam diri generasi baru Pas dan pemimpin UMNO kerana mereka mengambil kira isu-isu yang berlaku selepas 2008 di mana UMNO sendiri pun berada dalam keadaan kelam kabut.

“Sebab itulah, Najib menghulurkan tangan sekali lagi, malangnya Pas masih berdegil. Walaupun belum terima sebarang maklum balas, menurut pemerhatian saya, saya yakin Pas tidak berpakat untuk menggagalkan undangan UMNO itu,” katanya.

Attory berkata, kemungkinan besar isu kerjasama ini akan dibincangkan dalam muktamar Pas yang dijadualkan berlangsung Jun depan.

“Mereka akan kaji semula sama ada mahu melakukan mukabalah (perbandingan) dengan UMNO. Apa yang merunsingkan ialah, kedegilan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang begitu berkeras enggan menjalinkan kerjasama dengan UMNO.

“Kepimpinan Nik Aziz menjurus kepada kepimpinan ulama, sebab itulah beliau tidak setuju dengan kepimpinan UMNO. Corak kepimpinan beliau berbeza dengan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang,” katanya


Read rest of entry

BN GILA TALAK. PRU13 PADA BULAN OGOS 2011?


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pelawaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak agar Pas meninggalkan pakatan parti pembangkang dan menyertai Barisan Nasional (BN) sebagai ‘gila talak’.

Menurutnya, BN/UMNO juga dilihat sedang terdesak bagi meraih sokongan dan undi kaum Melayu sehingga sanggup melaga- lagakan PR.

“UMNO sentiasa berusaha untuk melaga- lagakan DAP dan Pas namun nampaknya usaha mereka tidak akan berhasil Isu ini tidak berbangkit, ia adalah usaha terdesak yang dilakukan UMNO. UMNO terdesak dan kita yakin dengan kepimpinan Pas dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Ibu pejabat PKR, di sini, semalam.

Turut hadir ialah Presiden PKR, Datin Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang tidak hadir dan difahamkan sedang menerima rawatan di salah sebuah hospital di Pulau Pinang.

Anwar turut meletakkan keyakinan penuh terhadap kepimpinan Pas dan percaya parti Islam itu tidak akan meninggalkan Pakatan Rakyat (PR) sebagaimana diharapkan musuh politik mereka.

Abdul Hadi pula berkata, cubaan UMNO melaga-lagakan Pas dengan DAP disebabkan melihat prestasi luar jangkaan Pas dalam meraih undi bukan Islam semasa pilihan raya negeri Sarawak lalu.

“Apa yang berlaku pada hari ini ialah DAP telah membuktikan pengundi Cina mengundi Pas walaupun Pas menentang MCA dan MIC. Ini terbukti di Sarawak di mana pengundi Cina boleh mengundi calon Melayu dan Islam walaupun menentang Cina,” katanya.

Memandangkan BN kini sedang berusaha memecahbelahkan kesepakatan PR, pemimpin-pemimpin pembangkang itu sebulat suara mengadakan pertemuan tertutup bersama dalam tempoh dua minggu bagi membincangkan strategi mengelakkan cubaan BN.

“Pertemuan ini adalah pertemuan tertutup khusus membincangkan dasar-dasar bersama mengeratkan lagi hubungan untuk mengelakkan percubaan BN yang cuba menimbulkan kesangsian di kalangan kita bersama,” katanya.

Ketika ditanya mengenai jangkaan tarikh pilihan raya umum ke 13, Anwar yakin ianya akan dilakukan dalam jangka masa terdekat.

“Kami yakin ianya akan berlaku dalam masa terdekat. Malah PR telah bersedia menghadapinya jika ia berlaku pada tahun ini,” katanya.

Ditanya mengenai mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PR ini, Anwar berkata, fokus utama adalah merangka strategi besar bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13
Read rest of entry

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online