www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Showing posts with label SUKAN. Show all posts
Showing posts with label SUKAN. Show all posts

Thursday, 7 July 2011

KELANTAN JUARA LIGA SUPER 2011

pix_gal0
 
The Red Warriors sahkan kejuaraan Liga Super, menang 2-1 di Stadium Likas
 

NORSHAHRUL Idlan Talaha membuktikan bisanya apabila menyumbat dua gol untuk membantu Kelantan mengukir sejarah menjulang trofi Liga Super buat julung kali dengan menundukkan Sabah 2-1 di Stadium Likas, malam tadi. 
 
Namun, dua gol penyerang kebangsaan itu gagal membantunya memenangi Kasut Emas selaku penjaring terbanyak liga selepas penyerang Terengganu, Abdul Hadi Yahaya meledak empat gol ketika Terengganu membelasah FELDA United 6-2.

“Kejayaan ini memberi motivasi terbaik buat kami untuk menghadapi misi mempertahan­kan kejuaraan Piala Malaysia selepas ini,” kata pengendali Kelantan, Datuk M Karathu. “Pada awalnya memang situasi agak tertekan, tetapi gol pembukaan Norshahrul sedikit meredakan tekanan.

“Pemain mengikut strategi yang diarahkan dengan baik dan keupayaan barisan tengah mengawal bola sepanjang permainan memain­kan peranan dalam kejayaan malam ini.”

Kejayaan skuad Karathu itu menyaksikan mereka menjadi pasukan keenam selepas Pahang (2004), Perlis (2005), Negeri Sembilan (2006), Kedah (2007 dan 2008) dan Selangor (2009 dan 2010) menjulangnya.

Lebih manis, ia adalah trofi kedua dalam koleksi The Red Warriors musim ini selepas memenangi perlawanan sumbangsih Piala Sultan Ahmad Shah dengan menewaskan Selangor 2-0, selain mengubati kedukaan tewas kepada Terengganu 2-1 dalam final Piala FA. 

Turun dengan hanya perlukan keputusan seri, Kelantan hanya mengambil masa lima minit sebaik bermula bagi meredakan tekanan tinggi perlawanan itu apabila Norshahrul me­nembusi gawang dikawal Azizon Abdul Kadir.

Gol berpunca daripada lontaran Daudsu Jamaluddin yang gagal dikeluarkan benteng Sabah sebelum Norshahrul yang baru pulang daripada tugasan bersama skuad kebangsaan di Taiwan, mudah menolak masuk untuk gol ke-17 musim ini.

Penyerang mesra dikenali Mat Yo itu mengulangi sentuhan pemusnahnya di babak kedua apabila melambung cantik untuk memperdayakan Azizon pada minit ke-71, sebelum Razlan Oto merapatkan kedudukan buat tuan rumah lima minit kemudian.











Read rest of entry

Wednesday, 29 June 2011

LIHATLAH BILA HARIMAU GHAIRAH.... Saksikan Kehebatannya.


Sesuatu yang amat pelik dengan semangat keghairahan sang harimau jika tidak disalurkan pada tempatnya. Kenapa secara tiba-tiba sang harimau mula merasa ghairah? Adakah hebat  pertempuran harimau ini? Inilah pengalaman paling penting dalam kehidupan mereka, jika tersilap langkah pasti tersungkur dan yang pastinya sang harimau perlu terus ghairah mencipta kekuatan. Saksikan kekuatan harimau yang mula mengaum memburu siri kemenangan yang sejati. Bersiap sedia untuk bertempur.

"KAMI sudah bersedia dari segi mental dan fizikal!" 

Itu keyakinan dilaungkan kapten skuad kebangsaan, Safiq Rahim menjelang pertemuan getir menentang Taiwan dalam pusingan pertama, kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini. 
 
“Selama tujuh bulan lalu kami sekadar beraksi dalam perlawanan persahabatan dan ini peluang terbaik membuktikan kemampuan kami selepas kali terakhir menjulang Piala AFF Suzuki Disember, tahun lalu,” kata tonggak skuad Harimau Malaya itu.

“Sasaran kami adalah untuk pergi sejauh mungkin dalam pusingan kelayakan ini dan mengekal rekod tanpa kalah sepanjang tahun ini. Memang kami tidak sabar untuk beraksi dalam perlawanan sebenar pertama selepas kejohanan peringkat Asia Tenggara tahun lalu.”

Ketua pasukan Taiwan, Chen Yu Lian pula mengharapkan perlawanan nanti menjadi yang terbaik untuk mereka selepas gigih berlatih sekian lama.

“Misi kami ke Kuala Lumpur adalah untuk membawa pulang tiga mata sebelum membuat penentuan di laman sendiri Ahad ini,” kata bek kiri pasukan.

Safiq juga berharap beberapa pemain skuad Olimpik yang turut mengisi skuad senior untuk pusingan kelayakan ini dapat mengulangi persembahan cemerlang seperti ketika menewaskan Lubnan 23 Jun lalu.

“Saya dan rakan sepasukan berjanji akan memberikan persembahan terbaik untuk terus meletak negara di landasan kemenangan,” kata Safiq.

“Semangat kami cukup tinggi terutama apabila beraksi di depan penyokong sendiri.

“Kemenangan esok (malam ini) pasti memberi nafas baru baru buat bola sepak negara, terutama selepas skuad Olimpik turut cemerlang melakar kejayaan ke peringkat kelayakan terakhir.

“Kami akan cuba mencari bekal selesa sebelum bertandang ke Taiwan untuk perlawanan kedua Ahad ini.”










Read rest of entry

Tuesday, 17 May 2011

KELANTAN DAN TERENGGANU KE FINAL PIALA FA

KUALA LUMPUR – Kelantan dan Terengganu secara rasmi mengesahkan pentas perlawanan akhir Piala FA musim ini selepas tidak berdepan masalah mengatasi lawan masing-masing secara agregat pada perlawanan separuh akhir kedua semalam.

Di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu, Kelantan yang sudah sebelah kaki ke perlawanan akhir selepas membelasah Selangor 5-1 pada separuh akhir pertama, tetap beraksi dengan penuh bersemangat untuk seri 1-1.

Keputusan itu memastikan kemaraan mereka ke final pada 21 Jun ini dengan agregat selesa 6-2.

Skuad The Red Warriors yang turun tanpa lima pemain utama termasuk penyerang kebangsaan, Nor Shahrul Idlan Talaha tetap mempamer aksi garang bagi menyekat kebangkitan Selangor.

Serangan bertali arus yang diketuai oleh bekas penyerang kebangsaan, Mohd. Khalid Jamlus dan pemain muda, Ramzul Zahini Adenan akhirnya membuahkan hasil pada minit kesembilan menerusi Mohd. Shakir Shaari yang menewaskan penjaga gol Selangor, Mohd. Iqbal Suhaimi.

Selangor yang semakin berputus asa, akhirnya mendapat gol sagu hati melalui Rudie Ramli pada minit ke 78, hasil hantaran lintang Amri Yahya.

Lawan Kelantan pada pentas final nanti, Terengganu juga cemerlang apabila gah dengan agregat 5-2 selepas mengalahkan Pahang 2-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin, Kuala Terengganu.

Kemaraan ke final pada musim ini menamatkan penantian tujuh Terengganu, disempurnakan menerusi jaringan penyerang lincah pasukan tuan rumah Abdul Hadi Yahaya dan pemain gantian, Mohd. Ailimi Fahmi masing-masing pada minit ke-36 dan ke-86.

 

Jaringan Abdul Hadi dihasilkan menerusi sepakan penalti setelah dia dijatuhkan penjaga gol Pahang, Mohd. Rosfaizul Azuar Ali di dalam kotak penalti.

Terengganu pernah menjulang Piala FA apabila mengalahkan Pulau Pinang pada perlawanan akhir 2000.

Kejayaan itu turut dikongsi Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang turut hadir menyaksikan perlawanan bersama kira-kira 18,000 penonton.
Read rest of entry

Thursday, 12 May 2011

SAH...! BARCELONA JUARA LA LIGA, REAL MADRID TERUS KEMPUNAN


MADRID: Barcelona menjuarai liga Sepanyol untuk tiga musim berturut-turut selepas seri 1-1 dengan Levante, sekali gus meraih kejuaraan domestik ke-21 dengan baki dua perlawanan.

Barcelona hanya memerlukan satu mata untuk mengekalkan kejuaraan itu dan menjadi pasukan pertama memenanginya tiga musim berturut-turut sejak 1993 apabila "Pasukan Impian" Johan Cruyff mereka memenangi kejuaraan untuk empat musim berturut-turut.

Pemain tengah, Seydo Keita menanduk masuk pada minit ke-27 Felipe Caicedo untuk Barcelona mendahului tetapi Felipe Caicedo menyamakan kedudukan pada minit ke-40. -AFP
Read rest of entry

Monday, 9 May 2011

MU TEWASKAN CHELSEA 2:1, HAMPIRI JUARA EPL

LONDON: Manchester United hampir mengesahkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris miliknya musim ini apabila menewaskan Chelsea 2-1 di Old Trafford, sebentar tadi.

United memperoleh jaringan awal menerusi Javier Harnandez pada 36 saat permainan bermula manakala gol kedua menerusi tandukan Nimanja Vidic pada minit ke-32.

Chelsea membalas pada minit ke-69 menerusi kuisan Frank Lampard tetapi masih gagal memenuhi harapan untuk membawa balik tiga mata penuh.

United akan menghabiskan dua lagi baki perlswanan bertemu Blackburn di tempat lawan dan Blackpool di Old Trafford dengan hanya memerlukan satu mata untuk memastikan kejuaraan liga kali ke-19.
Read rest of entry

Thursday, 5 May 2011

MU KE FINAL LIGA JUARA-JUARA ERPOAH BERTEMU BARCELONA DI WEMBLEY PADA 28 MEI 2011

OLD TRAFFORD - Manchester United akan bertemu Barcelona pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah di Wembley pada 28 Mei, ini merupakan penampilan akhir kelima mereka dalam perlawanan peringkat eropah yang menyaksikan Machester United menyingkirkan Schalke 04 dengan agregat 6-1.

Pada perlawanan peringkat separuh akhir pusingan kedua pagi tadi, Machester United menang 4-1 untuk mengesahkan kemaraan mereka ke peringkat akhir.

Antonio Valencia dan Darron Gibson terlebih dahulu meletakkan Machester United di depan pada minit ke-26 dan 31, walaupun Schalke 04 sempat menjaringkan gol sebelum separuh masa pertama berakhir.

Dua jaringan Anderson dalam masa selang 5 minit memastikan sisa-sisa perjuangan Schalke 04 terhenti di peringkat separuh akhir sahaja.

Dengan kemenangan ini membolehkan Manchester United sekali gus mengulangi aksi final 2009 yang dimenangi Barca.
Read rest of entry

Wednesday, 4 May 2011

BARCELONA TUMPASKAN REAL MADRID 3-1 MARA KE FINAL JUARA-JUARA EROPAH

LONDON: Barcelona menepati ramalan apabila layak ke final Liga Juara-Juara Eropah menyingkirkan Real Madrid dengan kemenangan agregat 3-1 selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada saingan kedua separuh akhir di Stadium Camp Nou, sebentar tadi.

Pada pertemuan kedua itu, Barca yang mempunyai kelebihan dua gol di tempat lawan minggu lalu mendahului menerusi jaringan Pedro Rodriguez pada minit ke-54.

Real bagaimanapun bangkit menyamakan kedudukan menerusi jaringan Marcelo 10 minit kemudian.
Ini bermakna Barcelona akan bertandang ke final di Stadium Wembley, England, 28 Mei ini bagi bertemu sama ada Manchester United atau Schalke 04' yang ditentukan esok.

Minggu lalu, United menang ke atas Schalke 2-0.
Read rest of entry

Tuesday, 3 May 2011

MU TUMPAS 0-1 KEPADA ARSENAL. CHELSEA BOLEH RAMPAS JUARA EPL

SEKALI lagi, Sir Alex Ferguson menyalahkan mutu pengadilan buruk sebagai punca kekalahan 1-0 Manchester United kepada Arsenal yang membuka luas perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Pengurus United itu percaya pengadil Chris Foy silap apabila tidak menghadiahkan sepakan penalti pada minit ke-88 berikutan kekasaran Gael Clichy terhadap Michael Owen, walaupun turut mengakui Arsenal juga dinafikan sepakan penalti apabila Nemanja Vidic menggunakan tangan ketika menampan hantaran lintang Theo Walcott pada babak pertama.

Selepas menyaksikan Chelsea merapatkan jurang kepada hanya tiga mata 24 jam sebelum itu apabila menang 2-1 ke atas Tottenham, Ferguson kini memerah kepala untuk merangka agenda tertentu menjelang kunjungan The Blues ke Old Trafford, Ahad ini bagi perlawanan penentuan kejuaraan. 

Perebutan kejuaraan memihak kepada Chelsea 11 bulan lalu apabila Didier Drogba menjaringkan gol kemenangan walaupun berada dalam kedudukan ofsaid dan tidak dapat tidak, Ferguson mahu mengelakkan perkara sama berlaku.

“Ia perlawanan besar yang mana keputusan pengadil perlawanan tidak tepat,” kata Ferguson. “Ia seimbang daripada segi kedua-dua pasukan layak mendapat sepakan penalti tetapi saya sukar untuk melihatnya (bola terkena tangan Vidic) tetapi Clichy tahu kesilapannya, malah dia mengangkat tangan kerana rasa bersalah.

“Kini ia memberi Chelsea peluang besar dan itu yang berlaku apabila anda mendapat keputusan seperti ini. Mereka (Chelsea) memperolehnya di Old Trafford musim lalu dan itu yang saya bimbangkan.
Read rest of entry

Sunday, 1 May 2011

CHELSEA MENANG TUMPASKAN TOTTENHAM 2-1

Chelsea menghidupkan peluang mereka untuk mencabar kejuaraan bola sepak Liga Perdana England selepas mencatat kemenangan kontroversi 2-1 ke atas Tottenham di Stamford Bridge, sebentar tadi.


Pemain gantian, Salomon Kalou muncul wira pasukannya dengan menjaringkan gol kemenangan, seminit sebelum tamat permainan untuk membolehkan penyandang juara itu mengejar pendahulu liga, Manchester United dengan hanya tiga mata di belakang.

Bagaimanapun, Chelsea memperoleh gol penyamaan dengan cara kontroversi apabila sepakan jarak jauh Frank Lampard gagal ditangkap kemas oleh penjaga gol Spurs, Heurelho Gomes menyebabkan bola bergolek menuju gawang, namun belum sempat ia melepasi garisan Gomes berjaya menangkapnya.

Namun, pengadil melihat dari sudut berbeza dan memberikan jaringan kepada Chelsea, sekali gus membatalkan gol pembukaan Tottenham yang sebelum itu mendahului seawal minit ke-19 menerusi Sandro. - AFP
Read rest of entry

Thursday, 28 April 2011

BARCELONA MENANG LAGI ATASI REAL MADRID HASIL DUA JARINGAN MESSI

MADRID: Dua jaringan Lionel Messi menjulang Barcelona bagi menghampiri aksi final apabila mengaibkan musuh terdekatnya Real Madrid 2-0 dalam pertemuan separuh akhir pertama Liga Juara-Juara Eropah di Stadium Estadio Santiago Bernabeu, sebentar tadi.

Penyerang antarabangsa Argentina itu meledak pada minit ke-76 dan melakukan larian solo menewaskan tiga pertahanan Real sebelum menguis masuk ke gawang pada minit ke-87.


Barcelona yang mendominasi perlawanan mencuri kelebihan apabila pemain tengah Real, Pepe dilayangkan kad merah pada minit ke-63.
Jurulatih Real, Jose Mourinho yang berang dengan tindakan pengadil, Wolfgang Stark dari Jerman juga dilayangkan kad merah dan diperintah duduk di bangku penonton dengan kawalan pegawai keselamatan.

Dengan keputusan itu, Barca hampir pasti ke final di Stadium Wembley, London sama ada menentang Manchester United atau Schalke 04. Semalam United juga menang 2-0 ke atas Schalke di gelanggang lawan.

Barca akan bertemu semula Real di Barcelona Selasa depan untuk perlawanan separuh akhir kedua dengan kelebihan dua gol di tempat lawan.

Read rest of entry

Sunday, 24 April 2011

KEPUTUSAN TERKINI EPL : MU MENANG 1-0 ATASI EVERTON

Manchester United memperkukuhkan kedudukan di tangga teratas liga selepas berjaya menjinakkan Everton 1-0 di Stadium Old Trafford, sebentar tadi.

Jaringan tunggal United diperolehi menerusi tandukan Javier Hernandez pada minit ke-84, berpunca daripada hantaran lintang Antonio Valencia.

MU terus mendahului dengan 73 mata, diikuti oleh Chelsea 64, Arsenal (64), Manchester City (56), Tottenham Hotspur (54 danLiverpool (49).

BERIKUT KEPUTUSAN TERKINI EPL.

Tottenham Hotspurs 2 - 2 West Bromich

Liverpool                 5 - 0 Birmingham City

Wolves                    1 - 1 Fulham

Sunderland               4 - 2 Wigan

Blackpool                 1 - 1 Newcastle United

Aston Villa                1 - 1 Stoke City

Manchester United    1 - 0 Everton
Read rest of entry

Saturday, 23 April 2011

WAN JAMAK JURULATIH BARU BOLASEPAK KEDAH

ALOR SETAR - Persoalan siapakah ketua jurulatih Kedah akhirnya terjawab apabila Wan Jamak Wan Hassan dipilih untuk membimbing skuad Kenari.

Bekas jurulatih Negeri Sembilan itu akan diperkenalkan dalam dalam satu majlis di Stadium Darul Aman, hari ini pukul 5 petang iaitu kurang empat jam sebelum sepak mula Kedah menentang Harimau Muda A dalam Liga Super.

Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Dr. Hamdan Mohamed Khalib berkata, pada majlis itu Wan Jamak yang menggantikan Ahmad Yusof akan diberikan jersi skuad Kenari sebagai tanda menjadi sebahagian daripada anggota skuad Hijau Kuning.

"Wak Jamak juga dijadual menandatangani kontrak bersama Kedah pada majlis itu," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Tambahnya, Wan Jamak dijadual memulakan tugas barunya di Kedah sebagai ketua jurulatih minggu depan setelah proses pendaftarannya sebagai jawatankuasa dalam pasukan dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selesai Isnin ini.

"KFA sudah membatalkan pendaftaran Ahmad selaku jurulatih Kedah, semalam dan pendaftaran Wan Jamak akan dibuat Isnin ini," katanya.

Dalam pada itu, Wan Jamak yang sudah berada di bandar raya ini enggan mengulas lanjut perkara itu dan menyerahkan perkara tersebut kepada pengurusan KFA.

"Biar KFA yang umum, itu lebih elok," katanya.
Jawatan ketua jurulatih skuad Kedah hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini ekoran keputusan KFA untuk tidak meneruskan khidmat Ahmad.

Pada perlawanan Kedah menentang Harimau Muda A di Stadium Shah Alam, Selasa lalu, Wan Jamak dilihat turut berada di bangku penonton sekali gus menguatkan kesahihan bahawa beliau bakal menjadi pilihan KFA.

Kedah pada 7 Mac lalu merehatkan Ahmad selepas pasukan bimbingannya mengalami prestasi hambar dengan tugasannya diambil alih oleh penolong jurulatih, Radhi Mat Din.
Ahmad yang membimbing Kedah musim lalu membantu skuad Hijau Kuning muncul Naib Juara Piala FA dan berada di tangga kelima Liga Super.

Bagaimanapun, awal musim ini menerusi enam perlawanan Kedah hanya menang satu perlawanan ke atas Felda United 1-0 manakala seri tiga perlawanan tanpa jaringan menentang T. Team dan Perak serta 1-1 dengan Kelantan dan tewas dua kali kepada Sabah 1-0 dan Selangor 2-0.

Radhi yang mengambilalih pasukan menunjukkan prestasi membanggakan apabila menang enam daripada tujuh perlawanan sekali gus meletakkan Kedah di tangga keempat dengan 24 mata.

Kedah menang ke atas Terengganu 2-1, masing-masing menang tipis satu jaringan dengan Kuala Lumpur, Perlis, Pahang dan Harimau Muda selain menundukkan Negeri Sembilan 2-0 dan kalah kepada Johor FC 1-2
Read rest of entry

Friday, 22 April 2011

REAL MADRID TUMPASKAN BARCELONA RANGKUL PIALA RAJA SEPANYOL

VALENCIA, Sepanyol - Real Madrid merangkul trofi pertamanya dalam tempoh tiga tahun dengan penuh dramatik, apabila tandukan Cristiano Ronaldo pada masa tambahan membantu pasukannya menumpaskan seteru utama, Barcelona 1-0 dalam perlawanan akhir bola sepak Piala Raja Sepanyol (Copa del Rey), semalam.

Dengan banyak tuntutan penalti dikemukakan pemain kedua-dua pasukan dalam aksi tegang di Stadium Mestalla, Valencia, Ronaldo bagaimanapun menyumbat gol kemenangan menerusi jaringan padang selepas menanduk cantik sepakan silang Angel Di Maria pada minit ke-103 untuk menamatkan kebuntuan.

Kekalahan itu menafikan hasrat Barca menjulang tiga kejuaraan.

Bagaimanapun Barcelona masih di landasan untuk memburu dua lagi gelaran dengan mendahului saingan La

Liga menerusi lapan mata mengatasi Real, malah akan menentang Real sekali lagi pada separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah, 27 April dan 3 Mei.

"Memenangi trofi sentiasa memberikan perasaan yang baik. Saya cuba melakukan kerja sebaik mungkin, saya amat kepenatan sekarang tetapi sangat gembira.

"Kemenangan ini meredakan sedikit ketegangan tetapi masih ada kerja besar yang perlu diteruskan,'' kata jurulatih, Jose Mourinho yang sebelum ini dikritik oleh Presiden Real, Alfredo Di Stefano selepas pasukan itu seri 1-1 dengan Barcelona dalam saingan liga di Bernabeu, minggu lalu.

Mourinho, 48, yang pernah membawa Barcelona menjuarai Piala Raja pada 1997 dan 1998 ketika bertindak sebagai pembantu jurulatih kepada Bobby Robson dan Louis Van Gaal, kini sudah meraih trofi di empat negara berbeza.

Selain Real, dia pernah menjulang Chelsea (England), Inter Milan (Itali) dan juga kelab negara kelahirannya, Portugal, Porto.

"Pada saya, ini adalah perlawanan bola sepak yang hebat. Kami bermain baik menentang pasukan yang hebat,'' ujar Mourinho lagi.

Mourinho memilih untuk tidak menurunkan penyerang dalam kesebelasan utama, sebaliknya jentera serangan mereka diketuai pemain sayap, Ronaldo bersama Mesut Ozil dan Di Maria. - Reuters
Read rest of entry

Thursday, 21 April 2011

REAL MADRID JUARA PIALA RAJA SEPANYOL TUMPASKAN BARCELONA

VALENCIA 21 April - Tandukan Cristiano Ronaldo pada masa tambahan, membawa Real Madrid muncul juara Piala Raja Sepanyol selepas menumpaskan musuh ketat, Barcelona 1-0 pada perlawanan akhir, pagi tadi.

Ini merupakan kemenangan ke-18 buat skuad bimbingan Jose Mourinho itu, sekali gus memberi suntikan semangat tambahan buat mereka, seminggu menjelang separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah yang menemukan dua gergasi bola sepak Sepanyol itu sekali lagi.

Malah, kemenangan tersebut juga menebus kekecewaan Real yang gagal mengutip mata penuh dalam perlawanan terakhir liga, apabila diikat 1-1 oleh Barcelona dalam perlawanan di gelanggang sendiri.

Kemenangan di Stadium Mestalla itu menamatkan kemarau tanpa kejuaraan yang melanda Real sejak kali terakhir merangkul kejuaraan liga pada 2008. - AFP
Read rest of entry

Wednesday, 20 April 2011

MU TETAP DI ATAS WALAUPUN SERI BERTEMU NEWCASTLE.

 

LONDON: Newcastle United menyekat pendahulu Liga Perdana Imggeris, Manchester United daripada mengutip tiga mata penuh apabila terikat 0-0 di Stadium St James Park, sebentar tadi.

Dengan keputusan itu, Manchester masih selesa tujuh mata di persada liga mendahului Arsenal di tempat kedua.

Kedua-dua pasukan saling mengasak dan Manchester hampir meraikan gol pendahuluan pada separuh masa kedua menerusi Ryan Giggs yang sepakannya hanya sedikit tersasar dengan gawang Newcastle ternganga.

United memasukkan bekas penyerang Newcastle, Michael Owen pada 10 minit terakhir perlawanan tetapi masih buntu mencipta gol.

Read rest of entry

Wednesday, 9 March 2011

MESSI LEDAK DUA GOL BANTU BARCELONA TEWASKAN ARSENAL

BARCELONA - Lionel Messi meledakkan dua gol bagi membantu Barcelona melakar kemenangan 3-1 ke atas Arsenal yang terpaksa beraksi 10 pemain pada perlawanan Liga Juara-Juara yang menyaksikan pasukan gergasi Sepanyol itu layak ke suku akhir, semalam.
Read rest of entry

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online