www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Showing posts with label PRU13. Show all posts
Showing posts with label PRU13. Show all posts

Wednesday, 21 March 2012

SEBAB APA? TUN DAIM KATA NAJIB DAN BN TUMBANG PRU13....



Bekas Menteri Kewangan dan bendahari Umno Tun Daim Zainuddin - yang meramalkan bahawa BN akan tumbang di Pulau Pinang, Selangor dan Kedah pada pilihan raya umum 2008 - sekali lagi membuat analisis politiknya.


Kali ini, ketika ditemubual oleh akhbar harian Cina Nanyang Siang Pau yang diterbitkan hari ini, beliau berkata kedudukan BN sebenarnya tidak benar-benar selesa.

Menurutnya, beliau hanya menjangka kemenangan mudah bagi BN di Johor, Melaka dan Pahang.

Bagi merampas semula Kedah dan Selangor dari Pakatan Rakyat, katanya, BN, khususnya Umno perlu mencari barisan kepimpinan yang sesuai.

Bagi mengekalkan Terengganu dan Sabah, Umno negeri masing-masing perlu bersatu. Tetapi untuk mengekalkan Perak akan menjadi cabaran terbesar bagi BN, komen Daim.

Di Negeri Sembilan, di mana BN hanya mampu menubuhkan kerajaan negeri dengan kelebihan enam kerusi sahaja, katanya, parti itu perlu menyelesaikan beberapa masalah khusus.

Meskipun Daim tidak mengulas lanjut mengenai isu-isu berkenaan, namun dipercayai Umno perlu mencari calon yang sesuai untuk mengisi jawatan menteri besar, kerana penyandangnya, Datuk Seri Mohamad Hasan, dijangka dipindahkan ke jawatan kerajaan persekutuan.

Bagi Kelantan dan Pulau Pinang, Daim berkata, BN akan kalah di kedua-dua kubu Pakatan Rakyat itu.

Daim juga menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan pasukannya sebagai "jeneral tanpa askar".

www.malaysiakini.com

Read rest of entry

Monday, 19 March 2012

PRU13 PADA 3 JUN 2012? LIHAT 5 FAKTA INI. NAJIB MENGHITUNG HARI MENJADI KETUA PEMBANGKANG 1MALAYSIA



Bila tarikh Parlimen akan dibubarkan bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-13 diadakan terus menjadi topik perbincangan dan bahan spekulasi menarik banyak pihak.
Baru-baru ini apabila Datuk Seri Najib Tun Razak membuat lawatan rasmi ke Sabah, beliau mengadakan satu perjumpaan tertutup dengan pemimpin Barisan Nasional Sabah.
Seorang pemimpin yang ditemui pemberita berkata Perdana Menteri mengingatkan bahawa pilihan raya semakin dekat.
Bagi anggota parti sama ada Umno atau parti komponen Barisan Nasional (BN), kata-kata Najib yang juga Pengerusi BN sebenarnya lebih berupa peringatan kepada jentera parti BN di Sabah dan juga negeri-negeri lain supaya bersedia untuk menghadapi pilihan raya pada bila-bila masa pun.
Namun ungkapan 'semakin dekat' itu jelas memberi isyarat pilihan raya umum bakal diadakan pada bila-bila masa dari sekarang. Bahkan dalam kalangan rakyat cakap-cakap mengenai pilihan raya umum ke-13 kini menjadi perbualan harian apatah lagi bila pemimpin negara semakin kerap turun padang ke merata pelosok negeri bertemu rakyat.
Menurut pemerhati politik ada beberapa fakta mungkin memberi petanda bahawa kemungkinan besar Parlimen dibubarkan pada Mei atau Jun, dan seterusnya dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran satu pilihan raya umum diadakan.
Pemerhati politik menggariskan beberapa fakta kebarangkalian bagi menyokong telahan mereka bahawa Mei atau Jun bakal menyaksikan pilihan raya umum ke-13 Malaysia diadakan.
Fakta pertama ialah terungkainya kemelut gaji baru penjawat awam dengan pengumuman Najib pada 8 Mac lepas bahawa skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dibatalkan dan mengembalikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik.
Kemelut ini sangat penting diselesaikan terlebih dahulu kerana penjawat awam bukan membabitkan jumlah yang kecil, tetapi kira-kira 1.4 juta orang di seluruh negara, yang memainkan peranan penting untuk melaksana dan menjayakan pelbagai dasar transformasi dan penambahbaikan yang dilakukan kerajaan untuk rakyat.
Fakta kedua menurut pemerhati politik adalah Perdana Menteri dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin, secara mantap dan terancang menjelajah ke seluruh negara setiap hujung minggu untuk bertemu rakyat, seperti yang dijanjikan pada satu sidang akhbar sebaik Perhimpunan Agung Umno 2010 tamat.
Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan juga semakin galak mahu semua jentera pilihan raya BN khususnya Umno bergerak pada kelajuan 'gear lima' bagi menghadapi pilihan raya umum yang 'semakin dekat' ini.
Beliau dipetik sebagai berkata pilihan raya jarang-jarang melebihi empat tahun lebih, oleh itu ia mungkin tinggal satu, dua, tiga, empat atau lima bulan sahaja lagi.
Fakta bahawa pilihan raya hanya dilakukan selepas tempoh mandat kerajaan berakhir juga sangat jarang-jarang berlaku. Mandat kerajaan sekarang akan berakhir pada 28 April 2013.
Fakta ketiga, Umno juga awal-awal lagi sudah menangguhkan pemilihan parti selama 18 bulan, iaitu sehingga September 2013, dari tarikh kali terakhir diadakan pada Mac 2009, bagi mengukuhkan parti dan mengelakkan pergelutan jawatan di dalam parti demi untuk menghadapi pilihan raya umum dengan mantap dan sepadu.
Fakta keempat, yang juga petanda positif pilihan raya Mei atau Jun adalah ekonomi Malaysia berada pada kedudukan yang baik untuk meneruskan kemajuan pada 2012 seperti laporan Oxford Business Group (OBG), firma penerbitan, penyelidikan dan perundingan risikan ekonomi global.
Laporan itu menunjukkan pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia meningkat, inflasi terkawal dan sektor kewangan teguh. Menurut laporan itu hasil prestasi kukuh di kebanyakan sektor ekonomi dalam tempoh 12 bulan lalu, Malaysia dijangka dapat mencapai prestasi lebih baik dalam 2012.
Fakta seterusnya tertumpu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dilihat banyak pemerhati sebagai telah memberi bayangan Parlimen mungkin dibubarkan seawal Mei 2012 bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 diadakan.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata Perdana Menteri tidak mungkin membubarkan Parlimen dalam masa terdekat kerana Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikkan Proses Pilihan Raya hanya dijangka selesai mengemukakan semua cadangannya ke Dewan Rakyat pada April.
Sebagai persediaan awal, SPR sudah menjelajah ke seluruh negara untuk memberi taklimat kepada para petugas pilihan raya.
Seorang petugas yang dilantik SPR memberitahu Bernama bahawa pegawai SPR menyatakan sekiranya pilihan raya tidak diadakan dalam masa terdekat, satu lagi taklimat akan diberikan untuk melancarkan operasi dalam sistem pilihan raya kelak.
Pemimpin parti-parti politik terutamanya pembangkang dilihat sudah lama bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum.
Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata masa terbaik untuk mengadakan pilihan raya umum ke-13 ialah awal Jun pada cuti sekolah.
"Ini kerana perbahasan Parlimen kali ini akan membentangkan beberapa rang undang-undang penting seperti pindaan kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang memang telah dijanjikan pada persidangan kali ini," katanya.
Katanya sekiranya pilihan raya tidak diadakan Jun ini, mungkin Perdana Menteri akan menunggu sehingga tamat penggal ke-12 mandat kerajaan pada tahun depan.
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar pula berkata tiada masalah untuk mengadakan perasmian persidangan Parlimen yang baru selepas pilihan raya umum walaupun perasmian baru sahaja disempurnakan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada 12 Mac lepas.
"Apa sahaja yang belum habis, Rang Undang-undang yang dibentangkan, usul dan sebagainya boleh dibawa ke persidangan Dewan Rakyat pada penggal yang baru untuk dihabiskan, jadi tidak timbul masalah," katanya kepada Bernama.-17/3/2012 


Read rest of entry

Thursday, 8 December 2011

NAJIB PANAS TELINGA, KENAPA? BN BERSEDIA MENJADI PEMBANGKANG KATA MUHYIDDIN DI AUSTRALIA.

CANBERRA: Kerajaan Malaysia pimpinan Barisan Nasional (BN) telah begitu matang dalam proses politiknya untuk menerima dan menghormati keputusan rakyat dan juga undang-undang walaupun ia tidak memihak kepadanya, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, sebagai contoh kekalahan BN dalam beberapa pilihan raya kecil jelas membuktikan bahawa kerajaan tidak memanipulasi proses pilihan raya seperti yang didakwa oleh parti-parti pembangkang.
 
Muhyiddin berkata BN, sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab selama 54 tahun, sentiasa meletakkan kepentingan negara sebagai keutamaannya.

"Jika anda berasa dalam beberapa hal, kerajaan memanipulasi keadaan sama ada melalui proses pilihan raya atau melalui agensi penguatkuasa yang lain, cuba bayangkan apa yang telah anda jangkakan. Mungkin ada masalah.

"Tapi, kita tidak begitu...kita memang terima (keputusan itu) kadang kala dalam pilihan raya, kadang kala dalam mahkamah undang-undang kerana kita telah begitu matang dalam proses politik. Kita terima keputusan walaupun ia tidak menyebelahi kita," katanya pada sesi soal-jawab selepas menyampaikan syarahan umum di Australian National University, di sini, Rabu.

Menjawab soalan lain, Muhyiddin berkata BN, walaupun tidak mahu menjadi pembangkang, tetapi ini bukan merupakan keputusan parti kerana pada akhirnya, undi rakyat yang akan menentukannya.

"Jika mereka merasakan BN masih yang terbaik, pada masa itu mereka akan mengundi untuk BN tetapi jika mereka memutuskan sebaliknya, seperti dalam kes negeri Selangor, saya percaya kita sudah cukup matang untuk menerima kenyataan itu.

"Tetapi, jika rakyat memutuskan sebaliknya, pada masa itu anda perlu menerimanya juga," katanya.
Read rest of entry

Tuesday, 6 December 2011

PANAS...! BUNG MOKKHTAR TIDAK DICALON PRU 13. ANGKARA HENTAM SHAHRIZAT ATAU ARAHAN ROSMAH?


Ahli  Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin menegaskan beliau akan tetap memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada UMNO sekiranya beliau tidak terpilih untuk menjadi calon pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Beliau yang juga anggota Majlis Tertinggi UMNO memberikan komitmen untuk membantu calon yang bakal menggantikannya untuk meraih kemenangan agar BN dapat terus menguasai Kinabatangan.

Bung Moktar berkata sokongan tersebut adalah sebagai membalas jasa dan pengorbanan mereka yang telah menyokong beliau selama ini.

"Jika saya tidak terpilih sekalipun, sudah tiba masanya untuk saya menyokong kembali calon-calon yang akan menggantikan saya kelak," katanya.

Dalam pada itu, Bung Moktar tidak menafikan bahawa masih berlaku perpecahan dalaman Umno di semua peringkat termasuk di peringkat bahagian dan cawangan.

Walaupun perpecahan itu tidak ketara, katanya, UMNO harus berwaspada dengan musuh-musuh yang bertindak sebagai duri dalam daging.
 
"Kalau musuh secara terang-terangan, kita tidak perlu bimbang sangat tetapi musuh yang berperanan sebagai duri dalam daging inilah yang boleh menghancurkan masa hadapan parti," katanya.-2/12/2011

Read rest of entry

Monday, 3 October 2011

UMNO KALAH BESAR JIKA PRU3 DIADAKAN SEKARANG. KENAPA TUN MAHTHIR CAKAP MACAM TU?

Ahli Umno perlu balik pada perjuangan asal parti demi agama, bangsa dan tanah air dengan mengetepikan kepentingan diri untuk memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang dijangka tidak lama lagi.

mahathir pc 260608 03Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata hanya dengan cara itu penyakit yang menjadi 'duri dalam daging' iaitu mencantas atau menikam belakang dalam diri orang-orang Umno akan terhapus.

"Dulu orang Umno berkorban apa saja untuk parti, sanggup gadai barang kemas dan sebagainya untuk bantu parti tetapi sekarang mereka pegang jawatan sebab hendak dapat kontrak, jadi calon atau sebab tertentu.

"Jika diadakan PRU waktu ini, Umno boleh kalah besar kerana sokongan dan semangat mereka telah pudar," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan 'Bicara Negarawan' pada perhimpunan perdana Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) siri kedua peringkat negeri di Dewan Wawasan di Jitra, hari ini.

Hampir 2,000 pengerusi dan setiausaha JKKKP dari seluruh negeri hadir mendengar bicara beliau yang berlangsung selama sejam. Hadir sama pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah, timbalannya Datuk Mukhriz Mahathir serta jawatankuasa Perhubungan Umno Kedah.

NONEDr Mahathir berkata BN bagaimanapun boleh menang besar pada PRU ke-13 sekiranya penyakit dalam diri orang Umno ini terhapus.

Beliau yang ditanya adakah sesuai PRU diadakan sekarang, menjawab: "Pada pendapat saya sekarang belum sesuai. Banyak lagi yang perlu dilakukan lagipun Umno belum cukup kuat."

"Dalam Umno masih ada puak. Saya fikir perpecahan masih kritikal. Kalau ada kesedaran dan perasaan syukur dan terus bersatu, BN boleh menang. Orang Umno seharusnya buang sifat tidak puas hati. Walaupun tidak dapat apa yang dihajati mereka tetap menikmatinya dalam bentuk lain," katanya.
Read rest of entry

Tuesday, 13 September 2011

PRU13 : PELAKON SEKS MCA KEMBALI BERTANDING DI LABIS? Siapa akan mengundi beliau?

Meskipun Dewan Rakyat belum dibubarkan bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 diadakan, kebanyakan bakal calon mula mengintai-intai kerusi idaman mereka.

Tidak terkecuali berbuat demikian adalah keempat-empat pemimpin utama parti komponen utama BN - MCA, MIC, Gerakan dan PPP yang masih tercari-cari kerusi yang sesuai sekiranya, presiden Umno Datuk Seri Najib Razak yang juga pengerusi BN bercadang mengadakan pilihan raya pada akhir tahun ini.

azlanIni kali pertama di mana presiden empat parti komponen BN akan menghadapi pilihan raya umum tanpa status sebagai wakil rakyat, apabila diri mereka dan parti yang diwakili tumbang kepada Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum 2008.

Kecuali presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang terpalit dengan skandal seks dan tidak bertanding, tiga yang lain - Presiden Gerakan Tan Sri Koh Tsu Koon, Presiden MIC, Datuk G Palanivel dan presiden PPP Datuk M Kayveas - semuanya tersungkur.

Malaysiakini menghubungi tiga penganalisis politik - Ong Kian Ming, James Chin dan Khoo Kay Peng - untuk menilai keempat-empat presiden itu dan mencadangkan kerusi yang sesuai untuk mereka bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Dr Chua Soi Lek

Ong Kian Ming: Kemungkinan kerusi - Tanjung Malim (Perak), Tanjung Piai atau Kulai.

NONEChua kemungkinan besar akan memilih Kulai, di mana kira-kira 60 peratus daripada pengundinya adalah masyarakat Cina. Johor juga merupakan kubu kuat MCA, dan Chua juga dikatakan mempunyai sokongan asas kuat di sana. Jika menang di Kulai, kedudukan Chua dilihat semakin mantap dan sekaligus menghancurkan sokongan kepada bekas presiden MCA Datuk Seri Ong Ka Ting.

Tanjung Malim akan menjadi pilihan keduanya. Ini kerana kerusi separa bandar dengan majoriti pengundi Melayu itu dianggap kawasan selamat, tetapi memerlukan sokongan Umno. Seperti Kulai, kemenangan Chua akan menghancurkan sokongan untuk adik-beradik Ong. Kerusi itu kini dipegang oleh Datuk Seri Ong Ka Chuan iaitu adik Ka Ting.

NONEJames Chin: Kemungkinan kerusi - Labis

Chua telah memberi bayangan akan kembali ke Labis, tetapi keputusan muktamad di tangan Najib selaku pengerusi BN. Apabila terpalit dengan isu video seks, Chua tidak mempertahankan kerusinya tetapi sebaliknya, menyerahkannya kepada anaknya, Chua Tee Yong. Justeru, lebih mudah bagi beliau mendapatkan kerusi itu semula.

Khoo Kay Peng: Kemungkinan kerusi - Labis

Labis peluang terbaik Chua, kerana ada kesinambungan dengan anaknya memegang kerusi berkenaan. Anaknya itu, mungkin dipindahkan ke Bakri. Johor dianggap lebih mudah kerana merupakan kubu BN dan beliau juga mempunyai banyak sokongan dari Umno di sana.

Untuk cuba nasibnya di Perak, Chua akan perlu menilai penerimaannya oleh ahli-ahli BN di sana, yang harus dikira berdasarkan sokongan akar umbi. Sekalipun Chua tidak bertanding di Labis, Bakri adalah juga kerusi yang yang harus dicubanya untuk dirampas kembali dari DAP.

Koh Tsu Koon


NONEOng Kian Ming: Kemungkinan kerusi - Simpang Renggam, Segambut

Koh kemungkinan besar akan ke Simpang Renggam kerana ia kerusi itu kini dipegang oleh Gerakan. Zaman kegemilangannya di Pulau Pinang sudah berlalu dan tidak bijak baginya cuba meramapas mana-mana kerusi di negeri itu. Kerusi Taiping (Perak) yang ditandingi oleh Gerakan juga dianggap tidak selamat kerana ahli parlimen Nga Kor Ming dari DAP dikatakan terus mantap di sana.

NONEKerusi Puchong dan Kuala Lumpur juga dianggap sukar dirampas semula. Segambut mungkin satu pilihan kerana ia merupakan kawasan bandar, tetapi ia juga dianggap kerusi tidak selamat.

James Chin: Kemungkinan kerusi selamat - tidak ada

Masalah Koh bukan untuk memilih kerusi mana yang harus ditandinginya tetapi sama ada beliau berjaya menangkis cubaan mengulingkan kepemimpinannya sekarang. Jika beliau mampu bertahan, beliau boleh memilih kerusi yang dihajatinya.

Khoo Kay Peng: Kemungkinan kerusi - Simpang Renggam

Di mana Koh akan bertanding, bergantung sama ada beliau akan disingkirkan dari parti itu. Terdapat cubaan untuk menyingkirkan beliau. Gerakan Johor telah meminta beliau untuk bertanding di Simpang Renggam. Kubunya di Pulau Pinang sudah lama tumbang.

G Palanivel


Ong Kian Ming: Kemungkinan kerusi - Kapar, Kota Raja

Palanivel juga dalam keadaan yang sukar. Memandangkan tidak ada pemimpin tertinggi MIC yang memiliki sebarang kerusi di Selangor, meskipun negeri itu mempunyai sebahagian besar pengundi India, maka, beliau wajar bertanding di Selangor. Beliau dijangka tidak akan bertanding di Hulu Selangor tetapi dipercayai akan mencuba nasibnya di Subang, Kota Raja atau Kapar.

NONEKapar adalah kerusi yang besar dan memerlukan sumber dana yang banyak. Secara amnya, mana-mana tempat dkerusi yang dimiliki oleh PKR, lebih mudah dijadikan sasaran daripada kerusi yang dipegang oleh PAS. Subang pula tidak mudah untuk dirampas kerana ia mempunyai pengundi bandar yang lebih skeptikal.

James Chin:
Kemungkinan kerusi selamat - tidak ada

Palanivel mungkin popular di kalangan MIC, tetapi di luar parti, beliau tidak mempunyai banyak sokongan. Rekod beliau di Selangor juga menggecewakan. Kerusi yang akan ditandinginya akan bergantung kepada pergerakan pengundi dalam daftar pemilih.

khoo kay pengKhoo Kay Peng: Kemungkinan kerusi - Hulu Selangor, Sungai Siput

Jika keadaan di Selangor baik, beliau akan kembali ke kerusi lamanya di Hulu Selangor. Tetapi saya tidak terlalu pasti jika ia langkah bijak bagi meminta penyandang kerusi itu meninggalkan kawasan berkenaan. Satu lagi tempat yang cukup simbolik adalah Sungai Siput, yang telah sekian lama dikaitkan dengan pusat kuasa MIC. Ini bukan soal menjauhkan dirinya dari bekas Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu tetapi mengenai pusat kuasa.

Walau bagaimanapun, saya tidak jangka Palanivel akan meninggalkan Selangor, yang secara tradisional telah bertanding disitu. BN juga tidak mahu melihat pemimpin mereka untuk melarikan diri dan bersembunyi di kawasan-kawasan yang selamat. Palanivel perlu membuktikan keyakinannya untuk menerajui.

M Kayveas


Ong Kian Ming: Kemungkinan kerusi - tidak ada

kayveas hq pc 050609Berdasarkan pergolakan dalaman PPP, saya tidak fikir beliau akan diberi kerusi untuk bertanding. Di Perak, Umno pasti mahu mengambil semula Grik, dan Gerakan boleh mendapatkan Taiping. Bukan tujuan saya mengatakan bahawa Gerakan mempunyai peluang yang baik, tetapi peluang PPP merampas semula kerusi itu jauh lebih tipis.

James Chin:
Kemungkinan kerusi - tidak ada

PPP terus meminjam kerusi dari parti-parti lain. Jika mereka mahu bertanding, mereka terpaksa mencari pihak yang bersedia untuk 'meminjamkan' kerusi mereka kepada PPP.

Khoo Kay Peng:
Kemungkinan kerusi - tidak ada

Saya tidak lihat apa-apa faedah untuk BN memperuntukan kerusi untuk PPP. Pilihan raya ini akan sangat sukar untuk Kayveas. Sekalipun sekiranya PPP diberi kerusi, ia mungkin diserahkan kepada calon yang lebih muda.

KPI untuk Najib adalah mendapatkan majoriti tidak kurang daripada dua pertiga. Jika gagal, beliau pula dalam perjalanan keluar dari Seri Perdana. Mereka telah menetapkan satu precedent yang amat sukar, dan saya tidak nampak apa-apa ruang untuk Kayveas bagi bertanding.




www.malaysiakini.com
Read rest of entry

Monday, 12 September 2011

PANAS CALON PRU13. DI SELANGOR KHIR TOYO, RONNIE LIU BAKAL DIGUGUR. JIKA MAT SABU DI P. NIBONG TEBAL, SIAPA CALON BN BERANI?

PETALING JAYA: Biarpun tarikh pilihan raya umum-13 (PRU13) masih dirahsiakanm namun cakap-cakap mengenai pembahagian dan penukaran kerusi dikalangan parti komponen Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) telah pun kedengaran.

Lebih menguatkan lagi kenyataan tersebut apabila, bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting telah menyatakan beliau tidak akan mempertahankan kerusi yang disandangnya.

BN juga telah mula memberikan penerangan kepada jentera pilihan raya parti itu dengan taklimat pertama telah diadakan di Kedah pada Sabtu.
 
Di Perak, perbincangan mengenai penukaran kerusi di kalangan parti komponen BN telah bermula sejak beberapa bulan yang lalu sekaligus menguatkan lagi dakwaan pilihan raya umum semakin hampir.

Difahamkan MCA dalam perbincangan dengan MIC telah bersetuju untuk bertukar kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), Buntong dan Sungkai kepada parti itu.

Parti Gerakan pula dijangka akan mendapat kembali kerusi Parlimen Taiping yang dipinjamkan kepada Parti Progresif Penduduk (PPP) sejak 2004.

Presiden PPP, Datuk M. Kayveas juga dikatakan telah bersetuju dengan cadangan tersebut selepas parti itu dijanjikan kerusi Parlimen Gerik.

Di Johor, BN dan PR dikatakan sudah mula mengenalpasti nama-nama yang sesuai untuk diketengahkan sebagai calon pada PRU13.

Beberapa calon veteran BN termasuk Ahli Parlimen Tebrau, Datuk Teng Boon Soon, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tan Kok Hong (Bekok) dan Hoo Seong Chang (Paloh), dijangka bersara dan memberi peluang kepada muka baru parti itu.

Jurucakp BN berkata parti itu dijangka mengemukakan muka-muka baru bagi beberapa kerusi Parlimen dan DUN.

PR juga dikatakan telah mula sibuk menyusun strategi mereka dengan Pengerusi PKR negeri, Datuk Chua Jui Meng dilihat berminat untuk bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah.

Di Pulau Pinang, cakpc-cakap telah mula kedengaran apabila Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dikatakan bermuinat untuk bertanding di kerusi Parlimen Tasek Gelugor sementara anak kedua Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Nuha, 26 dijangka akan bertanding di Nibong Tebal.

Ahli Parlimen Bebas, Tan Tee Beng yang menang atas tiket PKR pada 2008 pula dikatakan berminat untuk bertanding di kerusi DUN.

Blogger DAP dan Ahli Parlimen Jelutong, Jeef Ooi pula dikatakan tidak akan dipilih untuk mempertahankan kerusi Jelutong kerana beliau didakwa telah banyak mengecewakan penyokong setia DAP.

Difahamkan berdasarkan laporan risikan yang dibuat, BN telah mengenalpasti 25 kerusi DUN yang mampu di menangi di Pulau Pinang dengan 10 kerusi di pulau sementara 15 kerusi di Seberang Perai bagaimanapun kenyataan tersebut telah dinafikan oleh pemimpin PR.

Di Selangor, kedua-dua parti dilaporkan sibuk menyusun strategi dengan setiap wakil rakyat dikatakan cuba menonjolkan kemampuan masing-masing bagi mengelakkan diri daripada tersingkir sebagai calon.

BN dijangka mengugurkan nama bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo sementara bagi PR, nama dua ADUN DAP M. Manoharan (Kota Alam Shah) dan Ronnie Liu (Pandamaran)juga mungkin akan disingkirkan sebagai calon.

 www.mstar.com.my

Read rest of entry

Monday, 8 August 2011

NAJIB UMUM BONUS DAN SELEPAS INI ROMBAK KABINET.... PETANDA PRU13 SEMAKIN HAMPIR


Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini," kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.
 
azlanKatanya bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.

Perdana Menteri berkata kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

"Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajian penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga merupakan satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam," kata Najib.

Katanya pemberian bonus dan bayaran khas itu akan melibatkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion.

Khamis lalu, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan mempertimbangkan pemberian dua bulan bonus kepada penjawat awam tahun ini.

Presidennya, Datuk Omar Osman berharap kerajaan dapat menyediakan bonus sebulan sebelum sambutan Hari Raya dan sebulan bonus selepas sambutan perayaan itu.

Beliau berkata, Cuepacs telah memohon secara rasmi melalui surat kepada perdana menteri,dua bulan lalu.

"Sudah dua tahun penjawat awam tidak mendapat bonus sejak 2008 dan adalah diharapkan tahun ini kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus tersebut sebelum dan selepas Hari Raya bagi mengurangkan beban kewangan,” katanya.
Read rest of entry

Wednesday, 13 July 2011

BUKTI ORANG UMNO HILANG AKAL. Saksikan Drama ini...........


SHAH ALAM – Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin mencadangkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) memberi peluang kepada setiap ketua parti tempoh masa antara 15 ke 30 minit untuk menerangkan manifesto masing-masing pada pilihan raya umum yang akan datang.

Menurutnya, ia adalah langkah yang terbaik supaya rakyat boleh melihat dan menilai sendiri manifesto yang akan dibawa oleh setiap parti pada pilihan raya umum tersebut.

“RTM patut beri mereka peluang pada pilihan raya umum nanti, biar ketua setiap parti jelaskan kepada rakyat manifesto masing-masing untuk tempoh masa tertentu.

“Dengan cara ini semua mendapat peluang dan saya yakin mereka akan gunakan ia dengan sebaik-baiknya,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) dalam tuntutan mereka menyebut semua media rasmi seperti RTM dan Berita Nasional Malaysia (Bernama) perlu memberi liputan yang seimbang kepada semua parti politik.

Ditanya mengenai tempoh masa berkempen 21 hari dalam tuntutan Bersih 2.0, Zainuddin menjelaskan Suru­hanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini pernah meletakkan tempoh berkempen selama sebulan seperti tahun 1969 lalu.

Katanya, tempoh berkempen yang terlalu lama ini boleh menyebabkan parti politik dan calon-calon boleh menaikkan pelbagai sentimen jika tidak berhati-hati sehingga menyebabkan perkara yang tidak diingini.

“Atas sebab perkara yang berlaku pada tahun 1969 telah menyebabkan SPR meletakkan tempoh kempen yang lebih singkat, kerana setiap parti biasanya ada organ sendiri yang sentiasa berkempen sepanjang tahun.

“Sekarang kita tidak memerlukan tempoh kempen yang lama, kerana perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pantai Timur hanya sekejap dengan penerbangan dan jalan yang selesa. Dulu biasanya perjalanan lebih lapan jam,” katanya.
Read rest of entry

Wednesday, 1 June 2011

WAKIL RAKYAT DILARANG PROMOSI DIRI ATAU "ANGKAT BAKUL SENDIRI" DI PARLIMEN...... Demam PRU13?

KUALA LUMPUR: Ketika spekulasi bahawa pilihan raya umum ke-13 akan diadakan tahun ini semakin hangat, Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara dinasihatkan supaya tidak menjadikan Parlimen sebagai platform "angkat bakul" diri mereka untuk menghadapi pilihan raya.
 
Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata semua wakil rakyat sepatutnya menggunakan mandat yang diberikan oleh rakyat pada pilihan raya umum ke-12 lalu untuk berhujah demi kepentingan rakyat bukannya bercakap sesuka hati demi kepentingan politik diri.

"Sungguh pun mereka mempunyai visi dan misi tersendiri dan hendak menyuarakan pendapat di dewan yang mulia serta bertanggapan bahawa kemungkinan besar pilihan raya ke-13 akan datang, jangan sekali-kali guna kedua-dua Dewan menjadi platform hendak meraih simpati rakyat.

"Jangan menggunakan tindak-tanduk dengan cara hujah yang tidak mendatangkan kebaikan kepada keselamatan dan ketenteraman negara," katanya kepada Bernama dalam satu temubual di pejabatnya di Parlimen di sini hari ini.

Menurut Abu Zahar, semua wakil rakyat tidak kira di Dewan Rakyat atau Senator di Dewan Negara mestilah menghormati kemuliaan dewan berkenaan mengikut etika, Perlembagaan Persekutuan dan peraturan dewan.

"Kalau seseorang itu berhujah dengan bijaksana dan idea yang konkrit, kami alu-alukan, ini yang diharapkan oleh semua rakyat tetapi jangan datang ke dewan yang mulia ini dengan sifat tak tentu arah, bersifat emosional, bersifat perkauman yang boleh menggugat ketenteraman dewan," katanya.

Abu Zahar berkata setiap wakil rakyat juga perlu memegang prinsip ketika mengangkat sumpah yang mengatakan setiap Anggota Parlimen perlu memahami, menghayati dan mendokong Perlembagaan Persekutuan sepanjang menjadi wakil rakyat.

"Dalam lafaz angkat sumpah mereka di hadapan Yang Dipertua kedua-dua Dewan sebelum menjadi wakil rakyat, mereka mesti mempertahankan Perlembagaan Persekutuan. Ini sumpah ikrar yang dibuat oleh semua wakil rakyat sebelum mereka boleh duduk mewakili rakyat di dalam dewan yang mulia ini.

"Saya nak tegaskan di sini, setiap Anggota Dewan Rakyat terutamanya mesti memahami dan jangan mengingkari lafaz ikrar sumpahnya, kalau dia datang ke dewan bercakap tanpa ada batasan, tiada perkara yang baik dan melanggar peraturan, itu sudah melanggar prinsip asas seorang wakil rakyat," katanya.

Dewan Rakyat akan mula bersidang semula pada 13 Jun hingga 28 Jun depan selepas ditangguhkan pada 7 April lalu manakala Dewan Negara akan mula bersidang pada 4 Julai hingga 12 Julai depan selepas ditangguhkan pada 28 April lepas. BERNAMA
Read rest of entry

Tuesday, 3 May 2011

PETANDA PRU13 SEMAKIN HAMPIR....Skrip Lama BN

Minggu lepas 225 orang sertai Umno di Kedah. Semalam pula lebih 600 ahli parti pembangkang daripada pelbagai cawangan sekitar kawasan Parlimen Tampin dekat sini bertindak keluar parti dan menyertai MIC Bahagian Tampin berikutan tidak puas hati dengan hala tuju parti serta janji kosong pemimpin mereka. Inilah taktik lapuk BN bila nak menjelang sesuatu musim pilihanraya.

Setiausaha Agung MIC, Datuk T. Rajagopalu berkata, kesemua individu terbabit merupakan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP selain pertubuhan haram Hindraf.

"Mereka bertindak demikian kerana mendakwa parti pembangkang hanya menabur janji kosong dan apabila masalah rakyat dirujuk, mereka (pembangkang) tidak mampu menyelesaikannya.

"Mereka juga memaklumkan kepada saya bahawa bantuan yang diterima di kawasan mereka disalurkan oleh Barisan Nasional (BN) dan MIC," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Jelas Rajagopalu, secara jelas ini menunjukkan bahawa kerajaan amat prihatin dalam membela nasib rakyat yang selaras dengan konsep 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'.

"Kesemua individu itu dari enam  cawangan parti pembangkang di Gemencheh, Gemas dan Repah dan mereka mengisytiharkan keluar parti dalam majlis Makan Malam Pemimpin Bersama Rakyat di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sin Min, Gemencheh Sabtu lalu,"

Oleh itu semua ahli PR bersiapsedialah menggempur BN dalam PRU13 nanti. Selamatkanlah Malaysia.
Read rest of entry

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online