www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Showing posts with label TPM. Show all posts
Showing posts with label TPM. Show all posts

Tuesday, 1 November 2011

KENAPA KEM NAJIB NAK JATUHKAN MUHYIDDIN?...Sebabnya.......

JIKA hendak diberikan gambaran permasalahan dalam Umno hari ini, ianya tidak ubah macam rancangan animasi televisyen kartun CatDog. Ia hanya ada satu badan, tetapi ada dua kepala. Satu kepala cat (kucing) satu lagi kepala dog (anjing).

Dua-dua kepala ini punyai perangai, citarasa, pendekatan dan minat yang berbeza, sehingga sering bercanggah antara satu sama lain. Tetapi tiada pilihan kerana terpaksa berkongsi badan yang sama.

Badan yang dikongsi dan hendak dibawa adalah Umno, yang hayatnya sudah hampir sampai ke penghujung. cara mana hendak bawa Umno, pendekatan mana yang paling sesuai untuk menyelamatkan Umno daripada kepupusan.

Perbezaan ini semakin ketara dari hari ke sehari. Ianya umpama 'api dalam sekam' cuba dikambus media talibarut Umno-Barisan Nasional, namun ia tetap membara.

Pertelagahan senyap di antara Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak dengan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semakin ketara dirasai dalam Umno, dirasai oleh pemimpin-pemimpin Umno di peringkat negeri dan sudah menjalar sehingga ke akar umbi

Masalah dan percanggahan wujud dalam banyak aspek. Terutama sekali dasar 1Malaysia dan pelbagai tindakan Najib mengetepikan hak Melayu dan kuota bumiputera, tidak disenangi Muhyiddin dan juak-juaknya kerana ia tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno.

Malah media berbahasa Melayu seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian, yang khabarnya dikuasai kumpulan Muhyiddin, juga enggan memberi ruang kepada Najib, jika kenyataan PM itu dilihat merugikan orang-orang Melayu.

Antara masalah yang besar dihadapi Muhyiddin dan Umno adalah datangnya dari isteri PM sendiri. Dominasi Datin Seri Rosmah Mansor dalam banyak perkara, yang libatkan parti, kerajaan, projek dan media, amat-amat tidak disenangi mereka.

Ketidaksenangan ini disampaikan seorang kenalan lama bergelar Dato', dalam satu temu janji dengan saya di Bangsar Village baru-baru ini.

Tujuan pertemuan diadakan untuk beliau nyatakan pendapatnya tentang masa depan Melayu, yang katanya hanya akan dapat diselamatkan hanya jika PAS dan Umno boleh bekerjasama dalam hal-hal tertentu.

Saya hanya mendengar sahaja, kerana memang bukan bidang kuasa saya untuk bersetuju atau menolak pandangannya. Saya sekadar mahu meneropong dari sudut hati orang Umno, apa yang sebenarnya berlaku dewasa ini.

Sambil-sambil beliau berusaha meninjau peluang untuk melunakkan hubungan PAS-Umno, saya bertanya kepadanya tentang perubahan kepimpinan dan kepincangan yang terus berlaku dalam Umno.

Kata saya,"Dato' apa agaknya obstacle yang menghalang Umno untuk kelihatan solid dalam menghadapi PRU akan datang?"

"Rosmah," jawabnya ringkas, sambil menghirup cappucino.

"Mengapa Rosmah?" tanya saya sebelum sempat beliau meletakkan cawan kembali ke atas meja.

"Kita pun tak tahu mengapa Najib begitu menurut kata Rosmah. Semua urusan 'stuck' kalau ada campur tangan Rosmah. Sehingga pelantikan politik, termasuk GLC pun Rosmah campur tangan," dakwanya.

"Ooo lebih kurang Rosmah ni macam Khairy (Khairy Jamaluddin) masa zaman Abdullah lah ya," ujar saya kepadanya.

Dato' hanya mengangguk, mengiyakan telahan saya. Banyak ceritanya yang tidak boleh ditulis di sini. Off record katanya.

Pada saya, dakwaan terhadap Rosmah barangkali betul, barangkali tidak. Masalah Najib dan Rosmah adalah masalah Umno. Mahu tidak mahu mereka terpaksa menghadap apa yang ada.

Masalah sebenarnya adalah masalah perebutan kuasa dan power broker serta juak-juak yang berpihak kepada Najib dengan puak penyokong Muhyiddin.

Keadaan menjadi semakin panas apabila masalah ini meleret-leret, sehingga kepada perihal pemilihan dan penentuan calon Umno untuk menghadapi Pilihan Raya Umum akan datang. Habis semua hendak jadi calon.

Daripada Ketua Bahagian yang sudah lapuk, sehinggalah budak-budak hingusan dalam Umno, berebut-rebut hendak jadi calon. Mereka melobi Najib dan Muhyiddin. Semuanya kata mereka adalah winning candidate. Habis hiruk pikuk Umno di peringkat bahagian.

Masalah ini diakui oleh Muhyiddin. Kenyataan beliau baru-baru ini merujuk kepada masalah dalaman Umno yang tidak boleh selesai sehingga kini.

Oleh sebab itu MT Umno terpaksa menangguhkan pemilihan dalam Perhimpunan Agung Umno, untuk tempoh 18 bulan bermula Mac 2011.

Penangguhan terpaksa dibuat kerana, pemilihan parti menyebabkan Umno dalam keadaan berisiko tinggi. Umno terpaksa gamble kerana pemilihan akan berlaku di segenap peringkat, meliputi cawangan, bahagian dan kebangsaaan akan memberi natijah yang negatif kepada masa depan mereka. Oleh itu maka pemilihan Umno ditangguhkan, untuk memberi laluan terlebih kepada PRU terlebih dahulu.

Oleh itu, jika diteliti dan dibandingkan tempoh kerajaan BN akan berakhir pada Mac 2013 dengan tempoh penangguhan pemilihan Umno akan tamat pada September 2012, maka tidak dapat tidak PRU mesti diadakan enam bulan lebih awal dari pemilihan Umno.

Maka dijangkakan, tarikh terbaik untuk Najib mengadakan PRU ke-13 adalah di antara Disember 2011 hingga Mac 2012. Itu andaian Najib.

Namun Najib tidak akan selamat jika Umno-BN tewas atau hanya menang dengan majoriti yang lebih kecil daripada PRU 2008. Jika BN tewas, habis cerita. Sama ada Najib atau Muhyiddin, sama-sama akan dimasukkan dalam muzium bersekali dengan Umno-BN

Jika BN menang tipis bagaimana? Sekarang pun dalam Umno, terdapat golongan yang mendesak Najib berundur dan memberi laluan kepada Muhyiddin. Alasan mereka mudah. Najib terlalu lemah dan tidak mampu mengemudi BN berhadapan dengan Pakatan Rakyat. Ada kelompok veteran Umno yang berpendapat, jika Najib terus menjadi PM, masa depan Umno akan terus kelam.

Malah ada antara kalangan Umno yang melabel Najib sebagai PM flip-flop, sama atau lebih teruk daripada Abdullah Ahmad Badawi.

Oleh kerana itu, jika BN menang tipis, Najib bakal mengalami nasib yang sama dengan Abdullah. Justeru bagaimana Najib hendak mengelakkan daripada Muhyiddin naik menggantikan beliau.

"Saya yakin Hisham (Dato' Seri Hishammuddin Hussein) tidak akan benarkan Muhyiddin menggantikan Najib," kata seorang penganalisis Umno.

"Bagaimana nak sekat Muhyiddin? Jika hendak halang, kena ada orang lawan dia jawatan Timbalan Presiden," kata saya.

"Tak perlu. Itu lambat lagi. Kalau saudara hendak tahu, sekarang ini budak-budak Hisham sudah buat kerja di Pagoh (kawasan Parlimen Muhyiddin), nak jatuhkan dia," dakwanya.

Cara mana hendak jatuhkan Muhyiddin tidak dihuraikan lanjut. Barangkali itu hanyalah andaian beliau. Tetapi beliau mengatakan wujud banyak kemasukan pengundi baru di Pagoh, yang akan memberi kesan kepada masa depan Muhyiddin.

Pada saya itu hanya fikiran simplistik. Bukan mudah hendak mengalahkan Muhyiddin. Pagoh ini kawasan hulu. Pedalaman dan masih mundur. Orang-orang yang miskin dan mundur, sentiasa menjadi aset Umno. Tambahan lagi orang Johor. Biarlah PRU nanti menentukan.

Tetapi mesej yang hendak disampaikan di sini, bau wujudnya, unsur pertelagahan dan sabotaj di antara puak Najib dengan Muhyiddin semakin kuat. Mereka boleh cuba menafikan kewujudan masalah ini.

Kita tunggu dan lihat sahaja. Bagi kita sama ada Najib atau Muhyiddin tidak menjadi soal. Asalkan mereka mewakili Umno-BN, mereka harus ditewaskan pada PRU ke-13!

www.harakahdaily.net
rashidi hassan
Read rest of entry

Wednesday, 27 July 2011

PAS KUNO KATA MUHYIDDIN...! . TAK SABAR NAK GANTI NAJIB...

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Pas berfikiran kuno kerana menolak cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menggunakan sistem biometrik bagi menyelesaikan isu pengundi hantu dan pengundi bertindih.

Timbalan Perdana Menteri berkata cadangan yang dikemukakan oleh SPR itu adalah untuk menambah baik sistem pendaftaran pemilih dan mengelak pelbagai salah faham yang berbangkit sebelum ini seperti yang sering didakwa oleh pembangkang sendiri seolah-olah Daftar Pemilih tidak bersih.
 
"Pas jangan terlalu terburu-buru membuat penolakan sebaliknya memberi peluang kepada SPR untuk mengemukakan cadangan mereka dan mengadakan perbincangan mengenai perkara itu dengan pihak terbabit sebelum sistem itu betul-betul dilaksanakan.

Dia punya cara pemikiran itu terlalu ortodoks. Cadangan yang dikemukakan oleh SPR adalah untuk menambah baik sistem pendaftaran pemilih dan hendak mengelakkan pelbagai salah faham yang berbangkit sebelum ini.

"Biarlah Pas bersikap munasabah. Kalau Pas bersikap begitu (menolak pembaharuan), memang fiil (perangai) dia begitulah, kita tahulah cara dia (Pas) menolak apa saja yang baik," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Sekolah Dalam Hospital di Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur di sini Selasa.

Pas hari ini menolak cadangan SPR untuk menggunakan kaedah biometrik bagi menyelesaikan isu pengundi hantu dan pengundi bertindih kerana menyatakan ia bukan penyelesaian yang sebenar.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata sistem itu juga terdedah kepada manipulasi pihak yang mengendalikannya kerana hanya segelintir sahaja yang ada kepakaran dan terlibat mengendalikan biometrik.
Read rest of entry

Monday, 4 July 2011

MUHYIDDIN DAN ALI RUSTAM PAKAI BAJU HIJAU : ADAKAH NAJIB TAIDA LAGI SELEPAS PRU13?


Apakah wujud konspirasi antara Muhyiddin dan Ali Rustam apabila mereka berdua berpakat memakai baju "hijau" semasa lawatan resmi beliau ke Melaka Sentral Semalam. Disaat PM Najib pening kepala dengan "demam kuning" tetapi dua orang bawahannya sibuk menggayakan baju warna hijau yang menjadi warna kepada parti PAS. Mereka nak masuk PAS ke? Tak mungkin? Atau dah mula nak menyesuaikan diri dengan warna hijau setelah sedar Umno dan BN akan tumbang dalam PRU13 nanti?
 
Najib sebenarnya berada dalam keadaan kritikal dan amat berbahaya jika gagal menghadapi kebangkitan rakyat melalui "Bersih 2.0". Jika Najib silap percaturan dalam menyelesaikan kes "Bersih" maka ia akan mengundang padah kepada kehancuran Umno dan BN. 

Maka Muhyiddin boleh mengambil-alih tempat Najib sebagai PM atau Presiden Umno jika dilihat Najib gagal menyelesaikan kemelut "Bersih" sehingga membuatkan nama baik kerajaan dan BN hancur satu dunia dan pada masa itu pastilah Pakatan Rakyat akan menemui jalan mudah ke Putrajaya.
Apa pakatan antaran Muhyiddin dan Ali Rustam? Anda tahu atau tidak?


Read rest of entry

Friday, 25 March 2011

MUHYIDDIN PEMBOHONG...! ISU INTERLOK BELUM SELESAI LAGI

Muhyiddin bohong lagi rupa-rupanya. Pengguguran perkataan paria dan 18 lagi bahagian yang dianggap sensitif dalam novel Interlok nampaknya belum selesai, berbeza dengan kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.

Selain "belum puas", masih terdapat banyak wakil masyarakat India yang tetap mahukan novel Datuk Abddullah Hussain itu digugurkan sebagai teks sekolah.

Bagi penulis Uthaya Sankar SB (kiri) yang juga anggota panel bebas Interlok, walaupun semua cadangan pindaan dipersetujui, ia cuma melibatkan bahagian menyentuh sensitiviti kaum India sahaja.

"Saya secara peribadi belum puas sebab saudara Melayu dan saudara Cina saya, ke mana pergi suara mereka sebagai panel bebas?" soalnya.

Beliau mendedahkan, anggota panel yang ditugaskan mencari perkara sensitif bagi Melayu dan India telah menarik cadangan mereka sebelum ini.

"(Jadi) macam mana kami hendak perjuangkan, ia (cadangan berkaitan itu) tidak ada," katanya.
Kenapa Muhyiddin suka berbohong? Bagaimana nak jadi PM jika suka berbohong? Tidakkah Muhyiddin senyum kambing dengan kes DNA dan videos seks Anwar? Disaat Anwar dan Najib diasak dengan jerangkap samar politik rimba, Muhyiddin kini semakin selesa untuk bersedia jadi PM tapi dinasihatkan jangannlah suka berbohong. Mukhriz boleh jadi TPM ke?
 
 
 
Read rest of entry

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online