www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Showing posts with label 1MALAYSIA. Show all posts
Showing posts with label 1MALAYSIA. Show all posts

Saturday, 30 April 2011

NAJIB TAKUT, MCA NAK KELUAR,PELAWA PAS MASUK BN GUNA SENTIMEN MELAYU

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meminta PAS keluar daripada pakatan pembangkang yang jelas tidak memperjuangkan agenda bangsa, agama dan negara.
Perdana Menteri berkata sudah tiba masanya PAS meninggalkan pakatan pembangkang khususnya DAP yang ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam.
"Hadi (Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang), cukup-cukuplah dengan DAP, tinggalkan DAP (pakatan pembangkang)," katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 15,000 orang pada majlis Perjumpaan Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat Dewan Undangan Negeri kawasan Manir di Kampung Pulau Bahagia, dekat sini.
Turut hadir Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Perdana Menteri berkata masa depan Malaysia sebenarnya lebih terjamin menerusi kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Umno.
"Umno lahir di istana dan bukannya lahir di jalanan seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR)".Najib berkata rakyat telah bijak untuk menilai kepimpinan yang benar-benar dapat memperjuangkan agenda bangsa, agama dan negara.
Beliau turut mengulas mengenai kemelut yang sedang berlaku membabitkan kepimpinan parti PKR.
"Semasa di Sarawak (pilihan raya negeri) baru-baru ini, penduduk rumah panjang pun bertanyakan jam Omega (milik Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim).
"Dan semalam kenapa nak halang orang nak bersumpah?," kata Najib yang merujuk kepada suasana tegang apabila hasrat Datuk Shazryl Eskay Abdullah melakukan sumpah laknat berkenaan pelaku dalam video seks yang didakwa membabitkan Anwar, cuba disabotaj oleh penyokong ketua pembangkang itu.
Eskay ialah seorang daripada tiga individu yang menggelarkan diri sebagai Datuk "T" atau trio, yang terlibat mendedahkan video aksi seks yang dikatakan mirip pemimpin pembangkang.
Najib berkata sudah tibanya rakyat menilai kepimpinan yang benar-benar layak untuk menerajui negara ini.
"Masa depan Malaysia ini adalah lebih terjamin dengan BN," katanya. BERNAMA
Read rest of entry

Tuesday, 26 April 2011

MUHYIDDIN WARNING MCA...! Jangan Boikot Utusan 1Melayu 1Bumi

Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta MCA bersikap rasional berhubung gesaan memboikot akhbar Utusan Malaysia yang mencadangkan gerakan "1Melayu, 1Bumi" kerana hak untuk membacanya atau tidak terpulang kepada rakyat.

Kerajaan tidak boleh menyekat atau menghalang media seperti Utusan Malaysia untuk melaporkan apa-apa perkara yang hendak dilaporkan walaupun ia tidak disenangi oleh pihak lain, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2011 ke-30 di PWTC di Kuala Lumpur Isnin.

 Apa yang penting, kata Timbalan Perdana Menteri, ialah media tidak melanggar batas undang-undang, melaporkan perkara secara bertanggungjawab dan matlamatnya adalah untuk memastikan Malaysia menjadi sebuah negara yang bersatu-padu serta membangun dan bukannya untuk menghancurkan negara.

 "Saya tidak fikir wajar bagi kita untuk katakan jangan baca, hak nak membaca adalah hak individu, kalau dia nak buat (boikot), buatlah, tetapi saya tidak fikir ia akan berkesan, lagi orang kata tak nak baca, lagi orang nak baca.

 "Saya tidak tahu kenapa MCA mencadangkan begitu, adakah kerana dia bimbang sangat dengan perkara-perkara yang ditulis dalam Utusan Malaysia hingga boleh mencetuskan huru-hara," katanya.

Bernama melaporkan mengulas gesaan Timbalan Ketua Publisiti MCA Loh Seng Kok supaya rakyat memulaukan Utusan Malaysia kerana mencadangkan gerakan "1Melayu, 1Bumi" yang dianggap oleh parti itu adalah untuk menghalalkan diskriminasi kaum, Muhyiddin berkata beliau tidak merasakan Utusan Malaysia berniat untuk menghancurkan negara.

 "Kalau dia berbuat demikian, sudah lama tercetus huru-hara dalam negara hanya kerana sebuah surat khabar, kira perlu bersikap rasional," katanya.

 Muhyiddin berkata beliau percaya sebahagian besar rakyat Malaysia, tidak kira Melayu ataupun bukan Melayu, mengetahui peranan dan sejarah akhbar tersebut yang menuntut kemerdekaan, perjuangkan soal kepentingan rakyat dan menyokong usaha untuk memajukan negara.

 "Ramai rakyat daripada keturunan bukan Melayu (tahu) bahawa laporan dalam media bukan Melayu banyak juga menyentuh hal-hal yang agak sensitif, (dan) kalau kita tanya kenapa buat begitu, itu adalah tercerna dari perasaan orang Cina, (dan) India," katanya.
Read rest of entry

Friday, 22 April 2011

UMNO TAKUT ATAU UTUSAN BERANI? NAJIB NAFI ARAH 1MELAYU 1BUMI

SERDANG: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata gerakan '1Melayu, 1Bumi' yang disaran Utusan Malaysia merupakan pendapat peribadi penulis akhbar berkenaan dan bukan pandangan kerajaan. 

"Itu pendapat peribadi penulis yang berkenaan tetapi daripada segi kerajaan kita sudah ada gagasan yang cukup jelas dan kita akan teruskan usaha kita.

"Dan, bagi orang Melayu, yang penting sekali mereka sokong Umno kalau hendak bersatu daripada segi politik," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan amanat pada Hari Perhimpunan Petani, Penternak dan Nelayan di sini, Jumaat.

Turut hadir Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.

Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Datuk Zaini Hassan dalam ruangan Cuit dua hari lepas, berkata DAP telah berjaya menjadi parti Cina yang telah menyatupadukan orang Cina.

Zaini berkata pada pandangannya Umno harus melancarkan gelombang perpaduan bangsa "1Melayu, 1Bumi".

Ditanya mengenai gesaan beberapa pihak agar Tan Sri Abdul Taib Mahmud berundur sebagai Ketua Menteri Sarawak, Perdana Menteri berkata; "Saya telah memberikan komen saya...beri saya masa".

Mengenai rasa tidak puas hati orang ramai berhubung web portal E-mel 1Malaysia, Najib berkata memandangkan projek itu dibangunkan pihak swasta, biarlah pihak berkenaan yang menjelaskannya.

"Biarlah mereka yang membuat penjelasan...ia adalah cadangan mereka. Ia adalah inisiatif sektor swasta dan tidak melibatkan wang rakyat. Biarlah mereka ambil inisiatif untuk menjelaskannya (kepada rakyat)". - BERNAMA
Read rest of entry

Thursday, 21 April 2011

CINA SARAWAK TAK TAKUT SEBAB MELAYU KELANTAN TAK DIHUKUM PUN : Pertikai MCA dan Gerakan

Soal khianat tidak timbul
Dalam perkembangan berkaitan, Gerakan juga membidas PERKASA dan menganggap kenyataan Abang Abdul Nasser itu sebagai bersifat 'pendedam dan rendah citarasanya".

Naib presiden parti komponen BN itu, Datuk Mah Siew Keong (kanan) berkata soal mengkhianati tidak timbul kerana masyarakat Cina di Sarawak tidak pernah membuat sebarang janji bahawa mereka menyokong BN.

"Lagipun, pilihan raya negeri Sarawak diadakan bagi membolehkan rakyat secara demokrasi melantik wakil mereka ke Dewan Undangan Negeri," katanya dalam satu kenyataan.

Chong Snr ceramah in kuching
Mah juga menganggap kenyataan PERKASA itu berbaur perkauman dan tidak matang.

“Kita sepatutnya menghormati keputusan majoriti. Ia adalah undi di bandar yang terdiri daripada pelbagai kaum yang menolak parti pemerintah dan bukan hanya pengundi Cina.

"Kerajaan harus mendengar suara majoriti pengundi bandar, kajinya dan memperkenalkan perubahaan yang dapat diterima demi manfaat semua kaum," katanya.

Melayu tidak dihukum

Menurut Mah, meskipun pengundi di Kedah dan Kelantan yang majoriti mereka masyarakat Melayu menolak BN namun kerajaan pusat tidak pernah meminggirkan kedua-duia negeri berkenaan.

dap miri ceramah crowd big shot"Tidak ada sebarang desakan dari mana-mana pihak supaya kerajaan meminggirkan kedua-dua negeri itu kerana pengundinya tidak menyokong kerajaan. Jadi, tolong jangan biarkan keputusan pilihan raya Sarawak menjadi satu isu perkauman.

“Mereka (penduduk bandar) mahu melihat dasar-dasar yang adil dan saksama; mereka juga prihatin dengan isu kebangsaan dan juga cara-cara kerajaan menangani masalah berkenaan," kata Mah.

Sementara itu, cadangan Utusan Malaysia supaya Umno melancarkan gerakan 1Melayu 1Bumi dikhuatiri akan membawa kesan negatif terhadap akhbar itu sendiri.

www.malaysiakini.com  (sebahagian artikel)


Read rest of entry

Wednesday, 20 April 2011

CINA TAK UNDI CINA BN TAPI UNDI CINA DAP, BERDOSAKAH? Kenapa Utusan Serang Cina

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) cawangan Sarawak mendesak kerajaan BN supaya jangan keterlaluan melayan tuntutan kaum Cina yang didakwanya sanggup “membalas susu dengan tuba”.

Selain itu, ketuanya, Abang Abdul Nasser bin Abang Hadari dalam satu kenyataan berkata kerajaan juga wajib memulangkan kembali hak dan peruntukan keistimewaan bumiputera mengikut peruntukan perlembagaan Malaysia.

“Sejak PERKASA dilancarkan di Sarawak, ia tidak pernah mempersoalkan sebarang tuntutan kaum Cina demi menghormati Gagasan 1Malaysia dan demi keharmonian negeri Sarawak dengan memberi pengorbanan dan toleransi yang amat tinggi dalam hal ini.

“Pakatan Rakyat, lebih-lebih lagi DAP harus dipersalahkan dan dipertanggungjawabkan oleh kaum Cina jika kaum pribumi Sarawak menidakkan semua tuntutan kaum Cina,” katanya.

utusan malaysia and umnoKenyataannya itu adalah yang terbaru berikutan rentetan beberapa siri artikel yang diterbitkan oleh akhbar milik Umno, Utusan Malaysia bermula Ahad lalu dalam ruang kolum oleh 'Awang Selamat' supaya mengabaikan kepentingan masyarakat Cina dalam strategi pilihan raya,

'Awang Selamat' - nama sama yang digunakan oleh para editor Utusan berkata sentimen anti BN oleh pengundi Cina di seluruh negara membuktikan bahawa masyarakat berkenaan bukan sahaja mahu mengekalkan penguasaan mereka di bidang ekonomi tetapi juga mahu menjadi dominan dalam bidang politik.

NONEHari ini, timbalan ketua pengarang Utusan, Datuk Zaini Hassan (kiri) mencabar Umno untuk melancarkan gagasan 1Melayu, 1Bumi ini pada kadar segera, Gagasan itu bagi menangkis apa yang dakwa Zaini sebagai agenda DAP untuk memastikan pengundi Cina meramaps kuasa politik daripada orang Melayu.

Menyokong tuntutan Utusan itu, Abang Abdul Nasser berkata tindakan masyarakat Cina yang mengundi DAP seperti yang terlihat pada keputusan pilihan raya Sarawak ke-10 yang lalu “diibaratkan seperti membela buaya yang dalam kekenyangan pun akan menggigit tuannnya”.

Kenapa Utusan cadang pada Najib Umno untuk melaksanakan slogan 1Melayu 1Bumi khusus untuk orang Melayu Umno sahaja? Kenapa dengan 1Malaysia? Gagal? Sebab gagal kerana tak dapat undi Cina? Kenapa tuduh orang Cina khianat negara sebab tak undi BN di Sarawak? Cina tak khianat negara, Cina khianat pada BN yang jahat. Sebab apa mereka khianat? Sebab hanya pemimpin Cina dan BN yang kaya tapi rakyat miskin. Hanya pemimpin Cina dan BN yang rasuah  sahaja dibenci oleh orang Cina. Cian tak benci Cina sebab semua calon-calon DAP berbangsa Cina.

Mereka benci Cina BN yang berpayungkan parti BN yang jahat dan rasuah, itu sahaja. Selepas beberapa pemimpin Umno membidas kaum Cina, kini giliran Utusan melalui Awang Selamat mengibarkan rasisme di Malaysia, hari ini disokong oleh Perkasa bawak Tok Berahim Ali. Kenapa nak histeria bila Cina undi Cina? Melayu pun undi Melayu kenapa tak histeria? Memang Umno dan BN sedang nazak, maka keluarlah idea merapu jahat ini.

Kenapa Utusan tiba-tiba nak cabar Umno tubuhkan 1Melayu 1Bumi? Nak buang ke mana 1Malaysia yang telah didakwa guna khidmat APCO bernilai RM77 juta? Malulah Najib jika Umno pula lancar 1Melayu 1Bumi. Jika dilancar Najib nak letak muka kat mana? Baju batik yang telah dibeli pegawai kerajaan yang wajib pakai setiap khamis nak buang juga ke? Nak guna batik 1Melayu 1Bumi? Pegawai kerajaan Cina guna batik 1Cina? India pula guna batik 1India?

Memang melalut idea orang besar Utusan ini. Orang Umno pun tak terfikir sampai tahap iyu untuk menubuhkan kelab rasisme. Sama ada orang Umno tidak cerdik atau memang takut pada Cina? Kita tunggu bagaimana isu ini didendangkan oleh utusan dalam beberapa hari akan datang.
Read rest of entry

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online