www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Showing posts with label SPRM. Show all posts
Showing posts with label SPRM. Show all posts

Tuesday, 27 September 2011

KEPUTUSAN PELIK MAHKAMAH DI MALAYSIA UNTUK SELAMATKAN SPRM?

Keluarga allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed mahu lebih banyak masa sebelum mengulas secara rasmi keputusan inkues berhubung kematian penolong pengarah kastam itu.

Abang iparnya, Mohd Shah Jaafar berkata balu Ahmad Sarbaini letih hari ini kerana beliau telah pergi ke bangunan Tabung Haji.

Masiah @ Maziah Manap (kiri) dan Ahmad Sarbaini dijadual menunaikan fardu haji tahun ini.

Berikutan kematian Ahmad Sarbaini, anaknya akan mengantikan bapanya ke Tanah Suci.

Mengulas keputusan Mahkamah Koroner, peguam keluarga, Awtar Singh berkata adalah sukar untuk mempercayai bahawa arwah Sarbaini telah memanjat tingkap untuk melarikan diri.

"Mengapa dia perlu berbuat demikian? Dia pergi (ke sana) secara sukarela. Tambahan pula, tidak ada cap jari yang kelihatan di cermin tingkap dan mereka tidak mengambil pakaian ketua penyiasatan SPRM KL, Ahmad Fauzi (Husin), untuk menjalankan ujian DNA."

Awtar berkata SPRM perlu bertanggungjawab atas kematian itu kerana kejadian berlaku di perkarangan bangunannya.

"Kami sedang memikirkan untuk memfailkan semakan kehakiman, tetapi saya akan menunggu arahan daripada keluarganya."NONEMahkamah Koroner hari ini memutuskan kematian Ahmad Sarbaini, 56, disebabkan nahas kerana terjatuh dari aras tiga bangunan SPRM dengan tidak disengajakan.

Koroner Aizatul Akmal Maharani membuat keputusan itu selepas bersidang selama 13 hari dan memanggil 34 saksi sejak 4 Julai lalu.
 
Aizatul juga menolak unsur dibunuh dan membunuh diri.

Ahmad Sarbaini ditemui mati di aras satu gelanggang badminton bangunan itu di Jalan Cochrane di Kuala Lumpur pada April lalu.
Read rest of entry

Monday, 26 September 2011

HARAPKAN PAGAR PAGAR MAKAN PADI. PEGAWAI SPRM PUN MENYAMUN JUGAK?

KOTA BHARU: Tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dipercayai terbabit melakukan samun ke atas seorang pengurup wang asing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada 15 September lalu, sudah ditukarkan ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia sehingga siasatan polis selesai.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM, Datuk Zakaria Jaafar, berkata SPRM memandang serius kes itu dan tidak akan melindungi pegawai berkenaan, jika didapati terbabit dengan kegiatan jenayah. 
 
Ketiga-tiga mereka bukan pegawai kanan seperti dilaporkan media tapi hanya pegawai biasa berpangkat Pemangku Penolong Pesuruhjaya (Gred P48), Penolong Kanan Penguasa (Gred P32) dan Penolong Penguasa (Gred P29). 

Pangkat paling rendah dalam SPRM adalah Penolong Penguasa (Gred P29), katanya selepas majlis perasmian penyerahan Kompleks Pejabat SPRM Negeri Kelantan, semalam

Pada 15 September lalu, seorang penggurup asing didakwa disamun tiga pegawai SPRM di KLIA menyebabkan mangsa kerugian sebanyak AS$300,000 (RM900,000).

Mangsa dikatakan didatangi ketiga-tiga pegawai terbabit kononnya cuba melakukan pemeriksaan mengejut ke atas mangsa yang dalam proses mahu membawa keluar wang AS$300,000 ke Singapura melalui lapangan terbang itu.

Suspek kemudiannya cuba mengugut mangsa supaya menyerahkan sejumlah wang bagi tujuan melepaskannya daripada pemeriksaan, tetapi mangsa enggan menurut arahan mereka.
Berikutan itu, suspek mengambil wang itu kononnya untuk dirampas sebelum menghilangkan diri.

Zakaria berkata, SPRM memberi kerjasama sepenuhnya kepada polis dalam siasatan itu dan pada masa sama, SPRM mengadakan siasatan dalaman bagi menentukan sama ada berlaku perlanggaran peraturan yang serius sebelum mengambil sebarang tindakan.
Read rest of entry

Wednesday, 27 July 2011

SPRM DAN BN MENJADI PEMBUNUH TEOH BENG HOCK?

NONEBN harus memikul tanggungjawabnya yang mencipta raksasa di kalangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sehingga menyebabkan kematian pembantu politik Teoh Beng Hock, kata pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.

Lim berkata laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja yang diumumkan baru-baru ini dengan jelas menghuraikan betapa gerunnya cerita di sebalik pencabulan kuasa yang dimiliki SPRM ketika Teoh dalam tahanan mereka.

"...kita yang membiarkan Parlimen meluluskannya (Akta SPRM 2009), beri mereka tambahan kuasa dan dana, serta segala sokongan. Apa yang terjadi? Ia menjadi raksasa,” katanya pada wawancara eksklusif dengan Malaysiakini.

Lim, yang mencatatkan pembabitan 45 tahun aktif dalam politik tahun ini juga menuduh BN memperkudakan SPRM, khususnya SPRM Selangor dalam agenda politik untuk merampas kembali negeri itu daripada pemerintahan Pakatan Rakyat.

Katanya laporan suruhanjaya itu adalah dokumen pertama yang dibacanya sejak menjalani pembedahan pada mata kirinya April lalu. Hasil rumusannya, Lim berkata tindakan pegawai dan anggota SPRM itu jelas “menghina mahkmah” dan mencabuli kuasa bagi menjalankan operasi ke atas wakil rakyat Pakatan yang dipilih oleh rakyat tanpa sebarang asas.

NONESasaran Lim ditujukan kepada timbalan pengarah SPRM Selangor Hishamuddin Hashim, yang didakwanya berkhidmat mengikut telunjuk BN melalui anggotanya yang dibawa bagi menyiasat dan menyerbu bos Teoh - ADUN Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah.

Katanya, Hishamuddin, yang kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai pengarah SPRM Negeri Sembilan selepas mengetuai “operasi besar-besaran” dengan “melanggar undang-undang demi undang-undang, bukan sahaja SOP (standard operating procedures) tetapi semua undang-undang".

"Ini amat jelasa. Hishamuddin adalah timbalan pengarah tetapi beliau bertindak seolah-olah beliau lebih berkuasa daripada pengarah dan malah bertindak tanpa merujuk arahan ibu pejabat.

"Ini bukan setakat operasi anti rasuah. Ini pasti agenda politik untuk tumbangkanPakatan di Selangor dengan menyerang ADUN DAP, Pakatan.

NONE"Jika tidak, macam mana seseorang timbalan pengarah mempunyai kuasa sebegitu besar? Bertindak dan mempercyai dirinya kebal dan boleh terlepas daripada hukuman? Dan dia bukan orang baru. Dia ada 19 tahun (pengalaman) dalam SPRM dan tiba-tiba bertindak sebegitu angkuh.

"Saya pasti beliau menjalankan agenda politik dan ini hanya boleh membawa maksud ia agenda BN untuk gulingkan (Pakatan),” kata Lim.
Read rest of entry

Tuesday, 26 July 2011

PEGAWAI SPRM PUN RASUAH...........memalukan...


KUALA LUMPUR: Seorang bekas Penolong Penguasa Badan Pencegah Rasuah (BPR) dihukum penjara enam bulan oleh Mahkamah Tinggi di sini kerana menerima rasuah sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap bekas Exco Kerajaan Selangor, Datuk Saidin Tamby.

Hakim Datuk Su Geok Yiam memerintahkan Rahiman Selamat, 52, menjalani hukuman itu mula hari ini (Isnin, 25 Julai) selepas membenarkan rayuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

SPRM mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen membebas dan melepaskan Rahiman pada 2001 atas tuduhan menerima jam tangan Rolex Oyster Perpetual bernilai RM3,000 daripada orang tengah, yang juga peniaga kereta terpakai, Razif Kamaruddinas sebagai dorongan tidak mengambil tindakan terhadap Saidin.

Hakim juga menolak permohonan peguam tertuduh, Mohd Firuz Jaffril, untuk menangguhkan hukuman.

Rahiman didakwa melakukan kesalahan itu pada 17 April 1998 di Syarikat Golden Time, Lot 3.03, Tingkat Tiga, The Mall, Jalan Putra, di sini.

Pada prosiding, Isnin, SPRM diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya Kevin Morais dan Wong Poi Yoke.

Pada 1999, Rahiman dan Timbalan Pendakwa Raya dari BPR (kini SPRM), Mohd Razib Othman didakwa bersama menerima rasuah sebagai dorongan untuk tidak mendakwa Saidin.

Bagaimanapun, Mohd Razib didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen dan dihukum penjara dua tahun dan denda RM80,000 kerana menerima jam tangan jenama Philip Charriol bernilai RM4,215 melalu Razif pada 19 Mei, 1998.

Pada 12 Februari tahun lepas, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen terhadap Mohd Razib. - BERNAMA
Read rest of entry

Thursday, 7 April 2011

2 PEGAWAI SPRM DIGANTUNG TUGAS, KETUA PESURUHJAYA LARI TAK MAHU KOMEN? Mana Integriti Anda...!

Ketua Pesuruhjaya SPRM perlu ambil tanggungjawab bersama, tidak cukup dengan menggantung dua pegawai beliau sahaja dan beliau bebas tersenyum tanpa rasa bersalah. Mana janji beliau semasa dilantik menjadi KP SPRM pada tahun lepas dengan niat menjadikan SPRM badan yang paling berintegriti dan berwibawa tetapi akhirnya premis bangunan SPRM telah menjadi lokasi tragedi  kematian yang menyayat hati bagi orang yang disoalsiasat mereka.

Bernama melaporkan, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abu Kassim Mohamed enggan mengulas berhubung desakan beberapa pihak supaya beliau meletak jawatan atau digantung tugas berikutan kematian seorang pegawai Kastam semalam.

"Saya tidak mahu komen,” katanya ringkas ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

DUA PEGAWAI SPRM DIGANTUNG TUGAS

Dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) yang menjadi pengiring Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed, yang ditemui mati di pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane, di sini, semalam, ditahan kerja untuk tujuan siasatan.

Mereka ditahan kerja kerana dikatakan melakukan pelanggaran ingkar perintah berhubung pengendalian saksi atau pelanggan di premis SPRM.

"Pegawai-pegawai tersebut dikatakan gagal berada bersama saksi atau pelanggan sepanjang masa ketika saksi atau pelanggan berada dalam premis SPRM,” menurut SPRM dalam kenyataan di sini hari ini.

Kenapa hanya pegawai bawahan yang menjadi kambing hitam? KP boleh tersenyum manja didepan media? Mana maruah beliau dan mana integriti beliau dengan membiiarkan pegawai bawahannya memikul tanggungjawab? Ketua jenis apa ni?

Yang penting, kematian pegawai kastam di bangunan SPRM perlu disiasat dengan telus oleh pihak Polis daan jika perlu ditubuhkan Suruhanjaya Siasatanseperti dalam kes kematian Beng Hock maka tubuhkanlah segera. Jika simati bersalah sekalipun biarlah dia menerima hukuman tetapi janganlah beliau dibunuh dan kemudian dicampak k bawah,sungguh menyayat hati.

Seorang telah mati maka ada 61 lagi pegawai kastam yang akan dipanggil soalsiasat oleh SPRM selepas ini. Oleh itu dicadangkan mereka ini tidak dibenarkan datang berseorangan melainkan ditemani pegawai atau peguam dari pihak Kastam. Kita tidak mahu mereka juga akan mati terbunuh disebabkan alasan "terjatuh" oleh pegawai SPRM. Beringatlah sebelum kena.


Read rest of entry

Wednesday, 6 April 2011

KEMATIAN MENGEJUT AHMAD SARBANI. PENJELASAN SPRM BERHUBUNG KEMATIAN PEGAWAI KASTAM DI BANGUNAN SPRM KL PAGI TADI.

KUALA LUMPUR, 6 April: Berikut adalah penjelasan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysian (SPRM) yang dihantar kepada Harakahdaily berhubung kematian seorang pegawai kastam pagi tadi.

Pada hari ini, 6 April 2011 di antara jam 10.15 pagi hingga jam 10.20 pagi satu kejadian telah berlaku di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Cochrane, Kuala Lumpur dimana seorang individu telah ditemui meninggal dunia.

Individu yang ditemui meninggal dunia ini dikenal pasti sebagai Ahmad Sarbani Mohamed, 56, seorang Penolong Pengarah Kastam daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Selangor.
SPRM mengesahkan bahawa penama berkenaan adalah di antara pegawai Kastam yang telah ditahan pada 1 April 2011 jam 1.00 tengahari di Pejabat Kastam Pelabuhan Utara, Pelabuhan Kelang.

Penama tersebut setelah membantu dalam siasatan yang melibatkan operasi 3B iaitu satu siasatan berkaitan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, telah dilepaskan melalui jaminan pada hari Sabtu 2 April 2011 jam 12.30 tengahari.

tersebut telah pun meninggalkan pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selepas dilepaskan melalui jaminan tersebut.

Pada hari ini, Rabu 6 April 2011 jam 8.26 pagi, penama berkenaan telah datang ke Pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bersendirian dengan menunggang sebuah motorsikal.

Penama ini telah meminta untuk berjumpa dengan pegawai penyiasat bagi berbincang mengenai kes terhadapnya.

Oleh kerana pegawai-pegawai sedang bermesyuarat maka penama berkenaan telah menunggu di lobi pejabat sehingga jam 9.30 pagi.

Penama tersebut kemudian telah diiringi oleh seorang pegawai ke bilik pejabatnya untuk mendapatkan pegawai penyiasat menemui penama tersebut.

Pegawai yang mengiringi penama tersebut telah berada bersamanya dalam bilik pejabat pegawai berkenaan.

Pada jam lebih kurang 10.15 pagi, pegawai yang mengiringi beliau telah meninggalkan penama tersebut di pejabatnya dan keluar sebentar pergi mendapatkan pegawai penyiasat.

Dalam beberapa minit kemudian, pegawai tersebut telah kembali ke pejabatnya dan mendapati penama berkenaan tiada dalam bilik berkaitan.

Setelah mencari dalam kawasan pejabat, seorang pegawai telah terlihat satu tubuh manusia terlantar di tingkat 1 bangunan pejabat ini.

SPRM telah pun memaklumkan kejadian ini kepada keluarga simati dan pihak pengurusan jabatannya serta menyerahkan perkara ini kepada pihak Polis untuk mengambil sebarang tindakan. http://www.harakahdaily.net/

p/S.  Malam ini Ketua Pengarah Kastam pula akan memberikan kenyataan media di Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu. Sama-samalah kita nantikan apa kata pihak yang merupakan majikan yang terbunuh.
Read rest of entry

BANGUNAN SPRM BERHANTU? SEORANG LAGI TERBUNUH ATAU DIBUNUH ATAU MEMBUNUH DIRI? Kes Mati kE-2 Di Bangunan SPRM KL Selepas Kematian Teo Beng Hock di SPRM Selangor

Sungguh mengejutkan apabila seorang lagi pegawai kerajaan yang telah disoalsiasat oleh SPRM mati terbunuh atau membunuh diri atau dibunuh di bangunan SPRM Jalan Cochrane Kuala Lumpur. Ketua Pengarah Kastam pun terkejut dengan berita kematian pegawai beliau. Polis perlu menjalankan  siasatan yang terperinci agar kejadian mati di bangunan SPRM tidak berulang lagi lebih-lebih lagi sekarang ini musim SPRM menyerang agensi kerajaan yang rasuah.

Berdasarkan laporan the star melayu,  seorang pegawai Kastam Diraja Malaysia yang sedang disiasat berkaitan dakwaan lari dari cukai bernilai berbilion ringgit yang dibebaskan dengan ikat jamin dua hari lalu, maut pada pagi Rabu selepas terjatuh dari tingkat tiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah di Jalan Cochrane di sini.

Dipercayai pegawai terbabit kembali ke pejabat SPRM tersebut untuk menemui pegawai penyiasat bagi kesnya.

Pegawai penyiasat terbabit memintanya menunggu sebelum beredar untuk mengambil fail kes berkenaan.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali yang mengesahkan kejadian itu berkata, pegawai penyiasat berkenaan meminta pegawai kastam berkenaan tunggu sebentar sementara dia mengambil fail kes.

"Apabila dia kembali, beliau dapati pegawai kastam itu hilang," tambahnya.
SPRM dijangka mengadakan sidang akhbar petang Rabu.

Ketua Pengarah Kastam DiRaja Malaysia Datuk Seri Mohamed Khalid Yusuf yang sedang bermesyuarat di Terengganu berasa terkejut dengan berita kematian pegawainya di bangunan SPRM Kuala Lumpur itu. Beliau akan membuat akan membuat kenyataan media malam ini di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu.

Kenapa mati terjun bangunan di bangunan SPRM lagi? Pegawai ini dibunuh ke atau terbunuh atau membunuh diri? Adakah soalan-soalan dari SPRM menyebabkan orang yang disiasat bolh jadi tertekan sehingga boleh membunuh diri? SPRM sila jawab? Selepas kes Beng Hock berlaku lagi kejadian mati yang lebih kurang sama sifatnya. Kenapa SPRM lagi?

Yang  mati bukanlah calang orangnya , beliau ialah Pegawai Kanan Jabatan Kastam Dan Eksais Diraja Malaysia Selangor. Musthail beliau pendek akal dengan membunuh diri? Polis, siasat segera, apa dah kena dengan hantu di SPRM ini?


Read rest of entry

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online