www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Showing posts with label RASUAH. Show all posts
Showing posts with label RASUAH. Show all posts

Thursday, 1 March 2012

BUKTI PEMIMPIN UMNO KAKI RASUAH. RAKYAT KENA LAWAN PERBUATAN HARAM UMNO INI.


Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini mendapati Ahli Parlimen Sabak Bernam,  Datuk Abdul Rahman Bakri, bersalah atas lapan tuduhan membuat tuntutan palsu berjumlah RM80,000.

Hakim Azhaniz Teh Azman Teh membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan terhadap kes pendakwa.

Abdul Rahman, 47, dari Umno dituduh membuat lapan tuntutan palsu dengan nilai RM10,000 setiap satu yang berjumlah RM80,000 daripada peruntukan kawasannya berhubung majlis yang tidak pernah dijalankan.

NONE
Dia dituduh membuat tuntutan itu di antara 21 Januari dan 4 Februari 2008 ketika menjadi ADUN Sungai Ayer Tawar.

Sementara itu, pembantu beliau Mohd Rusli Busro, yang didakwa bersubahat dalam membuat tuntutan palsu juga didapati bersalah.

Abdul Rahman didakwa mengikut Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan menghadapi hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan. [Baca berita penuh]


Sementara itu, Bernama melaporkan tuntutan itu membabitkan pembelian hadiah, cenderamata dan jamuan Program Motivasi Pelajar di Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Air Tawar; Program Mesra Rakyat dan Hari Keluarga di Dewan Simpang 4 Bagan Nakhoda Omar (BNO); Program Forum Perdana Peringkat Mukim BNO; Program Mesra Rakyat dan Sambutan Maulud Nabi dan Program Mesra Rakyat Hari Keluarga Guru Kemas.
   
Abdul Rahman didakwa melakukan semua perbuatan itu di Pejabat Daerah Sabak Bernam.

Bagi setiap pertuduhan, Abdul Rahman didakwa mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama.
   
Ia memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, dalam prosiding yang sama, pembantu kepada Abdul Rahman - Rosli Busro, 44 - didapati bersalah atas tuduhan bersubahat dengan Abdul Rahman melakukan kesemua kesalahan itu.

Hakim turut membenarkan permohonan peguambela kedua-dua tertuduh, Affifuddin Hafifi dan Lim Kon Keen untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman terhadap anak guam mereka sehingga esok pagi di mahkamah sama.
   
Kedua-dua peguam itu berkata mereka perlukan masa untuk persediaan mitigasi.
   
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abdul Razak Musa.
   
Seramai 39 saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan dipanggil memberikan keterangan sepanjang perbicaraan kes itu.
 
 

Read rest of entry

Monday, 30 May 2011

RASUAH KAPAL SELAM SCORPENE, ZAHID SEDIA KE MAHKAMAH : BUKTI SIAPA RASUAH?

Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedia memberi keterangan di mahkamah berikutan siasatan Perancis berhubung dakwaan wujudnya gejala rasuah dalam pembelian kapal selam Scorpene yang bernilai ribuan juta ringgit.

“Mereka boleh cabar kita di mahkamah. Kita mahu lebih telus. Berhubung dakwaan mereka, biar mahkamah tentukan kebenaran,” kata Ahmad Zahid kepada wartawan hari ini.

Pihak berkuasa Perancis kini menjalankan siasatan berhubung sama ada komisyen dibayar dalam perjanjian bernilai RM7.3 bilion antara kerajaan Malaysia dengan firma pertahanan yang berpangkalan di Perancis, DCNS. Bayaran seumpama itu adalah tidk sah mengikut undang-undang Perancis.

Pada 2009, NGO hak asasi manusia, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mengemukakan saman ke atas DCNS di mahkamah di Paris dalam apa yang didakwa mereka sebagai rasuah aktif dan pasif, menjalankan urusniaga berdasarkan habuan dan menyalah-guna aset koporat.

Suaram sedang mengumpulkan dana bagi menanggung membiayai kos guaman kepada peguam-peguamnya.

Apabila diminta mengulas perkembangan itu, Ahmad Zahid berkata: “Saya sedia ke mahkamah jika diminta berbuat demikian tetapi syaratnya mesti diluluskan oleh kabinet. Jika kabinet tidak benarkan, maka saya tidak perlu pergi.”
Read rest of entry

Wednesday, 13 April 2011

Terkini : KP KATA "KASTAM HANYA RASUAH RM2 BILLION SAHAJA". TAK BANYAK KE TU? RM 106 Billion Rasuah Oleh Agensi Lain.

Menggemparkan apabila Kastam Diraja Malaysia (KDRM)  menjelaskan bahawa pihaknya hanya kerugian atau ditafsir melakukan rasuah anggaran RM2.2 bilion setahun. Ini bermakna telah berlaku penyelewengan atau rasuah dikalangan pegawai Kastam sebanyak RM 2.2 bilion. RM 106 billion dilakukan oleh siapa?  Malaun mana yang sapu?
Wow! Banyak betul.....Agensi lain juga lagi banyak rasuah, siapa atau agensi mana yang makan paling banyak rasuah? SPRM pasti ada jawapan? Bila nak siasat? Bila nak pungut balik RM106 billion tu?
Ketua Pengarah KDRM Mohamed Khalid Yusuf berkata ini bertentangan dengan laporan akhbar tertentu yang mengaitkan RM108 bilion dengan siasatan terhadap KDRM.

Beliau berkata perkara sebenar ialah jumlah RM108 bilion itu adalah anggaran kerugian setiap tahun kepada kerajaan akibat penipuan, pengisytiharan cukai, penyelewengan serta salah laku pelbagai agensi penguat kuasa kerajaan.

"Kami (kastam) hanya dapat mengutip sejumlah RM7.8 bilion tahun lepas yang mana kami kerugian lebih kurang RM2.2 bilion lagi. Jadi tidak tepatlah bahawa kerugian RM108 bilion itu hanya daripada kastam, tapi ia juga libatkan pelbagai agensi penguatkuasa kerajaan yang lain," katanya selepas menghadiri seminar kerjasama kastam-sektor swasta di sini, Rabu.

Beliau berkata kehilangan RM2.2 bilion atau 23 peratus duti kastam itu bagaimanapun masih dianggap rendah dan pada tahap normal serta biasa dialami oleh negara maju lain, yang menetapkan 25 peratus untuk kerugian maksimum.

Dalam operasi 3B baru-baru ini, seramai 62 pegawai kastam ditahan SPRM dan pada 6 April, Penolong Pengarah Kastam Selangor Ahmad Sarbani Mohamed, 56, yang turut ditahan bagi membantu siasatan kes itu, ditemui mati di Tingkat Satu, pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane di sini. -BERNAMA

Ini bermakna dengan fikiran rakyat biasa ialah, kejadian rasuah di Malaysia ialah bernilai RM108 billion bagi satu tahun. Jika BN sudah memerintah lebh 50 tahun, ke mana duit-duit rakyat sebanyak ini hilang? Siapa boleh jawab? Najib?

Jika rasuah atau negara hilangan RM 108 billion pada tahun 2010, jika Kastam sudah mengaku melesapkan RM 2.2 billion, soalan kita ialah :-

1. Baki RM 105.8 billion hilang ke mana?

2. Agensi mana yang sapu duit tersebut?

3. Pegawai mana yang gelapkan atau individu mana yang terlibat?

4. Kenapa SPRM tak buat "Operasi 3b ke 4 b ke, 5b ke" untuk mendapatkan kembali RM105.6 billion tersebut?

Patutlah KP SPRM tidak dipaksa letak jawatan oleh Nazri, rupa-rupanya KP SPRM akan dikerah menghambat lagi duit sebanyak RM106 billion tersebut. Jika KP SPRM gagal menjadi "ah long" maka barulah Nazri akan paksa beliau dipecat jawatan.

Besar sungguh rasuah di Malaysia bagi satu tahun..... RM108 billion. Jika disusun duit kertas RM50 dari Perlis ke Johor pasti takkanhabis duit tersebut.

Nasihat berguna buat SPRM, lakukan soal-siasat ditingkat bawah bangunan kamu, rakyat tak mahu tragedi kematian berulang kembali.


Read rest of entry

Saturday, 9 April 2011

KASTAM RM10 BILLION DISIASAT SAMPAI MATI, TAIB MAHMUD & MENTERI BN RATUSAN BIILION? SPRM Bacul, Mana Operasi 3B Kamu? Memalukan...

SPRM jangan jadi bacul terhadap Pegawai Kerajaan sahaja. SPRM dicabar buat "OPERASI 3B" terhadap Menteri dan sekutu BN. Jika Kastam dituduh rasuah lebih RM10 billion, barisan Menteri dan sekutu BN pasti lebih lagi RM100 billion? RM 800 billion? Nazri berani? Mana KP SPRM yang dayus tidak mahu letak jawatan,anda berani? Semuanya menjadi bacul dan kecut telor bila sebut nama Menteri BN, kenapa? Mana integriti SPRM? Untuk pegawai kerajaan sahaja ke? Memalukan sahaja. SPRM tak tahu ke jumlah RM10 billion itu hanya sekelumit sahaja harta Taib Mahmud di Sarawak, kenapa tak siasat Taib? SPRM takut Taib ke?Inikah kerja yang mampu dilakukan oleh SPRM? Menakutkan pegawai kerajaan sahaja.


Laporan Bernama memetik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya mengesan beberapa juta wang dalam akaun pegawai-pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang ditahan dalam Operasi 3B, termasuk lebih RM2 juta dalam akaun salah seorang bekas pengarah jabatan itu.

Sumber memberitahu, pasukan khas yang ditubuhkan bagi menyiasat kes itu secara terperinci telah mengesan pembabitan sebuah syarikat yang dipercayai berperanan memasukkan wang-wang tersebut ke dalam akaun pengarah berkenaan.

"Tindakan itu dibuat atas arahan pengarah itu ketika beliau masih berkhidmat.

"Pasukan itu turut mengenal pasti beberapa pegawai kastam yang memiliki kemewahan di luar kemampuan berbanding pendapatan mereka sebagai penjawat awam," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Menurutnya, pasukan khas tersebut tidak berputus asa untuk meneruskan siasatan walaupun ada cubaan untuk menghalang tindakan itu berikutan kematian Penolong Pengarah JKDM Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed kelmarin.

"Usaha sedang dijalankan untuk membekukan akaun pegawai-pegawai berkenaan.

"Siasatan SPRM tidak terjejas malah masih giat diteruskan dan mengikut maklumat, ada berbilion ringgit lagi masih berada di luar negara. Siasatan turut melibatkan pegawai-pegawai yang sudah bersara," katanya.

Seramai 62 pegawai JKDM pelbagai pangkat ditahan manakala berjuta-juta wang, akaun dan barangan berharga termasuk rumah dan kereta disita dalam operasi besar-besaran SPRM di Pelabuhan Klang, Kuantan, Johor dan Pulau Pinang sejak Isnin minggu lalu.

SPRM menganggarkan lebih RM10 bilion wang rasuah itu telah dipindahkan secara haram ke luar negara, manakala negara kerugian akibat kehilangan pendapatan sebanyak RM108 bilion akibat tindakan tangan-tangan kotor tersebut.

Dalam operasi baru-baru ini, ada di antara yang ditahan memiliki akaun simpanan berjumlah setengah juta dan kereta mewah, simpanan Amanah Saham Bumiputera (ASB) berjumlah RM200,000 dan jam tangan mewah diperbuat daripada emas.



OPERASI 3B UNTUK MENTERI DAN TAIB MAHMUD

Adakah SPRM ada mata? Ada telinga? Memang tidak ada sebab SPRM ni bukan makhluk. Jika SPRM anak jantan dan ada telor cubalah jadi jantan. Kenapa buat serangan buat pegawai Kastam sahaja. Bila nak siasat Taib Mahmud? Bila nak siasat Najib? Bila nak selesaikan kes Liong Sik? Jadilah anak jantan SPRM....Apa kerja SPRM terhadap mereka ini:-

1. TAIB MAHMUD : Jika seluruh Kastam dituduh rasuah lebih  RM 10 billion, SPRM tak tahukah harta Taib Mahmud yang juga bekas KM Sarawak bernilai berkali ganda dari RM 10 billion. SPRM butakah? Harta tunai, aset bangunan, keluasan tanah beribu hektar, bon, saham, emas semuanya dimilikki oleh Taib. SPRM tidurkah? Memalukan.....

2. NAJIB dan ROSMAH? Bagaimana dengan harta dan salahgunakuasa mereka berdua ini? SPRM tidur lagikah? Mereka ini kebal ke? Malaysia kini berhutang pada kadar tertinggi dengan nilaian berjumlah lebih RM400 billion di zaman Najib. Kenapa berhutang begitu banyak? Semua aktiviti kerajaan di bawah Najib melalui hutang itu bersih ke? SPRM tak nampak ke walau sesen duit yang disalahguna? Mana pergi SPRM ni Nazri?

3. APCO? RM77 juta dihabiskan oleh Najib untuk APCO? Semua ini duit kerajaan? SPRM taknak buka kertas siasatan ke? Takde langsung cacat cela ke dengan duit sebanyak itu? Maksum ke Najib dengan nilai sebanyak itu? Mana SPRM? Tidur lagikah?

4. LING LIONG SIK. Kenapa sangat lambat SPRM menyelesaikan kes rasuah bekas Presiden MCA yang bernilai ratusan juta ringgit ini? SPRM penatkah?


5. CHAN KONG CHOY. Kenapa SPRM slow sangat? SPRM mengantukkah?

6. KHIR TOYO. Kes rumah agam bernilai lebih RM 6 juta, bila nak selesaikan? Silap gaya terlepas bekas MB Selangor ini jika BN berjaya merampas semula Selangor dalam PRU13 nanti. Tengoklah? SPRM tak mampu buat apa pun? SPRM ke mana?

7. KRONI UMNO SELANGOR. Bekas Exco, Ketua Bahagian Umno Selangor paling banyak memilikki tanah semasa pemerintahan BN. Beratus hektar tanah di Puchong, Sepang, Bukit Cherakah, Klang,, Kuala Selangor, dan banyak tanah di Selangor difaraidkansesama mereka. Apa kertas siasatan yang dibuka SPRM? Ada ke takde? SPRM takde cawangan ke di Selangor?

8. JAMBATAN BENGKOK DAN BANDAR ISKANDAR DI JOHOR. Kenapa SPRM tak buka kertas siasatan terhadap penyelewengan dalam projek beribu juta ini? Ini zaman Pak Lah lagi tak pasal-pasal kerajaan terpaksa bayar beratus juta sebab kegagalan projek ini. SPRM tak tahu kah? Sibuk dengan menyerang Kastam di Johor tapi kes lebih besar ini didiamkan sahaja? Kenapa SPRM?

9.PAHANG dan ADNAN. Kenapa SPRM senyap membisu dengan isu rasah tanah Umno Pahang dan kebangkrapan banyak anak syarikat kerajaan negeri yang melibatkan ratusan juta ringgi. SPRM tidur lagi kah?

10. SPRM....JANGAN TIDUR LAGI......Mari dengar rancangan "Jangan Tidur Lagi" di TV3 yang diacarakan anak arwah ARTompel tu......TV3 bagi tajuk le, tajuk apa ye.....Menyusuri Rasuah .... Gobala, Zul Noordin, Zahrain, Rais, Azalian Othman, Taib, Mike Tyson,Ghani Othman, Ali Rustam, Isa Samad, Samy Vellu, dan...............................SPRM jangan tidur lagi....








Read rest of entry

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online