www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Showing posts with label DEMONTRASI. Show all posts
Showing posts with label DEMONTRASI. Show all posts

Saturday, 21 May 2011

AMK TAKUT LAWAN PEMUDA UMNO+KIMMA+PERKASA BERJUMLAH 200 ORANG...............BODOHNYA KJ PATUTLAH NAJIB TAK LANTIK JADI MENTERI

Pergerakan Pemuda UMNO akan sentiasa mempertahankan akhbar Utusan Malaysia untuk memastikan wadah perjuangan Melayu itu dapat diteruskan, biarpun ia dikecam dan diancam pihak pembangkang. 
 
Malah Ketuanya, Khairy Jamaluddin turut menyifatkan Angkatan Muda Keadilan (AMK) sebagai penakut kerana tidak berani bertembung dengan pihaknya di hadapan ibu pejabat akhbar tersebut untuk menyerahkan memorandum hari ini. 

Beliau berkata, tindakannya mengerahkan ahli-ahli pergerakan Pemuda UMNO dari Wilayah Persekutuan dan Selangor ke hadapan ibu pejabat Utusan Malaysia di Kuala Lumpur hari ini adalah untuk menunjukkan bahawa Pemuda UMNO sentiasa menyokong akhbar yang berpengaruh itu.

"Saya mendapat tahu bahawa AMK akan mengadakan demonstrasi di hadapan ibu pejabat Utusan hari ini. Saya hendak bagi tahu kalau mereka cuba untuk mengadakan demonstrasi bantahan, kita juga boleh tunjukkan kekuatan untuk pertahankan Utusan. 

"Tetapi hari ini saya mendapat maklumat daripada rakan-rakan di Kuala Lumpur bahawa AMK tidak datang, saya minta perkara ini disampaikan kepada Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution bahawa AMK penakut untuk berhadapan dengan kita," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Machang di sini hari ini
 
( Memang kelakar budak KJ ni, belajar tinggi sampai Oxford tapi bodoh kena tipu dengan AMK semalam. Pemuda upahan Umno yang hadir katakanlan betul sampai 200 orang......cukup ke sebanyak tu nak pertahankan Utusan....piiiiiiiraaaahhhh kata orang India............. Mana lagi Pemuda Umno Selangor dan WP, yang lain tu tidur ke ataupun KJ tak mampu nak upah. Kemudian sombong la pulak KJ ni sipa cabar nak bertembur dengan AMK. Kalau setakat 200 pemuda upahan yang datang berdemo, larat ke nanti nak bertembur dengan 2,000 AMK? Sendiri fikirlah KJ. Pada masa yang sama KJ dok hotel berhawa dingin merasmikan mesyuarat pemuda di Kelantan.................maka yang diupah sahaja datang itupun dicampur dengan ahli KIMMA dan PERKASA....................Kalau nak kira ahli Pemuda Umno adalah dalam 30 orang agaknya..........................KJ ni takde pengikut sebenarnya ataupun semuanya dah lari sebab tak dapat projek dari beliau ........faham2 je lah sebab bapak mertua dah pencen jadi PM....) 
 


 
Read rest of entry

Friday, 8 April 2011

DEMONTRASI DI BANGUNAN SPRM SELANGOR HARI INI. Ugutan Nazri Tidak Diendahkan. Rakyat Bangkit Menentang Kezaliman

Baru semalam Nazri membuat ugutan akan mengambil tindakan terhadap kakitangan kerajaan termasuk kastam jika menyertai demontrasi tetapi hari ini rupa-rupanya pasukan Polis dan FRU sendiri telah berdemontrasi tengahari tadi di hadapan Pejabat SPRM Selangor di Shah Alam. Apa cerita Nazri ni? Kamu boleh tangkap semua Polis dan Fru di sana?


Dalam laporan terkini The Star menyatakan, kira-kira 50 anggota polis berkawal dihadapan Wisma PKPS yang menempatkan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor bagi mengelakkan demonstrasi berhubung kematian Penolong Pengarah Jabatan Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed.

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago dilihat memasuki pejabat SPRM Selangor pada pukul 10.10 pagi.

Beliau dilaporkan mengadakan pertemuaan dengan pegawai SPRM bermula pukul 10.40 pagi tadi.

Ahmad Sarbani dijumpai mati di tingkat satu berhampiran gelanggang badminton bangunan SPRM Jalan Cochrane Kuala Lumpur, Rabu lalu.

Beliau adalah antara pegawai kastam yang ditahan SPRM dalam Operasi 3B pada pukul 1 petang, 1 April lepas di Pejabat Kastam, Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang bagi membantu siasatan rasuah, aktiviti pengubahan wang haram dan pelbagai kesalahan lain, namun beliau dibebaskan dengan jaminan pada 2 April.

Bagaimanapun Ahmad Sarbani dikatakan hadir ke pejabat SPRM itu Rabu lalu untuk bertemu pegawai penyiasat bagi berbincang mengenai kes terhadapnya.

P/s. Kita tunggu laporan terkini petang ini sama ada demontrasi yang dirancang itu benar-benar dilakukan atau hanya pihakPolis dan FRU sahaja yang berdemontrasi. Tahniah Nazri...........
Read rest of entry

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online