www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Showing posts with label JOHOR. Show all posts
Showing posts with label JOHOR. Show all posts

Thursday, 22 September 2011

BAKAL MB JOHOR SELEPAS PRU13, SIAPA? ORANG NAJIB UNTUK REDAKAN KEMARAAN KEM MUHYIDDIN....

 
BN Johor mungkin terheret ke kancah perbalahan politik apabila akhbar-akhbar tempatan mula melaporkan Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman mungkin digantikan pada pilihan raya umum akan datang.

Abdul Ghani, yang telah memegang jawatan itu sejak tahun 1995, dikatakan tidak lagi menjadi pilihan sejak dua pilihan raya umum yang lalu. Bagaimanapun, disebabkan campur tangan pihak istana dan faktor-faktor politik, beliau telah berjaya bertahan dan mengekalkan jawatan menteri besar itu.

Namun, baru-baru ini, khabar angin sekali lagi bertiup kencang di Johor bahawa BN mungkin meminta Abdul Ghani (kiri) bertanding di kerusi parlimen dan menyerahkan jawatannya kepada Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Spekulasi itu diperkuatkan lagi apabila akhbar-akhbar Cina melaporkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail mencemar duli secara mengejut di rumah terbuka Aidilfitri Khaled di Johor.

Menurut laporan berkenaan ia seolah-olah tanda mendapat restu atau perkenan dari pihak istana.

Sultan Ibrahim menggantikan ayahandanya Alrmahum Sultan Iskandar Ismail pada Januari 2010. Almarhum dikatakan mempunyai hubungan yang akrab dengan Abdul Ghani.

NONEJohor telah lama menjadi kubu kuat BN dan Umno. Tetapi bukan satu rahsia lagi, bahawa terdapat pelbagai puak dalam Umno di negeri itu.

Ada yang mengatakan perdana menteri dan presiden Umno Datuk Seri Najib Abdul Razak merancang untuk meletakkan penyokong-penyokongnya di negeri itu bagi 'memerhatikan' pergerakan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga berasal dari Johor.

Akhbar tempatan juga telah menyenaraikan beberapa nama sebagai calon-calon yang berpotensi untuk menggantikan Abdul Ghani.

Selain daripada Khaled Nordin, nama ahli parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamad, Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Latiff Ahmad dan ADUN Pasir Raja Adham Baba juga berada di senarai berkenaan.
Read rest of entry

Tuesday, 19 April 2011

INGATKAN SARAWAK RUPANYA MUAR...Penduduk Rayu Lampu Jalan

Memalukan Umno Johor je. Surat pembaca ini sepatutnya dialamatkan terus kepada Ahli Parlimen Muar. Siapa ye? Kalau tak silap penulis ialah Datuk Razali Ibrahim. Dulu dia bekas Ketua Pemuda Umno Johor, lepas tu jadi Timbalan KJ dalam Pemuda Umno Pusat. Kenapa masalah kecil macam ni masuk surat khabar? Razali ke mana? Tak buat kerja ke? Jangan harap Najib nak pilih jadi calon PRU-13? Jangan harap.......

Surat Pembaca.


Saudara Pengarang,
PENDUDUK di Kampung Sri Muar sehingga kini ternanti-nanti pemasangan lampu jalan di sini terutama di dua jalan utama iaitu Jalan Sri Muar Utara dan Jalan Sri Muar Selatan.

Pada tahun 2009, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal sudah meluluskan RM2.8 juta untuk projek luar bandar sekitar Kulaijaya dan pemasangan lampu jalan di kampung ini adalah antara agendanya.

Sudah dua tahun berlalu namun tiada sebarang tindakan yang diambil oleh pihak berwajib sedangkan penduduk berdepan dengan pelbagai masalah kerana ketiadaan lampu jalan yang diharapkan.

Jalan yang gelap bukan saja membahayakan pengguna jalan raya di sini malah turut mengundang kepada kejadian jenayah seperti pecah rumah yang kerap kali berlaku di kawasan kami ini.

Setiap kali pilihan raya kecil ada bagi peruntukan, pilihan raya negeri di Sarawak juga begitu tetapi diharap janji yang pernah dinyatakan kepada kami di sini tidak dilupakan. Bernama.

p/s. Kesian orang Umno Johor ni. Agaknya peruntukan RM 2.8 juta tu dah habis di bawa ke Tenang semasa pilihanraya kecil dulu. Negeri maju konon tapi tiang lampu pun takde.


Read rest of entry

Monday, 18 April 2011

UMNO TERUS ZALIMI CIKGU MALA. SUAMI DIPAKSA PINDAH 275 KM DARI SEGAMAT.

Calon PAS dalam PRK Dun Tenang Cikgu Mala dan suaminya dizalimi lagi oleh kerajaan BN. Baru-baru ini Kementerian Pelajaran telah mengarahkan Maarof Abd Mutalib, suami calon PAS bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Normala Sudirman, diarah bertukar ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Pengelih, Pengerang, Kota Tinggi berkuatkuasa 1 April lalu.

Zalim, memang Umno zalim , memisahkan antara dua hati yang bergelar suami isteri. Bayangkanlah jarak antara Segamat dan Tg.Pengelih mengikut bacaan Google Maps ialah sejauh 275 km yang mengambil masa perjalanan lebih kurang 4 jam 15 minit.

Kenapa beliau dicampak jauh ke selatan negeri Johor yang bersempadan dengan kepulauan Singapura? Kena tidak ditukar ke daerah dalam Segamat sahaja, atau daerah Muar yang berdekatan? Kenapa nak dipisahkan seorang suami dan isteri bersama anak-anaknya? Kenapa kerajaan BN melalui Timbalan Menteri Pelajaran begitu berdendam dengan Maarof dan Normala? Sebab mereka orang PAS, jika Umno kira ok?Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata pertukaran itu sebagai tindakan tatatertib terhadap Maarof, 45, yang sebelum ini bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Tenang Stesen, Segamat, berikutan menyalahgunakan sijil sakit bagi menemani isterinya, berkempen pada pilihan raya kecil DUN Tenang, Januari lalu.




Januari lalu, Maarof mencetuskan kontroversi apabila tindakannya mengambil cuti sakit selama dua minggu daripada tugasnya sebagai guru dan disahkan menghadapi masalah kemurungan serius tetapi dilihat menemani isterinya berkempen pada pilihan raya kecil DUN Tenang. Maarof dilaporkan memberitahu media beliau memohon cuti semata-mata menemani isterinya, Normala untuk berkempen sehingga selesai pilihan raya kecil itu.

Sementara itu, Pengarah Pelajaran Johor, Markom Giran ketika dihubungi berkata, surat pertukaran itu sudah diserahkan kepada pihak berkenaan tetapi pihaknya tidak pasti sama ada Maarof sudah mula mengajar di SMK Tanjung Pengelih seperti diarahkan.

“Perkara ini perlu dikemukakan kepada Pejabat Pelajaran Daerah Segamat atau Kota Tinggi bagi mendapat kesahihan. Bagaimanapun, jika Maarof tidak menurut arahan pertukaran itu, surat ingkar perintah akan dikeluarkan menyebabkan gajinya boleh ditahan atau tindakan lebih berat termasuk dibuang kerja,” katanya. -BH
Read rest of entry

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online