Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Menteri Perbangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Jalil yang bergelut dengan kontroversi Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC), harus tahu bila seseorang itu patut berundur.
Bercakap dalam sidang media selepas melancarkan memoirnya "A Doctor in the House" versi e-book, Dr Mahathir berkata adalah lebih baik berhenti daripada dihalau.
Dengan memberi contoh persaraannya, Dr Mahathir berkata beliau mengambil keputusan untuk berhenti tanpa perlu menunggu orang lain memintanya berbuat demikian.
"Bila saya nak berenti saya tak tanya siapa pun, saya fikir elok saya berhenti, saya berhenti".
"Saya harap orang lain pun macam itu, tak payah nak tunggu sampai orang halau saya.
"Kalau kita berasa perlu berhenti kerana parti, kita berhenti, kalau ingin sumbang, kita bertanding," tegas Dr Mahathir lagi.
Ditanya sama ada Sharizat perlu mengetahui batasnya, Dr Mahathir berkata: "Ya, ukur baju badan masing-masing".
Read rest of entry
Bercakap dalam sidang media selepas melancarkan memoirnya "A Doctor in the House" versi e-book, Dr Mahathir berkata adalah lebih baik berhenti daripada dihalau.Dengan memberi contoh persaraannya, Dr Mahathir berkata beliau mengambil keputusan untuk berhenti tanpa perlu menunggu orang lain memintanya berbuat demikian.
"Bila saya nak berenti saya tak tanya siapa pun, saya fikir elok saya berhenti, saya berhenti".
"Saya harap orang lain pun macam itu, tak payah nak tunggu sampai orang halau saya.
"Kalau kita berasa perlu berhenti kerana parti, kita berhenti, kalau ingin sumbang, kita bertanding," tegas Dr Mahathir lagi. Ditanya sama ada Sharizat perlu mengetahui batasnya, Dr Mahathir berkata: "Ya, ukur baju badan masing-masing".



"Kalau dia rasa dia patut berundur, dia patut berundur," katanya.
"Mereka (Umno) menuduh DAP anti-Islam, adakah ini betul?" soal Lim kepada hadirin dan disambut gemuruh dengan jawapan: "Tidak!".
"Sudah tiba masanya buat perubahan, jangan peduli dengan tohmahan PAS diperkuda DAP, DAP diperkuda PAS.
Selain ucapan yang menangkis serangan bertali arus Umno, Pakatan juga menyenaraikan kejayaan-kejayaan di negeri-negeri yang ditadbirnya.
"Mukallaf ini Umno tak peduli. Kerana apa? Kerana Umno ini dasarnya kebangsaan. Agama kemudian. Jadi mana mukallaf?
"Sebab itu Allah suruh bertakwa. Melayu ke kamu, Cina ke, India ke, Orang Asli ke, kena bertakwa. Ini brek. Brek ini ialah bila ada rasa sayang kepada Allah.


