www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Showing posts with label POLIS. Show all posts
Showing posts with label POLIS. Show all posts

Friday, 27 May 2011

MEMERANJATKAN...! POLIS PUN DIDAKWA SEKONGKOL SINDIKET CURI KERETA...... KOMEN POLIS KETUA NEGARA....?


Beberapa anggota polis didakwa bersekongkol dengan kumpulan mencuri kereta di seluruh negara dakwa ahli parlimen DAP Segambut Lim Lip Eng, sambil menggesa Bukit Aman supaya segera menyelesaikan isu itu.

NONELim yang membuat laporan polis di balai Jinjang hari ini mendakwa kereta yang dilaporkan dicuri telah berjaya dijumpai oleh polis tetapi dikitar semula dan diserahkan kepada sindiket yang menjualnya pula kepada pemilik kereta terpakai atau pembeli persendirian.

"Saya menerima lebih 15 aduan sejak Disember tahun lalu daripada peniaga kereta terpakai yang sehingga sekarang belum selesai. 60 kereta dirampas daripada mereka kerana dipercayai kenderaan curi, setakat ini hanya 20 kereta yang telah dipulangkan,” katanya.

Lim berkata laporan polis hanya dibuat hari ini berhubung perkara berkenaan kerana baru-baru beliau menjumpai dalil kukuh bagi membuktikan berlakunya penyelewengan kuasa.

Beliau juga merujuk kepada satu laporan polis di mana mangsa membuat laporan bahawa kereta Mercedes C200 Compressor miliknya telah dicuri pada 13 Mac, 2009 dan telah membuat tuntutan insuran.

Dalam satu surat yang tidak bertarikh daripada Jabatan Siasatan Jenayah, ibu pejabat polis Ampang yang ditandatangani seorang pegawai yang dikenali sebagai Saiful Irwan Abdul Hamid, ia menyatakan bahawa kereta itu telah dijumpai dan dipulangkan kepada pemiliknya. Namun menurut Lim, pemiliknya tidak pernah mengambil semula keretanya itu.

Sebaliknya, kereta yang sama dengan nombor pendaftaran yang lain didakwa dibeli oleh seorang peniaga kereta terpakai, Pang Koo Tak, dari Setiawan, Perak.Pang bagaimanapun menurut Lim, terkejut apabila keretanya dirampas pada 19 Januari lalu oleh seorang anggota polis bernama Razlam Ab Hamid dari Jabatan Disiplin Bukit Aman bagi siasatan lanjut kerana nombor chasis kereta itu bersamaan dengan nombor kenderaan yang dicuri itu.

Lim berkata Pang kemudiannya berjumpa dengannya dan meminta bantuan bagi mendapatkan semula keretanya kerana kereta itu dibeli menerusi pinjaman bank dan beliau masih berhutang.
Read rest of entry

Wednesday, 20 April 2011

POLIS BERPANGKAT ASP. MENIPU. Orang Awam Diminta Berhati-Hati

Satu sindiket menyamar polis kononnya dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman dikesan memperdaya mangsa melalui panggilan telefon.
 
Difahamkan, dalam kejadian terbaru 11 April lalu, seorang pegawai pemasaran berputih mata selepas kerugian RM10,000 akibat tertipu dengan sindiket terbabit yang dipercayai menyamar sebagai pegawai JSJK Bukit Aman berpangkat asisten superintendan (ASP).

 
Sumber polis berkata, dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai ASP Foo dari nombor telefon 03-2266xxxx yang mendakwa pihaknya menemui maklumat akaun bank milik mangsa dikesan mempunyai kaitan dengan kegiatan wang haram.

Menurutnya, taktik lelaki berkenaan yang menyatakan kesalahan mangsa terbabit dalam kegiatan wang haram adalah serius dan wang dalam akaunnya kemungkinan akan dibekukan sekiranya tidak memberi kerjasama menyebabkan mangsa bingung.

“Pada mulanya, mangsa tidak mengendahkan panggilan itu sebelum menerima satu lagi panggilan daripada seorang lelaki yang menggelarkan diri sebagai Tuan Leong yang turut memaklumkan perkara yang sama selang beberapa jam kemudian,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Read rest of entry

Tuesday, 29 March 2011

CERAMAH UMUM POLIS SERBU, TAYANGAN LUCAH DI CARCOSA HOTEL AMAN DAMAI....Polis Malaysia Memang Cerdik?

Rakyat sekarang semakin meluat degan tindakan Polis yang menyerbu ceramah Anwar dan tiga orang di tahan. Kenapa Polis tak menyerbu Hotel Seri Carcosa semasa penayangan video lucah di sana dan menahan tiga manusia bodoh di sana. Kenapa Polis double standard? Ceramah haram ke? Tengok video lucah tak haram ke? Tentu Nazri Aziz tetap membela tiga orang bodoh yang menggelar diri mereka "Datuk T".

Mana dia Hishamuddin? Baik letak jawatan sebab menjadikan Polis sebagai Polis Umno bukannya Polis Malaysia. Polis boleh jawab ke soalan ini? Kenapa tak serbu dan tangkap peserta himpunan Pekida pasal isu DNA? Kenapa tak tangkap pemuda Umno yang berhimpun pasal isu DNA Anwar? Kenapa? Kenapa? Polis cerdik lagi ke?

Ceramah Ummi Hafilda di Sg.Petani tanpa permit , kenapa Polis tak serbu? Kenapa? Kenapa?

Permit ini untuk pembangkang sahaja ke? Umno tak perlu pohon permit? Kenapa Polis? Kenapa?

Rakyat semakin jelek dengan Hishamuddin. Menteri bacul menggunakan perisai Polis untuk keselamatan BN sahaja. Ayuh rakyat semua, kita ajar mereka ini dalam PRU13. Berubahalah sekarang , Selamatkan Malaysia.
Read rest of entry

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online