www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Showing posts with label PKR. Show all posts
Showing posts with label PKR. Show all posts

Sunday, 26 February 2012

DR.BADRUL AMIN DITANGKAP KHALWAT? PERANGKAP, PALSU ATAU BENAR? JAIP SIASAT SEGERA..

Pemimpin PKR ditangkap khalwat

KUANTAN – Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari Selangor ditangkap kerana dipercayai berdua-duaan bersama seorang wanita, yang dipercayai isteri orang di sebuah hotel di Balok dekat sini, awal pagi tadi.

Pasangan itu diserbu pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) kira-kira jam 3 pagi.

Pemimpin berkenaan dikatakan berada di hotel itu untuk satu pertemuan bersama pemimpin PKR yang lain selama tiga hari sehingga hari ini.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jaip, Datuk Mohd Ghazali Abd Aziz mengesahkan mengenai kejadian itu tetapi enggan mengulas lanjut kerana masih menjalankan siasatan mengenai perkara itu.

Usaha Sinar Harian untuk mendapatkan komen daripada pemimpin PKR berhubung kes tangkapan itu bagaimanapun gagal.

Ulasan GB

Daripada beberapa maklumat yang diperolehi, pemimpin PKR berkenaan ialah Ustaz Badrul Amin Baharom dan perempuan yang dimaksudkan ialah seorang kakitangan Kolej Komuniti yang ada masalah rumahtangga dengan suaminya.

Yang pasti berita khalwat ini akan terus menjadi modal politik UMNO/BN dan media massa arus perdana selama beberapa hari untuk memburukkan PKR.

Ustaz Badrol Amin telah menafikan dengan smsnya berbunyi:

"Kes isteri orang lari dari suami dtg ke hotel di Kuantan tmpt retreat. Suami dtg dgn gangster tuduh ana bawak lari n sorok. Kes setel 'family problem'. Mak pompuan datang. Mmg dorang nak cerai. Isteri dh selalu nak lari. Ana nasihat pulang semula"





http://greenboc.blogspot.com/2012/02/panas-ust-badrul-amin-hantar-sms-nafi.html
Read rest of entry

Thursday, 5 January 2012

901 KEBANGKITAN RAKYAT. BN HUKUM ANWAR RAKYAT HUKUM BN DALAM PRU13




Menjelang demonstrasi kempen "Bebaskan Anwar 901" yang dirancang pada Isnin ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan tidak akan berlaku sebarang kekacauan selagi tiada pihak yang tampil membuat provokasi.

anwar ceramah in melaka 040112
Katanya, keputusan sama ada beliau dipenjarakan atau tidak, tidak penting, namun apa yang dinantikan adalah keputusan rakyat menilai dan membuat pilihan pada pilihan raya akan datang untuk merubah kerajaan.

"Saya meletakkan tiga keputusan yang mungkin berlaku, ia termasuk saya diputuskan oleh mahkamah sebagai tidak bersalah, bersalah dan diikat jamin atau berkemungkinan besar dipenjarakan.

"Keputusan itu tidak penting sebaliknya perubahan yang bakal dilakukan oleh rakyat untuk menumbangkan kerajaan sedia dalam proses pilihan raya akan datang," katanya dalam sidang media selepas menyampaikan ceramah di Taman Sin Hoe, Bukit Baru, Melaka malam tadi.

Hukum Umno

Hampir, 3,000 orang hadir termasuk, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari.

Jelasnya, kekacauan ketika kempen "Bebaskan Anwar 901" tidak akan timbul sekiranya tiada pihak yang cuba mengganggu-gugat perhimpunan secara aman itu.

"Kita minta seperti biasa, perhimpunan kita bersih daripada semua perhimpunan yang dibuat sebelum ini, aman dan selesai dengan baik  dan bersurai pun dengan baik.

anwar ceramah in melaka 040112
"Yang penting jangan benarkan sesiapa menganggu termasuk tindakan polis supaya mengawal keadaan dan jangan ada provokasi," katanya.

Serentak itu, menurut bekas timbalan perdana menteri itu, solat hajat akan diadakan di seluruh negara bagi mengelakkan fitnah dan kezaliman serta keputusan mahkamah yang adil.

"Solat hajat akan dibuat secara berterusan di berpuluh tempat termasuk di Permatang Pauh supaya diselamatkan daripada fitnah dan kezaliman.

"Saya yakin kemenangan akan berlaku, kalau tidak esok, dalam beberapa bulan lagi akan berlaku perubahan besar dalam negara kita.

"Biar dia hukum saya dan kita doa rakyat akan hukum Umno dalam pilihan raya.

"Pada 9 Januari ini kita boleh dengar keputusan mahkamah tetapi fokus kita adalah pilihan raya.
  
"Meskipun, Anwar dipenjarakan namun pilihan raya masih penting, dihukum dengan ikat jamin, pilihan raya masih penting, rakyat putuskan kerajaan ini tumbang akhirnya," katanya.

www.malaysiakini.com

Read rest of entry

Sunday, 30 October 2011

GEMPAR..................BEKAS PRESIDEN MCA AKAN MASUK PKR?

GEMPAR.........dan panas menunggu letupan. BN pasti terkedu dengan fenomena ini. BN menunggu maut dalam PRU13 andai ianya berlaku. Khabar angin menyatakan bahawa musuh politik Presiden MCA sekarang amat membenci bekas Presiden MCA sebelum beliau iaitu  Datuk Seri Ong Tee Keat konon nak lompat masuk PKR atau DAP makin menjadi-jadi.

 
Ini ekoran perang dingin beliau dengan Presiden MCA sekarang Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan kenyataan-kenyataanya mengkritik parti itu.
 
Lebih menguatkan cakap-cakap itu ialah apabila bekas Menteri Pengangkutan itu tegaskan beliau tetap akan pertahankan kerusi parlimennya sekarang Pandan,di Selangor sekalipun disingkir dari MCA.

Apapun Tee Keat Sabtu tegas menafikan beliau ada sebarang rancangan untuk lompat parti.

Beliau juga menafikan ada mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim kecuali terserempak sekali sekala di sidang Parlimen.

Beliau mengaku memang ada tawaran seumpama itu tetapi bukan sesuatu perkara yang baru.

Tee Keat kata cakap-cakap itu semua kerja jahat penyebar khabar angin.
Read rest of entry

Friday, 20 May 2011

PKR DIHARAMKAN? SABOTAJ ROS ATAU UMNO?

KUALA LUMPUR, 19 Mei: Selepas Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim diserang bertubi-tubi, dan akhbar Suara Keadilan ditarik permit penerbitan, Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini terus diberi tekanan dengan resiko pengharaman parti itu oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Sehubungan itu, Anwar menyifatkan tindakan ini sebagai langkah terdesak untuk mendera rakyat negara ini.

"Ini kerja pimpinan Umno yang terdesak dan terus mendera rakyat," katanya ringkas dalam siri temubual dalam "Question time' anjuran Yahoo Malaysia.

Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail pula berkata, notis yang dikeluarkan di bawah Seksyen 13 ini bermakna pihak Pendaftar Pertubuhan telah "berpuashati' dengan dakwaan yang dilemparkan.

"Namun dakwaan karut ini jelas mengelirukan kerana Fasal 32.2.1 langsung tidak wujud di dalam perlembagaan KEADILAN. Walaupun ianya kesilapan ejaan, Fasal 32 tidak langsung berkaitan dengan isu disiplin dan Lembaga Disiplin," kata beliau dalam kenyataannya hari ini.

Dalam notis yang dihantar, mereka memberi alasan tindakan untuk mengharamkan parti itu disebabkan PKR telah melanggar beberapa fasa perlembagaan parti itu termasuk fasal 32.2.1.

Ianya juga dipercayai berkaitan dengan pemilihan secara langsung parti itu akhir tahun lalu dan kerana kononnya memecat seorang ahli tanpa dirujuk kepada Jawatankuasa Displin parti.

Sehubungan itu PKR diberi tempoh sehingga 9 Jun ini memberi penjelasan.

Menurut Saifudin, PKR telah menerima notis bertarikh 9 Mei 2011 ditandatangani oleh Datuk Abdul Rahman Othman, di bawah Kementerian Dalam Negeri di bawah Seksyen 13 Akta Pertubuhan 1966 yang mengancam untuk membatalkan pendaftaran KEADILAN selepas 9 Jun 2011.

Notis telah dikirim menerusi pos berdaftar dengan salinan turut dihantar kepada Presiden dan Bendahari Agung.

Notis menyatakan pendaftaran KEADILAN akan dibatalkan selepas 9 Jun 2011 melainkan parti menyatakan sebab mengapa ia tidak wajar dibatalkan.

Dakwaan sebagaimana yang dinyatakan dalam notis adalah seperti berikut:

“Telah sengaja melanggar Fasal 32.2.1 ( sic ) Undang-Undang Berdaftar Parti kerana memecat keahlian Rajagopal  (sic) a/l Andaikallam pada 1/4/2009 ( sic ) dan 27/4/2009 tanpa terlebih dahulu disoalsiasat dan dibicarakan oleh Lembaga Disiplin”

Bagi Saifudin, pihak Pendaftar Pertubuhan turut melakukan kesalahan kerana rekod parti menunjukkan bahawa nama individu yang dinyatakan sebenarnya adalah Jayagopal a/l Andaikallam (No KP 520929-02-5709) dan bukannya Rajagopal a/l Andaikallam.

Tarikh pemecatan beliau dari parti adalah pada 27 April 2009 dan diputuskan dalam Majlis Pimpinan Pusat pada tarikh tersebut.

"Kami terkejut dengan dakwaan pihak Pendaftar Pertubuhan kerana bagaimana individu ini boleh dipecat sebanyak dua kali," katanya.

Bagi beliau, dakwaan dan campurtangan Pendaftar Pertubuhan dalam masalah dalaman parti ini ternyata sangat
tidak berasas dan tidak adil.

Perkara tentang disiplin dan prosedur berkaitannya adalah sepenuhnya masalah dalaman parti, tegas beliau.



( Kenapa PKR menjadi mangsa ROS? Adakah ROS akan berbuat demikian tanpa arahan daripada UMNO? Kenapa PKR harus dikuburkan dan dikafankan menjelang PRU13 yang semakin hampir? Kesemuanya untuk memusnahkan Anwar dan semua bakal calon PKR dalam PRU13. Jika ROS berjaya mengharamkan PKR, ke mana PKR akan pergi? Akan ikut KITA pimpinan Zaid Ibrahim? Akan masuk PAS? Masuk DAP? Kesemua ini merupakan perancangan jahat Umno untuk menghancurkan PKR dan Anwar. Awas, semua ahli PKR, bersedialah menghadapi Umno dan BN walaupun PKR terpaksa dikafankan oleh ROS……..lawan tetap lawan)
Read rest of entry

Monday, 9 May 2011

PERANG BESAR..! PKR SEDIA KUBURKAN NAJIB DAN UMNO DI SELANGOR DALAM PRU13

 

 “Sekali lagi, saya ingatkan Najib, jangan pernah cabar kami, Keadilan dan Pakatan Rakyat Selangor.

“Kami telah bersedia untuk menghadapi PRU13 pada bila-bila masa. Jentera telah kami susunkan, barisan pertahanan telah kami ampuhkan demi terus mempertahankan Selangor, dari kezaliman dan penindasan Umno walau apa cara sekalipun,” tegas Timbalan Pengerusi PKR Selangor, Zuraida Kamaruddin (gambar).

Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Najib Razak pada majlis 'Malam Pemimpin Bersama Rakyat-Rakyat Didahulukan' di Shah Alam malam semalam.

“Saya ingin mengingatkan Najib agar jangan pernah berani cabar kami. Jangan jadi penderhaka kepada rakyat Selangor,” katanya yang juga Ketua Wanita PKR.

Tambahnya, melalui ucapan itu, jelas membuktikan bahawa Najib kini sudah terlalu desperado (terdesak) dan sudah gila kepingin mahu memerintah Selangor.

Malah, katanya secara terang-terangan telah menunjukkan bahawa beliau akan bermain cara kotor demi merampas Selangor.

“Saya yakin beliau akan menggunakan cara yang lebih teruk berbanding di Perak.

“Saya mahu mengingatkan Najib, Kerajaan Selangor yang dipilih adalah berdasarkan atas mandat pilihanraya yang adil dan bersih,” ujarnya yang juga ahli Parlimen Ampang.

Maka, katanya niat Najib mahu merampas dengan cara kotor adalah suatu penghinaan dan penderhakaan kepada autonomi rakyat Selangor.

“Jika benar-benar Najib, yang juga selaku Perdana Menteri mahu merampas Selangor, dan seorang pemimpin yang berani berhadapan dengan rakyat, saya mencabar beliau untuk bersedia berdebat dengan Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim di kawasan Parlimen saya, yakni di Ampang dan saya sendiri sedia menjadi penganjur utamanya,” katanya.
Read rest of entry

Thursday, 5 May 2011

POLIS DALANGI FITNAH ANWAR, DAKWA AZMIN


 
PETALING JAYA – PKR mendakwa pegawai kanan polis mendalangi agenda memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menghasut warga pendidik atas nama seminar keselamatan negara.

Timbalan presidennya, Azmin Ali berkata, pegawai dimaksudkan ialah Ketua Penolong Pengarah Penyelidikan dan Keurusetiaan Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail.

Menurutnya, program yang dimaksudkan ialah ‘Seminar Isu-Isu Keselamatan Negara Masa Kini’ yang dilancarkan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin anjuran Pejabat Pelajaran Bachok, Kelantan.

“Saya dimaklumkan empat siri seminar ini dijalankan membabitkan lebih 2,000 pengetua dan guru-guru dari seluruh Kelantan. Setiap sekolah diwajib menghantar pengetua dan lapan guru.

“Pembentangan Abdul Rahman bukan tertumpu kepada isu keselamatan negara sebaliknya mengupas isu seks dan lucah dikaitkan dengan Anwar dan juga tragedi berdarah Memali. Abdul Rahman turut menghukum Anwar bersalah sebagai peliwat dan juga pelanggan pelacur,” katanya pada sidang media, semalam.

Azmin turut mempersoalkan seorang pegawai kanan polis terlibat menyampaikan ceramah politik yang didakwanya mengulangi propaganda murahan UMNO dan Barisan Nasional.

“Bagaimanakah pihak polis dapat menjalankan siasatan yang telus dan profesional dalam isu video seks sekiranya pegawai tertinggi PDRM terlibat dalam agenda fitnah ini?

“Mengapakah pengetua dan guru-guru sekolah dari seluruh Kelantan diminta hadir di seminar ini? Apakah kaitan program ini dengan mengangkat martabat pendidikan negara?” katanya.

Sehubungan itu, Azmin menuntut Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menjawab persoalan dengan jujur supaya dapat menghentikan penyalahgunaan jentera kerajaan khususnya polis dan pejabat pendidikan daripada agenda fitnah.
Read rest of entry

Wednesday, 4 May 2011

CHEGU BARD KELUAR PKR?

 


Blogger Cucumatkilau menulis dalam blognya bahawa kemungkinan Cikgu Bard akan keluar dari PKR jika tuntutan beliau terhadap parti itu berkenaan isu pemilihan baru-baru ini tidak diselesaikan. Cikgu Bard yang memberikan masa untuk pimpinan PKR menyelesaikan isu tersebut kecewa kerana sampai sekarang tiada jalan penyelesaian.

Kita hormati keputusan Cikgu Bard jika ingin keluar parti. Itu hak individu. Namun kita tidak boleh terima jika Cikgu Bard keluar PKR dan menyertai parti-parti diluar dari PKR seperti Umno atau Parti KITA. Bagi kita selain PKR beliau boleh untuk memilih Parti Islam SeMalaysia (PAS) atau Parti Tindakan Demokratik (DAP).

Kita yakin PAS atau DAP sentiasa membuka pintu kepada aktivis seperti Cikgu Bard untuk bersama berjuang menentang kezaliman dan kebejatan ciptaan Umno/BN. Tidak ada ertinya jika Cikgu Bard keluar dari PKR tetapi selepas itu masuk Umno yang jelas menzalimi rakyat, terlibat dengan politik jijik/porno dan sebagainya.

PKR sebagai sebuah parti yang matang dan terbuka sudah pasti tidak 'ambil hati' jika Cikgu Bard menyertai PAS atau DAP sebagaimana mereka boleh menerima keputusan YB Saari Sungip, Haji Anuar Tahir, Dr Hamzah Awang dan lain-lain pimpinan PKR (dulunya PKN) yang menyertai PAS selepas keluar dari PKR atau dulunya Parti KeADILan Nasional (PKN).

Kepada Cikgu Bard berfikirlah secara waras jangan ikutkan nafsu ....................jangan termakan dengan pujukan dan habuan yang mungkin dihidangkan oleh Umno/BN
 
http://www.mutaligat.blogspot.com/
 
Read rest of entry

Monday, 25 April 2011

TIDUR MALAM ROSMAH TIDAK LENA, KENAPA?

Tidak dapat dipastikan bagaimana timbalan presiden PKR Azmin Ali mengetahuinya tetapi dakwanya Datin Seri Rosmah Mansor, isteri kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempunyai masalah untuk tidur malam sejak kebelakangan ini, terutamanya selepas pilihan raya Sarawak.

Azmin, yang juga ahli parlimen Gombak mendedahkan bahawa Najib pula bergelut dengan dilema sama ada untuk membubarkan parlimen ataupun terus menunggu sehingga tahun 2013.

Justeru, katanya, penyokong Pakatan rakyat perlu bersiap sedia sama ada pilihan raya umum ke-13 negara diadakan tahun ini ataupun tidak.

"Sama ada awak adalah rakyat Malaysia, ahli parti, ADUN ataupun ahli parlimen, bersiap-sedialah,” katanya kepada kira-kira 500 hadirin pada majlis makan malam bagi mengutip derma di cawangan PKR Bukit Gelugor di Pulau Pinang, malam semalam.

Azmin berkata beliau yakin jika rakyat bersiap sedia, maka menjelang pilihan raya umum akan datang, Pakatan Rakyat akan menguasai Putrajaya yang kini diduduki oleh BN.

"Ada orang kata pilihan raya umum akan ditangguhkan... tetapi ramai pula kata jika tangguhkan keputusannya mungkin lebih teruk kepada BN,” katanya.

najib and rosmah 250608 01"Sebab itu Najib dalam dilema dan Rosmah pula tidak lena tidur malam,” katanya.

Azmin berada di Pulau Pinang bagi mewakili Anwar yang tidak dapat menghadiri lawatan dua harinya ke negeri itu kerana masalah kesihatan.

Beliau kemudiannya bergegas ke ceramah perdana 'Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia' bertempat di Dewan Sungai Tiram, Batu Maung.

Antara yang berucap selain Azmin adalah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Isu yang disentuh ialah pembaziran emel 1Malaysia yang menelan kos RM50 juta, muslihat slogan 1Melayu, 1Bumi' yang dibangkitkan Utusan Malaysia, sebuah akhbar milik Umno-BN dan banyak lagi.

NONEDalam ucapannya, Azmin menyelar sikap sikap hipokrit Najib dalam isu 1Melayu, 1 Bumiputera yang dicanangkan Utusan Malaysia yang konon untuk menyatukan semua Melayu sedangkan akhbar itu sebenarnya memecah belahkan perpaduan Melayu.

Azmin berkata Najib secara tiba-tiba semalam menafikan hubung kait antara Utusan Malaysia dan pimpinan Umno BN yang selama ini menjadi lidah rasmi parti itu.

“Inilah hipokrit Barisan Nasional pimpinan Najib. Najib kata: 1Melayu, 1Bumiputera pandangan editor Utusan Malaysia.

“Wahai Najib dan Rosmah, kita tahu Utusan Malaysia disokong Umno. Kita tahu Utusan Malaysia surat khabar milik Umno. Kita juga tahu Utusan Malaysia hidup kerana Umno yang memainkan politik perkauman,” kata Azmin.

http://www.malaysiakini.com/
Read rest of entry

Monday, 18 April 2011

JIKA ANWAR BUKAN PELAKONNYA, KENAPA ANWAR PULA DIDAKWA?

Saya merujuk kepada laporan yang memetik kenyataan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani bahawa siasatan videos seks telah lengkap dari setiap sudut dan ia menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.

Acryl juga dipetik berkata hasil siasatan itu akan diserah segara kepada Peguam Negara.

Kenyataan ini menunjukkan siasatan polis mendapati tidak ada sebarang asas undang-undang untuk mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam video tersebut kerana jelas beliau tidak ada kena mengena dalam isu. Ini selari dengan penafian Datuk Seri Anwar Ibrahim yang konsisten mengenainya.

Walau bagaimanapun kita yakin bahawa Peguam Negara akan tetap mencari jalan untuk mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim ke mahkamah.

Ini kerana seluruh episod konspirasi ini direka bertujuan menghancurkan kerjaya politik Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ini tidaklah mustahil kerana sebelum ini situasi sama berlaku dimana Datuk Seri Anwar Ibrahim dihadapkan ke mahkamah atas dan difitnah atas dua tuduhan liwat, walau pun beliau tidak melakukannya.
Parti Keadilan Rakyat kesal kerana pihak kerajaan terus menggunakan politik kotor, jijik malah menginjak batas agama dan peradaban kemanusian demi mengekalkan kuasa politik.

Saifuddin Nasution Ismail
Setiusaha Agung Parti Keadilan Rakyat
18 April 2011
Read rest of entry

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online