www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Thursday, 5 May 2011

POLIS DALANGI FITNAH ANWAR, DAKWA AZMIN


 
PETALING JAYA – PKR mendakwa pegawai kanan polis mendalangi agenda memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menghasut warga pendidik atas nama seminar keselamatan negara.

Timbalan presidennya, Azmin Ali berkata, pegawai dimaksudkan ialah Ketua Penolong Pengarah Penyelidikan dan Keurusetiaan Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail.

Menurutnya, program yang dimaksudkan ialah ‘Seminar Isu-Isu Keselamatan Negara Masa Kini’ yang dilancarkan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin anjuran Pejabat Pelajaran Bachok, Kelantan.

“Saya dimaklumkan empat siri seminar ini dijalankan membabitkan lebih 2,000 pengetua dan guru-guru dari seluruh Kelantan. Setiap sekolah diwajib menghantar pengetua dan lapan guru.

“Pembentangan Abdul Rahman bukan tertumpu kepada isu keselamatan negara sebaliknya mengupas isu seks dan lucah dikaitkan dengan Anwar dan juga tragedi berdarah Memali. Abdul Rahman turut menghukum Anwar bersalah sebagai peliwat dan juga pelanggan pelacur,” katanya pada sidang media, semalam.

Azmin turut mempersoalkan seorang pegawai kanan polis terlibat menyampaikan ceramah politik yang didakwanya mengulangi propaganda murahan UMNO dan Barisan Nasional.

“Bagaimanakah pihak polis dapat menjalankan siasatan yang telus dan profesional dalam isu video seks sekiranya pegawai tertinggi PDRM terlibat dalam agenda fitnah ini?

“Mengapakah pengetua dan guru-guru sekolah dari seluruh Kelantan diminta hadir di seminar ini? Apakah kaitan program ini dengan mengangkat martabat pendidikan negara?” katanya.

Sehubungan itu, Azmin menuntut Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menjawab persoalan dengan jujur supaya dapat menghentikan penyalahgunaan jentera kerajaan khususnya polis dan pejabat pendidikan daripada agenda fitnah.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online