www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Wednesday, 4 May 2011

WANITA UMNO PULA BERGADUH SESAMA SENDIRI ISU KERUSI PILIHANRAYA.....Petanda Kehancuran

Permintaan Wanita UMNO supaya peruntukan kerusi bagi calonnya pada pilihan raya umum akan datang dinaikkan kepada 30 peratus berbanding 10 peratus sekarang bukanlah satu beban kepada pucuk pimpinan parti.

Exco pergerakan itu yang juga Ketua Wanita UMNO Pahang, Datuk Rosni Zahari berkata, Wanita UMNO hanya memperjuangkan apa yang menjadi hak kepada golongan itu.

"Kita tidak pernah berniat untuk membebankan pucuk pimpinan. Memandangkan sekarang sudah ramai wanita yang berkebolehan kita cuma meminta perkara itu dipertimbangkan.

"Apa pun terpulang kepada Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membuat keputusan. Kita tidak memaksa," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan bekas Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz semalam yang meminta supaya pergerakan itu tidak membebankan pemimpin parti dengan menuntut diberikan kerusi yang lebih banyak pada pilihan raya umum akan datang.

Seorang lagi Exco Wanita UMNO yang juga Ketua Wanita UMNO Johor, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain berkata, kuota kerusi sebanyak 30 peratus seperti yang diminta Wanita UMNO itu bukan satu perkara yang wajib dipenuhi oleh pucuk pimpinan parti.

"Ia tidak bermakna kita benar-benar mendesak. Kita cuma mahu wanita diberi pengiktirafan yang lebih baik sahaja. Semuanya terpulang kepada pemimpin parti," katanya.

Sementara itu, Exco Wanita UMNO, Datuk Jamelah A. Bakar yang juga menganggap permintaan pergerakan itu bukan satu beban kepada pucuk pimpinan parti berkata, Wanita UMNO tidak pernah menuntut secara berlebih-lebihan sesuatu perkara kepada parti.

Malah katanya, Wanita UMNO sentiasa prihatin terhadap bebanan yang ditanggung pucuk pimpinan selama ini.

"Bagaimanapun sejak keahlian Wanita UMNO yang semakin ramai , kita berharap diberikan lebih tempat. Namun segalanya adalah berbalik kepada pucuk pimpinan untuk membuat keputusan," katanya.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online