www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Friday, 6 May 2011

KEKALKAN HADI DAN NASHA,KATA UST.HARUN TAIB. Apa Komen Penyokong Mat Sabu?

Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Harun Taib mencadangkan supaya pencalonan untuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dikekalkan kepada gandingan sama iaitu Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Nasharudin Mat Isa.

Cadangan itu mendapat persetujuan sebulat suara dalam mesyuarat agung Pas kawasan Hulu Terengganu pada 29 April lalu.

Harun yang juga Yang Dipertua Pas Kawasan Hulu Terengganu berkata, gandingan sedia ada mampu membawa hala tuju parti ke arah lebih baik, selain mampu menggerakkan Pas untuk bersama-sama Pakatan Rakyat merampas Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.

Ditanya berhubung terdapat kawasan lain seperti Pas Besut yang mencadangkan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga Naib Presiden Pas untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden, beliau berkata, pihaknya tiada halangan kepada mana-mana kawasan untuk mengemukakan cadangan masing-masing.

“Kita beri kebebasan dan tiada peraturan pada kawasan tertentu untuk menetapkan calon yang perlu dipilih, sebaliknya mereka boleh mencadangkan sesiapa yang mereka suka,” katanya.

Sementara itu, beliau menegaskan, kerjasama Pas dengan PKR adalah kerjasama berteraskan parti, bukan individu.

Sehubungan itu, katanya, tidak timbul sebarang perkara yang boleh menjejaskan kepercayaan rakyat untuk terus menyokong Pas sekalipun mereka meragui penafian Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pembabitannya dalam isu video seks.

Harun berkata, kerjasama antara parti itu akan diteruskan biar sesiapa jua yang membarisi kepimpinan tertinggi PKR.

“Sama ada Anwar ada atau tidak, kerjasama tetap diteruskan dan isu yang berlaku ketika ini biarlah diselesaikan sendiri.” katanya

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 
There was an error in this gadget

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online