www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Tuesday, 3 May 2011

ALI RUSTAM TIDUR KE? Bila Nak Baiki Tanah Mendap Di Masjid Alor Gajah Ni...!


ALOR GAJAH: Jemaah Masjid Pulau Sebang, dekat sini, kebimbangan selepas hakisan tebing sungai semakin menghampiri kawasan masjid berkenaan.

Penduduk mendakwa kejadian bermula sejak kira-kira setahun lalu itu disebabkan kerja mengorek pasir di kawasan berhampiran.

Penduduk, Azman Ali, 37, berkata kerja mengorek pasir itu mengakibatkan tebing sungai menjadi rapuh lalu tembok sekitar masjid runtuh sedikit demi sedikit.

“Bahagian yang runtuh itu jelas dan sedikit demi sedikit mendap. Keadaan ini ditambah dengan cuaca tidak menentu membuatkan hakisan terus berlaku meruntuhkan tebing di sepanjang sungai.

“Kawasan tebing runtuh itu menjadi tempat letak kenderaan bagi jemaah masjid, sekali gus membahayakan keselamatan mereka,” katanya di sini.

Menurutnya, sekiranya masalah itu tidak diatasi segera pihak terbabit, ia akan mendatangkan bahaya kepada jemaah masjid berkenaan.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Pulau Sebang Selatan, Zakaria Abdullah, berkata masalah itu sudah dikemukakan kepada wakil rakyat di situ.

Katanya, pihak JKKK masih menunggu jawapan bagi menyelesaikan masalah itu dan aduan sudah dikemukakan bagi membaik pulih tebing sungai itu.


“Saya sudah bawa perkara ini kepada pihak berkenaan dan ia sudah pun diluluskan cuma belum pasti bila kerja baik pulih akan dilaksanakan kerana masih menanti peruntukan kerajaan.

“Saya harap penduduk di kawasan ini bersabar berikutan masjid menjadi tumpuan setiap jemaah dan kami akan terus berikhtiar supaya masalah ini diselesaikan,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gadek, Datuk Abd Ghaffar Atan, berkata peruntukan bagi membaik pulih tebing masjid itu sudah diluluskan, namun ia mengambil masa.


p/s. Jika di Jepun mereka berbangga kerana telah membaikpulih semua frasarana dan jalanraya selama tempoh enam bulan sahaja selepas berlaku bencana tsunami baru-baru ini, teteapi di negeri maju di Melaka...tanah mendap di masjid yang amat membahayakan nyawa penduduk kampung pun entahkan bila nak dibaiki. Nak tunggu ADUN mati ke? Atau enam tahun?





0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online