www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Monday, 2 May 2011

FELDA TIPU LAGI : 40,000 PEKERJA ASING, ANAK PENEROKA DIKATA TAK MINAT. Akhirnya Hisap dan Rempit

Memang Felda penipu. Kenapa ambil sampai 40,000 pekerja asing dari Bangladesh dan Indonesia dan membiarkan anak-anak Felda tiada pekerjaan sehingga melakukan aktiviti tidak sihat seperti menghisap dadah dan merempit. Mana janji Felda nak bantu generasi kedua Felda? GWGF sila jawab? Mana dia Ahmad Maslan? Mana dia Isa Samad? Tidur ke mereka ini.

Alasan Isa Samad yang kaki rasuah dalam Umno yang menyatakan anak-anak Felda tidak berminat kerja dalam sektor perladangan adalah pempbohongan yang terbesar sejak mengambil alih jawatan Pengerusi Felda. Anak-anak ini hidup dalam Felda, dibesarkan di Felda mustahil takde yang suka kerja di ladang. Sebenarnya sejak Felda mengambil alih semua kebun peneroka untuk diusahakan Felda sendiri mengimport pekerja asing dengan pelbagai alasan dan yang paling popular kata, anak-anak Felda tak suka kerja ladang. Felda memang suka menipu anak-anak Felda.

Lihatlah kata si penipu ini; kira-kira 40,000 pekerja asing bekerja di ladang milik Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) di seluruh negara berikutan tenaga kerja tempatan tidak berminat untuk bekerja di sektor perladangan, kata Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

Beliau berkata jumlah itu mewakili 84 peratus daripada keseluruhan tenaga kerja yang bekerja di ladang Felda dengan 29,000 orang daripadanya adalah tenaga kerja dari Indonesia, 10,000 dari Bangladesh dan selebihnya lain-lain bangsa.

"Felda terpaksa menggunakan tenaga kerja asing terutama dari Indonesia kerana anak tempatan tidak berminat untuk berkerja di ladang milik Felda, malah Felda mendapat kerjasama baik daripada kerajaan Indonesia untuk membekal tenaga kerja mereka," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri majlis makan malam sempena sambutan Hari Pekerja Kumpulan Felda Peringkat Nasional di Pusat Perkhidmatan Pertanian Tun Razak di Jerantut, malam tadi.

Anak-anak peneroka Felda iaitu generasi kedua mahukan kebun ayah mereka diuruskan oleh mereka sendiri tapi dikenakan pelbagai tekanan dan syarat yang tidak munasabah. Felda kena beri kelonggaran supaya anak-anak Felda uruskan sendiri ladang-ladang ayah mereka. Felda tak boleh uruskan lagi dan memberikan hutang elaun sara hidup kepada peneroka sampai mati. Dan sampai mati jugalah hutang ayah-ayah mereka takkan habis dek pembohongan Felda ini.


 

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online