www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Showing posts with label UMNO. Show all posts
Showing posts with label UMNO. Show all posts

Thursday, 22 December 2011

INI DIA RUPANYA BROKER UMNO JERAT HASSAN ALI ..... BERAPA JUTA ZUL NOORDIN TERIMA UPAH?


KUALA LUMPUR, 22 Dis: Datuk Dr Hasan Ali (gambar) mengakui beliau ada perbincangan dengan Zulkifli Noordin dan mengakui ada persamaan antara mereka berdua.

"Ada tempat-tempat bersama, keseirasan ada tapi dari segi detail tidak perlu diulas, secara besar memang ada persamaan.

"Apa pun kalau perjuangan itu sama, maknanya ada nada, suara dan tempo yang sama, tidak fikir ada masalah untuk berbincang," kata Hasan Ali dalam Bual Bicara dengan Datuk Ahmad Talib, TV3 malam tadi.

Zulkifli adalah anggota Parlimen PKR Kulim Bandar dan telah meninggal parti menjadi anggota Bebas.

Beliau kini menjadi peluru utama Umno untuk menyerang PKR dan Pakatan Rakyat.

Dalam sidang media sebelum ini, Hasan mempertikai konsep Negara Berkebajikan yang dikemukakan Presiden PAS dalam muktamar PAS yang lalu dan kini bakal menjadi panduan utama PAS.

Ekoran itu, beliau diserang oleh pemimpin PAS di samping Pemuda dan Muslimat.

Hasan dalam wawancara kali ini mempertikaikan komposisi kepimpinan PAS yang dikatakan lebih ramai profesional dari ulama tanpa menyebut badan tertinggi PAS adalah Majlis Syura Ulama yang semua anggotanya adalah ulamak.

"Dulu majoriti pemimpin PAS adalah ulamak, sekarang majoritinya orang profesional, keadaan ini boleh mengubah parti, ulama tidak akan membawa PAS lari dari perjuangan dibanding dengan profesional, ada perubahan (shift), sebahagian ahli parti mahu PAS sama seperti 20 ,30 dan 50 tahun dulu," katanya.

Bagi beliau, punca-punca yang menyebabkan anjakan berlaku dalam PAS, logiknya adalah orang nak kemenangan dan hanya boleh dicapai melalui bergabung.

waww.harakahdaily.net
Read rest of entry

Saturday, 20 August 2011

PANAS....KEM NAJIB SERANG TUN M. MANA MARINA MAHATHIR DAPAT HARTA YANG BANYAK? SIAPA PUNYA? TUN MAHATHIR?

KUALA LUMPUR 19 Ogos - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyifatkan aktivis sosial, Datin Paduka Marina Mahathir sebagai seorang Melayu yang mudah lupa serta tidak berpijak di bumi nyata.

Ketua Penerangannya, Ruslan Kassim berkata, tindak-tanduk yang ditunjukkan Marina sejak akhir-akhir ini telah memburukkan imej bapanya, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai bekas Perdana Menteri dan juga negarawan tersohor.
 
Katanya, Dr. Mahathir merupakan seorang pejuang yang disegani oleh kawan dan juga lawan tetapi Marina langsung tidak mewarisi keperibadian yang dimiliki oleh bapanya itu, malah hanya memalukan keluarganya sahaja.

"Tun (Dr. Mahathir) merupakan pemangkin kepada kemajuan negara, kekuatan orang Melayu tetapi Marina sebaliknya.

"Beliau hanya hidup di dalam fantasi dan tidak berpijak di bumi nyata. Justeru beliau layak dilabelkan sebagai seorang Melayu yang mudah lupa.

"Beliau seharusnya berfikir dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan atau mengambil sesuatu tindakan, bukannya dah buat kenyataan dan ambil tindakan baru mahu memikirkan kesannya. Ia sudah terlambat," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas tulisan Marina dalam akhbar The Star kelmarin yang antara lain mempertahankan perhimpunan haram Bersih pada 9 Julai lalu dan turut mempersoalkan kenyataan beberapa pemimpin kerajaan yang cuba menyamakan perhimpunan haram itu dengan kejadian rusuhan di London, baru-baru ini.

Menurut Ruslan, beliau tidak menolak kemungkinan Marina mempunyai agenda peribadi tertentu sehingga sanggup melakukan perkara yang bertentangan dengan tradisi keluarganya.
"Mungkin beliau ada rasa tidak puas hati sebab itu beliau bertindak sedemikian rupa dan ketika ini beliau telah terperangkap dalam kumpulan vocal minority.

"Beliau perlu ingat, pemerintahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada hari ini merupakan legasi kepimpinan bapanya. Apa yang diamalkan pada hari ini adalah kesinambungan amalan sewaktu Tun (Dr. Mahathir) memerintah. Jadi apa yang beliau tidak puas hati?" ujarnya.

Dalam pada itu, Ruslan turut mencabar Marina mengisytihar harta yang dimilikinya di dalam mahu pun luar negara sama ada ia diperolehi menerusi kaedah yang betul atau sebaliknya.

"Saya cabar Marina supaya mengisytihar harta yang miliknya. Saya yakin semua pihak mahu mengetahui harta serta kekayaan yang dikumpul selama ini," ujarnya.
Read rest of entry

Thursday, 9 June 2011

KJ BODEK NAJIB UNTUK KEKAL BERTANDING DI REMBAU. Kesian Budak Tingkat 4 ni....

Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor ke Kazakhstan bagi menghadri Forum Ekonomi Dunia Islam (WIEF) di Astana telah dirancang setahun lebih awal dan tidak kena mengena dengan lawatan peribadinya, dakwa Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Sambil membidas ahli parlimen Kuala Selangor, Dzulkefly Ahmad yang membuat dakwaan itu, Khairy berkata dalam twitter adalah lebih baik pemimpin PAS itu “mendiamkan diri kecuali jika beliau mempunyai bukti”.

Dzulkefly yang juga adalah ahli Majlis Jawatankuasa Pusat PAS pada sidang medianya semalam berkata adalah salah dari segi moral bagi Najib dan keluarganya menggunakan duit rakyat atau dana awam bagi membiayai lawatan mereka merisik perkahwinan anak perempuan mereka di Kazakhstan.

“Perancangan lawatan PM ke Kazakh dibuat lama sebelum pertunangan anak perempuannya. Malah ia sebagai lawatan balas lawatan Presiden Nazarbayev ke Malaysia semasa zaman Pak Lah,“ katanyanya merujuk kepada lawatan President Nursultan Abishuly Nazarbayev ke Malaysia pada 2006 ketika Tun Abdullah Ahmad badawi menjadi perdana menteri.

Anak gadis Najib, Nooryana Najwa dijadual berkahwin dengan seorang pembesar Kazakhstan.

Menjawab tweet lain, yang menuduh Khairy cuba mempertahankan salah laku Najib, beliau berkata “ Saya tidak bercakap bagi pihak sesiapa. Saya pegawai kanan Umno dan bercakap bagi pihak parti saya.”

Dzulkefly pada sidang akhbar semalam berkata tindakan Najib itu tidak ada kelas langsung iaitu menggunakan wang kerajaan dan rakyat untuk urusan peribadi.

Katanya, ini pula bukan pertama kali dan semasa anaknya menerima ijazah di Universiti Georgetown, Washington, Amerika Najib dan keluarga juga ke sana dengan program rasmi kerajaan.

ucsi integrity congress 160910 dzulkeflyKhairy juga berkata tindakan Dzulkefly menyebarkan pembohongan keji itu adalah tindakan yang terdesak.

“Saya sangka Dr Dzul lelaki baik. Tak sangka beliau sanggup buat pembohongan yang sebegitu keji dan sebegitu terdesak memutar-belitkan cerita,” tulisnya.

Dzulkefly (kanan) yang kemudiannya menyertai 'perang' di twitter itu menggesa Khairy supaya “menyoal gerak hatinya” jika beliau tidak faham isu yang ditimbulkannya.

Beliau juga mengulangi cerita khalifah Umayyad Umar Abdul Aziz, yang pernah mempunyai dua batang lilin berlainan yang ditempatkan di sisi katilnya dan hanya menyalakan lilin yang dibeli dari dana awam untuk urusan rasmi manakala jika dikejutkan oleh kawan-kawan atau ahli keluarganya untuk membincangkan hal peribadi, baginda menggunakan lilin yang dibeli melalui wangnya sendiri.

Isu itu “dari segi moral amat jelas,” kata Dzulkefly sambil mempertahankan hujah yang diluahkannya semalam.
Read rest of entry

Friday, 27 May 2011

ANWAR ATAU NAJIB KE SG.BULOH?....HARGA RON95 MENJADI PENENTU

Percayakah anda bahawa harga petrol RON95 kini menjadi sumber ilham untuk Najib menentukan tarikh sebenar PRU13. Tarikh keramat buat ada Najib atau Anwar.  Najib memang dalam dilema? Sama ada Najib atau Anwar akan menghuni penjara Sg.Buloh, maka harga RON95 menjadi keramat buat Najib?

Ekonomi negara sebenarnya semakin tenat, harga petrol pasti akan terus melambung, kadar inflasi akan teus meningkat, rakyat pula semakin tertekan dengan kadar kenaikan harga barangan, dan jika suasana ini tidak ditanggani oleh Najib, maka rakyat akan merasa marah dan merasa benci terhadap kerajaan.. Itulah yang paling Najib takuti...........kuasa rakyat akan menentukan hidup mati Umno dan BN.


Nk buat pilihanraya segera dalam tahun ini 2011, Najib pun belum pasti menang,........... penduduk kaum Cina masih diparas yang sangat rendah untuk menyokong BN, orang Melayu semakin celaru, pegawai kerajaan juga sangat tidak menyukai dasar-dasar kerajaan masa kini, jadi kepada faktor apakah Najib ingin sandarkan? Najib tiada faktor utama pun?

Jikapun PRU 13 ingin beliau segerakan, ini hanyalah perkiraan politik sahaja..................jika BN menang besar maka hujahnya BN dan Najib akan  bebas melakukan apa sahaja terhadap negara selepas ini tanpa gangguan sebab rakyat dah beri undi kepada BN................

Tapi Najib juga semakin risau, itu jika BN menang,jika BN kalah macamana? Najib akan dihantar ke Sg.Buloh, pasti Najib tak mahu? Pasti Muhyiddin pun tak mahu? Segala skandal termasuklah kes Altantunya, kes kapal selam, penganugerahan projek kepada kroni dansebagainya bakal diselongkar oleh Pakatan Rakyat, pada masa itu ke mana Najib nak lari?

Rosmah pasti tak sempat audit duit PERMATA yang belanja RM111 juta setahun tanpa pengawasan mana-mana Kementerian? Najib takkan mahu ke Sg.Buloh.........? Najib tak mahu namanya dipahat  sebagai PM yang menjahanamkan BN dan menguburkan Umno dalam lipatan sejarah, pasti Najib tak sanggup? Ke mana Najib nak pergi? Nak minum RON95? Kerja lucu yang pasti Najib tak sanggup lakukan juga? Semuanya kini bergantung kepada harga RON95, pasti Najib termenung setiap malam mengenang ilham pada petrol bernama RON95 ini.
Read rest of entry

Monday, 23 May 2011

DULU KATA DAP PERKAUMAN, SEKARANG NAK AJAK DAP MASUK BN. Sah......Memang Umno Semakin Tenat

   
 






KUALA LUMPUR, 23 Mei: Selepas sebulan Harakahdaily dan Harakah menyiarkan cerita kononnya Umno sedang berusaha menarik DAP bersamanya, media Umno Utusan menyiarkan hujah-hujah kenapa ia wajar dilakukan.

Hujah-hujah itu dipaparkan Utusan melalui tulisan salah seorang pemikir (think tank) Umno, Tan Sri Dr Nordin Kardi, bekas Ketua Pengarah Biro Tata Negara dan juga Naib Canselor Universiti Utara Malaysia.
(Gambar: Rencana Nordin Kardi dalam Utusan 20 Mei)

Melalui tulisan yang disiarkan Jumaat 20 Mei itu, Nordin Kardi memberikan hujah-hujahnya kenapa Umno perlu menerima DAP sebagai rakannya selepas MCA dan Gerakan membuat pelbagai perangai.

Sebelum ini, Harakahdaily menyiarkan laporan Umno sedang berusaha untuk mendekati DAP selepas berjaya memecahkan PAS melalui isu kerajaan perpaduan.

Menurut sumber Harakahdaily, usaha itu dibuat melalui beberapa pemimpin DAP yang ada hubungan dengan pimpinan utama parti itu.

Namun begitu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menolak laporan itu dengan berkata, dia sendiri tidak tahu menahu mengenainya dan mustahil DAP meninggalkan Pakatan Rakyat buat masa sekarang.

Ekoran laporan Harakahdaily itu, Utusan melaporkan, pemimpin Umno menolak laporan itu dan menafikannya.

Namun tulisan Nordin Kardi ini membayangkan sesetengah pihak dalam Umno sedang melobi agar Umno menarik DAP menyertai BN.

Dalam tulisannya di Utusan, Nordin Kardi berhujah, ideologi DAP lebih dekat dengan Umno berbanding dengan MCA dan Gerakan yang ada sekarang.

Tambahan pula dengan karenah kedua-dua parti itu sehingga Umno perlu menyebut kepadanya, "take of leave it".
(Gambar: Laporan Harakah yang berdasarkan laporan Harakahdaily 29 April lalu)
"Pemimpin MCA muncul atas kepentingan peluang perniagaan kontrak di Malaysia yang selama ini dimonopoli oleh syarikat-syarikat Inggeris berbanding PAP (Lee Kuan Yew) muncul atas kebimbangan kaum Cina akan diketuai oleh penganut-penganut komunis.
"Ini bermaksud DAP yang berkongsi ideologi dengan PAP itu secocok dengan ideologi Umno yang telah menyingkirkan pemimpin yang cenderung kepada faham kiri.

"Kuan Yew pernah memenjarakan Lim Chin Siong, yang pernah berjuang bersamanya, kerana dikatakan komunis, mirip tindakan Umno menolak beberapa pejuang kemerdekaan yang dikatakan berhaluan kiri.

"Jika hal begini diambil kira, secara ideologi nampaknya Umno dan DAP boleh duduk bersama dengan selesa," tulis Nordin dalam Utusan.

Bagi beliau juga, tuntutan "Malaysian Malaysia" DAP sebelum ini adalah selaras dengan apa yang telah dibuat oleh Datuk Seri Najib sekarang iaitu 1 Malaysia.

"Pada asasnya banyak tuntutan DAP sudah tidak bersesuaian lagi kerana semuanya telah ditunaikan oleh BN - tuntutan kriteria merit ke universiti, tuntutan “Malaysian Malaysia” sudah terangkum dalam “Satu Malaysia”, dasar semuanya inklusif — mewajarkan DAP untuk tidak perlu silu atau meminta maaf kepada pengikutnya untuk menyertai BN. Semua peluang yang diminta telah ada di dalam BN," tulis Nordin.

Sehubungan itu, beliau meminta pemimpin Umno jangan terlalu bernostalgia tetapi depani realiti.

"Kesampingkan nostalgia dan sentimen tradisi, saya lihat DAP dan PAS akan amat selesa menyertai BN. Jika BN memang benar berhasrat menjadi satu parti tanpa komponen seperti sekarang, ia akan berlaku setelah hal yang saya utarakan ini didahulukan. Mengapa tidak? " tulis Nordin.
Read rest of entry

PEMUDA UMNO DIPERLEKEH DEMO 200 ORANG BUAT DI STADIUM......KELAKAR HISHAMUDDIN NI

JOHOR BAHRU 22 Mei - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan membawa usul demonstrasi tanpa permit di stadium ke Kabinet, bagi mengelakkan penganjurannya oleh pihak-pihak tertentu mengganggu keselamatan dan ketenteraman awam.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, menerusi kaedah itu soal keselamatan sepanjang demonstrasi yang berlangsung di stadium terbabit akan dipantau sepenuhnya oleh polis.

"Untuk tujuan itu (demonstrasi di stadium) kita akan pinda akta tertentu dan bawa ke Kabinet melalui Peguam Negara untuk kelulusan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pulai, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mohamad Sabu yang merancang untuk mengadakan demonstrasi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), 9 Julai depan.

Parti Pas merupakan antara penganjur Bersih selain PKR, DAP dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain, yang pernah mengadakan demonstrasi di tempat-tempat awam dan jalanan sebelum ini.


PEMUDA UMNO DAN PERKASA DITIPU SEPARUH MASAK...................PADAN MUKA MAMAT NI......

KUALA LUMPUR: Kira-kira 200 penyokong Pemuda Umno dan Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) meneruskan perarakan menyokong akhbar Utusan Malaysia di hadapan Ibu Pejabat akhbar tersebut walaupun tanpa kehadiran kumpulan ingin memprotes iaitu Angkatan Muda Keadilan (AMK).

Perkasa yang diketuai Setiausaha Agungnya, Syed Hassan Syed Ali menyerahkan memorandum menyokong akhbar tersebut kepada Penolong Ketua Pengarang II Kumpulan Utusan, Ahmad Abdul Hamid kira-kira pukul 2.30 petang Jumaat. Sementara Pemuda Umno yang diketuai Penolong Setiausahanya, Datuk Megat Firdouz Megat Junid menyerahkan memorandum sokongan merekakepada individu yang sama 10 minit kemudian.
Sebelum ini, AMK yang diketuai ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin dijadual mengadakan demonstrasi di tempat sama untuk memprotes laporan dan propaganda Utusan Malaysia ke atas beberapa isu berkaitan pembangkang sejak akhir-akhir ini.

Tindakan AMK itu telah mengundang reaksi daripada Perkasa dan Pemuda Umno untuk turut hadir bagi mempertahankan pendirian akhbar Kumpulan Utusan itu.

Bagaimanapun AMK telah membatalkan hasrat mereka awal pagi tadi.


( Nampaknya pemuda upahan Umno dan pemuda upahan Perkasa telah ditipu masak-masak oleh AMK. Memang patut pun kena tipu sebab mereka ni datang berdemo sebab dibayar upah, jika takde siapa yang bayar upah mampus seorang pun takkan datang. Ingatkan ramai lah sangat sampai 1,000 orang ke 2000 ke tapi cuma 200 orang je, anggota Polis lebih ramai agaknya hehehe....... Pemuda Umno yang diupah ni kesian melihat gelagat mereka...Mana dia Kj atau Mukhriz? Mana mereka? Mereka semua merasmikan program2 di hotel lima bintang berhawa dingin..... Pemuda upahan sahaja yang sanggup meredah panas dan hujan untuk menyelamatkan Utusan Meloya.....Kesian mereka tertipu...bukan tipah tertipu...Selepas ini AMK akan buat iklan demo setiap hari di mana-mana tempat, maka akan adalah pemuda upahan Umno dan Perkasa dan Polis..............Buat lagi AMK...tipu mereka masak-masak sampai hangus kahkahkah...)
Read rest of entry

Thursday, 12 May 2011

BODOHNYA MEREKA...! Suruhlah Ali Rustam Bersumpah Supaya Boleh Bertanding Lawan Muhyiddin....

Ingatkan pemimpin Umno sahaja yang bodoh, rupa-rupanya Ulamak Umno pun macam terlibat sama mengikuti kebodohan pemimpin Umno. Jika begitu, suruhlah Rais Yatim bersumpah untuk menafikan ia terlibat dengan kes rogol amah beliau, habis cerita takpayah pergi mahkamah atau saman menyaman. Camana ulamak Umno ni?

Kalau boleh suruh Lin Liong Sik atau Chan Kong Chong turut bersumpah kata tak buat rasuah tak lakukan penyelewengan kata tak tipu Pak Lah pun, maka esok nama mereka akan jadi bersih, tak payah masuk naik mahkamah. Camana ni ulamak Umno?

Paling gempak suruhlah PM Najib bersumpah kat Masjid Negara kata beliau tak terlibat dengan kes Altantunya, kan senang, lepas tu Najib akan kelihatan bersih. Camana ni ulamak Umno? Tidak pun, suruhlah Ali Rustam bersumpah ke, Isa Samad bersumpah ke, lepas sumpah boleh bertanding dalam pemilihan Umno. Camana ni ulamak Umno?

Pihak yang didakwa melakukan kemungkaran melalui sumpah laknat perlu bersumpah sekiranya ingin menafikan dakwaan tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja, Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahya berkata, agama Islam menuntut pihak yang dituduh supaya melakukan sumpah laknat bagi menepis segala dakwaan buruk terhadap individu tersebut.

“Seperti dalam kes yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa terlibat dengan kes liwat dan skandal video seks, jika mengikut hukum Islam, beliau harus bersumpah laknat bagi menafikan dakwaan terhadapnya.

“Akan timbul tanda tanya sekiranya Anwar berdiam diri seperti yang dilakukan sekarang. Beliau perlu melakukannya (sumpah laknat) kerana tiada cara lain untuk menafikan tuduhan tersebut,” katanya pada sidang akhbar selepas Forum 65 Tahun UMNO di sini hari ini.
Turut hadir, Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai sumpah laknat yang dilakukan oleh Mohd. Saiful Bukhari Azlan dan Datuk Shazryl Eskay Abdullah berhubung kes liwat dan video seks yang didakwa melibatkan Anwar.


Read rest of entry

Tuesday, 10 May 2011

UMNO PARTI RASUAH. Baca Kenyataan Berani Mati Ini....

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bersetuju dengan penilaian bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa parti itu lemah dan pemimpinnya berterusan terlibat dengan rasuah.
 
Bagaimanapun beliau berkata, kelemahan berkenaan sedang diatasi oleh Umno termasuk menerusi usaha bersepadu oleh presiden parti, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

"Ada perkara-perkara yang disebut oleh Tun Mahathir betul. Memang ada beberapa kelemahan dalam Umno, sebab itu Perdana Menteri dan juga Presiden Umno sekarang berusaha untuk atasi dan perkukuhkan parti," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai kenyataan Dr Mahathir semalam bahawa Umno kini lemah kerana wujudnya pemimpin yang mengamalkan rasuah serta tidak lagi mempertahankan nasib orang Melayu dan Islam.

Dr Mahathir juga mengingatkan parti berkenaan bahawa Barisan Nasional (BN) akan menghadapi nasib yang sama seperti pilihan raya umum 2008 sekiranya tidak berubah.

Mengulas lanjut Tengku Adnan berkata, Umno dan BN di bawah pentadbiran Najib sedang melalui proses transformasi bagi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap parti itu.

"Saya tak nafikan ada kelemahan bukan sahaja dalam Umno tapi juga BN, tapi kita berusaha untuk atasinya.

"Saya harap rakyat dapat lihat apa yang perdana menteri buat, pelbagai langkah diambil seperti beliau sendiri turun ke bawah untuk mendengar masalah rakyat...untuk dapatkan maklum balas," katanya.

Sementara itu ditanya mengenai pandangan Dr Mahathir bahawa pilihan raya umum ke-13 tidak patut diadakan sehinggalah sekurang-kurangnya 2012, Tengku Adnan berkata perkara berkenaan terpulang kepada pertimbangan perdana menteri.

"Itu pandangan mantan perdana menteri, kita terima dengan terbuka. Barangkali Tun Mahathir ada pemikiran (penilaiannya) sendiri," katanya.
Read rest of entry

Monday, 9 May 2011

UMNO AKAN DITALQINKAN KATA MUKHRIZ, KJ PULA DIPERLEKEH

Pergerakan Pemuda Umno perlu bertindak seperti badan bukan kerajaan (NGO) dan bersuara lantang dalam sebarang isu atau permasalahan demi kepentingan rakyat, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Mukhriz Mahathir.
 
Beliau berkata biarpun apa yang disuarakan itu akan kedengaran seperti mengkritik kerajaan, namun ia lebih baik daripada kerajaan terpaksa melakukan apa-apa perubahan akibat didesak oleh pembangkang.

"Lebih baik kita usulkan, kita yang duduk di bawah kita lebih tahu. Jangan segan-segan. Kita mesti bertindak sebagai NGO. Bersuara lantang. Sejak bila kita segan-segan?," katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Seputeh di sini, malam Sabtu ini.

Turut hadir Ketua Pergerakan Umno Seputeh, Datuk Mustafa Kamal Mohd Yusoff dan Ketua Pemuda Seputeh Mohd Razlan Muhammad Rafi.

Mukhriz berkata, walaupun Umno merupakan parti terbesar dalam Barisan Nasional namun Pemuda tidak seharusnya bertindak seolah-olah mereka sebahagian daripada kerajaan.

"Ada yang kata masalah yang timbul boleh selesai sebab kita kerajaan...tak payah usaha pun tak apa. Kalau itu yang berlaku memang betullah kata pembangkang bahawa Umno akan ditalkinkan tidak lama lagi," jelasnya.

Mukhriz yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata politik bersifat perkauman seperti yang diamalkan oleh DAP harus dihentikan segera kerana ia boleh membawa kepada kehancuran negara.

"Kita negara yang berbilang kaum, perlu ada sifat toleransi dan rela berkorban.

"DAP kata mereka berjuang untuk semua bangsa tapi realitinya mereka hanya didominasi oleh satu kaum sahaja dan kita tak boleh biarkan mereka mentadbir negara," tegas beliau. BERNAMA
Read rest of entry

Wednesday, 4 May 2011

WANITA UMNO PULA BERGADUH SESAMA SENDIRI ISU KERUSI PILIHANRAYA.....Petanda Kehancuran

Permintaan Wanita UMNO supaya peruntukan kerusi bagi calonnya pada pilihan raya umum akan datang dinaikkan kepada 30 peratus berbanding 10 peratus sekarang bukanlah satu beban kepada pucuk pimpinan parti.

Exco pergerakan itu yang juga Ketua Wanita UMNO Pahang, Datuk Rosni Zahari berkata, Wanita UMNO hanya memperjuangkan apa yang menjadi hak kepada golongan itu.

"Kita tidak pernah berniat untuk membebankan pucuk pimpinan. Memandangkan sekarang sudah ramai wanita yang berkebolehan kita cuma meminta perkara itu dipertimbangkan.

"Apa pun terpulang kepada Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membuat keputusan. Kita tidak memaksa," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan bekas Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz semalam yang meminta supaya pergerakan itu tidak membebankan pemimpin parti dengan menuntut diberikan kerusi yang lebih banyak pada pilihan raya umum akan datang.

Seorang lagi Exco Wanita UMNO yang juga Ketua Wanita UMNO Johor, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain berkata, kuota kerusi sebanyak 30 peratus seperti yang diminta Wanita UMNO itu bukan satu perkara yang wajib dipenuhi oleh pucuk pimpinan parti.

"Ia tidak bermakna kita benar-benar mendesak. Kita cuma mahu wanita diberi pengiktirafan yang lebih baik sahaja. Semuanya terpulang kepada pemimpin parti," katanya.

Sementara itu, Exco Wanita UMNO, Datuk Jamelah A. Bakar yang juga menganggap permintaan pergerakan itu bukan satu beban kepada pucuk pimpinan parti berkata, Wanita UMNO tidak pernah menuntut secara berlebih-lebihan sesuatu perkara kepada parti.

Malah katanya, Wanita UMNO sentiasa prihatin terhadap bebanan yang ditanggung pucuk pimpinan selama ini.

"Bagaimanapun sejak keahlian Wanita UMNO yang semakin ramai , kita berharap diberikan lebih tempat. Namun segalanya adalah berbalik kepada pucuk pimpinan untuk membuat keputusan," katanya.
Read rest of entry

Wednesday, 27 April 2011

AHMAD MASLAN PENIPU BESAR,HAPUSKAN RASUAH DAN KRONISME DALAM UMNO JIKA NAK UNDI CINA KEMBALI

Ahmad Maslan membohong lagi, dia ni nama je Ketua Penerangan Umno tapi suka membohong. Kalau bab Felda lagi kuat membelit para peneroka. Ahmad kata sokongan Cina akan kembali kepada BN dalam PRU13 terutamanya di Pulau Pinang, tapi orang penting Gerakan yang menjadi calon Cina BN kata sebaliknya. Memang kaki pembohong si Ahmad Maslan ni. Dengan Mazlan Aliman pun bohong, janji nak debat ubah ke dialog, dasar bukan ank jantan jawa Pontian ni.

Gerakan beri amaran kat Umno dan Ahmad Maslan, jika mahukan undi orang Cina di Pulau Pinang atau kumpulan minoriti yang lain adalah dengan melayan mereka dengan cara hormat.

Menurut ketua biro undang-undang dan hak asasi manusia Gerakan Pulau Pinang Baljit Singh, masyarakat Cina tidak akan kembali ke BN hanya kerana kerajaan membekalkan mereka dengan 'kemudahan kelas pertama'.

"Henti labelkan kami sebagai pendatang, kaki botol, mata sepet, pelacur, tidak tahu berterima kasih dan pelbagai label yang lain.,” katanya,

"Apa yang kami perlukan adalah pemimpin yang rendah diri dan bukannya pemimpin bongkak.”

Dalam laporan Bernama semalam, Ahmad berkata Umno yakin masyarakat Cina di seluruh negara terutama di Pulau Pinang akan kembali menyokong BN dan terus mengukuhkan kedudukan parti itu sebagai parti pemerintah di Malaysia.

Katanya, walaupun sokongan daripada masyarakat Cina ketika ini dilihat merosot, beliau yakin perkara itu tidak akan berpanjangan.

Baljit juga berkata kerajaan mesti serius menangani gejala rasuah dan kronisme jika ingin mendapatkan sokongan bukan Melayu semula.

"Lakukannya dalam semangat 1Malaysia sebenar... ia tidak harus semata-mata retorik atau kata-kata manis. Dalam hal rasuah, tangkap ikan yang besar dan bukan yang kecil sahaja.”

Gerakan kata, Umno kena sapu bersih mana-mana pemimpin yang kaki rasuah. Umno jangan ingat rakyat bodoh macam Umno bila membuat operasi benteras rasuah untuk pegawai kerajaan dan kakitangan berpangkat kecil sahaja tapi bagi kes yang besar maka kerajaan pejam mata macam orang buta. Berani Gerakan ni "warning" Ahmad Maslan. Jika Umno tak berubah, Gerakan masuk je lah dalam Pakatan Rakyat, biar pi mampus Umno jahat tu.


Read rest of entry

Saturday, 23 April 2011

PEGUAM UMNO PENAKUT. LETAK JAWATANLAH, MEMALUKAN UMNO !!!

Peguam Umno, Datuk Mohd Hafarizam Harun menegaskan bahawa beliau tidak akan hadir untuk memberi penjelasan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada hari Jumaat nanti, berkaitan dakwaan kononnya beliau menghina dewan itu.

Beliau yang menyifatkan saman hadir yang dikeluarkan dewan itu sebagai satu ugutan politik untuk menghalangnya daripada melaksanakan tugas sebagai peguam berkata, keputusan itu diambil atas pelbagai sebab termasuk tidak mahu tunduk kepada bidang kuasa yang mana beliau bukan anggotanya.

"Saya akan lihat apa yang boleh dilakukan dari segi undang-undang berkaitan tindakan mereka memanggil saya sebagai peguam adalah tindakan yang bertentangan dengan undang-undang negeri dan persekutuan," katanya di sini, Jumaat.

Mohd Hafarizam, dari firma guaman Hafarizam Wan dan Aisha Mubarak, merupakan salah seorang peguambela dan peguamcara anggota dewan undangan negeri (Adun)Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah yang kerusinya diisytihar kosong oleh Speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang Khim atas alasan Badrul Hisham tidak hadir sidang DUN selama enam bulan tanpa alasan munasabah.

Pada 18 Februari lepas, Mahkamah Tinggi memutuskan Badrul Hisham kekal sebagai ADUN Pelabuhan Klang selain turut memerintahkan Teng membayar kos RM40,000 kerana tindakannya mengisytihar kekosongan kerusi itu.

Teng kemudiannya memfailkan permohonan bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi itu dan bertegas Speaker DUN mempunyai kekebalan untuk mengisytihar kerusi berkenaan kosong.

Sidang DUN pada 1 April kemudiannya meluluskan usul mengenakan tindakan terhadap Badrul Hisham dan Mohd Hafarizam kerana kesalahan menghina Dewan, dan Timbalan Speaker Dewan Haniza Mohamed Talha ketika meluluskan usul itu berkata kedua-dua mereka akan dikenakan tindakan bersama atau berasingan kerana menghina Teng dalam sepucuk surat bertarikh 29 Mac lepas.

Haniza berkata, ini kerana bahasa surat yang digunakan mereka dianggap tidak senonoh, biadap dan mengugut.

Sementara itu Mohd Hafarizam berkata firma guamannya tidak pernah menghantar apa jua surat terus kepada Speaker DUN Selangor, sebaliknya surat bertarikh 20 Mac itu dihantar kepada Tetuan Tommy Thomas, peguam kepada Teng, untuk menuntut kos yang diberikan melalui perintah Mahkamah.

"Kalau surat daripada firma guaman saya itu didapati menghina dewan, kenapa surat saman hadir itu ditujukan kepada saya seorang dan tidak bersekali dengan rakan kongsi saya yang lain," katanya.

Mohd Hafarizam berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang yang perlu bagi menjaga hak dan kepentingan beliau sekiranya Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Selangor tidak menarik balik saman berkenaan dengan serta merta.

Dalam pada itu Badrul Hisham yang turut hadir mengakui akan mengadap jawatankuasa berkenaan selepas dinasihatkan oleh peguamnya untuk berbuat demikian.

"Saya akan hadir, itu yang dinasihatkan oleh peguam saya," katanya. - BERNAMA
Read rest of entry

Wednesday, 20 April 2011

UMNO BAKAL TEWAS PRU13 JIKA MCA DAN GERAKAN JADI DURI DALAM DAGING.

Kebimbangan Umno dan sebahagian besar pemimpinnya terhadap sokongan pengundi Cina yang dikatakan masih kuat oleh sekutu mereka dalan BN iaitu MCA dan Gerakan yang akhirnya menjadi duri dalam daging. Umno diramalkan boleh tewas dalam kebanyakan kerusi dalam PRU13 jika pola pengundi Cina tidak diperbetulkan. Ikuti luahan pemimpin Umno yang bakal meratapi nasib mereka sendiri. Biarkanlah....

DATUK Syed Ali Alhabshee melahirkan rasa bimbang politik rasis yang disemarakkan oleh pihak pembangkang jika tidak ditangani sebaik mungkin dikhuatiri akan menjejaskan sokongan rakyat kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 tidak lama lagi.

Beliau berkata, politik perkauman dan sikap hipokrit bukan Melayu yang bersandarkan kepada kepentingan politik sejak akhir-akhir ini dilihat semakin aggresif menghasut rakyat supaya membenci kerajaan BN.

“Inilah trend politik yang sudah berlaku pada pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini dengan DAP menjuarai kepentingan kaum Cina walaupun pada hakikatnya BN menang cemerlang,” tegasnya.

Sehubungan itu, beliau mendesak Dewan Tertinggi BN dan Majlis Tertinggi (MT) UMNO memberi perhatian serius mengenai peningkatan sokongan pengundi Cina dan bukan Melayu terhadap parti pembangkang terutama DAP yang bersekongkol dengan PKR.

“Secara ikhlas, saya nyatakan bahawa komponen BN yang mewakili masyarakat Cina khususnya harus bertanggungjawab, jujur dan mencari sebab-musabab mengapa fenomena seperti itu boleh berlaku,” ujarnya.

Beliau sekali lagi mempersoalkan apakah selama ini perhatian dan sokongan kerajaan BN terhadap kepentingan masyarakat Cina di negara ini masih lagi belum mencukupi sehingga mereka tergamak menjadi ‘duri dalam daging’ kepada pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketua UMNO Bahagian Cheras itu melahirkan rasa bimbang kemungkinan staus-quo orang Melayu akan terhakis pada PRU akan datang dengan berkemungkinan besar calon-calon UMNO tewas walaupun bertanding di kawasan yang asalnya milik BN.

Katanya, hakikat tersebut bukan rekaan untuk menakut-nakutkan mana-mana pihak tetapi berdasarkan kepada aliran politik masa kini yang turut membabitkan generasi muda, ianya boleh berlaku.
“Kita selalu bercakap soal kekuatan dan perpaduan di kalangan ahli-ahli UMNO, tetapi apakah kepimpinan UMNO jujur melihat sejauhmana pula sikap setiakawan dan keikhlasan pengundi Cina yang kononnya 80 peratus daripada mereka menyokong MCA mahupun Gerakan ?,” soal beliau lagi.

Justeru itu tegas Syed Ali, sudah tiba masanya BN terutama UMNO tidak lagi bergantung keyakinan berasaskan kepada angka mahupun perangkaan dalam mengukur tahap sokongan pengundi bukan Melayu terhadap BN.

Mengenai pengakuan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa beliau berasa amat dukacita kerana DAP berjaya memenangi 12 daripada 15 kerusi di Sarawak menerusi politik rasis, Syed Ali menjelaskan itulah hakikat yang sebenarnya berlaku pada masa kini.
“Mantan Presiden UMNO telah melahirkan rasa bimbang beliau kerana khuatir penyakit itu akan menular pula di Semenanjung pada PRU akan datang,” tegasnya.

Katanya, sudah sampai masanya pemimpin UMNO mengambil pendekatan yang lebih tegas walaupun tindakan itu mungkin pahit demi menyelamatkan masa depan UMNO dan orang Melayu keseluruhannya.

http://www.sinarharian.com.my/bterkini/11386.asp


 
 
Read rest of entry

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online