www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Showing posts with label SARAWAK. Show all posts
Showing posts with label SARAWAK. Show all posts

Wednesday, 22 June 2011

RASUAH BALAK TAIB MAHMUD. SIAPA KEBAL, SPRM ATAU TAIB?...Kes Yang Memalukan Institusi Bergelar "Suruhanjaya"

KUCHING - Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, beliau akan membuat kenyataan rasmi hari ini mengenai dakwaan rasuah terhadapnya.

Bagaimanapun Taib tidak menyatakan bagaimana beliau respons terhadap dakwaan pembangkang dengan menggunakan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadapnya.

“Pembangkang akan terkejut esok (hari ini), tunggu dan lihat apa keputusannya,” katanya selepas menghadiri majlis perasmian Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng di Petra Jaya di sini semalam.

Pada 9 Jun, Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abu Kassim Mohamed menyatakan bahawa suruhanjaya itu sedang menyiasat Taib atas dakwaan rasuah balak.

Beliau menjawab pertanyaan sama ada SPRM akan mengambil tindakan seperti Agensi Anti-Rasuah Switzerland, di mana aset Taib dibekukan atas dakwaan rasuah balak.

Menurut laporan berita asing, Presiden Persekutuan Switzerland Micheline Calmy-Rey berkata, bahawa beliau menyedari dakwaan itu dan mengemukakan maklumat mengenai aset Taib di Switzerland kepada badan kawalan, Lembaga Pengawasan Pasaran Kewangan Switzerland (Finma) untuk tujuan siasatan. - Bernama
Read rest of entry

Wednesday, 4 May 2011

SILA LIHAT JET TAIB MAHMUD BERHARGA RM86 JUTA. MAHATHIR DAN PAK LAH PUN TAK MAMPU BELI...


Seorang bekas pengurus besar syarikat penerbangan milik kerajaan negeri - Hornbill Skyways Sdn Bhd - memberitahu mahkamah bahawa pembelian pesawat jet bernilai RM86 juta untuk kegunaan menteri besar Tan Sri Abdul Taib Mahmud penuh dengan kepinccangan, rasuah dan salah guna kuasa.

mohamed asharat 220910Mohamed Asharat Ramzan Ali (kiri), 48, yang mendakwa beliau dipecat secara tidak sah pada 2005 selepas mendapati terdapat beberapa perkara yang tidak kena dengan syarikat tersebut.

Menurut keterangan 34 muka surat Asharat kepada Mahkamah Industri di Kuala Lumpur, syarikatnya itu telah membeli pesawat jet bisnes Cessna Citation X yang dibina oleh Cessna Aircraft Company yang berpangkalan di Amerika Syarikat sebagai "aset negeri", sebelum menyertai syarikat itu pada 15 Mac 2005.

Dakwanya, pembelian itu juga membabitkan komisyen yang dihuraikannya berjumlah "US$250,000 sebagai elaun jualan" dalam dokumen yang berkaitan.

"(Harga pembelian) kira-kira RM74 juta. Jika faedah ditambah bagi pinjaman RM45 juta dari Ambank, jumlah kos adalah kira-kira RM86 juta," kata Asharat.

NONEPengarah eksekutif syarikat berkenaan Aidan Wing (kanan) yang juga bekas ADUN Lambir menafikan sebarang salah laku dalam pembelian pesawat itu dan berkata elaun jualan yang diberikan itu sebenarnya diskaun pembelian.

Namun Asharat menolak hujah Wing itu.

"Dalam perjanjian jual-beli yang awal, ia menunjukkan elaun jualan US$250,000 telah diterima. Namun angka itu muncul lagi pada harga muktamad pembelian pesawat itu,” katanya kepada mahkamah ketika disoal-balas oleh peguamnya Atan Mustaffa Yussof Ahmad.

Asharat juga berkata pengurus kewangan Shirley Wee, yang terbabit secara langsung dalam pembelian itu mendesak agar pesawat dihantar lebih cepat daripada 28 Julai 2005, meskipun ia perlu melalui beberapa prosedur pentadbiran.


Read rest of entry

Wednesday, 27 April 2011

ANALISIS : APA ISYARAT KEPUTUSAN PILIHANRAYA SARAWAK. Kesedaran Pengundi Senjata Utama

Ketika pilihan raya negeri tahun 2006 sesiapa juga boleh menjangka keputusan dengan mudah tetapi pilihan raya kali ini bagi tahun 2011 sebenarnya menguji kekuatan dan kelemahan politik kepartian yang diamalkan selama ini.


Akhirnya, apabila keputusan diumum,ia tidak memeranjatkan terutama yang mengikuti kempen tiga hari terakhir. Malahan, keputusan ini dianggap satu yang istimewa buat Barisan Nasional (BN) dalam suasana politik yang dipenuhi dengan kecemasan dan pelbagai andaian.

Bagi pembangkang, pelbagai kaedah digunakan untuk meruntuhkan moral BN sejak awal sehingga ke hari pengundian tetapi realitinya, pengundi Sarawak masih membekalkan peluang kepada BN untuk membuktikan bahawa ia komited untuk ‘menerajui perubahan’. Walaupun pada awal ada tanda-tanda akan berlaku protes, kecewa, merajuk dan marah dengan tingkah laku pemimpin tertentu, kedatangan Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri dan

Pengerusi BN bersama dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berjaya mengubah sentimen pengundi sekali gus membuatkan imaginasi pembangkang tercalar walaupun berkeyakinan menang dua pertiga di hari pengundian.

Walaupun BN berhadapan dengan satu siri pilihan raya kecil sejak Mac 2008 yang akhirnya keputusan seimbang dan tidak berpihak kepada mana-mana parti, namun pilihan raya negeri kali ini merupakan ujian pertama sejak Najib mengambil alih teraju kepimpinan negara pada April 2009. Keupayaan menang 55 kerusi, kurang tujuh kerusi daripada sebelumnya menunjukkan nilai ‘kepimpinan’ beliau diiktiraf dalam suasana politik yang tidak menentu.

Walkabout ke serata Sarawak disertai dengan pelbagai program dan aktiviti sepanjang hari oleh beliau dan Muhyiddin memberi keyakinan dan kepercayaan bahawa hubungan ‘pusat-negeri’ penting bagi majoriti pengundi jika mahukan politik pembangunan diteruskan dan pada waktu yang sama, menghormati pembaharuan persekitaran yang kian mencabar.

Kempen pilihan raya banyak tertumpu kepada ‘politik konfrantasi’ dan ‘politik pujukan’. Pembangkang secara tersusun memberi tumpuan ke atas isu kepimpinan, tanah adat, agama, integriti dan rasuah, manakala BN mahukan proses pembangunan dilihat kemampuan BN untuk mentadbir.

Jika pembangkang cuba mempengaruhi persepsi pengundi dengan politik berasaskan kepada maklumat dan hujah serta teknologi sehingga ribuan membanjiri siri ceramah mereka, BN pula di sebaliknya. Isu yang dibawa menjurus kepada ‘kejujuran’ Najib untuk meneruskan tradisi perubahan ke atas pembangunan dan bersedia berbincang dan melahirkan kepercayaan ke atas sejarah dan keupayaan semasa.

Kempen rumah ke rumah dan pertemuan dalam kelompok kecil lebih efektif walaupun tidak agresif. Jika pada awal BN dilihat defensif akhirnya kehadiran pemimpin utama tanah air telah memberi nilai tambah ke atas pencapaian BN.

Populariti Najib-Muhyiddin membawa lembaran baru di Sarawak untuk mengimbangi kelesuan nilai kepimpinan negeri. Jaringan kepimpinan akar umbi merupakan hambatan kepada BN dan barangkali SUPP tewas di 13 kerusi kerana hilang hubungan peribadi dengan penduduk setempat terutama di kawasan bandar.

SUPP perlu bertanggungjawab atas kegagalan menawan pusat pentadbiran negeri yakni kekalahan di Padungan, Pending, Kota Sentosa, Batu Lintang dan Batu Kawah, kesemuanya di Kuching. Bandar pentadbiran kini dikuasai lima serangkai. Malahan dalam kempen dinyatakan bahawa walaupun pembangkang menjadi ADUN, Kuching akan tetap dibangunkan oleh kerajaan negeri? Keyakinan yang berlebihan pada sejarah yang pengundi akan meneruskan sokongan tradisi sudah tidak relevan jika masing-masing tidak mahu ‘berubah’ mengikut peredaran masa.
Pemilihan calon juga penting. Bila dikatakan ‘winneable candidate’, calon mestilah tahu keperluan, kemahuan pengundi dan bukan diri sendiri atau penyokongnya. Lebih daripada itu, bacaan ke atas ‘mindset’ pengundi perlu dilakukan bukan hanya para strategis tetapi pemimpin sendiri. Kaedah berkempen sudah berubah. Jika masih mahu menggunakan poster lama yang tidak kreatif, hambar dan tidak ada keunikan, sukar menembusi minda pengundi. Kini, trendnya adalah untuk menyelongkar minda dan hati pengundi agar dapat meraih sokongan.

Keterbukaan perlu ada, ruang untuk menyampaikan maklumat dan menerima informasi agar membentuk hubungan dua hala dan bukannya menerusi orang ketiga. Jika pemimpin berjiwa elitis, maka pengundi akan membuktikan bahawa mereka adalah ‘raja’. Pemimpin mesti berjiwa muda, berkelayakan dan terlatih menjadi speaker. Kupasan isu secara sistematik, tersusun dan lancar dapat meyakinkan pengundi.

Pemimpin dan sekutu perlu membuat ‘home work’ dan bersedia awal secara terancang dengan isu yang bakal dibawa oleh lawan supaya mudah menepis apa sahaja isu yang dibawa. Kempen pilihan raya tidak lagi boleh dilayan seperti ‘rutin harian’ seperti dahulu. Persiapan rapi perlu jika mahu menang dengan bergaya terutama memenangi hati pengundi dengan kepercayaan ke atas isu. Politik angka tidak melihat kepada undi popular tetapi bilangan kerusi yang dimenangi walau dengan satu undi sekalipun.

Isyarat pengundi jelas iaitu terajui perubahan dengan integriti, amanah ke atas hal dan tanggungjawab, serta kejujuran calon dan parti. Malahan, signal sama sudah diberikan oleh pengundi Cina pada pilihan raya negeri 2006. Kenapa tidak ada sebarang langkah diambil di peringkat akar umbi untuk membina semula jaringan hubungan pemimpin dan pengikut apabila sokongan terhakis sebanyak 17 peratus jika dibandingkan dengan tahun 2001.

Kini mereka menolak habis-habisan. Barang sesiapa bertanding di bandar dengan majoritinya adalah pengundi Cina, mereka boleh menang jika lawannya BN. Itulah hakikatnya walaupun kawasan luar bandar masih meneruskan keyakinan ke atas BN. Parti mesti menampakkan kesungguhan, sekata dan sepakat dalam era merentasi keetnikan dan kelas di Sarawak. Kepimpinan lama dan kepentingan peribadi harus diketepikan dalam kedudukan semasa kerana jika masih berkeras, ia seolah-olah meranapkan semangat, keazaman dan motivasi untuk mengekalkan Sarawak sebagai ‘deposit selamat’ BN. Apakah kemasukan ahli baru berorientasikan etnik Cina perlu menjadi alternatif?
Pemimpin yang sayangkan parti tanpa membenarkan faktor keluarga dan sanak- saudara mempengaruhi keputusan kebangsaan adalah ‘wira bangsa’. Hanya masa dapat menentukan sama ada pemimpin bersedia berundur dengan sukarela ataupun diheret untuk melepaskan jawatan tersebut. Ini kerana walaupun menang di kawasan sendiri, harus disedari ia adalah kubu kuat dan wujudnya semangat assabiyah.

Pemimpin liabiliti perlu memberi ruang kepada Najib untuk mempercepatkan proses penukaran kepimpinan kerana ia akan dilihat bagaimana beliau membantu ‘meremajakan’ kepimpinan parti. Pelan ‘Lautan Biru’ dan pemikiran di luar kotak dalam politik hari ini penting kerana ia bukan lagi persoalan siapa benar dan salah tetapi nilai kepercayaan yang tinggi. Malahan, perang psikologi mendominasi pilihan raya kali ini. Bukan sahaja melalui poster dan kain rentang yang mempengaruhi pemikiran pengundi, malah teks ringkas turut dihantar melalui telefon bimbit, Facebook dan Twitter.

PROFESOR MADYA DR. SIVAMURUGAN PANDIAN
Timbalan Dekan, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia
Read rest of entry

KENAPA UTUSAN DAN UMNO SALAHKAN KAUM CINA SARAWAK?

Kemenangan 12 kerusi daripada 15 kerusi yang ditandingi DAP pada pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini adalah kerana DAP turut disokong oleh pengundi bukan Cina serta faktor pengundi bandar dan luar bandar.

Jelasnya, tanpa sokongan sekurang-kurangnya 25 peratus pengundi bukan Cina, DAP tidak akan dapat memenangi 12 kerusi itu.

"Tanpa sokongan daripada pengundi bukan Cina, kita tidak dapat menang 12 kerusi dan secara purata sokongan pengundi bukan Cina ialah 32 peratus. Ini analisa yang kita buat," kata beliau pada sidang media di ibu Pejabat DAP, dekat sini hari ini.

Beliau dipercayai mengulas kenyataan para pemimpin Umno dan media mereka kononnya DAP menang di Sarawak kerana memainkan sentimen perkauman.

Sedangkan bagi DAP, mereka menjadikan isu penyalahgunaan kuasa oleh Ketua Menteri Taib Mahmud sebagai modal kempen utama mereka.

Guan Eng berkata, DAP juga menang di kebanyakan kawasan bandar, berbeza dengan BN yang memenangi kerusi di pedalaman dan luar bandar.

Ini menunjukkan pengundi yang bermaklumat di bandar akan menyokong Pakatan manakala pengundi tanpa maklumat yang cukup di luar bandar boleh dimanipulasikan oleh BN.

"Perbezaan undi yang kita dapat bukan berdasarkan kaum tapi berdasarkan lokasi, faktor geografi iaitu luar bandar dan bandar. BN hanya menang di kawasan pedalaman.

"Yang paling tinggi DAP menang  ialah Kidorong, kita dapat sokongan 63 peratus pengundi bukan cina dengan majoriti 7,000 undi. Tanpa sokongan bukan Cina DAP  tak mungkin dapat undi sebegini," katanya yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

Analisa ini tegasnya sekaligus menafikan dakwaan Umno BN bahawa DAP menang banyak kerusi di Sarawak kerana semangat perkauman.

Menurutnya, rakyat Sarawak sendiri yang mahukan perubahan dan menolak kepimpinan Ketua Menterinya, Tan Sri Taib Mahmud yang penuh dengan salah guna kuasa.

"Percubaan Umno untuk cuba menjadikan keputusan pilihan raya negeri Sarawak sebagai satu isu perkauman adalah satu tindakan terdesak yang cuba menafikan sebab sebenarnya mereka kalah di sarawak.

"Tiga  sebab utama mereka hilang lapan peratus undi popular ialah rakyat sarawak mahukan perubahan setelah lama diperintah Taib Mahmud, tak mahu rasuah berterusan dan mahu urus tadbir yang baik," katanya.

DAP, PKR dan PAS berjaya mengurangkan lapan peratus undi popular BN daripada 63 peratus pada pilihan raya tahun 2006 kepada 55 peratus dalam pilihan raya baru-baru ini.

Namun yang menghairankan DAP adalah, BN berjaya mendapat 77 peratus kerusi walaupun undi popular yang diperolehinya hanya 55 peratus.

"Ini adalah satu kezaliman BN dalam persempadanan kerusi pilihan raya di Sarawak," kata Guan Eng.
Read rest of entry

Monday, 18 April 2011

SEBAB-SEBAB KEMPEN PR DIMINATI PENGUNDI. Analisis Prof.Dr.Jayum Anak Jawan (UPM)

Beginilah analisis seorang yang cerdik pandai yang juga merupakan anak jati Sarawak. Kenapa kempen PR dalam PRN Sarawak diminati serta dihadiri beribu-ribu orang? Ini disebabkan kempen PR lebih menjurus kepada kehendak rakyat, bukannya budaya merasmi itu dan ini oleh BN tetapi manifesto pembangkang adalah spesifik dan fokus kepada pelbagai masalah bercorak tempatan, bukan abstrak dan umum seperti urus tadbir, rasuah dan krisis mata wang yang sukar mendapat tumpuan pengundi luar bandar khasnya. Ikuti petikan soal jawab bersama Prof.Jayum.
Bagaimana Prof melihat corak kempen pilihan raya Sarawak kali ini, adakah berbeza dengan pilihan raya negeri sebelum ini?

Kempen adalah nadi dalam demokrasi. Rakyat berhak mendapat sebanyak mungkin maklumat mengenai politik dan latar belakang calon yang bertanding. Dalam kempen kali ini, maklumat cukup banyak, sama ada dalam ceramah atau dalam pelbagai media yang disajikan melalui pelbagai saluran. Ini satu-satunya perkara yang menyuburkan demokrasi. Rakyat Sarawak sudah matang, mereka sudah biasa dengan proses politik ini sejak Pilihan Raya Umum 1964 dan 1969. Saya tidak risau apa sekali pun corak dan taktik yang dipakai parti politik yang bertanding. Pada akhirnya nanti, kuasa penentu itu adalah rakyat. Mereka bijak menapis apa yang benar dan apa yang tidak benar.

Corak kempen kali ini bertambah kompetitif kerana barisan pembangkang sudah mula fokus dalam kempen mereka. Kali ini pembangkang menentukan agenda yang mereka mahu bawa berbanding pada masa lampau yang menyaksikan mereka sekadar memberi maklum balas kepada sajian parti pemerintah. Di pihak parti pemerintah, corak dan taktik kempen sama saja, iaitu mereka fokus kepada pembangunan material, kemampuan mereka menyalurkan pembangunan fizikal seperti membuat jalan raya, memberi peruntukan kepada badan tertentu dan seumpamanya.

Kesimpulannya, kempen parti pemerintah dapat dijangkakan dan sebab itu di kebanyakan ceramah mereka, kehadiran khalayak tidak begitu ramai berbanding ceramah pembangkang. Parti pemerintah menarik perhatian pengundi kepada pertama, rekod pembangunan di bawah pemerintahan mereka dan kedua, kepada usaha pembangunan yang dijalankan serta-merta sempena pilihan raya berkenaan. Oleh itu kebanyakan aktiviti calon parti pemerintah adalah melancarkan itu dan ini di sana sini, melulus atau memberi peruntukan kepada pelbagai kegiatan dan pertubuhan.

Parti pembangkang pula menjanjikan pelbagai pakej program yang akan mereka laksanakan sekiranya berjaya mendapat sokongan dan menubuhkan kerajaan. Berbanding dulu, kali ini pembangkang menawarkan pakej yang lebih bersepadu dan menjurus kepada menyelesaikan masalah yang mereka rasakan sudah membangkitkan kemarahan rakyat tempatan. Semua ini disenaraikan dalam manifesto mereka pada Buku Jingga yang merangkumi, antara lain menawarkan kerajaan negeri yang mereka terajui untuk menuntut 20 peratus royalti minyak daripada Kerajaan Pusat dan kedua, menubuhkan suruhanjaya tanah untuk mengkaji persoalan berkaitan tanah adat.

Berbanding sebelum ini, manifesto pembangkang adalah spesifik dan fokus kepada pelbagai masalah bercorak tempatan, bukan abstrak dan umum seperti urus tadbir, rasuah dan krisis mata wang yang sukar mendapat tumpuan pengundi luar bandar khasnya.

Boleh Prof bandingkan kenyataan tadi dengan kempen pilihan raya di negeri ini sebelum ini?
Isu dan pendekatan yang dibawa oleh parti pemerintah tidak berubah, lebih fokus kepada pembawa pembangunan. Mereka cuba membuktikannya dengan melaksanakan pelbagai projek kilat bagi mengotakan mesej ini. Bagi pengundi di bandar, pendekatan ini mungkin sudah tidak begitu berkesan. Di kalangan pengundi luar bandar, ia juga perkara rutin, maksudnya pengundi pernah dengar berulang kali dalam kempen pilihan raya. Selama ini, pembangkang terikat atas permainan parti pemerintah, tetapi kali ini parti pembangkang menentukan sendiri hala tuju kempen mereka dengan memberi harapan baru melalui janji yang terkandung dalam Buku Jingga.

Corak ini berjaya menarik minat dan perhatian pengundi dan sebab itu, ceramah dan kempen pembangkang sesak, khasnya di bandar utama seperti Kuching, Sibu dan Miri. Pengundi mahu tahu apa pembangkang janjikan sekiranya memerintah berbanding ceramah parti pemerintah yang mungkin membawa mesej yang sama, keperluan pembangunan dan kalau tidak mengundi BN Sarawak tidak maju.

Bagaimana Prof menilai kempen pembangkang yang dikatakan agresif kerana pengaruh dibawa dari Semenanjung dan adakah rakyat Sarawak bersedia menerima corak kempen sedemikian?
Suasana panas dan ada kala tegang sudah diduga kerana persaingan politik yang kuat antara dua kumpulan iaitu ahli parti pemerintah dan pembangkang. Taktik kurang menyenangkan dan membawa kepada suasana tegang ini hanya membuktikan pandangan rakyat Sarawak bahawa orang Semenanjung terdesak dalam politik mereka dan sanggup lakukan apa saja demi kepentingan survival politik masing-masing di Semenanjung, sama ada UMNO, MCA, PAS, PKR dan DAP. Semua ini bukan dilakukan untuk orang Sarawak! Ini pandangan yang saya dapat rumuskan selepas berbincang dengan beberapa pengundi dan tokoh politik Sarawak dari kedua-dua pihak, iaitu calon dan pemimpin dari parti dalam BN dan pakatan pembangkang.

Bagaimanapun, mereka tetap menaruh kepercayaan bahawa selepas semua ini berakhir, Sarawak tetap Sarawak dan orang Sarawak tetap kena berjiran, berbaik dan bergaul seperti sedia kala. Mereka juga yang perlu meneruskan kehidupan, bukan orang Semenanjung yang akan bergegas pulang selepas pilihan raya tamat.

Jika merujuk corak kempen bersifat etnik di Semenanjung yang cuba diperkenalkan di Sarawak, ini sesuatu yang amat tidak wajar dan patut dikutuk sekeras-kerasnya. Sarawak negeri majmuk di mana rakyat pelbagai etnik hidup mengamalkan persefahaman dan sikap kerjasama amat tinggi. Sifat ini yang membolehkan semua tanpa mengira agama dan latar belakang etnik hidup harmoni, aman dan damai selama ini. Di Sarawak saja, banyak keluarga merangkumi pelbagai etnik menganut agama Islam, Kristian, cara hidup tradisional, Buddha dan lain-lain. Mereka tetap mampu duduk dan makan bersama meraikan semua perayaan. Ini perlu dikekalkan dan mengatasi politik serta kempen sempit yang cuba dibawa dari Semenanjung, tidak kira dari parti mana mereka datang atau wakili. Bernama.
Read rest of entry

Sunday, 17 April 2011

CALON CINA BN YANG TUA DITOLAK PENGUNDI SARAWAK, CALON MUDA DAP RAIH KEMENANGAN

KUALA LUMPUR: Peningkatan sokongan dan pertambahan kerusi kepada DAP pada pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak merupakan cabaran besar yang harus ditangani dengan serius oleh Barisan Nasional (BN), kata Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata kemenangan itu tidak muncul secara mendadak sebaliknya terhasil daripada lanjutan tsunami politik yang sebenarnya mulai berlaku di kawasan bandar di Kuching pada pilihan raya negeri tahun 2006.
Beliau berkata keadaan itu berlanjutan dan menjadi lebih serius, seterusnya memberi kesan yang pelbagai kepada pengundi dan BN dalam menghadapi pilihan raya yang berlangsung pada Sabtu.

"Oleh itu kita harus memandang serius bahawa fenomena ini memang menjadi cabaran besar kepada Barisan Nasional, khasnya kepada parti-parti komponen yang bertanding di kawasan berkenaan," katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat Gerakan di Menara PGRM di sini, Ahad.

Pada pilihan raya negeri itu semalam, BN memenangi 55 daripada 71 kerusi yang dipertandingkan dengan DAP memenangi 12 kerusi, Parti Keadilan Rakyat (PKR) tiga manakala satu lagi kerusi dimenangi calon Bebas.

Beliau berkata BN juga tidak harus lagi berpegang kepada andaian bahawa rakyat Sarawak tidak akan menerima parti yang diasaskan di Semenanjung kerana proses integrasi yang berlaku antara penduduk telah memisahkan andaian itu.

Koh berkata tanggapan itu mungkin berasas untuk 20 tahun dahulu tetapi berdasarkan ledakan integrasi, komunikasi dan kemudahan pengangkutan yang semakin baik, percampuran dan pertemuan antara penduduk Sarawak dan Semenanjung telah menjadi semakin dekat dan kerap.

"Ini adalah satu fenomena integrasi di mana mereka (pengundi) kini tidak lagi begitu membezakan sama ada parti itu berasal dari Semenanjung mahupun parti tempatan.

"Ini mencerminkan kejayaan integrasi...sebab itu tak boleh diterima lagi tanggapan itu. Selagi mereka adalah warganegara Malaysia mereka itu tidak boleh dibezakan dan dipandang dari mana asal parti mereka, yang penting adalah calon,"katanya.

Beliau berkata walaupun kempen dan strategi pilihan raya DAP diuruskan oleh pemimpin dari Semenanjung, kenyataan yang tidak boleh ditolak ialah parti itu masuk ke Sarawak melalui orang Sarawak dengan calon-calon yang diketengahkan juga adalah rakyat tempatan.

Koh berkata faktor lain yang menyumbang kepada kejayaan DAP ialah kegagalan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) yang bertanding di kawasan majoriti pengundi Cina meletakkan calon baru dan muda.

Beliau berkata calon DAP untuk pilihan raya kali ini jauh lebih muda dan agresif berbanding calon SUPP yang agak berumur.

"Walaupun ada di antara calon SUPP adalah bekas wakil rakyat yang banyak menabur jasa kepada penduduk yang diwakili tetapi calon-calon muda yang diketengahkan DAP berjaya mengubah persepsi pengundi terhadap apa yang mampu disumbangkan mereka pada masa depan sekiranya terpilih," katanya.

Koh berkata Gerakan turut berkongsi simpati dengan kekalahan teruk SUPP yang hanya memenangi enam kerusi daripada 19 kerusi yang ditandingi.

Beliau berkata bagi menangani perkembangan itu semua pimpinan dalam BN perlu lebih mengutamakan prinsip mendahulukan rakyat, seperti pendekatan turun padang atau tinjauan mesra yang diamalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Untuk menyentuh hati rakyat, pendekatan yang diamalkan Perdana Menteri hendaklah lebih kerap dilaksanakan oleh semua kepimpinan dalam BN," katanya. - BERNAMA
Read rest of entry

UNDI POPULAR BN SARAWAK MEROSOT 8%, TERBUKTI RAKYAT BENCI BN

Walaupun gagal untuk menafikan BN Sarawak majoriti dua pertiganya dalam pilihan raya negeri semalam, tetapi Pakatan Rakyat berpuashati kerana undi popular BN telah merosot lapan peratus.

sarawak election pakatan pc kuching 170411 01Setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng (paling kiri dalam foto) berkata
undi popular BN telah merosot daripada 63 peratus pada 2006 kepada 55 peratus kali ini.

“Saya percaya pilihan raya ini menunjukkan bahawa Sarawak bukan 'simpanan tetap' seperti yang didakwa mereka.

“Ini peralihan lapan peratus, yang merupakan satu peralihan yang besar. Jika ini berterusan dalam pilihan raya parlimen nanti, maka BN akan kalah lebih banyak kerusi,” kata Guan Eng.

NONEBeliau memberitahu demikian dalam satu sidang akhbar di Kuching
bersama dengan pemimpin tertingi Pakatan.

Dalam pilihan raya negeri semalam, BN kalah hampir semua kerusinya di kawasan bandar dan tiga kerusi luar bandar. Pakatan pula berjaya memenangi 15 kerusi, dan satu lagi kerusi dimenangi calon Bebas. Dewan Undangan Negeri Sarawak mempunyai 71 kerusi.

http://www.malaysiakini.com/

Read rest of entry

TAIB JANJI DAN AKAN BOHONG LAGI...KM SAMPAI MATI

Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang mengangkat sumpah jawatan ketua menteri malam tadi mengulangi janjinya untuk berundur "sekitar pertengahan penggal ini".

Katanya, beliau akan menggunakan kesempatan tempoh pertengahan penggal sebelum beliau bersara untuk membentuk barisan kepimpinan
baru yang mantap supaya pelabur tetap yakin dengan Sarawak.

"Saya disediakan untuk berundur 10 tahun lepas tetapi soal kesinambungan dasar-dasar, memastikan walau apa pun yang telah kami capai (supaya) momentum pembangunan sarawak, tidak akan terjejas kerana perubahan kepimpinan.

"Buat masa ini, saya telah memutuskan untuk mengumumkan saya akan berundur sekitar pertengahan separuh penggal," katanya.

Persaraan Taib menjadi topik hangat dalam pilihan raya negeri yang berakhir semalam dengan BN memenangi 55 daripada 71 kerusi,
dengan sentimen anti-Taib pula membantu DAP memenangi 12 daripada 15 kerusi yang ia ditandinginya.

Walaupun berjaya mengekalkan majoriti dua pertiga di Dewan Undangan Negeri (DUN), tetapi BN kehilangan lapan kerusi. Dalam sesi lalu, BN mempunyai 63 kerusi, DAP (6) dan PKR (1).

PKR juga berjaya menambah dua lagi kerusi menjadi tiga. Kedua-dua parti itu juga menyapu bersih semua lima kerusi di Kuching. Kejayaan terbesar DAP ialah menumbangkan presiden SUPP, yang juga timbalan ketua menteri, Tan Sri George Chan di kerusi Piasau.

PAS bagaimanapun gagal di lima kerusi yang ditandinginya semalam. Bagaimanapun, kepimpinan parti itu menyifatkan jumlah undi yang
diterima calonnya di kawasan majoriti Melayu-Melanau adalah menggalakkan, dan menunjukkan parti Islam diterima rakyat negeri itu.

Sementara itu Bernama melaporkan, Taib berterima kasih kepada rakyat Sarawak kerana terus menyokong BN dan memberi mandat kepada parti itu membentuk kerajaan.

Menurutnya, kemenangan BN pada pilihan raya negeri hari ini membuktikan rakyat Sarawak tidak terpengaruh dengan budaya politik negatif yang cuba dibawa pakatan parti pembangkang dari luar.

Katanya rakyat Sarawak tidak dapat menerima cara politik yang mengapi-apikan mereka, menimbulkan syak wasangka, perkauman dan cuba menimbulkan rasa takut.

"Saya akan buat Kertas Putih supaya budaya ini tidak berlaku di Sarawak dan kalau yang dah masuk, kita pastikan tidak berterusan. Ini tidak menguntungkan rakyat Sarawak," katanya kepada pemberita di kediaman rasminya.

Taib berkata pembangkang menyatakan bermacam-macam perkara untuk menang pilihan raya tetapi rakyat Sarawak masih percayakan BN dan perasaan bersangka baik terhadap BN masih ada di kalangan kebanyakan rakyat.

"Ini semua propaganda... propaganda (Datuk Seri) Anwar Ibrahim. Dulu dia dakwa tsunami pilihan raya 2008... tetapi dia tak menang pun. Di Sarawak dia cakap menang dan dah lantik ketua menteri," katanya.

Taib berkata langkah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin turun padang ke seluruh pelosok Sarawak untuk berjumpa rakyat dan mendengar masalah mereka membawa kesan positif.

"Rakyat nampak kerajaan pusat beri perhatian lebih kepada Sarawak. PM pun tahu Sarawak perlu mempunyai dasar mengejar kemajuan untuk melaksanakan program NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara) luar bandar yang meliputi kemudahan air, elektrik dan jalan,"
katanya.

Ketua Menteri itu juga meyakinkan rakyat Sarawak bahawa kerajaan pusat berdiri di belakang Sarawak khususnya menerusi Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) untuk sama-sama membangunkan negeri dan membina lebih banyak infrastrukur.

Taib berkata keputusan pilihan raya hari ini adalah sesuatu yang diduga berdasarkan keadaan semasa tetapi apa yang penting BN tetap terus membentuk kerajaan untuk terus memajukan Sarawak.

Mengenai masyarakat Cina yang jelas lebih berpihak kepada DAP, beliau berkata mereka perlu membuat keputusan sama ada untuk kekal dengan DAP atau akan terpinggir.

Read rest of entry

TIMBALAN KM SARAWAK KALAH BESAR, SNAP TEWAS TERUK

Presiden Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam menerima kejutan apabila gagal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Piasau setelah tewas kepada lawannya, Ling Sie Kiong daripada DAP.


Dalam keputusan Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 hari ini, Hong Nam yang sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Menteri Sarawak memperoleh 4,408 undi berbanding Sie Kiong 5,998 undi.

Datuk Salleh Jafaruddin yang bertanding atas tiket Bebas pula gagal dalam cubaannya untuk merampas kerusi DUN Balingian apabila tewas kepada sepupunya, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Bekas Timbalan Menteri Pelajaran itu memperoleh 1,056 undi berbanding Abdul Taib yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) memperoleh 5,154 undi.

Abdul Taib yang mengetuai perjuangan Barisan Nasional (BN) buat kali terakhir turut mengetepikan calon daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Suriati Abdullah yang hanya mendapat 871 undi dalam pertandingan tiga penjuru.

Sementara itu Pesuruhjaya Pas Sarawak, Adam Ahid yang bertanding kerusi DUN Sebuyau tewas kepada penyandang, Julaihi Narawi daripada BN.

Adam mendapat 1,769 undi manakala Julaihi 4,045 undi manakala seorang calon Bebas, Ali Semsu hanya mendapat 67 undi.

Pas nyata tidak mendapat tempat di hati rakyat Sarawak apabila empat lagi calonnya iaitu Nani Sahari yang bertanding di DUN Tanjung Datu; Noraini Hamzah (Muara Tuang); Abang Eddy Allyanni Abang Fauzi (Sadong Jaya) dan Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus (Beting Maro) menerima nasib yang sama seperti Adam.

Di DUN Padungan, calon Bebas yang juga penyandang kerusi, Dominique Ng Kim Ho hilang wang pertaruhan apabila hanya memperoleh 439 undi sekali gus tewas kepada calon DAP, Wong King Wei yang menang dengan majoriti 7,884.

Presiden Parti Kebangsaan Sarawak (Snap), Edwin Dundang yang sebelum ini menuduh PKR menghancurkan perpaduan etnik Dayak kerana meletakkan calon menentang parti itu, tewas dalam pertandingan merebut kerusi DUN Marudi.

Edwin hanya memperoleh 281 undi membolehkan calon Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) mengekalkan kerusi DUN berkenaan dengan majoriti 3,202 apabila turut menewaskan dua calon lain iaitu Michael Ding Tuan (Bebas) dan Gerang Dagom (PKR).

Snap ternyata ditolak oleh rakyat Sarawak apabila calonnya tewas di 25 lagi kerusi yang ditandingi iaitu DUN Opar, Tasik Biru, Bengoh, Tarat, Tebedu, Kedup, Lingga, Balai Ringin, Bukit Begunan, Engkilili, Layar, Bukit Saban, Krian, Pakan, Meluan, Ngemah, Machan, Belaga, Jepak, Kemena, Bekenu, Lambir, Telang Usan dan Batu Danau.

Parti Cinta Malaysia (PCM) yang muncul buat pertama kali dengan bertanding di enam kawasan Melayu dan Iban juga menerima nasib sama apabila tewas di semua kerusi.

Mereka adalah Adeh Denong di DUN Ngemah; Mac Palima Nyambil (Simunjan); Lipeh Mawi (Balai Ringin); Kong Tat Kim (Machan); Dick @ Laurance Dick Sekalai (Kakus) dan Dayang Juliana Awang Tambi (Bekenu).
Read rest of entry

ANALISIS 5 FAKTOR KEKALAHAN PAS DI SARAWAK

Persoalan utama yang ditimbulkan berhubung peluang PAS dalam pilihan raya negeri Sarawak sebelum ini adalah berkaitan dengan pemahaman parti itu ke atas kehendak masyarakat Melayu di negeri tersebut.

Namun, beberapa kelemahan lain dapat diperhatikan dalam kempennya sehingga PAS tewas di kesemua lima kerusi yang dipertandingkannya hari ini.

Kelemahan jentera

Jentera kempen yang rata-rata diketuai daripada PAS di negeri-negeri semenanjung gagal memahami pengundi setempat. Di kawasan luar bandar, sambutan baik daripada pengundi yang ditemui disalahtanggap sebagai menyokong parti Islam itu. Sedangkan masyarakat bersikap sama kepada setiap parti.

Kempen lambat

Kempen lambat dimulakan, termasuk pemilihan calon yang dijalankan di saat-saat akhir. Difahamkan keputusan memilih calon harapan utamanya Abang Ahmad Kerdee Ahmad Abang Masagus sendiri dibuat pada malam terakhir sebelum penamaan calon pada keesokan harinya.

Sementara itu walaupun parti Islam itu telah bertapak sejak hampir sepuluh tahun, ia asalnya lebih mirip kepada gerakan dakwah dan bukannya politik.

Terlalu yakin

Pada hari penamaan calon, melihat sambutan pada Ahmad Kerdee yang seolah-olah bintang filem, PAS dilihat agak memandang rendah pada kemampuan BN.

Mungkin juga disebabkan laporan akhbar dan cakap-cakap berlakunya pergolakan dalaman BN antara penyokong penyandang ADUN Bolhassan menyebabkan PAS mengambil mudah lawannya.

BN terlalu kuat buat PAS

Tiga kawasan baru yang ditandingi PAS kali ini merupakan kubu kuat BN yang memenangi kawasan itu dengan majoriti antara 2,000 hingga lebih 4,000 undi.

Angka itu dilihat amat sukar dikejar, tambahan lagi melawan BN yang memerintah dengan majoriti besar dalam DUN sejak tahun 1963 lagi apabila negeri itu merdeka bersama Malaysia.

Cubaan PAS di Beting Maro dan Sadong Jaya sebelum ini juga tidak berjaya dan hanya meraih tidak sampai 900 undi.

Kesetiaan Melayu

Sejak awal lagi, masyarakat Melayu di Sarawak dilihat amat setia pada BN dan kepimpinan Tan Sri Taib Mahmud.

Dalam masa yang sama, calon ketua menteri Pakatan Baru Bian - seorang Dayak - dilihat menakutkan masyarakat Melayu.


Read rest of entry

71 CALON HILANG WANG PERTARUHAN DALAM PRN SARAWAK BERJUMLAH RM 355,000

KUCHING 17 April – Hampir kesemua 26 calon Parti Kebangsaan Sarawak (Snap) hilang wang pertaruhan dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10, kecuali calonnya, Toh Heng San yang bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Katibas.

Mereka merupakan antara 71 calon, termasuk 36 calon Bebas yang hilang wang pertaruhan berjumlah RM355,000 iaitu RM5,000 seorang.

Selain itu, enam calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan empat calon Parti Cinta Malaysia turut hilang wang pertaruhan.

Kesemua mereka kehilangan wang pertaruhan itu setelah mendapat undi kurang daripada satu perlapan atau kurang 12.5 peratus daripada keseluruhan undi dalam kerusi DUN yang ditandingi mereka.

Daripada 41 calon bebas yang bertanding, hanya lima orang yang berjaya mendapat balik wang pertaruhan termasuk George ak Lagong.

Beliau memenangi kerusi DUN Pelagus dalam pertandingan tiga penjuru menentang calon Barisan Nasional (BN), Stanley Nyitar @ Unja ak Malang daripada Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Edward Sumbang ak Asun dengan majoriti 2,837 undi.

Calon Bebas yang mendapat undi paling sedikit ialah Mathew Munan yang hanya memperoleh 27 undi bagi kerusi DUN Belaga daripada jumlah pengundi seramai 5,913 orang.

Penyandang kerusi DUN Pandungan, Dominique Ng Kim Ho yang bertanding atas tiket bebas pada pilihan raya kali ini turut kehilangan wang pertaruhannya dengan mendapat 439 undi.

Pada pilihan raya negeri 2006, Dominique yang bertanding atas tiket PKR telah memenangi kerusi itu dengan memperoleh 1,417 undi. - Bernama
Read rest of entry

Saturday, 16 April 2011

TERKINI : TAIB MAHMUD ANGKAT SUMPAH SEBAGAI KETUA MENTERI SARAWAK KALI KE-7

 
 

KUCHING: Tan Sri Abdul Taib Mahmud malam Sabtu mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak dihadapan Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng di Kuching, Sarawak setelah Barisan Nasional memenangi dua pertiga majoritIipada piliahn raya negeri Sarawak ke 10. -BERNAMA
Read rest of entry

TERKINI : BN MENANG 55 KERUSI, HILANG 8 KERUSI

Keputusan keseluruhannya, BN memenangi 55 kerusi, DAP (12), PKR (3) dan Bebas (1). Keputusan itu menunjukkan BN kehilangan lapan kerusi, berbanding 63 kerusi yang dimenanginya pada 2006. DAP dan PKR juga menyapu bersih semua lima kerusi di Kuching.



 ContestedWon
PBB 35 35
SUPP 19 6
PRS 9 8
SPDP 8 6
.
DAP 15 12
PKR 49 3
PAS 5 0
.
PCM 6 0
SNAP 26 0
IND 41 1
 ContestedWon
PBB 35 35
SUPP 19 6
PRS 9 8
SPDP 8 6
.
DAP 15 12
PKR 49 3
PAS 5 0
.
PCM 6 0
SNAP 26 0
IND 41 1
Read rest of entry

SARAWAK TAK AKAN MAJU DI BAWAH BN. BERUBAHLAH SEKARANG RAKYAT SARAWAK, TUMBANGKAN BN HARI INI 16 APRIL 2011

KUCHING, 16 April: Sarawak tidak akan berubah jika terus berada di bawah pemerintahan Kerajaan BN berdasarkan kepada prestasi lebih 30 tahun BN memerintah negeri terbesar itu selama ini.

Buktinya, masih terdapat di banyak kawasan, keadaan infrastruktur negeri itu seperti bentuk kediaman, kemudahan air dan bekalan tenaga elektrik yang jauh lebih ketinggalan dari negeri Pakatan Rakyat di Semenanjung.

Dalam satu jawapan menerusi satu siaran radio yang dikemukakan oleh seorang pengulas penyokong kerajaan, Datuk Seri Zaini Ujang yang juga bekas Pengerusi Bernama, beliau berkata, kegagalan membangunkan negeri Sarawak selama 30 tahun ini disebabkan faktor geografi negeri itu.

Beliau menjawab soalan yang dikemukakan oleh seorang pemanggil yang menyatakan 'tidak cukup lagikah peluang 30 tahun diberikan kepada BN untuk melakukan pembangunan berterusan, berapa peratus yang sudah berjaya dan perlu berapa ratus tahun lagi?

Soalan ini tidak dijawab dengan sepenuhnya termasuk tidak menyebutkan langsung peratus kejayaan seperti diminta oleh pemanggil dan tidak dijawab berapa ratus tahun diperlukan BN untuk membangunkan Sarawak.

Menurut Zaini, tidak dapat dinafikan terdapat kawasan-kawasan yang jauh dari bandar dan pedalaman yang masih tidak mempunyai aliran tenaga elektrik dan bekalan air bersih.

"Semuanya ini adalah disebabkan faktor geografi Sarawak," jelasnya sedikit tergagap.
Katanya, kerajaan negeri lebih memberi keutamaan kepada mereka yang dekat dengan bandar berbanding yang hanya 50 keluarga tetapi terletak jauh di pedalaman atau dari bandar.

Berbalik kepada keadaan sebenar di Miri, sebagai contoh. Dalam kedudukan 10 km sahaja dari Bandaraya Miri, terdapat banyak kampung yang boleh disenaraikan tidak mempunyai kemudahan tenaga elektrik dan aliran air bersih secara meter persendirian.

Persoalannya, jika masalah geografi menjadi punca utama tidak sampainya dua bekalan utama itu kepada rakyat, bagaimana dengan jarak sejauh 10km itu? Ataupun segala hasil mahsul Negeri Sarawak dibolot oleh kroni Ketua Menteri dan pemimpin BN menyebabkan negeri tidak dapat memberikan manfaat sama kepada rakyat jelata.

Ribuan penduduk dan rakyat Sarawak yang memiliki kad pengenalan sah yang tinggal berpuluh tahun di Kampung Pasir, Kampung Api Api, Kampung Batu Satu Jalan Lutong - Batu Baram, Kampung Muhibbah, Kampung Masjid Kuala Baram, sebagai contoh.

Perkampungan mereka ini terletak di pinggir Bandaraya Miri. Bukan jauh di pedalaman. Tidak timbul langsung masalah geografi. Ada yang menitiskan air mata derita bila menceritakan hal kehidupan mereka dan bertanya; kenapa boleh jadi begini ke atas mereka?

Sebab itu, tidak tahan dengan duka nestapa yang selama ini disembunyikan di lipatan paling bawah dalam hati setiap penduduk, namun dalam pilihan raya ke 10 16 April (esok), mereka sudah tidak boleh sabar.

Revolusi politik tetap akan mereka lakukan. Mereka berazam tidak akan memberikan lagi undi keemasan mereka selama ini kepada pemimpin yang sejak sekian lama tidak mengutamakan rakyat di dalam perkiraan politik mereka lebih dari 30 tahun berlalu.

Zaini juga berkata, jika sesuatu projek pembangunan di Semenanjung boleh dilakukan dalam beberapa juta tetapi kerana faktor geografi, pengangkutan dan sebagainya, menjadikan projek yang sama tidak boleh dibuat di Sarawak.

Begitulah mentaliti pemimpin BN memerintah Sarawak khususnya. Lebih 30 tahun pembanngunan negeri tidak mampu dilakukan semata-mata kerana jumlah keluasan negeri itu, Dun Belaga sebesar Negeri Pahang, menjadikan sampai bila-bila pun Sarawak tidak akan maju.

Rakyat yang ditemui berkata, jika selama ini mereka memberi peluang kepada BN dalam beberapa kali pilihan raya, kini sudah sampai masanya, mereka memberi peluang pula kepada Pakatan Rakyat untuk memimpin Negeri Sarawak atau paling kurang, menafikan penguasaan 2/3 BN.



Read rest of entry

GELOMBANG MERAH MELANDA SARAWAK MALAM TERAKHIR. MUHYIDDIN DEMAM......

Keadaan menjadi kelam-kabut di perhimpunan anjuran DAP di Kuching lewat petang tadi apabila apabila polis menyerbu ke atas pentas untuk menghentikan pengasas DAP Sarawak, Chong Siew Chiang daripada berucap.

Para penyokong segera membentuk perisai manusia untuk menghalang kemaraan anggota polis yang ketuai OCPD Kuching, Mun Kok Keong.

Berlaku tolak menolak antara penyokong DAP dan anggota polis, sehinggalah pihak polis berhenti mengasak.

Pada satu ketika, Mun datang hampir kepada Chong menyebabkan para penyokongnya mara ke hadapan untuk menghalang pegawai polis itu daripada menghampiri pemimpin mereka.

Suasana bergegar dengan laungan "Ubah" dan "DAP" dan keadaan kembali senyap selepas pengerusi majlis meminta mereka supaya bertenang.

Chong Snr ceramah in kuchingAtas sebab-sebab yang tidak dinyatakan, pihak polis beredar dari pentas tersebut, disambut dengan kegembiraan para hadirin yang jumlahnya mencecah 20,000 orang.

Apabila ditanya sama ada mereka membenarkan polis menghentikan majlis tersebut, mereka membalas dengan laungan "Tidak!"

[Baca berita penuh]

Sementara itu, di Sri Aman, unit tujuh anggota anti-rusuhan dan kira-kira 20 anggota polis lain mengawal kawasan di depan pusat operasi DAP di situ, untuk menghalang perhimpunan parti itu malam ini.

Crowd outside dap sri aman ceramahPolis menafikan permit kepada parti itu untuk mengadakan perhimpunan akhir malam ini atas alasan ceramah tidak dibenarkan di kawasan terbuka di Sri Aman.

Bagaimanapun, DAP nampaknya sudah bersiap sedia untuk meneruskan perhimpunan tersebut.

Orang ramai semakin bertambah memenuhi kawasan lapan di situ. Sehingga jam 7.40 malam, jumlah dianggarkan sekitar 400 orang.

“Ini double standard, mengapa perhimpunan di Kuching dan bandar-bandar lain dibenarkan? Ini kan masa pilihan raya," kata ahi parlimen DAP Klang, Charles Santiago yang turut berada di situ.

Dap ceramah in MiriDAP Sri Aman gagal mendapatkan permit polis untuk mengadakan ceramah di tempat terbuka sepanjang tempoh berkempen dalam pilihan raya negeri Sarawak ini.

Ceramah terbukanya yang pertama diadakan dua malam lalu, juga diganggu oleh polis, tetapi dibenar diteruskan selepas puas berunding.

Pada jam 7.40 malam, Santiago merayu kepada seorang pegawai polis supaya membenarkan ceramah itu diteruskan untuk tempoh satu jam sahaja.

Seorang pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga beusaha untuk memujuk Santiago supaya membatalkan ceramah tersebut kerana tidak mendapat permit.

Cops break up kuching ceramahKetegangan meningkat, dan suara-suara kedengaran dari kalangan
orang ramai yang nampaknya tidak sabar dengan apa yang berlaku, dengan melaungkan "Kami mahu ceramah" dan "Undi roket untuk perubahan".

Selepas berunding, DAP akhirnya mengalah dan bersetuju untuk memindahkan ceramah tersebut ke sebuah restoran berhampiran.

Calon DAP bagi kerusi Simanggang, Leon Donald memberitahu orang ramai bahawa ceramah tersebut terpaksa dipindahkan ke Restoran Alisan berhampiran.

Polis mengumumkan melalui pembesar suara bahawa ia adalah satu perhimpunan haram, dan mengarahkan orang ramai beredar dalam masa lima minit.

http://www.malaysiakini.com/
Read rest of entry

Friday, 15 April 2011

TERKINI :BAHAYA DI SARAWAK, CALON BN LEPASKAN TEMBAKAN. TERDESAK KALAH? Polis Sedang Menyiasat

<><><><>
<>
<><><><>
Polis Daerah Sri Aman hari ini mengesahkan menerima laporan satu insiden melibatkan tembakan senjata api yang dilepaskan oleh seorang calon BN.

Calon BN bagi DUN Bukit Begunan itu, Mong Dagang didakwa melepaskan tembakan yang mengenai seorang individu, dipercayai seorang pegawainya.

Bagaimanapun, setakat ini masih belum jelas sama ada tembakan yang dilepaskan itu dibuat dengan sengaja ataupun tidak kerana siasatan polis masih berjalan.

"Kita siasat bawah Akta Senjata Api. Lepas siasat, kita akan serah laporan pada pihak atasan," kata Ketua Polis Daerah Sri Aman ASP Mat Jusoh Muhamad kepada Malaysiakini.

"Jika dibuat secara sengaja, ada unsur jenayahlah. Tetapi perkara ini masih dalam siasatan dan saksi-saksi akan dipanggil (membantu siasatan)."

Menurut Mat Jusoh, pihaknya menerima aduan berhubung insiden tersebut yang berlaku pada minggu lalu.

Usaha Malaysiakini menghubungi Mong setakat ini belum berhasil.

Pagi ini, wakil rakyat DAP Jeff Oii menghebahkan perkara itu melalui Twitter dan meminta pengesahan daripada pengikutnya di laman sosial itu.

"Dengar-dengar calon BN (bagi kerusi) N26 Bukit Begunan lepaskan tembakan dan cederakan setiausahanya. Boleh sahkan perkara ini? (Ada) risiko dikeluarkan kelayakan (bertanding)," tulisan anggota parlimen Jelotong itu dipetik.
Kempen: Ada laporan, 'bukan serius'


Ketika ditanya kenapa DAP mahu menjadikan perkara itu isu dalam tempoh berkempen, Jeff menjelaskan, oleh kerana ia didakwa melibatkan pihak bertanding dalam pilihan raya, rakyat mestilah dimaklumkan.

"Calon mestilah bebas daripada sebarang dakwaan jenayah. Polis mestilah mengesahkan sama tembakan yang dilepaskan itu bebas daripada unsur jenayah kerana ia melibatkan pihak yang bertanding (dalam pilihan raya).

SPR juga mesti dimaklumkan secepat mungkin dan perkara ini mesti dihebahkan kepada pemilih sebelum hari pengundian. Jika beliau didapati bersih, ia mesti diumumkan," katanya kepada Malaysiakini.

Bukit Begunan, kawasan majoriti Iban antara kubu kuat BN dalam pilihan raya negeri kali ini. Mong sebagai penyandang menghadapi persaingan tiga penjuru dengan calon PKR dan SNAP.

Sementara itu, mengulas tentang perjalanan kempen yang tinggal tidak sampai 24 jam lagi, Mat Jusoh berkata ia masih berjalan dengan aman tanpa sebarang insiden.

Ditanya tentang laporan yang diterimanya setakat ini, beliau mengakui ada menerima beberapa laporan tetapi bukan melibatkan perkara yang serius.

http://www.malaysiakini.com/

P/S. SPR dan PDRM perlu bertindak segera demi menjamin keselamatan calon, pengundi dan semua orang awam. Kita mahukan janji SPR yang menyatakan inilah pilihanraya terbaik untuk berusaha secara maksimum spanjang hari mengundi esok demi menjamin keselamatan pengundi. 
Read rest of entry

NAJIB ARAH SINGKIR TAIB SEORANG SAHAJA. "JANGAN KERANA NYAMUK SEEKOR KELAMBU DIBAKAR"

MIRI 14 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menasihatkan rakyat Sarawak supaya tidak memperjudikan diri dan masa depan mereka dengan memilih pakatan pembangkang pada pilihan raya negeri ke-10 Sabtu ini.

Tegas beliau, dengan cuma sehari sahaja tempoh berkempen esok, impian rakyat Sarawak untuk melihat negeri mereka terus dibangunkan oleh Barisan Nasional (BN) tidak harus dipersia-siakan dengan membuat pilihan bijak memberi semula mandat kepada kepimpinan negeri sedia ada.

"Saya berkeyakinan penuh BN akan membentuk semula kerajaan negeri Sabtu ini tetapi kita memerlukan sokongan yang padu pada hari pengundian nanti.

"Saya tidak kata BN sempurna tetapi kita akan cuba menjadi yang lebih baik serta memperbaiki kesilapan yang ada dengan dalam dua tahun ini sahaja negara telah menunjukkan peningkatan ekonomi.

"Tentang peralihan kepimpinan negeri (Sarawak), saya sendiri akan pastikan berlaku proses transisi itu. Justeru, jangan emosional dan jangan kerana 'nyamuk seekor, kelambu dibakar', ini (pilihan raya negeri) soal masa depan Sarawak yang lebih besar," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat yang dihadiri lebih 5,000 orang di Jalan North Yu Seng di sini malam ini. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0415&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

P/S. Tinggag 24 jam lagi, Najib semakin tertekan sehingga terpaksa menyindi Taib yang masih tidak mahu mengumumkan tarikh sebenar beliau nak lepaskan jawatan KM Sarawak. Najib kata Taib macam nyamuk. Semua orang memang bencikan nyamuk lebih-lebih lagi nyamuk aedes. Jika Taib dari keturunan nyamuk aedes lagi besarlah kebencian rakyat kepada beliau. Najib pun benci Taib, tak percayalah tanyalah sang nyamuk.

Read rest of entry

Thursday, 14 April 2011

PUTRAJAYA KOSONG? MENTERI KABINET MELANCONG KE SARAWAK 15-16 APRIL 2011? Sila Kenalpasti Mereka

SENARAI MENTERI BN YANG MELANCONG KE SARAWAK MINGGU INI. SILA TANDAKAN (X) JIKA ANDA MENEMUI MEREKA DI SARAWAK PADA 15 DAN 16 APRIL 2010.

Jika semua ada 30 Menteri berkempen untuk BN Sarawak, pergi bersama isteri masing-masing (30 orang), setiausaha sulit,peribadi,sulit, dll (30 x 10=300), KSU dan KP (30 x 10=300), Timbalan Menteri,Menteri Besar,Ahli Parlimen Bn,Exco BN,Pimpinan BN (300). Jumlah keseluruhan 1,000 orang pegawai kerajaan serentak ke Sarawak untuk berkempen bagi BN. Berapa banyak wang perbendaharaan Malaysia dibelanjakan untuk tambang jet, kapalterbang pergi dan balik, tuntutan bertugas luar negeri, elaun perjalanan, elaun makan, lojing, kerja lebih masa, BERAPA? 

Belum campur peruntukan dan projek segera yang diumumkan oleh setiap Menteri, TPM dan PM? Berapa agaknya duit rakyat dibawa dan ditabur ke Sarawak? SPRM boleh siasat ke?


(Sila klik sini untuk pembesaran imej)
SILA TANDAKAN ( X ) JIKA ANDA MENEMUI MEREKA DI SARAWAK.

Perdana Menteri : Datuk Seri Najib Razak                                ( X )

Timbalan Perdana Menteri :Tan Sri Muhyiddin Yassin            ( X )

Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon                                                 ( X )
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz                                         (    )
Senator Datuk Seri Idris Jala                                                         ( X )
Senator Tan Sri Nor Mohamed Yakcop                                        ( X )
Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom                                       ( X )


Kementerian Kewangan


Menteri I: Datuk Seri Najib Tun Razak                                         ( X )
Menteri II: Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah        (    )


Kementerian Pelajaran
Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin                                              ( X )


Kementerian Dalam Negeri
Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien                      ( X )


Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan
Menteri: Datuk Seri Dr Rais Yatim                                              ( X )

Kementerian Tenaga,Teknologi Hijau dan Air
Menteri: Datuk Seri Peter Chin Fah Kui                                    ( X )


Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Menteri: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal                                    ( X )


Kementerian Pengajian Tinggi
Menteri: Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin                           (    )


Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Menteri: Datuk Seri Mustapa Mohamed                                    ( X )

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
Menteri: Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili                       ( X )


Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
Menteri: Datuk Seri Douglas Uggah Embas                             ( X )


Kementerian Pengangkutan
Menteri: Datuk Seri Kong Cho Ha                                              ( X )


Kementerian Pelancongan
Menteri: Datuk Seri Dr Ng Yen Yen                                            ( X )

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
Menteri: Datuk Seri Noh Omar                                                    ( X )


Kementerian Pertahanan
Menteri: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi                            ( X )

Kementerian Kerja Raya
Menteri: Datuk Shaziman Abu Mansor                                       ( X )

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Menteri: Tan Sri Bernard Giluk Dompok                                     ( X )


Kementerian Kesihatan
Menteri: Datuk Seri Liow Tiong Lai                                             ( X )


Kementerian Belia dan Sukan
Menteri: Datuk Ahmad Shabery Cheek                                      ( X )


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Menteri: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob                                     ( X )

Kementerian Sumber Manusia
Menteri: Datuk Dr S Subramaniam                                              ( X )

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Menteri: Datuk Wira Chor Chee Heung                                        ( X )


Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Menteri: Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil                       ( X )


Kementerian Luar Negeri
Menteri: Datuk Seri Anifah Aman                                                   ( X )


Kementerian Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar
Menteri: Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin       ( X )
Read rest of entry

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online