www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Friday 6 May 2011

INIKAH DIA JODOH SULTAN MUHAMMAD V KELANTAN?

Kelantan dijangka menerima Raja Perempuan setelah Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, memberi gambaran bahawa baginda bakal berkahwin.

Titah Sultan Muhammad V ketika membayangkan perkara itu, baginda berdoa agar dipertemukan jodoh.

"Insya-Allah saya pun doa, insya-Allah Tuhan akan makbul. Saya fikir dengan berkat doa tok guru lagi, datuk-datuk, insya-Allah berjaya," titah baginda pada sidang akhbar khas di Istana Negeri di sini semalam.

Sultan Muhammad bertitah demikian ketika ditanya bila baginda akan memiliki seorang Permaisuri yang akan menjaga kebajikan baginda.

Baginda yang dimasyhurkan pada 13 September tahun lalu bagaimanapun tidak mengulas lanjut perkara tersebut yang sememangnya menjadi tanda tanya hampir dua juta rakyat negeri ini.

Baginda dan bekas isteri, Tengku Zubaidah Tengku Norudin tidak dikurniakan cahaya mata.
Mengenai upacara pertabalan baginda yang belum diadakan sehingga kini, Sultan Muhammad memberitahu, ia hanya satu bentuk formality rather than necessity dan bukan pula untuk bermegah-megah.

Pada sidang akhbar itu juga, baginda turut menyuarakan harapan supaya rakyat negeri ini dapat bekerja mengikut peranan masing-masing untuk memajukan Kelantan.

Ditanya perasaan baginda mengenai isu-isu melingkari Istana Kelantan sebelum ini yang telah dapat diselesaikan dengan baik, Sultan Muhammad bertitah: "Kita tidak boleh fikir sangat sebab kalau kita fikir banyak sangat nanti 'jam' otak kita. Jadi, cara terbaik ialah kita reda, tunggu dan lihat apa yang berlaku."

Mengenai penggunaan gelaran Sultan Muhammad V sebagai gelaran rasmi, baginda bertitah, ia dibuat dengan mengambil kira sejarah asal negeri Kelantan dan ia merupakan antara dua perkara utama yang terlintas di fikiran baginda sebaik sahaja menaiki takhta selain menggantikan seruan 'Daulat Tuanku' dengan 'Allahu Akbar.'

Penggunaan seruan 'Allahu Akbar' pula jelas baginda, difikirkan paling sesuai "sebab dengan tidak secara langsungnya, siapa yang cakap benda itu dapat pahala."

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online