www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Showing posts with label KEMALANGAN. Show all posts
Showing posts with label KEMALANGAN. Show all posts

Friday, 9 September 2011

ORANG RAMAI TAKUT NAIK AMBULANS...! DALAM 3 BULAN 5 AMBULANS KEMALANGAN DAN PESAKIT MATI KERANANYA.........


PUTRAJAYA - Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai meminta pesakit agar tidak bimbang apabila dibawa menaiki ambulans kerana pelbagai langkah termasuk latihan pemanduan telah dijalankan terhadap pemandu kenderaan tersebut.

Menurut beliau, semua pemandu ambulans telah menjalani latihan yang meluas dan terperinci termasuk Prosedur Operasi Standard (SOP).

"Mereka mahir dan pemandu yang berhati-hati. Jadi pesakit janganlah bimbang. Kita sediakan perkhidmatan yang cemerlang," katanya selepas menghadiri majlis sambutan Merdeka Raya Kementerian Kesihatan di sini semalam.

Dalam tempoh tiga bulan lalu, sebanyak lima kemalangan dicatatkan yang membabitkan ambulans dan mengorbankan pesakit yang sedang dibawa menaiki kenderaan kecemasan itu.
 
Tiong Lai berkata, kementerian itu telah menubuhkan sebuah jawatankuasa yang diketuai oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Hasan Abdul Rahman untuk mengenal pasti faktor-faktor dan punca kemalangan itu berlaku.

Katanya, had kelajuan ambulans akan dikaji semula kerana kenderaan itu diubah suai selain dilengkapi dengan pelbagai peralatan mengikut klasifikasi pada ambulans sama ada jenis A, B dan C.

"Jadi adalah penting untuk meningkatkan kesedaran di kalangan pemandu mengenai had kelajuan kenderaan itu kerana ambulans telah diubah suai," kata beliau
Read rest of entry

Sunday, 21 August 2011

TERKINI.....! PELAJAR MAUT KENA PETIR WAKTU GUNA TELEFON BIMBIT.......

TANAH MERAH – “Saya mahu tidur puas-puas.” Itu ungkapan aneh yang diucapkan Siti Munirah Nordin (gambar), 13, pada cuti Nuzul Al-Quran Rabu lalu kepada ibunya sebelum remaja itu maut dipanah petir di bangsal berhampiran rumahnya dipercayai sedang menggunakan telefon bimbit di Kampung Belimbing di sini kelmarin.
 
Dalam kejadian pada pukul 5.50 petang itu, Siti Munirah meninggal dunia di tempat kejadian dengan kecederaan pada muka sebelah kanan dan kesan terbakar pada telinga, rambut dan punggung.
 
Mayat mangsa ditemui abangnya, Mohd. Firdaus, 16, pada pukul 9 malam setelah ahli keluarganya keluar mencarinya selepas tidak pulang ke rumah untuk berbuka puasa sejak keluar pada pukul 4.30 petang.

Telefon bimbit milik ibunya yang dipinjam mangsa pula ditemui di atas tanah di bawah bangsal tersebut. 

Mangsa merupakan pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Belimbing di sini.

Ibunya, Rosnah Dollah, 49, berkata, pada mulanya dia menyangka Siti Munirah pergi berbuka puasa di rumah kawannya tetapi terkejut apabila mendapat tahu kawan anaknya itu pulang ke kampungnya di Salor dekat sini.

“Sebelum kejadian, Siti Munirah sedang menggunakan telefon bimbit saya di dalam rumah dan apabila saya menegurnya kerana berbual terlalu lama, dia terus keluar dari rumah.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.
Read rest of entry

Thursday, 18 August 2011

PEMAIN BOLASEPAK T-TEAM PUTUS 5 JARI


KUALA TERENGGANU – Niat murni seorang pemain bola sepak Piala Presiden T-Team untuk mencari duit raya dengan berniaga air tebu di bazar Ramadan Marang di sini berkecai apabila kesemua lima jari tangan kanannya putus akibat digilis mesin tebu dalam kejadian pada 7 Ogos lalu.

Kejadian pada pukul 5.30 petang itu berlaku ketika Zuhairi Ahmad, 21, sedang sibuk memasukkan batang tebu ke dalam mesin sebelum tangan kanannya tiba-tiba tersangkut dan digilis.

Panik dengan keadaan itu, Zuhairi yang bermain di posisi pertahanan dalam pasukan Piala Presiden T-Team terus mematikan suis utama mesin itu sebelum menarik keluar tangannya yang berlumuran darah.

“Ketika itu saya masih tidak perasan yang lima jari saya telah putus, sehingga saya tarik keluar tangan kanan saya dari mesin itu,” katanya ketika ditemui di wad pesakit Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini semalam.

Menceritakan kejadian itu, Zuhairi dari Kampung Rhu Muda, Marang memberitahu, dia berniaga air tebu di bazar Ramadan untuk menambahkan pendapatan keluarganya.

“Memandangkan musim pertandingan Piala Presiden sudah berakhir, jadi saya ambil keputusan berniaga air tebu dengan dua lagi rakan.

“Ini adalah tahun pertama saya berniaga tetapi tak sangka pula perkara ini akan berlaku. Apa yang saya risau adalah masa depan saya dalam bola sepak kerana amat sukar bermain dalam keadaan seperti ini,” ujarnya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
Read rest of entry

Sunday, 22 May 2011

PELAJAR TERSELAMAT CERITA DETIK CEMAS TANAH RUNTUH


KAJANG: "Saya jerit suruh yang lain melarikan diri namun tanah runtuh dalam sekelip mata menyebabkan kebanyakan rakan tertimbus," kata Mohd Iman Abdullah.

Mohd Iman, 14, adalah antara pelajar Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa yang sempat menyelamatkan diri dalam kejadian tanah runtuh itu yang menyebabkan 25 orang tertimbus.

Mohd Iman berkata beliau sempat menjerit menyuruh rakan-rakannya yang lain melarikan diri apabila melihat tanah mula runtuh.

"Ketika itu kami semua berada di bawah khemah kerana hendak menyiapkan persiapan majlis dan saya melihat tanah bergerak dan runtuh sedikit," katanya.

Seorang lagi pelajar yang terselamat Mohd Jihad Jalal, 14, berkata keadaan ketika itu huru hara dengan bunyi pekikan dan jeritan minta tolong. "Saya sendiri pada mulanya tertimbus sedikit di bahagian kaki sebelum ditarik oleh penduduk," katanya.

Mohd Faizal Isni, 17, pula berkata sebelum kejadian, dia terdengar bunyi kuat seakan ranting patah dan benda jatuh sebelum melihat tanah runtuh ke khemah.

"Ketika itu kami sedang siapkan pentas di khemah untuk sambut pegawai Finas yang dijadual datang pukul 5 petang dan saya berjaya melarikan diri sejurus kejadian," katanya.

Sementara itu, seorang penduduk setempat yang merupakan antara yang terawal tiba di lokasi kejadian berkata beliau tiba 10 minit selepas kejadian dan mendengar jeritan meminta tolong sebelum setengah jam kemudian tiada suara yang kedengaran.

"Saya nampak ada budak yang badannya separuh tersepit dan saya cuba mengalihkan runtuhan namun tidak berjaya.

"Ketika saya sampai dengar suara minta tolong tetapi setengah jam kemudian tiada suara langsung," katanya sambil memberitahu bahawa semalam hujan lebat di kawasan itu.

Warden asrama anak yatim itu, Mohd Hambali Ismail, 34, berkata kejadian berlaku selepas pelajar selesai makan tengah hari dan beberapa pelajar ditugas membersihkan ruang makan itu.
"Masa kejadian saya berada di asrama dan mendengar bunyi dentuman kuat dan saya tengok ramai pelajar dah tertimbus.

"Keadaan masa tu tak boleh gambar dengan kata-kata...," katanya yang telah lima tahun menjadi warden di situ.

Beliau berkata sebelum ini beberapa kejadian tanah runtuh kecil pernah berlaku kira-kira 50 meter dari bangunan rumah anak yatim itu.

"Kejadian ini mungkin ekoran kejadian bulan lepas," katanya. - BERNAMA
Read rest of entry

TRAGEDI BERAKHIR : 16 TERBUNUH 9 SELAMAT DIKELUARKAN......Al-Fatihah

Pasukan mencari dan menyelamat mengambil masa kira-kira 15 jam untuk mengeluarkan semua 25 mangsa yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat.

24 buried alive in landslide at orphanageOperasi yang bermula pukul 2.45 petang semalam, berakhir kira-kira 5.30 pagi ini dengan penemuan mangsa terakhir pada pukul 5.05 pagi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Supt Azman Ayob ketika memberikan perkembangan terkini mengenai insiden itu kepada pemberita di lokasi kejadian pagi ini berkata mangsa yang terkorban dalam tragedi itu ialah 16 orang manakala sembilan mangsa yang terperangkap selamat.

Mangsa yang meninggal dunia di bawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat, katanya.

Azman berkata lokasi mangsa yang berada berdekatan antara satu sama lain membantu memudahkan usaha mencari dan menyelamat.

24 buried alive in landslide at orphanagePasukan mencari dan menyelamat membabitkan seramai 754 anggota daripada pelbagai agensi bantuan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPAM), pasukan Smart, tentera 4 Divisyen, Pasukan Gerakan Am (PGA) dan St John.

"Operasi mencari dan menyelamat dihentikan setakat ini dan akan disambung pada 8 pagi ini bagi membuat gerakan terakhir untuk pastikan tidak ada lagi mangsa yang terperangkap," katanya.

Operasi mencari dan menyelamat disambung pukul 8 pagi ini

22/05/2011 11:44am

KUALA LUMPUR 22 Mei — Operasi mencari dan menyelamat tragedi tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat, disambung semula pada pukul 8 pagi ini meskipun kesemua 25 mangsa sudah dikeluarkan dari runtuhan itu.

Operasi susulan yang dijalankan pasukan polis dan bomba itu kini lebih tertumpu kepada aspek meninjau lokasi sekitar kawasan tragedi dan pembersihan sisa runtuhan bagi memastikan tiada lagi mangsa yang terperangkap.

Pasukan mencari dan menyelamat mengambil masa kira-kira 15 jam untuk mengeluarkan kesemua 25 mangsa yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh itu.

Operasi yang bermula pukul 2.45 petang semalam, berakhir kira-kira 5.30 pagi ini dengan penemuan mangsa terakhir pada pukul 5.05 pagi.

Tinjauan Bernama di tempat kejadian hari ini mendapati kawasan sekitar juga kembali tenang dan terkawal, di mana orang ramai tidak lagi berkumpul dan bersesak-sesak seperti semalam bagi mendapatkan perkembangan tragedi itu.

Laluan menuju ke lokasi kejadian juga sudah dibuka kepada orang ramai.

Bagaimanapun polis telah menutup laluan sepanjang 500 meter dari tempat kejadian dengan pita kuning supaya orang ramai tidak terlalu hampir dengan lokasi tragedi.

"Kita perlu buat tinjauan kawasan kerana dikhuatiri masih ada berlaku pergerakan tanah,” kata seorang anggota polis di tempat kejadian.

Pengetua rumah tersebut Idris Musa, yang dilihat melawat tempat kejadian pagi ini, enggan ditemu bual media kerana masih bersedih dengan tragedi tersebut.

Di tempat kejadian, terdapat dua buah lori syarikat pengeluar barangan makanan pengguna, menyediakan hidangan ringan untuk petugas penyelamat dan anggota media.

Mangsa yang terkorban dalam tragedi itu ialah 16 orang manakala sembilan mangsa yang terperangkap selamat. - Bernama

Read rest of entry

TERKINI : 13 TERKORBAN 3 MASIH TERTIMBUS.... AL-FATIHAH

HULU LANGAT 21 Mei – Seramai 13 penghuni Rumah Anak- anak Yatim dan Anak-anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa, Felcra Semungkis, Batu 14, di sini, maut akibat tertimbus setelah tebing sebuah bukit berdekatan runtuh dan menghempap khemah yang mereka duduki.

Sehingga pukul 1.30 pagi, operasi mencari dan menyelamat mangsa-mangsa masih diteruskan dan terdapat tiga lagi penghuni dipercayai tertimbus.

Seorang mangsa tertimbus, Abang Iwan, 33, berjaya diselamatkan pada pukul 10.20 malam.
Mangsa yang maut dikenali sebagai Azrel, Nael, Eqim, Zaim, Rahimi, Angah, Boboy, Zaid, Abang Farid, Shahrul, Lokman dan Hasril berusia empat tahun hingga 30-an.

Mereka terdiri daripada 12 kanak-kanak dan seorang dewasa.

Ketika kejadian pada pukul 2.30 petang mereka bersama yang lain berada di dalam khemah tersebut untuk berlatih nasyid bagi meraikan kedatangan rombongan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) pukul 5 petang.

Khemah itu dipasang untuk majlis tersebut yang terletak bersebelahan tebing. 

Operasi mencari dan menyelamat mangsa yang dilakukan dengan membuat dua terowong turut mengalami kesukaran berikutan hujan lebat petang ini dan menyebabkan berlaku pergerakan tanah.
Read rest of entry

TERKINI : GAMBAR-GAMBAR MENYELAMAT TRAGEDI TANAH RUNTUH ANAK YATIM AL-TAKWA

TERKINI : 12.00 malam : 10 anak yatim disahkan terkorban manakala enam lagi masih tertimbus.

KUALA LUMPUR: Seorang lagi mangsa tanah runtuh Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat meninggal dunia di Hospital Ampang malam ini.

Penghuni lelaki itu adalah antara sembilan mangsa yang cedera yangdikeluarkan daripada runtuhan itu petang ini. Ini menjadikan jumlah yang maut dalam kejadian itu sehingga 10 malam ini ialah enam orang.

Dalam kejadian pada 2.30 petang ini, seramai 24 orang terdiri daripada anak yatim, warden dan kakitangan rumah anak yatim itu tertimbus dalam runtuhan tanah yang meranapkan khemah yang dipasang untuk persiapan satu majlis yang dijadual pada 5 petang ini. Sehingga kini,seramai 10 lagi mangsa masih tertimbus dalam runtuhan itu.

Operasi mencari dan menyelamat oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat, polis, Pasukan Mencari dan Menyelamat Malaysia (Smart) dan Jabatan Pertahanan Awam
Malaysia (JPAM) diteruskan sehingga semua mangsa ditemui. 

AL-FATIHAH...........................












Tanah runtuh: Presiden PAS rakam takziah
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 21 Mei: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga mangsa tanah runtuh di Rumah Persatuan Anak Yatim Al-Takwa, Felcra Semungkis, Batu 14, Hulu Langat.

“Bersabarlah dengan ujian Allah. Semoga roh mereka yang tekorban dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh,” tulis beliau di laman twitter malam ini.

Kejadian itu juga turut mendapat perhatian Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Selain mengucapkan takziah kepada kelurga mangsa yang terkorban, beliau juga mengajak seluruh rakyat Malaysia berdoa agar mangsa diberi ganjaran terbaik oleh Allah SWT.

"Takziah saya rakamkan kepada mangsa nahas tanah runtuh di Hulu Langat petang tadi.
"Semoga Allah mengurniakan ganjaran yang terbaik untuk yang terkorban dan keluarga yang kehilangan ahlinya," katanya.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 2.30 petang tadi, seramai 24 kanak-kanak dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal, Hulu Langat.

Dilaporkan lima mayat kanak-kanak rumah anak yatim berkenaan yang berumur antara 11 hingga 14 tahun telah berjaya dikeluarkan dari tanah runtuh sehingga jam 8.00 malam ini.
Read rest of entry

Saturday, 21 May 2011

TERKINI : TRAGEDI TANAH RUNTUH RUMAH ANAK YATIM AL-TAKWA : 2 MAYAT DIBAWA KELUAR SEBENTAR TADI.................Al-Fatihah



TERKINI : 6.00 Petang. Pihak Bomba dan Penyelamat telah memberikan kenyataan dalam lintas langsung RTM mengesahkan bahawa terdapat 49 orang pelajar yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh tersebut. 26 pelajar terselamat manakala 23 lagi dikhuatiri tertimbus. Setelah dua mayat dikeluarkan maka usaha menyelamatkan 21 pelajar lagi akan diteruskan. Khemah penyelamat telah didirikan di tapak berdekatan kerana adalah dijangkakan kerja-kerja menyelamat mangsa tertimbus akan mengambil masa lebih 24 jam. Al-Fatihah buat mangsa syahid.

TERKINI : Dua mayat kanak-kanak penghuni Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Batu 14, Hulu Langat, dekat sini, sudah dibawa keluar dari tempat kejadian tanah runtuh di situ, sebentar tadi.

Enam lagi kanak-kanak berjaya diselamatkan dan keadaannya dilaporkan parah selepas anggota penyelamat dan penduduk kampung mengorek tanah yang tertimbus.Mereka yang cedera kini dibawa ke Hospital Kajang

Laporan awal sebelum ini menyebut, kira-kira 20 hingga 30 penghuni rumah anak yatim itu dipercayai tertimbus dalam kejadian tanah runtuh pada jam 2.20 petang tadi.

Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang ketika dihubungi Berita Harian Online sebentar tadi berkata, setakat ini tiga kanak-kanak berjaya diselamatkan.
 


 













( Al-Fatihah buat anak-anak yatim yang telah syahid, semoga roh mereka akan ditempatkan dikalanang golongan beriman. Juga sama-samalah kita berdoa agar usaha menyelamatkan sebahagian lagi pelajar yang tertimbus akan dipermudahkan Allah.)Al-Fatihah.
Read rest of entry

Wednesday, 11 May 2011

10 KENDERAAN TERLIBAT DALAM KEMALANGAN NGERI 3 MAUT

JEMPOL - Tiga lelaki maut dalam kemalangan ngeri membabitkan 10 kenderaan di Kilometer 1, Jalan Bahau-Kemayan, berhampiran persimpangan lampu isyarat di landasan kereta api Bahau, di sini, semalam.

Kemalangan kira-kira jam 11.20 pagi itu berpunca daripada sebuah lori membawa muatan kayu getah terbabas ketika menuruni bukit, dipercayai kerana brek gagal berfungsi.

Akibatnya, lori berkenaan merempuh sembilan kenderaan lain membabitkan dua lori, tiga kereta, sebuah kenderaan pacuan empat roda dan tiga motosikal yang sedang berhenti di lampu isyarat.

Mereka yang meninggal dunia adalah seorang penuntut Kolej Komuniti Jempol, Muhammad Izwan Noorazman, 20, yang terperosok di bawah lori berkenaan,

Dua lagi yang meninggal dunia adalah pemandu lori, Abd Halim Omar, 33, serta kelindannya, Nordin Amat, 45, yang tersepit di bahagian tempat duduk depan lori terbabit.

Sepasukan anggota bomba tiba dengan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bahau serta berusaha mengeluarkan mangsa tersepit.

Beberapa pengguna kenderaan di situ turut membantu anggota bomba menyelamatkan mereka yang terlibat.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Mohd Sabri Muhamad berkata, kemalangan berlaku apabila pemandu lori dari arah Mahsan, di sini, gagal mengawal kenderaannya ketika sampai di lampu isyarat, di landasan kereta api.

Beliau berkata, tiga penunggang motosikal dan seorang pembonceng tidak sempat mengelak menyebabkan kesemua mereka tercampak di atas jalan raya, manakala seorang penunggang terperosok di bawah lori berkenaan.

Menurutnya, kesemua yang maut mengalami cedera parah di kepala dan badan itu meninggal dunia di tempat kejadian.

“Penunggang, pembonceng motosikal yang cedera dikejarkan ke Hospital Jempol. Sementara, beberapa pemandu kereta hanya cedera ringan,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Jempol untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga masing-masing, semalam.
Read rest of entry

Tuesday, 3 May 2011

BAPA MAUT SELEPAS HANTAR ANAK KE SEKOLAH. Isteri Dan Anak-Anaknya Berada Di Tempat Kejadian. Al-Fatihah.

KUALA TERENGGANU: Seorang kakitangan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) maut ketika dalam perjalanan pulang setelah menghantar dua anaknya ke sekolah apabila motosikal yang ditunggangnya merempuh kenderaan pacuan empat roda di sini, Selasa.

Kejadian pada pukul 8.30 pagi itu menyebabkan Fadzul Wahid Mohamad, 39, dari Kampung Gong Pak Maseh di sini mati di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk bedah siasat.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Kuala Terengganu ASP Khazahari Che Amat berkata motosikal yang ditunggang lelaki itu dipercayai hilang kawalan dan merempuh belakang sebuah kenderaan pacuan empat roda di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Panji Alam, di sini.

"Akibat rempuhan itu, bapa kepada tiga orang anak itu tercampak ke atas jalan raya," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Isteri mangsa dan kedua-dua anaknya yang berpakaian seragam sekolah turut berada di tempat kejadian. -BERNAMA
Read rest of entry

Wednesday, 27 April 2011

GURU HILANG DI BUKIT LARUT DITEMUI MATI. Al-Fatihah...

TAIPING — Seorang guru Sekolah Menengah King Edward Taiping yang dilapor hilang selepas keluar berjoging seorang diri di kawasan Bukit Larut, di sini dua hari lepas ditemui mati hari ini.

Mayat Abdullah Zubir Ismail, 29, ditemui dalam keadaan terbaring di dalam gaung sedalam 10 meter di kawasan bukit itu dengan kesan kecederaan di kepala oleh pasukan penyelamat pada pukul 11 pagi.

Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Mohd. Yusof Diah berkata, mayat guru itu dihantar ke Hospital Taiping untuk bedah siasat dan dituntut oleh keluarganya untuk dikebumikan di kampungnya di Jitra, Kedah.

Siasatan awal mendapati guru berkenaan mengalami kecederaan di kepala dan dipercayai tergelincir dan terjatuh ke dalam gaung. Polis tidak mengesyaki perbuatan jenayah, katanya di sini hari ini.

Polis menerima laporan mengenai kehilangan guru itu daripada rakannya petang Ahad lepas.

Dia dilapor hilang selepas keluar berjoging di Bukit Larut pada pukul 10 pagi dan tidak pulang sehingga pukul 7 petang.

 Sementara itu, Ahmad Din Ahmad Zuki, 50, yang membuat laporan mengenai kehilangan rakannya itu, berkata Abdullah memang suka berjoging dan mendaki bukit seorang diri di kawasan Bukit Larut dan ini adalah kali keempat dia berbuat demikian.

"Abdullah sudah berkahwin dan tinggal di asrama sekolah. Dia mengajar di sekolah Menengah King Edward Taiping sejak dua tahun lalu.

"Semalam (Isnin) sepatutnya dia mengajar...ramai di kalangan guru sekolah tidak mengetahui kehilangannya dan terkejut apabila mendapati dia ditemui mati di kawasan bukit itu hari ini," kata Ahmad Din yang juga seorang guru. - BERNAMA — Bernama
Read rest of entry

Friday, 22 April 2011

GAMBAR TERBARU! EMPAT SEKELUARGA MAUT KEMALANGAN DI PEKAN

PEKAN: Empat sekeluarga yang sedang dalam perjalanan untuk meraikan hari lahir datuk mereka yang ke-81 berakhir tragedi apabila kesemua mereka maut selepas kenderaan mereka terbabit kemalangan dengan sebuah lori treler di KM63 Jalan Kuantan-Segamat dekat Paloh Hinai, awal pagi tadi.

Kesemua mangsa dikenali sebagai Diong Kah Keng, 24 serta isterinya, Koh Kiah Hui, 23; adiknya Diong Kah How, 21 dan seorang saudara mereka, Choi Kok Sin, 23.

Ketua Polis Daerah Pekan, Supt Yahaya Othman berkata ketika kejadian pada 4.50 pagi tadi, kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu Kah Keng sedang berkonvoi bersama dua lagi kereta ke Kuantan untuk meraikan hari lahir datuk Kah Keng.

Bagaimanapun, katanya setiba di tempat kejadian, kenderaan tersebut melanggar bahagian kanan lori treler yang dipercayai terkeluar daripada laluannya.

"Ini menyebabkan kereta tersebut berpusing sebelum terperosok ke bawah lori terbabit," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Read rest of entry

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online