www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Showing posts with label KETUA DPPP. Show all posts
Showing posts with label KETUA DPPP. Show all posts

Wednesday, 23 November 2011

RANG UNDANG-UNDANG PERHIMPUNAN AMAN MENIPU UNTUK SELAMATKAN NAJIB. PEMUDA PR ISYTIHAR BERSIH 3.0

KUALA LUMPUR, 23 Nov: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan berkata langkah kerajaan BN membentangkan Rang Undang-undang (RUU) Perhimpunan Aman menguatkan lagi hujah bahawa himpunan Bersih 3 perlu diadakan segera.

Menurutnya, tindakan kerajaan itu bukan sahaja cuba mencengkam hak rakyat untuk berhimpun, malah lebih teruk dari itu kerajaan sebenarnya sedang cuba menipu rakyat dengan nama 'transformasi' yang dilaungakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Jelas sekali bahawa rakyat sedang dipermainkan oleh BN yang berselindung di sebalik nama transformasi.

"Langkah kerajaan ini makin menjelaskan lagi bahawa Bersih 3 perlu dirialisasikan segera," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas bacaan pertama RUU Perhimpunan Aman yang dibentang di Dewan Rakyat semalam oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz.

Antara lain, kandungan penting undang-undang yang dicadangkan itu termasuklah melarang protes jalanan.

Selain itu, undang-undang itu juga bakal membenarkan polis mendenda penganjur sehingga RM10,000 sekiranya tiada notis awal iaitu 30 hari sebelum himpunan.

Bagi mereka yang ditangkap menyertai himpunan itu pula, polis dibenar mendenda mereka sehingga RM20,000.

"Kerajaan perlu belajar apa yang sedang berlaku di Mesir. Rakyat mereka bangkit membantah tindakan pemerintah tentera yang tidak konsisten dan menekan mereka.

"Kalau kerajaan Umno BN juga tak konsisten dan mencengkam rakyat, tak mustahil mereka juga bakal berdepan kebangkitan rakyat," katanya.

Mengulas lanjut, Nasruddin berkata apa yang memalukan, nama rang undang-undang itu sendiri sudah bercanggah dengan kandungannya.

Katanya, walaupun namanya RUU Perhimpunan Aman, tetapi kandungannya secara keseluruhan cuba menghalang sebarang perhimpunan rakyat yang dijamin Perlembagaan Persekutuan.

"Kalau RUU ini untuk halang Bersih 3, itu perhitungan silap.

"Rakyat moden tidak boleh dikongkong dengan langkah sebegitu," katanya.
===========================================================================

Rang undang-undang Perhimpunan Aman 2011 yang dibentangkan di Dewan Rakyat, semalam sama sekali bersifat mencegah atau melarang sama sekali sebarang perhimpunan di negara ini, kata bagi AJK PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin.

NONEMenurut Mohamed Hanipa (kiri) yang juga seorang peguam, tindakan menamakan rang undang-undang itu sebagai Akta Perhimpunan Aman sedangkan hakikatnya melarang perhimpunan adalah jelas satu lagi siri penipuan kerajaan BN Umno dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke atas rakyat.

Beliau juga dipetik oleh Harakahdaily sebagai berkata, mana-mana orang yang waras pemikirannya akan dengan mudah memahami sekatan terbaru yang cuba dikuatkuasakan ke atas rakyat itu.

“Sebagai peguam dan AJK PAS Pusat, saya akan mengusulkan kepada pihak PAS untuk mencabar rang undang-undang ini di mahkamah supaya ia tidak akan dimuktamadkan sebagai akta.

NONE“Pada hari ini kami peguam PAS akan melancarkan secara rasmi ‘perang’ ke atas akta zalim ini melalui saluran undang-undang yang sedia ada,” katanya.
Menyusahkan

Semalam, ketika pembentangan rang undang-undang itu, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz berkata antara kandungan penting undang-undang yang dicadangkan itu, termasuk:
  • Notis awal 30 hari untuk berhimpun, kecuali mereka yang berada di kawasan yang dtetapkan oleh menteri dalam negeri.
  • Selepas memaklumkan, perhimpunan boleh diteruskan, kecuali terdapat bantahan daripada polis.
  •  Tiada protes jalanan dibenarkan.
  •  Tiada protes dalam 50 meter daripada kawasan yang dilarang, termasuk hospital, sekolah dan rumah ibadat.
Menurut Mohamed Hanipa, Akta Perhimpunan Aman sepatutnya memudahkan perhimpunan aman bukan menyusahkannya.

NONEKatanya, jika Akta Polis 1967 khususnya seksyen 27 dan 27A sudah bersifat ‘draconian dan zalim, akta yang ingin digubal ini beribu-ribu kali lebih zalim daripada Akta Polis yang ingin digantikan.

“Hanya kerajaan zalim seperti Umno sahaja berupaya terfikir untuk menggubal akta sezalim itu.

“Rang undang-undang ini juga secara jelas unconstitutional kerana ia bertentangan dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan,” katanya.
Percepatkan ajal
Mohamed Hanipa juga dipetik Harakahdaily sebagai berkata, meskipun Perkara 10 membenarkan sebarang akta digubal oleh Parlimen untuk menghadkan perlaksanaan hak berhimpun namun had itu, katanya, tidak boleh sama sekali sampai ke tahap menghapuskan sama sekali hak rakyat kepada perhimpunan aman.

Tambahnya, secara jelas akta yang ingin digubal mempunyai motif sebegitu.

NONE“Pengalaman saya mengendalikan banyak kes yang melibatkan tuduhan perhimpunan haram khususnya yang melibatkan ahli dan pemimpin PAS menunjukkan bahawa akta ini digubal sebagai manifestasi kekecewaan pihak kerajaan melalui Peguam Negara yang acap kali tewas di dalam kes-kes yang melibatkan tuduhan perhimpunan haram,” katanya.

Bagi beliau, akta yang ingin diluluskan di Parlimen itu memburukkan lagi wajah buruk kerajaan BN dan Peguam Negara.

“Apa pun percayalah akta ini akan mempercepatkan lagi ajal kerajaan Umno BN insya Allah,” katanya kepada akhbar rasmi PAS itu.
NONESementara itu, Keadilandaily melaporkan timbalan presiden PKR, Mohamed Azmin Ali (kanan) menyifatkan Najib sekali lagi gagal menunaikan janjinya untuk melakukan pembaharuan termasuk memberikan kebebasan terhadap hak berhimpun.

“Kita mempunyai PM yang mengamalkan dasar flip flop dan tidak tuntas, tidak menunaikan janji-janjinya dan ini sudah lama dirasai oleh rakyat,” katanya dipetik portal berita itu di  Parlimen, semalam.
Lebih teruk

Tegasnya, rang undang-undang itu tidak wajar diperkenalkan kerana perlembagaan sendiri telah memberi jaminan terhadap kebebasan berhimpun.

“Bagi kita perkara ini tidak timbul kerana perlembagaan sudah jelas, (rakyat) diberikan jaminan untuk berhimpun dengan aman. (Kerajaan) tiada keperluan untuk menggubal satu akta lain untuk mengekang kebebasan rakyat,” katanya yang juga ahli parlimen Gombak.

NONESemalam, setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng juga membidas rang undang-undang berkenaan kerana memberi lebih kuasa terhadap polis untuk menahan individu yang terlibat dalam perhimpunan aman.

"Terpulang kepada polis untuk menentukan sama ada sesuatu perhimpunan itu aman atau tidak,"  katanya lagi yang berpendapat undang-undang tersebut lebih menyekat.
Seksyen 9(5) dalam rang undang-undang berkenaan memberi kuasa kepada polis untuk mengenakan denda ke atas penganjur sebanyak RM10,000 sekiranya tidak mengemukakan notis untuk mengadakan perhimpunan kepada polis.
Manakala Seksyen 21(3) memberi kuasa kepada polis untuk mengenakan denda sehingga RM20,000 berbanding denda sebanyak RM2,000 kepada individu yang ditahan dalam sesuatu perhimpunan.

NONETempat larangan yang dinyatakan dalam rang undang-undang berkenaan mengambil takrif kawasan yang diisytiharkan di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959.

Walaupun undang-undang yang dicadangkan itu tidak menetapkan tempat yang boleh digunakan untuk perhimpunan, namun beberapa kawasan-kawasan dengan jelas dinamakan sebagai kawasan larangan. Ini termasuk.
  • Empangan, takungan dan kawasan tadahan air
  • Loji rawatan air
  • Stesen penjana elektrik
  • Stesen minyak
  • Hospital
  • orang asli protest in putrajaya 170310Balai bomba
  • Lapangan terbang
  • Landasan keretapi
  • Terminal pengangkutan awam darat
  • Pelabuhan, terusan, limbungan, dermaga, jeti, jambatan dan marina
  • Tempat ibadat
  • Tadika dan sekolah
Read rest of entry

Monday, 9 May 2011

UTUSAN BEMAIN API. SEBAB APA?

<>
 

Gempar seluruh negara apabila akhbar Utusan Malaysia beberapa hari yang lalu seperti menyalakan api ketegangan antara agama ketika mencetus persoalan agama rasmi negara dengan spekulasi kononnya ada pihak tertentu yang berjuang untuk menjadikan kristian sebagai agama rasmi di negara ini.

Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan (gambar) berkata, suatu fakta yang diketahui umum bahawa Perlembagaan negara telah memeteri Islam sebagai agama rasmi negara ini sementara ummat Islam pula masih menjadi golongan majoriti biarpun Malaysia adalah sebuah negara majmuk.

Justeru itu, katanya Islam tidak sewajarnya tergugat dan ummat Islam tidak selayaknya membenarkan Islam digugat.

Jelasnya, PAS sebagai sebuah wadah perjuangan Islam di dalam negara ini pastinya tidak lebih rendah usahanya untuk memperjuang, mempertahan dan menegakkan Islam berbanding Umno dan Barisan Nasional.

Katanya, kegigihan serta kesungguhan PAS berjuang serta berkorban demi melihat Islam tegak dan berdaulat di dalam negara ini nyata tidak boleh dipertikai merentasi rekod dan sejarah perjuangannya.

“Sungguhpun PAS menyertai ‘kerjasama politik’ bersama parti-parti rakan kompenan Pakatan Rakyat (PKR dan DAP), namun PAS tidak pernah mengendurkan pedatinya untuk terus memacu perjuangan Islam, jauh sekali untuk berubah arah meninggalkan prinsip perjuangan yang didokong selama ini,” tegasnya.

Malah, tambahnya pacuan semakin kencang ke arah menguasai negeri bahkan negara agar bebas dari cengkaman pengaruh dan kuasa Umno juga Barisan Nasional yang menjadi punca Islam dilihat lemah serta terdedah kepada ancaman setelah lebih 50 tahun mereka memerintah, mengurus dan mentadbir negara.

Beliau berkata, andainya Islam hari ini dilihat terancam dan penganutnya pula lemah pegangan agama adalah menjadi tanggungjawab semua melewati peranan dan tugas yang sayugianya dilaksanakan.

Katanya lagi, sementara kerajaan selaku pemegang amanah rakyat untuk menjaga agama, negara dan warganya mestilah mengambil tanggungjawab dengan penuh keinsafan melepasi jangkauan sempadan kepentingan politik dan parti.

“Saya melihat spekulasi yang ditimbulkan oleh Utusan Malaysia kononnya terdapat pihak tertentu yang berusaha untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara ini adalah berpunca dari kelemahan dan kegagalan Umno sebagai parti utama dalam Barisan Nasional menunaikan amanah yang digalaskan kepada mereka selaku pemerintah,” ujarnya.

Menurutnya lagi, lebih 50 tahun rakyat memberi kepercayaan dan mandat kepada Umno mewakili Barisan Nasional untuk memimpin dan mentadbir negara khasnya untuk melindungi agama Islam dan kesejahteraan rakyat.

Beliau menambah, malang sungguh, malang seribu kali malang apabila Islam bukan sahaja tidak semakin kuat dan utuh tetapi dikesan umum bahawa ia semakin susut dan merosot.

“Jika Umno berjaya dan mampu menjaga agama Islam ini dengan baik dan menjadikan ianya semakin hari semakin kuat dan hebat, saya percaya dan yakin spekulasi untuk menjadikan kristian sebagai agama rasmi negara ini tidak akan timbul,” ujarnya.

Bahkan, katanya dalam masa yang sama, penganut-penganut agama selain Islam akan terasa aman dan selesa untuk mengamal serta menganut agama mereka.

Tambahnya, spekulasi yang dicetuskan oleh Utusan Malaysia ini bukan sahaja menampakkan kelemahan dan kegagalan ketara Umno dan Barisan Nasional selaku pemerintah, ia juga berpotensi menyalakan api ketegangan antara agama.

“Pastinya situasi ini akan menggugat keamanan negara dan rakyat yang sepatutnya memperolehi hak hidup aman dan sejahtera,” katanya.

Menurutnya, spekulasi itu sangat tidak bertanggungjawab.

Beliau berkata, selain dari potensi menggugat keamanan, spekulasi sedemikian juga dilihat umum sebagai usaha meraih perhatian politik murahan sekaligus percubaan nekad untuk menyembunyikan kelemahan dan ketidakupayaan mereka menjaga agama suci ini.
Read rest of entry

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online