www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Showing posts with label KU LI. Show all posts
Showing posts with label KU LI. Show all posts

Monday, 5 March 2012

UMNO TAK CALON KU LI DALAM PRU13 DI PARLIMEN GUA MUSANG, SEBAB APA?



Pakatan Rakyat sedia berunding dengan ahli veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah jika beliau berhasrat bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Gua Musang yang dipegangnya atas tiket Pakatan Rakyat, kata naib presiden PAS, Salahuddin Ayub.

NONESalahuddin mengulas kenyataan Razaleigh baru-baru ini bahawa beliau akan bertanding di kerusi Parlimen yang dipegangnya sejak pilihan raya umum 1969 meskipun tidak dicalonkan oleh Umno.

"Sama ada Pakatan terima atau tidak, ia tidak Ku Li bertanding di bawah Pakatan Rakyat, saya tidak boleh putuskan. Perkara ini perlu persetujuan semua (parti yang bergabung dalam Pakatan, iaitu PAS, PKR dan DAP).
 
"Saya percaya sekiranya beliau menyatakan hasrat itu, kita (Pkatan) sedia berbincang,” katanya dipetik akhbar Sinar Harian, hari ini, sambil menambah bahawa bekas menteri kewangan itu masih relevan dalam landskap politik semasa.

Razaleigh, yang lebih dikenali sebagai Ku Li, baru-baru ini memberitahu media bahawa hanya rakyat dapat membuat keputusan berhubung kerjaya politik beliau.

NONESebelum ini, ada ura-ura bahawa putera Kelantan itu tidak akan dicalonkan semula kerana beliau didakwa sebagai lantang membidas BN, khususnya Umno.

Bagaimanapun akhbar milik parti itu, Utusan Malaysia dalam satu laporan pada bulan lalu melaporkan Pengerusi BN Kelantan Tan Sri Annuar Musa mengesahkan bahawa Ku Li antara 16 muka lama yang akan dicalonkan semula pada pilihan raya umum akan datang.







Read rest of entry

Sunday, 3 April 2011

"POLITIK LONGKANG" CIPTAAN UMNO JIJIK, HINA, MAKAN DIRI...YAKIN RAKYAT TOLAK , Kata Ku Li

<><><> 
   
KUALA LUMPUR, 2 Apr: Vateran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah turut menyelar pihak yang menggunakan video lucah sebagai senjata politik menyerang pihak lawan.

Mengulas isu yang sedang memangsakan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tengku Razaeligh yang lebih dikenali 'Ku Li' berkata, tindakan tersebut bukan sahaja keji dan jijik malah ianya bukan budaya Melayu apatah lagi ianya bercanggah dengan ajaran Islam.

"Rakyat Malaysia punya tamadun dan budaya yang baik, kenapa kita hendak ikut budaya tak baik' kata Ku Li.

"Apatah lagi bagi orang Melayu Islam, tak patut kita lakukan benda yang jijik yang dipandang rendah oleh orang. (Apa guna) kita buat perkara yang hina di sisi masyarakat," tegas beliau dalam temubual dengan TV Selangor.

Bagaimanapun, beliau yang juga mantan Naib Presiden Umno, yakin cubaan untuk memburukkan Anwar dengan taktik itu tidak akan berhasil memandangkan kaedah hampir sama diguna terhadap Ketua Umum PKR itu pada tahun 1998, namun gagal.

Pihak yang bertanggungjawab terhadap video itu juga katanya sebenarnya mengamalkan 'politik longkang' dan telah tersalah langkah kerana orang Melayu Islam tidak boleh menerima tuduhan sebegitu apatah lagi ianya didedahkan dengan penuh persoalan yang tidak dijawab.

"Saya tak fikir rakyat terima hal (video seks) ini. Kalau tengok kes Anwar yang pertama tahun 1998, rakyat tidak terima. Usung tilam, bantal semua, tak ada orang terima. Saya masih ingat semasa saya adakan majlis dialog di Gua Musang. Orang cakap. Ni Melayu ke ni? Malulah," kata beliau.

"Saya rasa (video seks) ini salah langkah. Jika berpolitik sebegini, kalau kita menang pun, tidak ada maruah, tidak ada nilai, jadi tidak guna kita menang pun kalau kita guna cara buruk dan keji untuk mendapat tempat. Saya rasa rakyat pun tak dapat terima dengan baik," tegas beliau.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar membuat pengumuman mengejutkan apabila mengisytiharkan video itu adalah tulen namun tidak mengulas sama ada pelakunya dikenal pasti.
P/s. Ku Li berani berkata benar sebab dia tak pernah bua kerja terkutuk macam dalam video itu. Kita ingin mencabar semua Menteri Umno dan BN, semua pemimpin Umno dan BN yang tidak pernah buat lakonan dalam video tersebut, maka keluarkanlah kenyataan seperti Ku Li ini jika anda seorang yang benar dan suci. Jika anda tidak berani, maka kamu adakah sama juga pernah terlibat dengan skandal tersebut atau lebih teruk dari itu? Jawablah cabaran ini semua pimpinan Umno dan BN!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Read rest of entry

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online