www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Monday, 5 March 2012

UMNO TAK CALON KU LI DALAM PRU13 DI PARLIMEN GUA MUSANG, SEBAB APA?



Pakatan Rakyat sedia berunding dengan ahli veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah jika beliau berhasrat bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Gua Musang yang dipegangnya atas tiket Pakatan Rakyat, kata naib presiden PAS, Salahuddin Ayub.

NONESalahuddin mengulas kenyataan Razaleigh baru-baru ini bahawa beliau akan bertanding di kerusi Parlimen yang dipegangnya sejak pilihan raya umum 1969 meskipun tidak dicalonkan oleh Umno.

"Sama ada Pakatan terima atau tidak, ia tidak Ku Li bertanding di bawah Pakatan Rakyat, saya tidak boleh putuskan. Perkara ini perlu persetujuan semua (parti yang bergabung dalam Pakatan, iaitu PAS, PKR dan DAP).
 
"Saya percaya sekiranya beliau menyatakan hasrat itu, kita (Pkatan) sedia berbincang,” katanya dipetik akhbar Sinar Harian, hari ini, sambil menambah bahawa bekas menteri kewangan itu masih relevan dalam landskap politik semasa.

Razaleigh, yang lebih dikenali sebagai Ku Li, baru-baru ini memberitahu media bahawa hanya rakyat dapat membuat keputusan berhubung kerjaya politik beliau.

NONESebelum ini, ada ura-ura bahawa putera Kelantan itu tidak akan dicalonkan semula kerana beliau didakwa sebagai lantang membidas BN, khususnya Umno.

Bagaimanapun akhbar milik parti itu, Utusan Malaysia dalam satu laporan pada bulan lalu melaporkan Pengerusi BN Kelantan Tan Sri Annuar Musa mengesahkan bahawa Ku Li antara 16 muka lama yang akan dicalonkan semula pada pilihan raya umum akan datang.







0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 
There was an error in this gadget

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online