www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Showing posts with label KHALWAT. Show all posts
Showing posts with label KHALWAT. Show all posts

Tuesday, 28 February 2012

KES KHALWAT DR.BADRUL AMIN SAH FITNAH. SILA TEKA SIAPA DALANGNYA?


Wanita yang didakwa terbabit dalam kes khalwat dengan Pengarah Penerangan kerajaan negeri Selangor, Dr Badrulamin Bahron memfailkan tuntutan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Rompin, semalam.


Menurut akhbar Sinar Harian, hari ini, wanita itu juga membuat penafian bahawa beliau berkhalwat dengan pemimpin PKR berkenaan dan tidak berada dalam bilik yang sama.



“Fitnah! Saya tidak berkhalwat. Saya tidak lakukan perbuatan itu!



“Saya tidak berada dalam satu bilik dengan ustaz (Badrulamin).Orang fitnah saya berniat jahat. Tidak bertanggungjawab!” katanya dipetik akhbar itu. 



Semalam, wanita berusia 28 tahun itu dari Kolej Komuniti Rompin hadir di mahkamah bagi sebutan kesnya di hadapan Hakim Syarie, Abu Kassim Pilus.



Katanya, kerana tindakan khianat itu, Badrulamin bukan sahaja dikurung, malah dibelasah di biliknya oleh pihak yang mahu memerangkapnya.



“Saya pergi menemui ustaz Badrulamin atas tujuan mahu melarikan diri daripada suami, bersama anak saya yang berusia dua tahun. Saya bimbang keselamatan kami terancam.



“Saya sudah puas berusaha dan tidak mampu lagi menanggung segala bebanan ini,” rintihnya kepada Sinar Harian.



Sabtu lalu, media arus perdana milik BN, termasuk agensi Bernama melaporkan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menangkap seorang pemimpin PKR kerana disyaki berkhalwat dengan seorang wanita berstatus isteri orang di sebuah hotel di Balok di Kuantan.



Badrulamin kebetulan berada di Kuantan untuk temurapat atau permukiman PKR pada hujung minggu lalu.



Menurut wanita itu lagi, beliau memang kenal rapat dengan Badrulamin dan isterinya, Zumrah Husni, sejak beliau mengikuti rombongan umrah yang dikendalikan pemimpin itu pada 1 Mei tahun lalu dan mereka sering berhubung antara satu sama lain.



“Ustaz pun ada datang ke sini (Rompin) dan saya juga mengenali rapat isteri beliau. Malah isterinya juga menasihatkan saya supaya bersabar menghadapi kes fitnah ini.



“Saya juga kesal dengan sikap segelintir masyarakat yang menuding jari tanpa beri kami peluang untuk bela diri, sedangkan kes ini belum diputuskan di mahkamah,” katanya.



Menurut wanita itu, beliau nekad mengemukakan tuntutan cerai kerana kemelut rumah tangganya  gagal diselesaikan di sebalik pelbagai usaha.



“Itulah jalan penyelesaian terbaik bagi memastikan keselamatan dan masa depan saya serta anak terbela,” katanya.


Sebelum ini, Badrulamin juga menafikan dakwaan khalwat itu dan berkata beliau khuatir kes itu akan dijadikan permainan politik kotor oleh Umno.

www.malaysiakini.com


Read rest of entry

Monday, 27 February 2012

UMNO TERLIBAT? KES KHALWAT DR.BADRUL AMIN, BAGI KETERANGAN DI JAIP 3 PTG INI.


PETALING JAYA: Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Badrulamin Bahron mendakwa insiden beliau ditangkap khalwat dengan seorang wanita bersuami pada Sabtu lalu merupakan perangkap terancang yang didalangi Umno.
Malah menurut beliau, suami wanita berkenaan yang dikenali sebagai Faizal turut terlibat dalam usaha menganiaya dan menghancurkan karier politiknya.
"Faizal yang merupakan suami kepada wanita berkenaan dipercayai terlibat dalam rancangan untuk memerangkap saya.
"Malah saya diberitahu oleh bapa wanita itu bahawa seorang pemimpin Umno menghubungi dia bagi mendapatkan nombor telefon bimbit Faizal. Jadi saya percaya semua ini ada pertalian dan hubung kait bagi memerangkap saya," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Isnin.
Pada Ahad Badrulamin tampil menafikan bahawa beliau ditangkap khalwat bersama seorang wanita berstatus isteri orang oleh Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) pada awal pagi Sabtu di sebuah hotel di Balok..
Malah Badrulamin mendakwa kejadian berkenaan merupakan tindakan terancang pihak tertentu untuk memerangkap dan mengaibkan beliau.
Dalam pada itu ditanya kemungkinan peragkap yang dimaksudnya itu didalangi oleh ahli PKR dan penyokong pembangkang sendiri, Badrulamin menolak perkara berkenaan.
"Saya tak fikir rakan-rakan saya terlibat. Saya yakin dalam perjuangan kami bersama, mereka tidak akan khinati saya," katanya.
Pada pukul 3 petang ini Badrulamin akan hadir ke pejabat Jaip ditemani peguamnya, Ahmad Nizam Hamid bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2012/2/27/mstar_berita/20120227142812&sec=mstar_berita



JAIP Nafi Timbalan Pengarahnya Buat Kenyataan Dr.Badrulamin Di Tangkap Seperti Di Dakwa Media

KUANTAN, 27 Feb - Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) hari ini menafikan bahawa Timbalan Pengarahnya, Dato' Hj.Mohd Ghazali Abd Aziz (foto) ada membuat kenyataan terhadap penangkapan tokoh agama dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Keadilan Rakyat,Dr.Badrulamin Bahron di Hotel Swiss Garden Resort pada 25 Februari lalu. 

"Apa yang berlaku adalah salah faham dan kenyataannya yang telah dimanilulasi oleh pihak media. Beliau 9Dato' Hj Mohd Ghazali) telah dicaci dan dihina oleh ramai pihak kononnya JAIP yang merancang tangkapan terbabit. Sebenarnya beliau hanya mengesahkan yang pihak JAIP telah melakukan operasi ketika kejadian tersebut. Operasi biasa dijalankan selepas mendapat aduan daripada orang awam. Tidak ada unsur tangkapan seperti yang didakwa. Cuma, kedua-dua tertuduh dibawa ke pejabat JAIP pegawai berkenaan untuk diambil maklumat berkaitan. Mereka kemudian diarahkan ke Pejabat JAIP hari ini untuk diambil keterangan selanjutnya", kata sumber JAIP hari ini. 
Oleh itu, beliau menyeru semua pihak agar tidak membuat tuduhan yang bukan-bukan serta tidak berasas kepada JAIP atas kontroversi ini. "Sebagai jabatan yang bertanggungjawab dalam hal itu, sudah semestinya JAIP akan menjalankan operasi bila mendapat aduan dari orang awam. Sama ada ada kes atau tidak itu terletak kepada bahagian pendakwaan. Memang benar ketika pegawai JAIP tiba, Ustaz Badrulamin berada di dalam bilik dan wanita yang didakwa itu berada diluar bersama anaknya. Namun persoalannya, di mana pasangan terbabit berada ketika suami wanita itu datang menyerbu?. Saya difahamkan, beliau yang menempah bilik lain untuk wanita terbabit. Soalnya, kenapa perlu dia timbulkan fitnah sedangkan dia tahu musibah yang lebih besar seperti sekarang akan terjadi. Apapun, biarlah pihak JAIP menyiasat perkara ini berdasarkan peruntukan undang-undang yang ada pada kami", kata sumber itu lagi.

 
Read rest of entry

Sunday, 1 May 2011

PELAJAR IPTA MASIH BERBOGEL DITANGKAP KHALWAT. BARU KENAL SEHARI

GEORGETOWN: Biarpun baru sehari mengenali seorang lelaki, kesanggupan si gadis mengikut temannya menjadi detik malang apabila ditahan kerana disyaki berkhalwat di sebuah hotel di Jalan Tanjung Tokong, di sini, awal pagi semalam.

Lebih mengejutkan, gadis berusia 23 tahun yang dipercayai penuntut sebuah institusi pengajian tinggi dekat sini, ditemui berdiri keadaan berbogel di penjuru bilik ketika pemeriksaan.

Pasangannya pula yang juga jurugambar bebas berusia 23 tahun didapati berseluar panjang denim tanpa baju.

Ketika pemeriksaan dilakukan jam 1.30 pagi, pasangan berkenaan dipercayai menyewa sebuah bilik dantidak membuat pendaftaran masuk dipercayai bagi mengelak kehadiran mereka dikesan pihak berkuasa.

Bagaimanapun, sebuah motosikal yang diletakkan di luar perkarangan hotel berjaya membongkar segala aktiviti maksiat mereka sebelum pemeriksaan menyeluruh dilakukan di hotel.

Ketika pemeriksaan di bilik berkenaan, turut ditemui sehelai baju dan seluar dalam milik gadis itu di atas sofa dan ia dirampas untuk dijadikan barang kes.

Pasangan itu antara 10 pasangan berusia 20 hingga 30-an yang ditahan sepasukan 16 pegawai penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) dalam operasi itu.Operasi itu juga merangkumi beberapa lokasi ‘panas’, termasuk Persisiran Pantai Sungai Pinang, Pantai Seagate dan Pantai Queensbay serta beberapa hotel sekitar Gelugor, Jalan Tengku Kudin dan Jalan Tanjung Tokong.


Menurut Khairul Azman, tujuh pasangan ditahan kerana kesalahan berkhalwat manakala tiga lagi pasangan ditahan kerana berkelakuan kurang sopan atau tidak senonoh di tempat awam.

“Semua yang ditahan dibawa ke Pejabat JHEAIPP untuk tindakan selanjutnya, termasuk membuat laporan tangkapan di Balai Polis Lebuh Pantai,” katanya

Operasi diketuai Ketua Unit Operasi JHEAIPP, Khairul Azman Azizan, bermula jam 10 malam hingga 7 pagi itu dibantu sepasukan 13 pegawai penguat kuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) Pulau Pinang.


Read rest of entry

Thursday, 21 April 2011

MENTERI KATA TANGKAPAN KHALWAT TKSU KONSPIRASI LIM GUAN ENG...Kelakar Giler..Memang Giler Bro.....

Kelakar giler bila baca kenyataan Menteri KBS Datuk Ahmad Shabery Chik, tak pasai-pasai tuduh Ketua Menteri Pualau Pinang ,Lim Guang Eng sebagai perancang konspirasi sehingga tertangkap pegawai bawahannya kerana khalwat atau berkesedudukan di sebuah hotel di negeri DAP. Menteri Melayu tuduh orang Cina pasang perangkap......kelakar giler bro. Bacalah kenyataan Menteri tersebut, tak payah ulas pun sebab memang kelakar giler-giler............

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak bercadang mengambil tindakan tata tertib atau disiplin terhadap Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) kementerian itu, Datuk Salim Parlan, 51, yang didakwa di Mahkamah Rendah Syariah atas tuduhan berkhalwat Isnin lalu kerana ia disifatkan sebagai isu peribadi.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, berkata beliau menganggap kes terbabit lebih bersifat peribadi dan tidak melanggar undang-undang atau peraturan dalam perjawatan Salim.

Malah, katanya, beliau juga difahamkan bahawa sebenarnya Salim sudah berkahwin dengan pasangannya, Nur Diayana Norslan, 29, yang ditangkap khalwat namun mereka belum mendaftarkan perkahwinan terbabit.

"Saya tidak tahulah sekiranya ada konspirasi di sebalik penangkapan beliau (Salim) kerana dulu kerajaan Pulau Pinang ini cukup marah jika ada pencerobohan terhadap kehidupan peribadi seseorang tetapi saya terkejut di Pulau Pinang pula mereka melancarkan gerakan seperti itu.

"Dulu, jika ketua pembangkang dikaitkan (dengan skandal seks) mereka marah kepada orang lain. Saya tidak mempersoalkan sesiapa dalam hal ini.

"Namun, saya rasa Lim Guan Eng (Ketua Menteri Pulau Pinang) kena ambil pendekatan sama," katanya.

Isnin lalu, kes Salim disebut di Mahkamah Rendah Syariah Timur Laut, Pulau Pinang selepas ditangkap dengan Nur Diayana di sebuah bilik hotel di Batu Feringgi, pada 16 April lalu.

Bagaimanapun, Salim dan pasangannya, Nur Diayana, mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan secara berasingan di depan Hakim Syarie Nik Bukhari Hashimy Nik Yahaya
Read rest of entry

Tuesday, 19 April 2011

TERKINI : BICARA KHALWAT PEGAWAI KANAN KERAJAAN BERPANGKAT DATUK KSU KBS

GEORGETOWN: Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Salim Parlan, 51, mengaku tidak bersalah atas tuduhan berkhalwat bersama seorang wanita di sebuah hotel di Batu Feringghi, Sabtu lalu.

Nur Diayana Norslan, 29 , juga tidak mengaku bersalah ke atas pertuduhan yang sama.

Kedua-duanya didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Timur Laut,di sini, sebentar tadi.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 27 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996, manakala Seksyen 27 (b) enakmen sama.

Hakim, Nik Bukhari Hashimy Nik Yahya menetapkan 20 Jun depan untuk sebutan semula kes berkenaan




Berita sebelumnya.

Seorang pegawai kanan sebuah kementerian berpangkat Datuk ditangkap khalwat bersama pembantunya berusia 28 tahun di sebuah hotel terkemuka di Batu Feringghi, di sini, awal pagi semalam.

Pegawai berusia 51 tahun itu ditahan bersama wanita terbabit dipercayai kerana bersekedudukan di bilik di hotel dalam keadaan mencurigakan.

Mereka ditahan dua penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) serta seorang polis yang melakukan intipan beberapa jam sebelum serbuan.

Pasangan terbabit dibawa secara berasingan ke Balai Polis Batu Feringghi.

Pegawai kanan itu menggunakan laluan pantai terletak di belakang hotel bagi mengelak diserbu petugas media yang menunggu hampir dua jam.

Pegawai kanan berkenaan mengenakan kemeja T merah manakala pasangannya pula berkemeja T putih dan kedua-duanya memakai seluar jeans ketika dibawa ke Balai Polis Batu Feringghi kira-kira 300 meter dari hotel berkenaan.

Difahamkan, siasatan dibuat mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 dan jika disabitkan kesalahan, kedua-duanya boleh didenda tidak kurang maksimum RM1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Pengarah JHEAIPP, Sazali Hussein ketika dihubungi Berita Minggu, mengesahkan penahanan pegawai kanan sebuah kementerian berjawatan Timbalan Ketua Setiausaha kerana dipercayai berkhalwat.

Pegawai kanan itu pernah memegang jawatan tinggi di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selama lima tahun sebelum dinaikkan pangkat ke jawatannya kini sejak 21 Ogos tahun lalu.


Read rest of entry

Monday, 18 April 2011

MEMALUKAN DATUK KSU DITANGKAP BERKHALWAT DI P.PINANG. KENAPA TAK BUAT PROJEK DI SERI CARCOSA?


(Gambar Hiasan)
 
Sungguh memalukan apabila seorang pegawai kanan kerajaan Najib yang berpusat di Putrajaya ditangkap berkhalwat di negeri Pulau Pinang yang ditadbir oleh DAP. Mereka ingat Pulang Pinang sebagai "port" selamat kerana ia diperintah oleh bukan Islam. Tapi ternyata undang-undang tidak mengenal pangkat dan rupa. Kita ingin mendengar pandangan CUEPACS berkenaan isu ini.

Sebelum ini seorang berpangkat Hakim Mahkamah Syariah juga ditangkap kerana berkhalwat di Pulau Pinang. Semua orang berpangkat besar membuat maksiat di Pulau Pinang. Kenapa tak pergi buat maksiat di Hotel Seri Carcosa? Mesti Rahim Thamby Chik sudah menyediakan pita perakam untuk anda.

Seorang Timbalan Ketua Setiausaha di sebuah kementerian ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) kerana berkhalwat di sebuah bilik hotel di Batu Feringghi, di sini, awal pagi ini.

Beliau yang berusia 51 tahun dan bergelar Datuk sebelum ini pernah berkhidmat di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum dinaikkan pangkat ke kementerian berkenaan hujung tahun lalu.

Beliau bersama pasangannya ditahan sepasukan anggota JHEAIPP dan polis dalam satu operasi cegah maksiat kira-kira pukul 4 pagi, hasil maklumat orang ramai.

Difahamkan, pasangannya yang berusia 28 tahun merupakan bekas pembantu peribadinya.
Pasangan berkenaan kemudian dibawa ke Balai Polis Batu Feringghi untuk diambil keterangan.

Pengarah JHEAIPP, Sazali Hussein ketika dihubungi Mingguan Malaysia mengesahkan penahanan itu, namun enggan mengulas lanjut kerana kes masih disiasat.

Katanya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996.
Read rest of entry

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online