www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Tuesday, 19 April 2011

TERKINI : BICARA KHALWAT PEGAWAI KANAN KERAJAAN BERPANGKAT DATUK KSU KBS

GEORGETOWN: Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Salim Parlan, 51, mengaku tidak bersalah atas tuduhan berkhalwat bersama seorang wanita di sebuah hotel di Batu Feringghi, Sabtu lalu.

Nur Diayana Norslan, 29 , juga tidak mengaku bersalah ke atas pertuduhan yang sama.

Kedua-duanya didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Timur Laut,di sini, sebentar tadi.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 27 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996, manakala Seksyen 27 (b) enakmen sama.

Hakim, Nik Bukhari Hashimy Nik Yahya menetapkan 20 Jun depan untuk sebutan semula kes berkenaan




Berita sebelumnya.

Seorang pegawai kanan sebuah kementerian berpangkat Datuk ditangkap khalwat bersama pembantunya berusia 28 tahun di sebuah hotel terkemuka di Batu Feringghi, di sini, awal pagi semalam.

Pegawai berusia 51 tahun itu ditahan bersama wanita terbabit dipercayai kerana bersekedudukan di bilik di hotel dalam keadaan mencurigakan.

Mereka ditahan dua penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) serta seorang polis yang melakukan intipan beberapa jam sebelum serbuan.

Pasangan terbabit dibawa secara berasingan ke Balai Polis Batu Feringghi.

Pegawai kanan itu menggunakan laluan pantai terletak di belakang hotel bagi mengelak diserbu petugas media yang menunggu hampir dua jam.

Pegawai kanan berkenaan mengenakan kemeja T merah manakala pasangannya pula berkemeja T putih dan kedua-duanya memakai seluar jeans ketika dibawa ke Balai Polis Batu Feringghi kira-kira 300 meter dari hotel berkenaan.

Difahamkan, siasatan dibuat mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 dan jika disabitkan kesalahan, kedua-duanya boleh didenda tidak kurang maksimum RM1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Pengarah JHEAIPP, Sazali Hussein ketika dihubungi Berita Minggu, mengesahkan penahanan pegawai kanan sebuah kementerian berjawatan Timbalan Ketua Setiausaha kerana dipercayai berkhalwat.

Pegawai kanan itu pernah memegang jawatan tinggi di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selama lima tahun sebelum dinaikkan pangkat ke jawatannya kini sejak 21 Ogos tahun lalu.


0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online