SHAH ALAM – Kepimpinan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang masih diperlukan.
Itu kenyataan daripada dua orang kuat parti itu, Naib Presiden, Salahuddin Ayub, Ketua Ulama, Datuk Dr Harun Taib dan Ketua Muslimat, Nuridah Salleh.
Salahuddin berkata, pencalonan oleh Pas Kawasan Bukit Bintang untuk Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa mencabar Abdul Hadi merebut jawatan Presiden bukan bermakna ahli Pas sudah menolak kepimpinan bekas Menteri Besar Terengganu itu.
“Kita tak boleh jadikan itu ukuran. Itu hanya pencalonan, proses biasa dalam demokrasi,” katanya.
Salahuddin berk:ata, beliau tidak bersetuju dengan pandangan kononnya Abdul Hadi liabiliti kepada Pas.
“Kenyataan seperti itu adalah cabaran bagi ahli Pas untuk memperkukuhkan parti. Kita tak boleh terima pemimpin kita dikata liabliti kerana sebagai ahli yang bersamanya dalam jemaah, kita sendiri yang tahu menilai kepimpinan Abdul Hadi,” katanya.
Sementara itu, Harun berkata, kepimpinan Abdul Hadi telah berjaya membawa pelbagai pembaharuan kepada parti.
“Ini dapat dilihat apabila Pas berjaya membawa berbilang bangsa dan agama menyertai parti. Abdul Hadi perlu kekal sebagai Presiden sehingga beberapa tahun lagi untuk meningkatkan prestasi parti,” katanya
Bagi Nuridah pula, tanggungjawab mendukung perjuangan parti bukan hanya terletak di bahu Presiden semata-mata.
“Ini memerlukan komitmen semua pihak. Saya berpendapat, Abdul Hadi masih relevan sebagai presiden berdasarkan kepimpinannya selama ini,” katanya.
Friday, 22 April 2011
TG.ABD.HADI PERLU KEKAL TERJAUI PAS , KATA SALAHUDDIN AYUB
,
Author: tukartayarbaru
|
Filed Under:
MUKTAMAR PAS 2011
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Analisis Isu kemewahan hidup isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hangat kembali dan terkini isu perbelanjaa...
-
Isu video panas Khairy Jamaluddin yang juga Ketua Pemuda Umno kini menjadi bualan ramai. Banyak pihak yang ingin menontonnya untuk melihat k...
-
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak perdana menteri ekoran kenyataanya bahawa "mencari kebenaran" adalah pali...
-
SENARAI MENTERI BN YANG MELANCONG KE SARAWAK MINGGU INI. SILA TANDAKAN (X) JIKA ANDA MENEMUI MEREKA DI SARAWAK PADA 15 DAN 16 APRIL 20...
-
Sah, Tan Sri Abdul Taib Mahmud melarikan diri sebentar tadi. Perkara ini amat memeranjatkan PM Najib yang pastinya tidak dapat menghalang p...
-
GENTING HIGHLANDS 21 Ogos - Jumlah korban dalam nahas bas terjunam ke gaung ketika dalam perjalanan dari Genting Highlands ke Kuala Lumpur ...
-
Kelantan dijangka menerima Raja Perempuan setelah Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, memberi gambaran bahawa baginda bakal berkahwin. Titah...
0 comments:
Post a Comment