www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Wednesday 20 April 2011

ALI RUSTAM BUKAN ANAK JANTAN.... RATUSAN JUTA HANGUS TAPI SALAHKAN ORANG LAIN

Ali Rustam memang bukan anak jantan. Dia yang salah tapi salahkan orang lain. Ratusan juta duit rakyat Melaka hangus kerana kegagalan projek LTAM, dia senang-senang je nak salahkan pegawai bawahan beliau. Anak jantan bukan begini cara bersilatnya. Anak jantan bersifat berani buat berani tanggung. Kenapa Ali tidak mahu jadi anak jantan?

Lihat masa dia dilarang bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno kerana didapati rasuah oleh lembaga disiplin Umno. Ali dok goyang kaki sahaja, semua penyokong beliau berhasrat nak berdemo serta membantah keputusan lembaga disiplin, tetapi Ali Rustam dengan nasihat Idris Haron yang kurang cerdik tu meminta penyokongnya agar bersabar. Kenapa tak berani lawan? Sebab Ali bukan anak jantan?

Lihat kenyataan akhbar Ali semalam, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam mengakui operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) tidak mendapat sambutan.

Beliau yang mempersalahkan Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) berkata kesan kini LTAM yang terletak di Batu Berendam kelihatan sunyi sepi berikutan kekurangan aktiviti penerbangan dijalankan di situ.

"Saya rasa kesal dan kecewa terhadap agensi pelancongan terbabit kerana tidak menjalankan promosi terhadap LTAM sehingga lapangan terbang ini tidak mendapat sambutan.

"Kita tidak boleh tunggu kerajaan negeri sahaja berusaha menjalankan promosi dan kegiatan lain bagi menarik pengguna untuk gunakankemudahan di LTAM," katanya.


Bahagian Promosi Pelancongan di bawah Jabatan Ketua Menteri Melaka. Ketua Menteri ialah Ali Rustam. Kenapa Ali nak salahkan Ketua Jabatan BPP? Siapa "boss" BPP? Ali Rustam ni memang suka nak salahkan orang lain untuk menutup kelemahan diri sendiri.

Kalau Ali anak jantan, sila pecat Ketua Jabatan. Kalau kurang sedikit nak jadi anak jantan sila tukarkan pegawai tersebut. Jika memang bukan anak jantan, Ali takkan buat apa-apa pun. Sebab semua orang dibawah Ali juga akan menjadi bukan jantan bila boss mereka juga sudah menjadi bukan anak jantan. Anak siapa?

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online