www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Tuesday, 19 April 2011

MAJU KE MELAKA NI??? SEKOLAH DI SERKAM UZUR TAKDE KANTIN,BUMBUNG BOCOR.

SERKAM: Jika dipandang dari luar, Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil Ladang Serkam, di sini, memang tidak nampak sebarang kekurangan, tetapi selepas melangkah masuk, banyak kekurangan yang selama ini tidak diketahui umum.

Bukan saja masalah membabitkan kemudahan murid seperti kerusi dan meja yang tidak mencukupi, malah infrastruktur lain termasuk keadaan bangunan yang uzur, tentunya mengundang bahaya khususnya kepada murid dan guru.

Bukan itu saja, bangunan setingkat yang dibina sejak 30 tahun lalu itu turut bocor di bahagian bumbung di setiap kelas dan apabila hujan, pembelajaran murid terganggu hingga memaksa mereka berpindah ke kelas lebih selamat.

Justeru, penduduk di kawasan berkenaan memohon kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran mengambil perhatian terhadap masalah yang dialami murid dan guru sekolah terbabit.

Timbalan Ketua MIC Jasin, S Sinniah, 63, berkata masalah berkenaan sudah lama berlaku dan sehingga kini masih belum mendapat perhatian serius daripada kementerian.


GHAZALE (tiga dari kiri) meninjau keadaan murid dan bangunan  Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Serkam. - Foto Rasul Azli Samad


“Masalah paling ketara ialah dinding bilik darjah yang semakin uzur, di samping bumbung yang berlubang, sekali gus membantutkan sedikit minat guru untuk mendidik murid yang majoritinya penduduk di ladang kelapa sawit itu.

“Lebih menyedihkan, sejak sekolah itu wujud hingga kini, tidak pernah mempunyai kantin dan murid terpaksa makan di ruang makan yang kecil dan sempit.

“Saya simpati dengan keadaan itu, walaupun ada kerja penambahbaikan di sekolah itu sebelum ini, tetapi ia belum memuaskan hati guru serta murid,” katanya kepada Sentral.

Sinniah berkata, pihaknya berterima kasih kepada Jabatan Pelajaran Negeri yang banyak menyalurkan peruntukan membaik pulih beberapa kerosakan bangunan sebelum ini, tetapi keadaan daif menyebabkan kerosakan dibaiki berulang.


http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Sentral_Sekolah_hujan_/Article

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 
There was an error in this gadget

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online