SHAH ALAM – Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) akan melancarkan gerakan ‘1Melayu, 1Bumi’ untuk menyatupadukan masyarakat Melayu tanpa mengira fahaman politik.
Setiausaha Agungnya, Syed Hassan Syed Ali berkata, tujuan program itu bagi mengingatkan kaum majoriti negara itu supaya kekal berkuasa dalam politik dan ekonomi negara.
“Ini adalah masanya masyarakat Melayu bergabung dan bersatu kerana politik Melayu sudah semakin terhakis terutama kalangan Pakatan Rakyat.
“Pelancaran ini akan diadakan sempena Perhimpunan Melayu Perkasa kali ketiga di Stadium Sultan Abdul Halim Kedah pada 30 April depan,” katanya semalam.
Beliau berkata, masyarakat Cina sudah semakin hilang kepercayaan kepada kerajaan dengan beralih undi dan sokongan kepada parti pembangkang seperti DAP.
"Mereka (kaum Cina) menguasai ekonomi sekian lama dan kini dilihat cuba menguasai politik negara.
“Justeru, masyarakat Melayu perlu bersatu untuk membuktikan hak kita dalam politik dan memimpin negara ini,” katanya.
Katanya, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak turut dijemput dalam program tersebut.
“Sesiapa sahaja boleh menyertai gerakan ini tanpa mengira fahaman politik kerana apa yang diperjuangkan adalah hak Melayu semata-mata,” katanya

0 comments:
Post a Comment