www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Saturday 23 April 2011

SEBAB GAJAH LIAR ROSAKKAN MASJID DI TEMERLOH

Sumber pendapatan kira-kira 300 penduduk Kampung Jeram Landak, Jerantut terjejas apabila mereka tidak berani keluar menoreh getah berikutan bimbang diserang sekumpulan gajah liar sejak beberapa hari lalu.

Lebih membimbangkan, sekumpulan kira-kira lima ekor gajah liar itu semakin berani sehingga memasuki pekarangan masjid dan memusnahkan bahagian dapur rumah ibadat itu malam semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Jeram Landak, Isa Mohd. Yusoff mendakwa, kumpulan gajah itu memusnahkan peralatan memasak termasuk pinggan mangkuk di masjid tersebut.

''Ancaman gajah liar menceroboh kawasan kebun penduduk telah beberapa kali berlaku sebelum ini tetapi kali ini haiwan itu bertindak lebih ganas apabila menceroboh kawasan masjid.

''Penduduk takut ke kebun untuk menoreh getah dalam dua atau tiga hari ini kerana bimbang bertembung haiwan tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Isa, pegawai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) sedang memburu dan menghalau haiwan itu ke dalam hutan di seberang sungai kampung tersebut hari ini.

Katanya, penduduk berharap, Perhilitan dapat menangkap dan memindahkan haiwan itu kerana ia boleh mengancam keselamatan penduduk.

''Kami berterima kasih kerana kecekapan anggota Perhilitan mengambil tindakan pantas menghalau haiwan itu ke dalam hutan semula," ujarnya.

Dia percaya haiwan itu kini berada di kawasan habitatnya di seberang Sungai Jelai berhampiran kampung itu

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online