www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Tuesday 19 April 2011

GADIS SEKSI UNTUK SISWA. LOKASI : MELAKA MAJU...Saksikan jika anda berani

MELAKA: Beberapa pengusaha pusat hiburan di negeri ini didapati bertindak melampau bagi menarik pengunjung di kalangan penuntut institut pengajian tinggi (IPT) apabila menyediakan program khusus untuk golongan itu dinamakan ‘parti pakaian seragam kolej.’

Ketua Ahli Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Mohd Yusof Hassan, yang mendedahkan perkara itu berkata tindakan itu terbukti selepas pihaknya menerima aduan berdasarkan kain rentang yang mempromosi aktiviti berkenaan.

 

Mohd Yusof berkata, berdasarkan maklumat pada kain rentang berkenaan, penganjur menyediakan lebih 50 gadis seksi kepada pengunjung lelaki sebagai daya tarikan.

“Malah, mereka juga turut menyediakan persembahan tarian seksi dan pertunjukan pentas oleh kumpulan muzik.

“Memang jelas parti dianjurkan itu sengaja mahu menarik pengunjung terutama membabitkan golongan pelajar untuk mereka berhibur.

Apa yang saya tak puas hati mengapa mereka menggunakan perkataan kolej, seolah-olah sengaja mahu menarik golongan muda berkenaan untuk menyertai parti berkenaan,” katanya, di sini, semalam.



P/S. KENAPA NEGERI MELAKA SEMAKIN TERUK DENGAN MAKSIAT? PATUTLAH aLI rUSTAM MENUBUHKAN SEKOLAH HARAPAN UNTUK GADIS-GADIS MENGANDUNG, RUPA-RUPANYA MELAKA DAH JADI PUSAT MAKSIAT ANAK REMAJA MASA KINI. BERTINDAKLAH SEGERA SELAMATKAN ANAK-ANAK KITA.


  

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online