www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Wednesday 20 April 2011

RUPANYA RESTORAN INI TAWAR PELACUR PATUTLAH RAMAI ORANG. DI MANA TU?

Rahsia sebuah restoran di sini yang popular dan sentiasa dipenuhi pengunjung lelaki akhirnya terbongkar apabila serbuan polis mendapati pemiliknya turut menyediakan wanita memberikan khidmat seks kepada pelanggan.

Dalam serbuan kira-kira jam 8 malam kelmarin, polis turut menahan 16 wanita warga Filipina dipercayai terbabit aktiviti persundalan di restoran berkenaan.

Serbuan dilakukan sepasukan anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah Keningau diketuai Inspektor Ahmad Rizal Umar.

Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Zahari Mohamed berkata, serbuan itu dilakukan berikutan maklumat awam mengenai kewujudan gadis Filipina bekerja sebagai pelacur dan ‘call girl’ di restoran terbabit.

“Enam belas wanita warga Filipina dipercayai pelacur ditahan dan pemeriksaan mendapati mereka tidak mempunyai dokumen perjalanan atau permit kerja.

“Dalam serbuan itu juga, polis merampas lesen perniagaan restoran berkenaan daripada pemiliknya dan satu buku catatan pendapatan,” katanya pada sidang media di IPD Keningau di sini, semalam.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Restoransajipelacur/Article/index_html

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online