www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Showing posts with label ANWAR. Show all posts
Showing posts with label ANWAR. Show all posts

Tuesday, 21 February 2012

MEMALUKAN...BUKTI UMNO TAKUT BERDEBAT DENGAN ANWAR.



Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang dilaporkan berkata BN sedia berdebat, menjelaskan bahawa kenyataannya itu t idak bermaksud merealisasikan debat antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NONE“Saya bukan maksudkan sokong atau mahu realisasikan debat antara Perdana Menteri dan Anwar. Saya juga tidak rela PM buang masa berdebat kosong dengan Anwar. Banyak lagi urusan penting yang perlu beliau selesaikan.
 
“Saya sebut sebelum ini kita bersedia berdebat, tetapi bergantung kepada topik yang mahu diperdebatkan. Kita juga ada Timbalan Perdana Menteri, Naib Presiden Umno, Majlis Tertinggi Umno, Ketua Pemuda dan Ketua Wanita. Mereka juga boleh berdebat dengan pembangkang,” kata Tengku Adnan yang dipetik akhbarSinar Harian hari ini.

Ahad lalu, The Star melaporkan Tengku Adnan, sambil menyifatkan perdebatan sebagai sesuatu yang ‘sihat’ berkata parti pemerintah itu sentiasa bersedia untuk mengambil bahagian dalam perbahasan seperti mana yang dilakukan antara presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan setiausaha agung DAP Lim Guan Eng pada Sabtu lalu.

Sehubungan itu, setiausaha agung PKR Datuk Saifuddin Nasution pada sidang akhbarnya semalam, meminta Tengku Adnan berperanan sebagai orang tengah bagi mengaturkan perdebatan antara Najib dan Anwar.

NONEDalam satu lagi perkembangan, SUPP yang berpangkalan di Sarawak dilaporkan menerima cabaran debat dari DAP.

Menurut akhbar Sarawak, United Daily, presiden baru SUPP Datuk Seri Peter Chin, bersetuju menerima cabaran dari ADUN Piasau Ling Sie Kiong, tetapi beliau masih belum menerima jemputan rasmi dari wakil DAP itu.

Chin berkata bahawa Ling perlu menulis surat rasmi menyatakan topik perbahasan, penganjur dan menetapkan syart-syarat serta butiran berkaitan.
Read rest of entry

Monday, 20 February 2012

SEMUA CERAMAH ANWAR DIGANGGU BUKTI UMNO SEMAKIN NAZAK


Kereta Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan kemek dan rosak akibat terkenan balingan batu dan didakwa ditendang sekumpulan lelaki yang didakwa sebagai penyokong Umno semasa ceramahnya di kawasan Parlimen Sembrong, Johor malam semalam.

NONEMenurut Keadilan Daily Online, ceramah Anwar yang dijadualkan itu juga diganggu dengan penyokong Pakatan dilempar dengan mercun, telur, botol, Mereka juga dilontarkan dengan kata-kata kesat.

“Saya saksi di tempat kejadian,” kata seorang penyokong Pakatan, Julailey Jemadi melalui twitternya yang dipetik akhbar rasmi PKR itu.

Namun laporan itu tidak menyebut dengan jelas, jumlah mereka yang terbabit dan di mana Anwar berada semasa kejadian. Bagaimanapun ketua umum PKR itu dilaporkan tidak cedera.
Ia menyebut pimpinan PKR Johor akan membuat laporan polis dalam tempoh terdekat.

NONEParlimen Sembrong sebelum ini kenalpasti antara kubu kuat Umno dan ia diwakili oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein.

Sejak kebelakangan ini, ceramah-ceramah pembangkang dan juga pro-Pakatan seringkali diganggu dan ia dipercayai sebahagian daripada taktik menakut-nakutkan masyarakat terutama dalam usaha menguasai sokongan orang Melayu.

Pada 21 Januari lalu, perhimpunan NGO Asalkan Bukan Umno (ABU) di Jalan Kebun, Klang  terpaksa dibatalkan apabila sekumpulan belia bermotosikal menyerbu majlis itu sehingga menyebabkan seorang peserta cedera.

Pada 11 Februari lalu pula, seramai 15 aktivis pelajar terpaksa diiringi polis bagi meninggalkan Kampung Idaman, juga di Klang apabila sekali lagi kumpulan remaja bermotosikal menggangu majlis mereka yang mahu menuntut kebebasan akademik.

NONESelain dewan tempat ceramah diselerakkan dan kerusi dipecahkan, kumpulan samseng itu juga  membaling batu dan merosakkan sebuah kereta.
Ceramah Anwar di Felda Tun Ghafar di Alor Gajah, Melaka, pada petang 13 Februari lalu pula dicemari oleh kekecohan di antara penyokong PKR dan BN.
Pada kejadian itu, penyokong BN dikatakan tiba-tiba muncul dengan kira-kira 20 hingga 30 motosikal serta puluhan lagi kereta bagi mengganggu ceramah tersebut.
NONEMalah, sejurus sebelum ceramah bermula, sekumpulan penyokong Umno didakwa tellah menampar seorang lelaki ahli PKR yang cuba meletakkan bendera parti sebagai persiapan ceramah. 

Jumaat lalu, Anwar terpaksa membonceng motosikal berikutan banyak sekatan polis bagi menghalang rakyat mengikuti ceramahnya di Parlimen Pekan yang diwakili Najib.
Read rest of entry

Wednesday, 11 January 2012

INI KAWAN SETIA ANWAR. SIAPA? YAKIN ANWAR AKAN JADI PM YANG PALING HEBAT.


Ketika pemimpin BN bermegah kononnya keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membebaskan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dari tuduhan liwat II membuktikan badan kehakiman adil dan bebas, seorang bekas menteri dan veteran Umno berpandangan sebaliknya.

NONETan Sri Kadir Sheikh Fadzir yang kini timbalan presiden Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH) berkata keputusan itu "tidak cukup" untuk menepis persepsi umum yang sering mempersoalkan kebebasan nstitusi badan kehakiman dari pengaruh kerajaan.

"Ini tidak cukup... Saya harap ia permulaan yang baik, peluang keemasan untuk meletakkan sesuatu pada tempatnya supaya kita semua dapat tidur nyenyak," katanya yang juga bekas menteri pelancongan dan penerangan.

Kadir menjawab soalan berhubung laporan media arus perdana termasuk kenyataan Perdana Menteri Datuk SeriNajib Razak yang berkata keputusan mahkamah yang memutuskan Anwar tidak bersalah itu membersihkan kerajaan daripada tuduhan campur tangan dan konspirasi politik.
"Bersejarah tetapi mengejutkan"

Sambil menyifatkan keputusan itu sebagai "bersejarah tetapi mengejutkan", Kadir menegaskan ia peluang terbaik bagi memulihkan imej badan kehakiman termasuk pelantikan Ketua Hakim Tan Sri Ariffin Zakaria dilihat berpeluang untuk memperbetulkan persepsi itu.

zaki azmi interview 140911Dalam wawancara dengan Malaysiakini, Kadir berkata Ariffin tidak pernah terbabit dengan parti politik dan seorang yang ‘takut’ kepada Allah berbanding penyandang sebelum ini Tun Zaki Azmi (kiri) yang pernah menjadi penasihat undang-undang Umno.

Sebelum keputusan diumumkan, Kadir berkata beliau pergi ke kediaman Anwar dan menemaninya sehingga ke mahkamah sebagai tanda rasa simpati dan memberi sokongan kepada bekas timbalan perdana menteri itu.

Katanya lagi, sebelum keputusan diumumkan, beliau percaya 70 peratus Anwar yang juga ketua pembangkang akan dihumbankan ke penjara.
Kawan setia

"Saya adalah kawan yang setia... Dr Mahathir membuatkan saya rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kami memang berkawan rapat dan saya betul-betul kasihan kepadanya dengan apa yang berlaku kepadanya... saya simpati kepadanya dan kali ini saya benar-benar bersimpati dengannya," katanya.

NONEDitanya sama ada beliau menyokong Anwar dari sudut politik, Kadir dilihat tidak dapat menyembunyikan pujiannya terhadap tokoh politik kelahiran Kampung Cherok Tok Kun, Pulau Pinang itu.

"Saya rasa beliau mempunyai bakat kepimpinan yang hebat. Beliau boleh menjadi pemimpin negara yang hebat. Dan (sikap) beliau yang natural (semulajadi).

"Apabila beliau masuk ke kampung, apabila beliau bercakap dengan orang kampung, beliau nampak natural. Beliau tidak perlu tunjuk lagaknya. Main drama kata orang," katanya.
Berjiwa rakyat

Menganggap Anwar adalah seorang pemimpin yang berjiwa rakyat seperti pengasas negara sebelum ini, Kadir menambah kampung Anwar berdekatan dengan kampungnya - di Kulim Bandar Baharu - yang terletak kira-kira 10 kilometer.

NONE"Jadi beliau adalah pemimpin berjiwa kampung. Sebab itu jika beliau berpeluang menjadi perdana menteri, beliau menjadi perdana menteri yang hebat di mata rakyat, (sikap) semulajadinya (yang suka) mengambil berat tentang rakyat," katanya yang mengelak untuk membandingkan kepimpinan Anwar dan Najib.

Kadir, 73, adalah anak sulung kepada 12 adik beradik. Bapanya merupakan pengasas kepada Umno di Kulim Bandar Baharu.

Beliau aktif dalam politik sejak tahun 1970-an di bawah pentadbiran perdana menteri kedua Tun Abdul Razak. Pernah menjawat jawatan menteri kebudayaan, kesenian dan pelancongan pada tahun 1999 di bawah kepemimpinan Tun Mahathir Mohamad.

mca agm 2005 opening 200805 keng yaik and kadirKemudian, menyandang jawatan sebagai menteri penerangan di bawah pimpinan perdana menteri kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Kini Kadir selaku bendahari Umno bahagian Kulim-Bandar Baharu - bahagian yang diwakili sejak lima penggal sebelum menyerahkan kepada adiknya Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir pada pilihan raya umym 2008.
 
Bagaimanapun, Abdul Aziz tewas kepada wakil PKR Datuk Zulkifli Noordin sebelum beliau mengisytihar diri keluar parti dan menjadi ahli parlimen bebas.
Read rest of entry

Tuesday, 23 August 2011

PANAS : DOKTOR SAHKAN SAIFUL KATA OBJEK PLASTIK MASUK DUBUR........ ANWAR MUNGKIN TERLEPAS

Saksi pembelaan kedua, bekas doktor di Hospital Pusrawi Dr Mohamad Osman Abdul Hamid dalam keterangannya berkata Mohd Saiful Bukhari Azlan, pegandu dalam kes liwat yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahunya bahawa objek plastik dimasukkan ke dalam duburnya seperti dinyatakan dalam laporan perubatannya.

dr mohamed osman abdul hamid pusrawi hospital saiful bukhari azlan anwar ibrahim sodomy 2 interview 040908 07Apabila diasak oleh ketua pendakwaan Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, Dr Osman (kanan) bersetuju bahawa Saiful mendakwa beliau diliwat oleh seorang VIP tetapi juga mempertahankan kenyataannya bahawa bekas pembantu Anwar itu juga mengakui objek plastik dimasukkan ke duburnya.Beliau merupakan doktor pertama ditemui Saiful pada 28 jun 2008.
 
Saksi yang berasal dari Myanmar dan mendapat pendidikan perubatannya dari Universiti Yangon berulang-kali menafikan cadangan oleh Peguam Cara Negara II itu bahawa beliau tidak menulis plastik dimasukkan ke dubur selepas pemeriksaan dijalankan.

Jelasnya, Saiful datang ke Pusrawi pada 28 Jun, 2008 dan mengadu kesakitan di duburnya.

Selepas menjalankan pemeriksaan, beliau dapati tiada kesan koyakan atau berdarah di kawasan berkenaan dan ketika itu Saiful memberitahu dia diliwat dengan objek plastik dimasukkan ke duburnya.

Hospital Pusrawi Emergency ward 280708.jpg"Saya ada catatkan ini selepas Saiful beritahu saya selepas pemeriksaan dijalankan dan ada masukkan sebuah protoskop," katanya.

Menjawap soalan Yusof, Osman berkata memasukkan plastik bukan meliwat. Beliau juga menafikan bahawa nota perubatan itu ditambah kemudiannya.

Yusof: Nota (mengenai objek plastik berkenaan) dicatatkan kemudian?

Osman: Nota ditambah selepas pasca pemeriksaan.

Yusof: Saya andaikan dia tidak kata sebarang plastik.

Osman: Dia (Saiful) ada beritahu saya.

Karpal, dalam pemeriksaan balas, kemudian bertanya sama ada nota dicatakan pada hari selepasnya. Osman bagaimanapun menafikannya dan berkata ia dicatatkan pada hari yang sama.
Read rest of entry

KONSPIRASI NAJIB UNTUK JATUHKAN SAYA : ANWAR

KUALA LUMPUR, 22 Ogos: "Semua proses ini tiada apa-apa melainkan satu konspirasi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menyekat aktiviti politik saya dengan sekali lagi cuba memenjarakan saya.

"Oleh itu, saya mengisytiharkan tidak ada kepercayaan langsung terhadap apa saja keputusan mahkamah ini walaupun usaha terbaik telah dibuat oleh para peguam saya."
(Anwar dengan ditemani isteri dan anaknya di mahkamah tinggi hari ini)



Inilah kesimpulan yang dibuat oleh Datuk Seri Anwar dalam kenyataannya di mahkamah tinggi Kuala Lumpur hari ini bagi membela diri beliau.

Anwar menegaskan sekali lagi, ini bukannya perbicaraan jenayah.

"Ini adalah pentas kuasa oleh pihak berkuasa yang dikenakan ke atas saya untuk mengekalkan kuasanya," tegas Anwar lagi.

Kenyataan ini, kata Anwar dibuat berdasarkan pengalaman beliau dalam kes ini berdasar-kan bukti-bukti yang beliau ada dan cara pihak pendakwa mengendalikan kes ini.
Pihak pembelaan akan menyampaikan sepina kepada tujuh saksi, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Turut akan disepina adalah bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodhwan Mohd Yusof.

Sebelum ini semasa sesi perjumpaan dengan peguam Anwar, minggu lalu, keempat-kempat mereka tidak mahu ditemubual.

Najib dan Rosmah juga memberitahu peguam yang mewakili ketua pembangkang itu bahawa mereka tidak mahu menjadi saksi pembela.
Bela diri dari kandang tertuduh
Anwar hari ini memilih untuk memberi keterangan membela diri dari kandang tertuduh dengan kenyataannya tidak boleh diperiksa balas oleh pihak pendakwaan.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah sebelum itu memberitahu Anwar, beliau mempunyai tiga pilihan dalam perbicaraan kes liwat ketua pembangkang itu dengan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Tiga pilihan itu adalah pihak pendakwaan boleh menyoal balas beliau; memberi keterangan di kandang tertuduh di mana pihak pendakwaan tidak boleh menyoal balas tertuduh tetapi semasa membuat keputusan mahkamah boleh mengambil kira fakta yang pihak pendakwaan tidak memeriksa balas tertuduh; atau memilih untuk berdiam diri, iaitu tidak memberi sebarang keterangan.

Walaupun Anwar memilih memberi keterangan dari kandang tertuduh, dia masih duduk di atas bangku peguam yang mempunyai kelengkapan sebuah mikrofon, lapor Malaysiakini.

Menurut Hakim Zabidin walaupun tertuduh duduk di kalangan peguamnya, tindakan itu masih dianggap sebagai kenyataan daripada kandang (dok).

Jika Anwar memilih memberi keterangan dari kandang saksi, beliau boleh disoal-balas oleh pihak pendakwaan dan keterangan itu dianggap lebih berwibawa.

Pada kes perbicaraan kes salah guna kuasa dan liwat pertama yang dihadapinya 10 tahun lalu, Anwar membela diri dari kandang saksi.

Pada 16 Mei lalu, Anwar diperintah membela diri selepas, Hakim Zabidin memutuskan Mohd Saiful, pengadu dalam kes liwat itu, adalah bercakap benar dan seorang saksi berwibawa.

Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008, terhadap pertuduhan melakukkan seks di luar tabii di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Jika disabitkan kesalahan, beliau boleh dikenakan hukumaan penjara sehingga 20 tahun dan disebat.

www.harakahdaily.net
Read rest of entry

TERKINI : SAH SI SAIFUL MENIPU...........

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan beliau melakukan seks dengan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

"Saya secara mutlak menafikan dakwaan terhadap saya. Saya ingin menyatakan bahawa dengan sejelas-jelasnya bahawa saya tidak pernah mempunyai hubungan seksual dengan pengadu Mohd Saiful. Dakwaannya penipuan secara terang-terangan dan kejam dan akan dibuktikan sedemikian,” kata Anwar.

Anwar, 64, yang membacakan kenyataan 32 muka dari kandang tertuduh, berkata tiada keterangan mengenai sebarang percubaannya untuk menyelak pintu unit kondomominium itu dari dalam.

Beliau berkata, berdasarkan testimoni Mohd Saiful, pengadu mempunyai kesempatan meninggalkan bilik itu tetapi beliau tidak berbuat demikian.

"Pengadu mempunyai peluang terbuka luas untuk lari tetapi beliau tidak berbuat demikian. Alasannya bahawa beliau terpaku ketakutan,” kata Anwar.

Anwar, yang membaca kenyataan itu hampir dua jam berkata, Mohd. Saiful sendiri telah mengaku bahawa beliau telah membawa bersama pelincir dan telah bersedia secara sukarela.

Selepas aksi yang didakwa, tertuduh menjelaskan mengenai testimoni pengadu bahawa Mohd Saiful telah minum dan berbual mesra dengannya.

Anwar berkata, tiada percubaan dibuat untuk mendapatkan rawatan dengan segera.

NONEMohd Saiful juga telah menghadiri satu majlis PKR dan menghadiri perjumpaan Kelab Anwar Ibrahim di rumahnya keesokannya tanpa menunjukkan sebarang tanda ketidakselesaan sama ada dari segi emosi dan fizikal.

Anwar, 63, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008 terhadap tuduhan melakukan hubungan bertentangan hukum alam di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun tahun yang sama.

Pada 16 Mei, Hakim Mohamad Zabidin memerintahkan Anwar untuk membela diri selepas memutuskan bahawa Mohd. Saiful, ialah seorang saksi yang boleh dipercayai dan berwibawa.

- Bernama
Read rest of entry

Sunday, 26 June 2011

ANDA INGIN TAHU SKANDAL NAJIB DI PORT DICKSON....ANWAR DEDAH.... Part 1


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak perdana menteri ekoran kenyataanya bahawa "mencari kebenaran" adalah paling penting untuk menentukan sama ada lelaki dalam video seks adalah Anwar.

NONEMemandangkan pakar asing dilaporkan berkata video - yang menunjukkan pasangan melakukan aksi seks dalam sebuah bilik - 99.99 peratus menyerupai Anwar, maka Datuk Seri Najib Tun Razak telah berkata rakyat boleh menghakimi sendiri ketulenan video tersebut.
 
Anwar berkata Najib dan isterinya, Rosmah Mansor tidak layak bercakap tentang moral, walaupun ketua umum PKR itu tidak menjelaskan secara terperinci mengenainya.

Katanya, beliau telah dicabar untuk mendedahkan apa yang beliau tahu tentang Port Dickson.
Anwar merujuk kepada satu skandal yang didakwa berlaku pada pertengahan tahun 1980-an, ketika berucap dalam ceramah di Pokok Sena, Kedah malam tadi.

Bagaimanapun, kata Anwar, bukan cara beliau untuk mencerca atau memfitnah hanya untuk menang.

Sebaliknya, Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh itu berkata, beliau mahu menang dengan moral yang mantap.

Berucap kepada kira-kira 700 hadirin, Anwar berkata kerajaan Najib tidak memberi respons sewajarnya terhadap semua isu yang dibangkitkan oleh pembangkang.
Read rest of entry

Thursday, 19 May 2011

BODOHNYA AHMAD MASLAN, KUASA POLIS PUN DIPERTIKAI...

PUTRAJAYA 18 Mei – Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa menggunakan kepakaran dari luar negara untuk membuktikan pelaku dalam video seks yang didakwa mirip wajahnya adalah rekaan dan tidak tulen.Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, tindakan itu perlu diambil bagi menyanggah siasatan polis yang mengatakan bahawa video seks tersebut adalah tulen.

Katanya, selagi Anwar enggan berbuat demikian, rakyat akan percaya dakwaan polis yang turut mengaitkan pelaku video seks tersebut adalah tulen.

“Perkara ini sudah menjadi semakin mengelirukan rakyat dan menjadi berita sensasi yang tiada kata muktamad. Ia akan berpanjangan selagi beliau hanya menafikan tanpa berbuat apa-apa seperti menyaman Datuk Eskay atau menyokong penubuhan Suruhanjaya Diraja.

“Kalau macam kes liwat Anwar dahulu ada juga muktamadnya di mahkamah tetapi kes ini macam tergantung pula,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.Beliau mengulas pengesahan polis baru-baru ini bahawa rakaman video seks melibatkan pelaku didakwa mirip Anwar adalah tulen setelah pasukan itu mendapatkan khidmat pakar pengimejan video dari luar negara dipercayai Amerika Syarikat (AS).Ahmad berkata, polis seharusnya mendedahkan pelaku sebenar video seks tersebut kerana kegagalan berbuat demikian mengundang pelbagai persepsi negatif masyarakat terhadap pihak berkuasa.

Katanya, berikutan keengganan polis itu juga menyebabkan sesetengah media dituduh menyebelahi sesuatu pihak dan menyebarkan fitnah walaupun bertindak melaporkan berita secara profesional.“Polis perlu segera dedahkan siapa pelaku video seks itu dan mengambil tindakan undang-undang kerana ini kali kedua polis kata ia tulen tetapi masih berahsia tentang siapa pelakunya.“Yang akan jadi mangsa tuduhan fitnah lagi ialah Utusan Malaysia dan bukannya orang lain. Ia tambah kacau lagi apabila ada pihak sanggup mengadakan demonstrasi di hadapan pejabat Utusan Melayu,” katanya.


(Kenapalah Umno mempunyai seorang Ketua Penerangan yang sebodoh ini, dia ni tak faham ke baru je semalam Timbalan Ketua Polis Negara kata tidak boleh mendedahkan siapakah pelakon video seks yang kontroversi baru-baru ini. Hari ini pula dia paksa pulak Polis untuk dedahkan siapa pelakonnya. Apa kena dengan Ahmad Maslan ni. Beliau tidak puas hati agaknya melainkan Polis umum bahawa Anwar itulah pelakon seks. Nampak dendam kesumat beliau pada Anwar sampai ke lubang cacing ni. Siap nak mempertahankan Utusan lagilah pulak, dah memang keje Utusan adalah untuk Umno jadi apa yang Ahmad Maslan nak menyibuk. Memang Utusanlah punca segala kekacauan dalam dunia media di Malaysia. Cuba Ahmad renungkan, adakah patut Utusan menyiarkan berita ada gerakan nak menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara berdasarkan tulisan dalam blog picisan? Renungkanlah wahai Ahmad Maslan? Kenapalah Najib lantik Ahmad sebagai Ketua Penerangan Umno? Tak lain tak bukan untuk mengimbangi kuasa politik Muhyiddin di Johor walaupun si Ahmad ni takde siapa pun kenal dia sebelum ni)
Read rest of entry

Tuesday, 17 May 2011

ANWAR BERTEMU NAJIB DI LONDON? Siapa Bakal Terkubur, PR atau BN?

Bekas Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Mohd Nazmi Rosli mendakwa percutian Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Indonesia hari ini sebagai sesuatu yang pelik.

Katanya, ini berikutan Ketua Pembangkang itu bercuti bersama Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shahrin atau Chegubard dan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin, bukan bersama isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail atau keluarganya.
 
Sementara itu, Shamsul Iskandar ketika dihubungi mengesahkan beliau akan menemui Anwar di luar negara hari ini, tetapi menafikan pertemuan itu akan diadakan di Jakarta.

“Siapa pula yang membuat cerita fitnah tu (memujuk Chegubard). Memang betul saya sekarang berada dalam kapal terbang untuk ke luar negara. Anwar akan menyusul esok (hari ini), tetapi bukan ke Jakarta. Saya juga tidak tahu sama ada Chegubard akan ikut serta atau tidak (dalam percutian),” katanya.
Read rest of entry

Monday, 16 May 2011

"BERSABARLAH ANWAR..." Pesan Tok Guru NIk Aziz

   

“Saya nasihatkan supaya DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) banyakkan bersabar, kezaliman akan kalah jua akhirnya,” ujar Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memerintahkan Anwar membela diri terhadap pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

“Saya diberitahu tentang keputusan mahkamah yang memerintahkan DSAI membela diri dalam kes liwat II.

“Nampak sangat bahawa DSAI cuba disabitkan bersalah dalam apa jua keadaan sekalipun,” tulis Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan di laman twitter.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata, berdasarkan bukti beliau mendapati ada kes prima facie sekaligus mengarahkan Anwar yang juga Ketua Pembangkang membela diri.

Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari, 25, di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Peguam bela utama Karpal Singh dalam hujahnya sebelum ini juga berkata pihak pendakwa telah gagal membuktikan wujudnya kes prima facie terhadap Anwar dan oleh itu, tertuduh patut dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan tanpa perlu dipanggil membela diri.

Katanya, saksi utama Mohd Saiful telah berbohong dalam laporan polis yang dibuatnya pada 28 Jun, 2008 bahawa kononnya aksi itu berlaku tanpa kerelaannya.
Read rest of entry

ANWAR DI ARAH BELA DIRI. SELEPAS ITU KE SG.BULOH? Berbaloikah..........

Selepas 59 hari kes liwat 2 didengar di mahkamah, Hakim Zabidin Mohd Diah mendapati terdapat prima facie terhadap tuduhan kepada Anwar dan Ketua Pembangkang itu di arah membela diri. Keputusan ini memang dijangkakan dari awal lagi.

Anwar, 64, dituduh meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan, 25 di Kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008.

Jika didapati bersalah di bawah Seksyen 377B penal kod, Anwar boleh djatuhkan hukuman penjara tidak kurang dari 5 tahun dan maksima 20 tahun.

...............................................

KUALA LUMPUR, 16 Mei: Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu membela diri terhadap tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata, berdasarkan bukti beliau mendapati ada kes prima facie sekaligus mengarahkan Anwar yang juga Ketua Pembangkang membela diri.

Bagaimanapun perbicaraan ditangguhkan seketika sebelum menentukan tarikh untuk Anwar berbuat demikian.

Anwar berkemeja putih berkot, dilihat tiba di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini kira-kira jam 8.45 pagi.

Beliau diiringi isteri, Datin Sri Wan Azizah Wan Ismail serta anak sulungnya, Nurul Izzah.

Antara pimpinan yang turut hadir termasuklah Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, Naib Presiden PKR Tian Chua, Exco Selangor Ronnie Liu dan barisan pimpinan Angkatan Muda Keadilan.

Sementara itu, hampir 500 penyokong termasuk petugas media berkumpul di perkarangan mahkamah sejak awal pagi.

Mereka membuat gimik menarik orang ramai berkumpul dengan bersarapan nasi lemak beralaskan akhbar Umno, Utusan Malaysia - antara akhbar yang kuat dikecam PKR - ekoran sikap akhbar itu yang sering menjadikan Anwar sebagai sasaran penghinaan.

Sebelum ini, pihak pendakwa memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa profil DNA “lelaki Y” yang ditemui di dalam dubur pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah milik Ketua Pembangkang itu.

Beberapa kain rentang turut direntangkan menuntut Anwar dibebaskan di samping laungan "bebas Anwar".

Laungan "mana Saiful Bukhari" juga kedengaran ekoran Mohd Saiful tidak kelihatan hadir hari ini.

Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari, 25, di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Peguam bela utama Karpal Singh dalam hujahnya sebelum ini juga berkata pihak pendakwa telah gagal membuktikan wujudnya kes prima facie terhadap Anwar dan oleh itu, tertuduh patut dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan tanpa perlu dipanggil membela diri.

Katanya saksi utama Mohd Saiful telah berbohong dalam laporan polis yang dibuatnya pada 28 Jun, 2008 bahawa kononnya aksi itu berlaku tanpa kerelaannya.
Read rest of entry

Tuesday, 10 May 2011

"PANDI KUTTY" IALAH FITNAH UTUSAN PADA ANWAR. TAKTIK KOTOR UMNO

Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi didakwa difitnah apabila dituduh menggunakan perkataan kesat “pandi kutty' terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada satu ceramah di Klang Sabtu lalu.

TV Selangor yang merakamkan ceramah penuh itu dalam laporannya hari ini berkata pita mereka langsung tidak menunjukkan Anwar menghamburkan perkataan kesat itu terhadap Najib.

anwar speech at mpaj 050511 05Sebaliknya, pada ceramah itu Anwar membidas Najib dan taktik kotor politik yang digunakan Umno untuk menjatuhkan beliau.

Katanya, Umno-BN sebagai parti terdesak yang menggunakan video lucah untuk mengaibkannya.

Berikut adalah petikan ucapan Anwar yang dimaksudkan di Dewan Hamzah Klang itu apabila perkataan pandi kutty disebut:

"Maknanya kalau kita lawan dengan parti yang terdesak, mereka menjurus ke arah perbuatan terdesak termasuk video. Azizah kata sekarang jangan makan banyak sebab nanti sama dengan dalam video. Ini betul-betul "pandi kutti."


Pada ceramah itu juga, Anwar berkata perkataan pandi kutty mungkin dianggap kasar namun mengingatkan hadirin di ceramah bahawa tidak ada dalam mana-mana budaya di dunia ini menggunakan taktik-taktik kotor seperti video lucah untuk menjatuhkan pemimpin politik.

"Ada orang kata Anwar cakap kasar. Macam mana tidak kasar. Ini kerja gila. Anda tahu sejarah India, Cina, Melayu, Arab, adakah anda lawan politik begitu kotor macam Datuk Najib buat? Tidak ada,” kata Anwar pada ceramah itu.

Utusan Malaysia hari ini menyiarkan muka depan komen juak-juak Umno yang membidas Anwar, kerana kononnya menggunakan ungkapan pandi kutty terhadap Perdana Menteri .

NONEMalah, akhbar milik Umno itu mencetak reaksi lucah seperti pemimpin Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) Hamidzun Khairuddin yang berkata Anwar mengalami “sindrom pra-haid (PMS), kesan daripada kes liwat dan video seks yang sedang dihadapinya.”

Hamidzun seperti pemimpin-pemimpin Umno yang lain termasuk Khairy Jamaluddin, Ibrahim Ali dan Mohammad Ezam Mohd Noor membidas Anwar hanya berasaskan laporan Utusan, tanpa mengesahkan kesahihan komen Anwar itu.

Utusan Malaysia sebelum ini diselar pelbagai pihak kerana kerap menyiarkan berita fitnah termasuk isu video lucah untuk mengaibkan Anwar.

Sabtu lalu, akhbar itu mendakwa golongan paderi bersekongkol dengan DAP untuk menjadikan Kristian agama rasmi negara ini.

Mengulas isu yang sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam laporan Bernama, berkata kata-kata kesat yang dilemparkan itu tidak menjejaskan waktu tidur beliau.

"Ini tak menyebabkan saya tak tidur jendera (lena) waktu malam kerana dia (Anwar) buat sebutan sebegitu sebab saya yakin rakyat boleh menilai perbuatan yang dilakukan oleh pemimpin sepertinya," katanya.

Bernama juga melaporkan Najib berkata ketua umum PKR itu sebagai sudah terjebak mengamalkan politik tidak beretika dan yakin rakyat boleh menilai sikap sebenar Anwar.
Read rest of entry

Wednesday, 4 May 2011

SUMPAH SALAH...! SUMPAH JUNJUNG AL-QURAN TAPI HUKUM DALAM AL-QURAN TIDAK DIPAKAI. Boleh Jawab Ke Eskay Ni? JAKIM Tolonglah Buat Skrip.......

Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang menegaskan tindakan ahli perniagaan Datuk Sahzryl Eskay Abdullah mengambil sumpah laknat mengenai video lucah yang ditayangkannya baru-baru ini tidak berlandaskan hukum Islam dan al-Quran, lapor TV Selangor

“Mereka telah melakukan sumpah yang salah. Sumpah pakai al-Quran, tetapi hukum di dalam al-Quran tidak dipakai.

“Mengapa bersumpah al-Quran digunakan tetapi hukum tidak dipakai? Biar dia jawab,” kata Hadi selepas mesyuarat pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.

“Kalau sumpah, mesti pakai hukum yang ada dalam itu (al-Quran). Mengikut Islam tidak cukup menggunakan kitab tetapi mesti memakai hukumnya. Ini sumpah pakai Kitab tetapi tidak digunakan hukum dalamnya,” tambah beliau.

NONEJelas Hadi, Shazryl hanya menggunakan al-Quran sebagai syarat supaya membolehkan beliau melafaz sumpah berkenaan namun ahli perniagaan itu tidak menmatuhi syiar Islam yang ditetapkan.

Eskay melafazkan sumpah laknat itu setelah beliau memegang al-Quaran terbalik sebelum diperbetulkan oleh seorang penceramah bebas.

Beliau mengambil sumpah laknat bahawa Anwar adalah pelaku dalam video seks yang disebarkan sejak 21 Mac.

Beberapa tokoh agama termasuk mufti Perak dan Selangor sebelum ini bersetuju isu berkenaan harus ditangani mengikut hukum qazaf yang dipersetujui oleh Anwar.

Anwar menafikan bahawa beliau ada pelaku dalam video itu dan menegaskan Eskay dan gandingan Datuk T bersekongkol dengan Umno dan polis untuk menjatuhkannya menjelang pilihan raya umum akan datang.

Pada sidang akhbar berkenaan, Anwar ditanya mengenai dakwaan bahawa sayap pemuda PKR membuat kecoh di dalam Masjid Amru al-Asr Bandar Baru Sentul untuk menghalang Eskay mengambil sumpah laknat.

Anggota Angkatan Muda Keadilan telah mendesak supaya sumpah laknat yang dibawa oleh Eskay itu diputuskan menerusi hukum qazaf.

NONEAnwar berkata Eskay dan dua rakannya – bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari PERKASA Datuk Shuib Lazim telah mencemar Islam dan masjid dengan perbuatan yang membelakangkan syarak agama.

"Hanya angkat kitab tapi tidak menuruti hukum. Siapa yang mencemarkan masjid… (mereka) menggunakan Quran tapi tidak mengamalkan," kata beliau
Read rest of entry

Tuesday, 3 May 2011

DULU UMMI,SAIFUL,NALLA,DLL KINI ESKAY PULA UGUT ANWAR....Kerja Jijik Umno Nak Hancurkan Anwar

Hidup atau mati, bebas atau terperanja, Anwar mesti dihalang menduduki Putrajaya dan menjawat jawatan PM. Kenapa ini menjadi taruhan? Najib tak rela dipenjarakan, Hishamuddin,Muhyiddin,Rais dan lain-lain pemimpin Umno dan BN tidak akan sanggup merengkuk dalam penjara di Sg.Buloh. Inilah sebab utama Anwar wajib dimusnahkan.

Mereka bimbang akan dibicarakan secara telus andai Anwar sudah menjadi PM. Sebab itulah dengan menggunakan helah yang paling mengaibkan mereka pasti akan menggunakannya. Takkanlah Najib nak jadi Ketua Pembangkang di Parlimen....memalukan jika ianya benar-benar berlaku. Anwar pasti dihapuskan terlebih dahulu supaya Najib dan kroni hidup bebas di Malaysia ini.

Manakala semua kroni mereka juga akan mati kelaparan kerana semua projek dan tender yang disebabkan dasar kronisme ditarik semula. Ketua kampung yang dilantik BN atas nama Persekutuan juga akan dibubarkan ,maka akan hilanglah mata pencarian Ketua Kampung ini, Menteri dan Ketua Bahagian Umno pula tidak lagi memperolehi projek secara terus, maka pilihan terbaik ialah meninggalkan Umno dan menyertai PR.

Inilah yang paling Najib takutkan. Paling menggerikan ialah hidup dikelilingi sel batu di Sg.Buloh. Ayuh rakyat Malaysia, bangunlah, selamatkanlah Malaysia.

....................................................................................................................................................................

Masa depan politik Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka bertambah kelam, kerana satu lagi pendedahan menggemparkan negara akan dilakukan bekas rakan baiknya, Datuk Shazryl Eskay Abdullah, minggu depan.
Menurut Shazryl Eskay, pendedahan itu kelak, mempunyai implikasi yang jauh lebih besar berbanding rakaman video seks yang wajah pelakunya mirip Anwar kerana ia dikatakan melibatkan soal negara.

“Apa yang saya boleh beritahu ia pendedahan yang cukup besar. Implikasinya jauh lebih besar berbanding rakaman video seks Anwar. Perkara ini melibatkan kepentingan negara,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Shazryl Eskay berkata demikian ketika diminta mengesahkan tentang desas-desus bahawa satu lagi pendedahan besar bakal berlaku minggu depan membabitkan Anwar, selepas beliau bertanggungjawab mendedahkan rakaman video seks baru-baru ini.


Read rest of entry

Monday, 2 May 2011

VIDEO LUCAH DIBUAT UMNO DIBANTU SB,KATA AKTIVIS HRP P.UTHAYAKUMAR

Pelaku dalam video seks bukanlah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Setiausaha Agung Parti Hak Asasi Manusia (HRP) P Uthayakumar selepas menonton daripada CD yang diterimanya melalui emel pada 29 April lalu.

Beliau merupakan yang kedua menerima salinan video itu selepas anggota parlimen Kapar S Manikavasagam menemuinya dalam peti surat di pejabatnya minggu lepas.


Uthayakumar sebaliknya perkara bahawa ia merupakan konspirasi politik yang didakwa digerakkan Umno dengan kerjasama polis Cawangan Khas.

Katanya, beliau menerima CD yang merakamkan aksi 22 minit yang ditunjukkan kepada wartawan di Carcosa Sri Negara pada 21 Mac melalui surat melalui penghantaran udara daripada Thailand.

Surat itu menggunakan setem Thailand dan mempunyai cop dipos pada 25 April daripada Songkhla, Thailand.

Beliau berkata menontonnya bersama beberapa aktivis HRP semalam.

"Kami hentikan CD untuk kedudukan strategik, beberapa kali, lihat pada muka pelaku; kami lihat padanya lagi dan lagi. Kami percaya ia bukan beliau (Anwar)," kata Uthayakumar dalam sidang media di pejabatnya di Bangsar, Kuala Lumpur hari ini.

Read rest of entry

Sunday, 1 May 2011

TERKINI : SAH BUKAN ANWAR

Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menegaskan, beliau tidak akan menonton klip video terbaru yang memaparkan imej lebih jelas seorang pelaku seks didakwa mirip wajah suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini tersebar di Internet.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dalam satu sidang akhbar di sini hari ini berkata, tiada keperluan untuknya berbuat demikian kerana yakin pelaku seks dalam rakaman itu bukan suaminya.

‘‘Saya memang pasti, lillahitaala. Itu bukan suami saya,” katanya yang kelihatan tidak senang ketika diajukan pertanyaan berhubung perkembangan terbaru itu.

Ditanya sama ada beliau tidak mempunyai keinginan untuk mendapatkan kepastian dengan menonton sendiri video tersebut, Wan Azizah menegaskan:‘‘Saya tidak mahu tengok, itu haram. Saya tidak mahu, di televisyen pun saya tidak tengok kerana ia tidak baik untuk anak dan cucu saya”.

Dalam sidang akhbar 5 April lalu, Wan Azizah mengakui ada menonton sebahagian rakaman video seks berdurasi 1 minit 47 saat yang dimuat naik kali pertama di Internet awal bulan ini tetapi menafikan lelaki dalam video berkenaan adalah suaminya.

Khamis lalu, rakaman penuh video aksi seks yang dikaitkan Ketua Pembangkang itu sudah dimuat naik ke laman perkongsian video, YouTube dengan memaparkan imej pelaku lebih jelas berbanding visual klip video yang di muat naik sebelum ini.
Read rest of entry

Friday, 29 April 2011

MEMALUKAN...BISKOP GEREJA KATHOLIK KECAM TV3 SIAR FITNAH PORNO



Seorang pemimpin Gereja Katholik membidas TV3 dengan tindakan mereka menyiar potongan dari video seks yang didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar IbrahimTV3.

Biskop Paul Tan, yang juga Presiden Konferens Bikop-biskop Katholik Malaysia, mengecam tindakan itu sebagai sesuatu kebiadaban yang tidak boleh dimaafkan.

Sungguh memalukan.. Bukan Islam pun tahu implikasi buruk yang akan menimpa masyarakat berikutan siaran oleh TV3 itu yang kita tahu adalah Media  yang dikuasai oleh UMNO..

Malangnya umat Islam sendiri bersungguh-sungguh mahu menayangkannya demi untuk menjatuhkan maruah seorang umat Islam hanya kerana dendam yang tak kesudah..



Ketua Gereja Kecam TV3 Kerana Tayangkan Siri Kedua Klip Video Seks

Petaling Jaya: Seorang pemimpin Gereja Katholik membidas TV3 dengan tindakan mereka menyiar potongan dari video seks yang didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di TV3.

Biskop Paul Tan, yang juga Presiden Konferens Bikop-biskop Katholik Malaysia, mengecam tindakan itu sebagai sesuatu kebiadaban yang tidak boleh dimaafkan.

Semalam, stesyen TV yang ada kaitan dengan kerajaan tersebut telah menyairkan potongan dari apa yang disifatkan bahagian kedua video yang didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan wanita dikatakan warga China.

“Dari awal lagi, kita melihat satu sikap yang serba membolehkan telah menjadi ciri kepada sikap pihak berkuasa terhadap episod jijik berkenaan,” kata Tan.

“Sekarang sikap itu menjadi lebih biadab: pemaparan bahan yang keji dan buruk dilkakukan di TV awam untuk ditontoni oleh seluruh rakyat lelaki dan perempuan termasuk kanak-kanak.

“Kebiadaban ini tidak boleh dimaafkan dimana kelemahan pihak berkuasa yang tidak bertindak tegas dari untuk menghapuskan ia dari peringkat awal sebagai satu kesilapan yang amat besar.

Tan menggesa pihak berkuasa untuk bertindak tegas dan mengheret mereka yang memiliki dan menayang video seks sebelum “satu kejahatan melahirkan lebih kejahatan lagi selepasnya.”

“Sikap membenarkan tayangan berkenaan, adalah relatifnya merupakan wajah kepada tindakan syaitaniah yang merupakan penyumbang jelas terhadap kerosakan moral yang kita temui di dalam kehidupan.

“Para penjaga undang-undang dan moral (pihak polis) tidak boleh membiarkan penayangan kejahatan yang kurang ajar ini. Mereka perlu bertindak, jika tidak rakyat akan menanggung risikonya,” tegasnya.


Terjemahan oleh Greenboc bersumberkan Malaysiakini
Read rest of entry

POLIS CARI DALANG MUAT NAIK VIDEO SEKS. DUA DISYAKI, DATUK T ATAU POLIS SENDIRI?

Bukit Aman dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sudah memulakan siasatan untuk mengenal pasti dalang yang bertanggungjawab memuat naik video seks yang didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi laman YouTube, kelmarin. 


Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata sehingga kini pihaknya belum mengenal pasti identiti mereka yang terbabit dan proses itu dijangka mengambil masa lama.
“Polis dan SKMM menjalankan siasatan sebaik rakaman itu tersebar di internet dan tidak perlu menunggu laporan polis dibuat,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Kelmarin, bahagian kedua klip video seks hitam putih yang didakwa mirip Ketua Pembangkang itu tersebar menerusi laman video YouTube sehingga menjadi perhatian ramai. 

Klip video selama satu minit 47 saat bertajuk Papa Nurul Izzah Part 2 dimuat naik oleh pemegang akaun YouTube menggunakan nama ‘Wakparjosudorno’ dan dipaparkan menerusi pautan di beberapa laman blog lain sebelum dipadam kira-kira jam 6.30 petang. 

Klip itu adalah susulan klip video pertama bertajuk ‘VTS 010’ yang dimuat naik ke laman sama pada awal bulan ini menggunakan nama ‘thepowercam’. 

Rakaman video itu kali pertama mereka didedahkan pada 21 Mac lalu kepada sekumpulan wakil media oleh tiga individu yang menggelarkan diri mereka 'Datuk T'. Mereka ialah bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik; ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Shuib Lazim. 

Khalid berkata, individu yang bertanggungjawab memuat naik video itu disiasat mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan meminta orang ramai jangan buat spekulasi serta menyerahkannya kepada polis untuk menjalankan siasatan.
Read rest of entry

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online