www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Friday, 29 April 2011

POLIS CARI DALANG MUAT NAIK VIDEO SEKS. DUA DISYAKI, DATUK T ATAU POLIS SENDIRI?

Bukit Aman dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sudah memulakan siasatan untuk mengenal pasti dalang yang bertanggungjawab memuat naik video seks yang didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi laman YouTube, kelmarin. 


Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata sehingga kini pihaknya belum mengenal pasti identiti mereka yang terbabit dan proses itu dijangka mengambil masa lama.
“Polis dan SKMM menjalankan siasatan sebaik rakaman itu tersebar di internet dan tidak perlu menunggu laporan polis dibuat,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Kelmarin, bahagian kedua klip video seks hitam putih yang didakwa mirip Ketua Pembangkang itu tersebar menerusi laman video YouTube sehingga menjadi perhatian ramai. 

Klip video selama satu minit 47 saat bertajuk Papa Nurul Izzah Part 2 dimuat naik oleh pemegang akaun YouTube menggunakan nama ‘Wakparjosudorno’ dan dipaparkan menerusi pautan di beberapa laman blog lain sebelum dipadam kira-kira jam 6.30 petang. 

Klip itu adalah susulan klip video pertama bertajuk ‘VTS 010’ yang dimuat naik ke laman sama pada awal bulan ini menggunakan nama ‘thepowercam’. 

Rakaman video itu kali pertama mereka didedahkan pada 21 Mac lalu kepada sekumpulan wakil media oleh tiga individu yang menggelarkan diri mereka 'Datuk T'. Mereka ialah bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik; ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Shuib Lazim. 

Khalid berkata, individu yang bertanggungjawab memuat naik video itu disiasat mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan meminta orang ramai jangan buat spekulasi serta menyerahkannya kepada polis untuk menjalankan siasatan.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online