www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Monday, 25 April 2011

HARAM : TIDAK ADA POCO-POCO LAGI DI 10 KEM PLKN NEGERI PERAK

Semua 10 kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Perak tidak lagi mengadakan aktiviti senaman poco-poco sebagai menghormati pengharamannya oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata aktiviti itu sebaliknya diganti dengan senaman 'senam seni', iaitu jenis senaman yang biasa dilakukan peserta.

"Manakala kem yang lain di seluruh negara tidak mempunyai masalah dan terpulang kepada komander kem untuk terus mempraktikkan poco-poco dengan diselang-seli senaman senam seni ini," katanya kepada pemberita, di Kota Bharu hari ini.

Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang dipengerusikan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria baru-baru ini mengharamkan tarian senaman itu di negeri tersebut kerana dikatakan bercanggah dengan Islam.

Bagaimanapun Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung isu itu memutuskan masyarakat Islam di negara ini boleh terus mengamalkan tarian poco-poco selagi tidak bertentangan dengan ajaran Islam dan garis panduan Amalan Kebatinan Dalam Persembahan Kesenian Tradisional Masyarakat Melayu 2007.

Sementara itu bermula kemasukan peserta PLKN siri ketiga tahun ini, Abdul Hadi berkata jabatan tersebut akan memperkenalkan kaedah 'i-smart' iaitu mewujudkan kelas khas kepada peserta PLKN yang buta huruf.

"Kelas khas ini kita adakan sebaik tamat sesi latihan pada setiap hari yang kita rasa boleh diadakan pada waktu petang bagi tempoh kelas selama sejam," katanya.

Beliau berkata kelas khas itu akan mendapat kerjasama daripada Jabatan Pelajaran di setiap negeri.

Bagi kemasukan peserta siri kedua pada pertengahan bulan depan, Abdul Hadi berkata seramai 43,000 peserta akan melapor diri.

- Bernama

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 
There was an error in this gadget

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online