www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Thursday, 28 April 2011

PDRM TAK TERLIBAT SEBARKAN BAHAGIAN 2 DALAM YOUTUBE? BOLEH PERCAYA KE? FAKTA:SATU SALINAN ASAL PADA PDRM.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak terlibat dalam penyebaran sebahagian rakaman video seks bahagian kedua yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang di dalam laman sosial YouTube hari ini. Boleh percayakah? Salinan asal hanya ada satu sahaja dan telah diserahkan kepada PDRM sebelum ini? Datuk T ada pendua ke? Atau memang PDRM terlibat?

Sumber menegaskan, pihaknya tidak mempunyai kepentingan dalam isu berkenaan dan justeru tidak munasabah ia dilakukan pasukan tersebut.

"Tidak masuk akal penyebaran (video) itu dilakukan pihak polis kerana pucuk pimpinan sendiri akan dedahkan pelaku seks video itu sekiranya perlu.

"Siasatan rakaman video seks itu melalui beberapa peringkat tetapi dalam pemantauan yang ketat (oleh pucuk pimpinan PDRM)," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Bagaimanapun, usaha wartawan Utusan Malaysia mendapat maklum balas daripada pucuk pimpinan PDRM berhubung penyebaran sebahagian rakaman video seks tersebut hari ini gagal.

Sebahagian lagi rakaman video seks yang didakwa melibatkan seorang pemimpin kanan pembangkang telah dimuat naik ke laman sosial YouTube dan dipaut ke beberapa laman blog hari ini.

Video yang diberi judul Papa Nurul Izzah Part II itu dimuat naik oleh individu yang menggunakan nama samaran 'wakparjosudono'.

Rakaman video seks selama 1 minit 47 saat itu dipercayai sebahagian daripada rakaman selama 20 minit yang didedahkan kepada sekumpulan wartawan di Seri Carcosa baru-baru ini.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 
There was an error in this gadget

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online