www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Tuesday, 26 April 2011

DAP PERALAT CINA TAPI UMNO PERBODOHKAN MELAYU MACAM EZAM...!

Penasihat DAP, Lim Kit Siang dilihat bijak membakar sentimen perkauman Cina demi mendapat sokongan kaum itu dan seterusnya mengekalkan kekuasaan dinasti keluarganya dan parti berkenaan di Pulau Pinang.

Ahli Dewan Negara, Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor berkata, tindakan Kit Siang itu tidak ubah seperti langkah Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew yang berjaya mengekalkan kekuasaan dinasti Lee di republik tersebut.

Di samping itu, katanya, Kit Siang juga akan terus mempergunakan Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi memecahkan undi Melayu yang pastinya akan memberi dividen politik kepada DAP.

"Kit Siang sanggup memperbodohkan kaum Cina jika ia memberi jaminan supaya keluarganya dapat mengekalkan kuasa politik di Pulau Pinang.

"Dia akan membuat apa saja janji yang perlu bagi mengekalkan Pulau Pinang jadi hak milik dinasti keluarga. Kit Siang akan terus membakar sentimen kaum Cina untuk mendapat undi kaum itu," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mohamad Ezam yang juga bekas Ketua Pemuda PKR menambah, Kit Siang kini membakar sentimen kaum Cina dengan membawa slogan 1Cina bagi mencabar konsep 1Malaysia yang diasaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menyatupadukan seluruh masyarakat dalam negara.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 
There was an error in this gadget

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online