www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Tuesday, 26 April 2011

MUHYIDDIN WARNING MCA...! Jangan Boikot Utusan 1Melayu 1Bumi

Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta MCA bersikap rasional berhubung gesaan memboikot akhbar Utusan Malaysia yang mencadangkan gerakan "1Melayu, 1Bumi" kerana hak untuk membacanya atau tidak terpulang kepada rakyat.

Kerajaan tidak boleh menyekat atau menghalang media seperti Utusan Malaysia untuk melaporkan apa-apa perkara yang hendak dilaporkan walaupun ia tidak disenangi oleh pihak lain, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2011 ke-30 di PWTC di Kuala Lumpur Isnin.

 Apa yang penting, kata Timbalan Perdana Menteri, ialah media tidak melanggar batas undang-undang, melaporkan perkara secara bertanggungjawab dan matlamatnya adalah untuk memastikan Malaysia menjadi sebuah negara yang bersatu-padu serta membangun dan bukannya untuk menghancurkan negara.

 "Saya tidak fikir wajar bagi kita untuk katakan jangan baca, hak nak membaca adalah hak individu, kalau dia nak buat (boikot), buatlah, tetapi saya tidak fikir ia akan berkesan, lagi orang kata tak nak baca, lagi orang nak baca.

 "Saya tidak tahu kenapa MCA mencadangkan begitu, adakah kerana dia bimbang sangat dengan perkara-perkara yang ditulis dalam Utusan Malaysia hingga boleh mencetuskan huru-hara," katanya.

Bernama melaporkan mengulas gesaan Timbalan Ketua Publisiti MCA Loh Seng Kok supaya rakyat memulaukan Utusan Malaysia kerana mencadangkan gerakan "1Melayu, 1Bumi" yang dianggap oleh parti itu adalah untuk menghalalkan diskriminasi kaum, Muhyiddin berkata beliau tidak merasakan Utusan Malaysia berniat untuk menghancurkan negara.

 "Kalau dia berbuat demikian, sudah lama tercetus huru-hara dalam negara hanya kerana sebuah surat khabar, kira perlu bersikap rasional," katanya.

 Muhyiddin berkata beliau percaya sebahagian besar rakyat Malaysia, tidak kira Melayu ataupun bukan Melayu, mengetahui peranan dan sejarah akhbar tersebut yang menuntut kemerdekaan, perjuangkan soal kepentingan rakyat dan menyokong usaha untuk memajukan negara.

 "Ramai rakyat daripada keturunan bukan Melayu (tahu) bahawa laporan dalam media bukan Melayu banyak juga menyentuh hal-hal yang agak sensitif, (dan) kalau kita tanya kenapa buat begitu, itu adalah tercerna dari perasaan orang Cina, (dan) India," katanya.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 
There was an error in this gadget

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online