www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Tuesday, 12 April 2011

TERKINI: SAH! TAIB MELARIKAN DIRI.

Sah, Tan Sri Abdul Taib Mahmud melarikan diri  sebentar tadi. Perkara ini amat memeranjatkan PM Najib yang pastinya tidak dapat menghalang pemergian Taib. Pesawat peribadi sentiasa menanti di atas bumbung rumah Taib sejak bermula kempen PRN Sarawak. Taib takut berhadapan dengan rakyat. Taib gementar menjawab soalan wartawan. Taib akhirnya melarikan diri.

Mana dia ulasan pemimpin Umno? Jika Anwar diserang pelbagai sudut tetapi Anwar tidak melarikan diri, tetapi tidak bagi Taib, beliau melarikan diri dari berhadapan wartawan dan media. Kenapa takut berterus-terang? Kenapa takut nak lepaskan jawatan anda?

Taib dengan angkuh berkata, “ Pembangkang tidak boleh perangkap saya. Kita bukan bodoh . Kita akan lakukan dengan cara yang betul,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri satu majlis di sebuah hotel di Kuching.
Malah, ramai wartawan kecewa kerana Taib terus tutup mulut dan beredar tanpa mahu memberi ruang soalan-soalan lain diajukan kepadanya.
Bukan rahsia lagi setelah beliau mengumumkan pelan peralihan kuasa selepas pilihan raya negeri ke 10 bahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga beri jaminan mengenai proses pertukaran pucuk pimpinan Sarawak.
Bagaimanapun, apabila Taib dalam ucapan di Konsert 1 Malaysia di Padang Bandaran Kuching malam tadi menyatakan akan melepaskan jawatan itu ‘beberapa tahun’ lagi, ramai wartawan memburunya pagi ini untuk dapatkan komen lanjut.
Apapun, Taib yang berjumpa dengan sekumpulan media awal pagi tadi juga tidak menyatakan bila akan melepaskan jawatan.
Semalam, Taib berkata beliau akan berundur 'dalam beberapa tahun' meskipun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak mendakwa ketua menteri itu telah bersetuju menyerahkan jawatannya selepas pilihan raya 16 April ini.

Keengganan Taib berundur telah dijadikan modal berkempen kepada pembangkang, di mana pengundi diberitahu bahawa setiap undi kepada BN adalah untuk kepada Taib dan amalan rasuahnya.

Antara dakwaan yang dilemparkan itu termasuk tindakan Taib dan kerajaan BN merampas tanah rakyat untuk keluarganya.

Dakwaan tersebut melibatkan projek kerajaan dan juga persendirian seperti pembinaan empangan hidroelektrik di negeri itu
Hari ini Taib melarikan diri dari wartawan maka tidak mustahilmalam 16 April nanti Taib akan melarikan diri keluar dari Sarawak. Tiada yang mustahil bagi Taib, yang penting beliau dan isteri sert harta bendanya mesti diselamatkan. Rakyat Sarawak, jangan biarkan Taib melarikan begitu sahaja seperti Hosni Mubarak. Awas Taib.....



0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 
There was an error in this gadget

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online