www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Sunday 10 April 2011

KASTAM DIAIB LAGI...TUDUHAN DILINDUNGI KARTEL MACAM SINDIKET DADAH.......Zahrain Biadap & Celupar

Sungguh mengaibkan apabila Kastam dituduh dilindungi "kartel" yang biasanya digunapakai untuk perlindungan sindiket dadah terbesar. Sudahlah Kastam dituduh menggelapkan duit sebanyak RM108 billion kini dituduh pula dilindungi kartel.

Mana nak letak muka Kastam? Disaat masih bersedih di atas kematian pegawainya Ahmad Sharbini kini dituduh dengan pelbagai tuduhan dahsyat pula. Sungguh menyakitkan hati. Kenapa Zahrain yang telah melompat keluar PKR begitu biadap? Apakah bukti yang beliau ada dengan menuduh Kastam sedemikian rupa?

Kesatuan Pegawai Kastam Semenanjung dan Persatuan Pegawai Kanan Kastam, yang menjaga maruah semua pegawai Kastam, sila jawab? Sila pertahankan maruah anda daripada diperkotak-katikkan oleh pencacai upahan Umno ini. Bangkitlah apabila kamu dizalimi, diaibkan dan dipersendakan maruah kamu.

Petikan laporan Bernama, Kementerian Dalam Negeri diminta memberi perlindungan sewajarnya kepada para pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam menjalankan tugas kerana dipercayai terdapat kartel besar di sebalik kegiatan rasuah yang melibatkan kakitangan Kastam Diraja Malaysia.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, secara logiknya pasti terdapat sindiket besar di belakang kegiatan rasuah itu kerana ia melibatkan jumlah wang yang begitu banyak iaitu RM108 bilion setahun.

“Saya khuatir dengan keselamatan pegawai SPRM dan kerana itu saya berharap mereka dapat diberikan perlindungan yang sewajarnya.

“Kita juga sedar terdapat pihak ketiga yang cuba memutarbelitkan usaha SPRM dan mengelirukan rakyat. Mereka mahu menjadi pembela kepada penjenayah rasuah serta sindiket dan bukan pembela kepada pembayar cukai,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau juga yakin masyarakat boleh menilai tentang kebenaran mengenai kes tersebut.

Zahrain menambah, rakyat mengagumi tindakan SPRM yang berjaya membongkar kegiatan rasuah bernilai RM108 bilion itu kerana jumlah wang berkenaan boleh membina beberapa ratus buah sekolah dan hospital.

‘‘Dengan pembongkaran itu, perasuah mula takut dengan SPRM dan kita mohon Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed akan terus bersikap tegas, berani dan tidak bertolak ansur terhadap usaha membanteras rasuah,’’ ujarnya

P/s. Zahrain cuba menangguk di air yang keruh, cuba mencari publisiti seolah-olah menyokong kerajaan pimpinan Umno dengan harapan menjadi calon dalam PRU13, begitu hinanya taktik kamu Zahrain. Ingatlah, semua pegawai kerajaan dan rakyat pasti menghukum kamu.

Kastam boleh menyaman Zahrain jika tuduhan itu dengan niat untuk memalukan serta mengaibkan maruah Kastam. Bertindaklah dengan prosedur perundangan jika anda berada dipihak yang benar.


0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online