www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Sunday 10 April 2011

NOH OMAR, TERSERLAH KEBODOHANNYA MENIPU ORANG SARAWAK....Dato Onn,TAR Mati Diluar Umno,Mahathir Mungkin Juga

Seorang Jawa yang berangan nak jadi MB Selangor menyerlahkan kebodohannya dengan menganggap orang Sarawak seperti jakun. Itulah kebodohan manusia bernama Noh Omar. Dia tuduh PAS macam "Ulamak Ikan" dengan cerita lawaknya. Kemudian kata Noh, seorang pemimpin PAS iaitu Datuk Asri mati dalam Umno. Manusia jenis apa Noh Omar ni? Ingat jakun sangat ke orang Sarawak ni. Ulamak dalam Umno  lagilah teruk dengan mempergunakan agama demi sesuap nasi. Noh ni buta sejarah ke? Atau memang dia tak tahu? Atau dia ni sengaja nak memperbodohkan pengundi Sarawak.

Pengasas Umno sendiri Dato Onn Jaafar, mati dalam Umnokah? Tidak, beliau mati dalam Parti Negara, beliau keluar Umno sebab Umno tak suka dengan idea penggabungannya dengan kaum lain dalam Perikatan/Umno. Tunku Abdul Rahman mati dalam Umnokah? Tidak, dia mati dalam Parti Melayu Semangat 46 kerana beliau tidak percayakan Umno pada masa itu. Mahathir walaupun dia belum mati tapi dia dah keluar Umno, jika dia mati dalam masa terdekat dengan izinNya maka Mahathir akan mati di luar Umno. Noh ni buta hati dan buta matakah? Semua pemimpin Umno dan pengasasnya mati diluar Umno, silap hari bulan si Noh Omar ni pun mati dalam PKR bila PR memerintah Malaysia selepas PRU13 kelak.

Bacalah kisah kebodohan Noh Omar disini, SAMARAHAN 9 April - Pas boleh diibaratkan sebagai 'ulama ikan' yang biasanya hanya akan 'menghalalkan' sesuatu hukum sekiranya ia berpihak kepada parti itu.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Noh Omar berkata, perbuatan itu amat mengecewakan kerana ia mengelirukan masyarakat khususnya yang beragama Islam.

"Suatu hari ada seorang nelayan yang ragu-ragu sama ada ikan besar yang ditangkapnya itu boleh dimakan atau tidak lalu dibawanya berjumpa seorang 'ulama ikan'.

"Setelah merujuk kitab, ulama itu memberitahu nelayan tersebut ia (ikan) tidak boleh dimakan lalu membuatkan nelayan berkenaan bersedih.

"Nelayan tersebut memberitahu dia sedih kerana ingin memberikan separuh daripada tangkapan kepada ulama dan ketika itu ulama itu terus menukar kenyataan mengatakan ikan tersebut halal dimakan, itulah Pas," katanya.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata demikian semasa berucap pada majlis Penyampaian Elaun Sara Hidup kepada 624 nelayan sekitar Asajaya dan Semera, di sini hari ini.

Beliau berkata, analogi 'ulama ikan' amat tepat bagi menggambarkan situasi kerjasama di antara parti yang kononnya memperjuangkan Islam itu dengan DAP.

"Kalau betul, mengapa DAP tidak mahu konsep negara Islam Pas dan harus diingat, salah seorang pemimpin Pas, Datuk Asri meninggal dunia sewaktu beliau telah menyertai UMNO," ujarnya.

P/s. Orang Sarawak, sila ajar Noh Omar ini supaya tidak terus memperbodohkan rakyat Sarawak. Peluang PR menang semakin cerah di Sarawak berdasarkan sambutanyang amat hebat dalam setiap kempen ceramah PR yangtidak pernahberlaku sebelum ini. Syabas rakyat Sarawak, usir semua pemimpin Umno yang menyibuk berkempen padahal parti  mereka sendiripun tidak wujud di sana, dah le calon takde, dok Sarawak dengan menipu sahaja. Nyahkan mereka, Nyap Sayot....

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online