www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Wednesday 13 April 2011

SARAWAK : MELAYU PULA SOKONG PR. Sah Melayu Sarawak Lebih Pandai Dari Melayu Umno

Selepas sokongan yang melimpah ruah daripada pengundi Cina diraih dalam siri kempen awal PR, kini pengundi Melayu pula memberikan impak serta respon yang terbaik untuk menggulingkan Taib. Pengundi Cina harus menjadi pengundi tegar buat PR terutamanya bagi DAP dalam PRN Sarawak kali ini. Jelas penduduk Melayu Sarawak menjadi lebih cerdik daripada Melayu Umno yang bodoh dulu, kini dan selama-lamanya.

PR melalu Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan PR telah menyerbu hampir kesemua kawasan Melayu untuk memantapkan lagi sokongan pengundi Melayu. Jika trend pengundi Cina melanda kepada pengundi Melayu, memang sah Taib akan tersungkur dan BN akan meratap kesedihan kali ini.

Baki tiga hari ini mestilah dipergunakan sepenuhnya oleh pimpinan dan calon-calon PR untuk menggempur pengundi Melayu, Melanau, Iban, Kadazan dan sebagainya. Tsunami politik mengggulingkan Taib sudah semakin jelas di Sarawak. Momentum kebencian kepada Bn mestilah ditingkatkan demi cita-cita menggulingkan rejim Taib dab BN yang telah puas menjarah hasil bumi Sarawak.

PKR yang bertanding di kerusi paling banyak di Sarawak mempunyai jadual waktu yang cukup sibuk, khususnya di 25 kerusi yang kebanyakan pengundinya berbangsa Malay-Melanau.

pkr batu lintang ceramah 120411 anwarBagi mendekati masyarakat tempatan dalam usaha menumbangkan BN Sarawak yang diterajui oleh PBB, tanggungjawab itu diserahkan kepada ketua umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bermula dari kerusi Bengoh, kira-kira 70 kilometer dari barat daya Kuching - yang mempunyai majoriti penduduk Bidayuh, Anwar kemudiannya terpaksa bergegas ke lima kerusi lain sekitar pinggir bandaraya itu. Hanya sebuah, iaitu Batu Lintang adalah merupakan kawasan majoriti pengundi Cina,

Kerusi lain adalah - Demak Laut, Tupong, Satok dan Muara Tuang (di mana PAS bertanding) - adalah kawasan majoriti pengundi Melayu yang terletak dalam lingkungan 40 kilometer dari Kuching.




0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online