www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Wednesday 13 April 2011

KM SARAWAK : TAIB AKAN LARI ? Bukan Anak Sahaja Malah Sesiapa Adun BN Rakyat Tak Mahu...

Tan Sri Abdul Taib Mahmud semakin kepanasan, kemungkinan beliau melarikan diri keluar Sarawak dengan jet eksekutif  adalah dijangkakan. Beliau berkata, tidak mahu anaknya menjadi ketua Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) menggantikannya apabila beliau bersara kelak. Memanglah nama anak dia tidak dicalonkan sebab anak beliau juga akan turut menumpang dalam jet tersebut. Rakyat takkan tertipu dengan sandiwara Taib.

Rakyat tak sudi mana-mana lagi ADUN BN di bawah Taib memerintah Sarawak. Selepas 16 April nanti, PR pasti akan menguasai Sarawak jika kekal dengan momentum tsunami politik Sarawak hari ini. Tiada yang mustahil kerana sejarah di Selangor boleh memberikan pengajaran pahit buat Najib dan Taib. Khir Toyo tersungkur dengan kes rasuah maka Taib juga akan tersungkur ataupun tidak terhempas dari jet eksekutif beliau. Sama-samalah kita saksikan.

Taib berkata, keputusan beliau kekal sebagai Ketua Menteri selepas pilihan raya negeri pada 2006 adalah disebabkan kekalahan SUPP pada beberapa kerusi dan beliau perlu membimbing pemimpin baru untuk mengisi jurang kepimpinan dalam parti.

Ditanya mengenai pencapaian pentadbirannya, Taib berkata: "Saya tidak tahu bagaimana untuk mengukur kejayaan saya. Saya fikir saya berjaya menyatukan semua bangsa untuk bekerja bersama-sama dengan didorong oleh keinginan untuk bergerak ke arah hala tuju yang sama, yang kami panggil "falsafah jalinan kebudayaan"

Taib pun sudah tidak ingat atau beliau sudah nyanyuk sehingga tidak pandai lagi mengukur kejayaan beliau menjarah hasil bumi Sarawak. Berapa ratusan hektar tanah dibolot oleh beliau dan keluarganya, takkan Taib lupa? Jika sudah lupa, maka eloklah kepimpinan PR akan meningatkan sejarah penyelewengan beliau selama berpuluh tahun dalam suatu tribunal jenayah selepas 16 April kelak. Rakyat pasti akan menghukum Taib.


0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online