www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Thursday 14 April 2011

ANWAR JADI PM JIKA TAIB DAN PARTI PBB MASUK PR. 108 vs 106. SEBAB ITU NAJIB TAKUT TAIB. (Siri 1)

Taib memang ditakuti Najib. Taib menjadi faktor sekelip mata bagi Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berjaya ke Putrajaya sebagai Perdana Menteri Malaysia. Sebab itulah Najib dan Muhyiddin sangat berlembut dalam isu penggantian Taib sebagai KM Sarawak. Jika  Taib berpaling tadah maka kerusi Parlimen akan memihak kepada PR dengan jumlah 108 berbanding 106 oleh BN. Walaupun Taib telah menjadi liabiliti kepada Najib dan BN tetapi Najib tidak mampu berbuat apa-apa. Rakyat mahu Taib digantikan serta diumumkan segera nama bakal KM Sarawak yang baru. Tapi Najib kecut perut kerana kuasa sebenar ada pada Taib.

Taib tidak mahu Najib campur tangan dalam urusan pentadbiran negeri Sarawak sebab Najib bukanlah ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).  Najib hanyalah Presiden Umno yang  kebetulan menjadi Pengerusi BN yang juga merupakan sekutu PBB di peringkat pusat. Jika Taib dan PBB tidak masuk dalam komponen BN sudah lama BN tersungkur menyembah bumi.

Oleh sebab itu Taib dan PBB menjadi aset berharga buat BN. Buatlah apa sahaja Taib, nak menjarah hasil bumi Sarawak,jarahlah, nak sapu duit rakyat sapulah, nak kayakan kroni kayakanlah dan buatlah apa sahaja kerana Najib dan Umno tidak ada hak dankuasa di Sarawak. Atas faktor inilah Taib menjadi terlalu berkuasa, tidak ada siapa yang berani melawan beliau.

Tetapi hari ini Taib sungguh terperanjat dengan kebangkitan rakyat Sarawak. Mereka yang selama ini dibuli dan ditipu oleh Taib dan kroninya telah berani bangkit untuk menyatakan kemarahan kepada Taib. Taib kini dalam dilema sama ada ingin berundur ataupun untuk terus berkuasa demi menyelamatkan diri beliau sendiri.

Parlimen Malaysia mempunyai sebanyak 222 kerusi. Setelah peristiwa keluar parti oleh beberapa Ahli Parlimen yang jahat, kerusi yang dimiliki oleh PR ialah sebanyak 77 kerusi sahaja dan BN sebanyak 137 kerusi (termasuk Sabah dan Sarawak) dan 8 kerusi bebas. Sarawak mempunyai 31 kerusi Parlimen dan Sabah 25 kerusi.

Anwar boleh jadi PM jika Taib bersama semua Ahli Parlimen PBB Sarawak dan calon PR yang menang dalam PRN Sarawak 16 April ini, yang semuanya berjumlah 31 kerusi masuk dalam kem PR. Ini akan menjadikan jumlah kerusi PR dalam Parlimen di Dewan Rakyat sebanyak 108 kerusi (77+31=108) dan kerusi BN menjadi 106 kerusi sahaja (137-31=106)  dan bebas 8 kerusi.

Secara automatik PR akan mendapat "simple majoriti", maka Anwar akan menjadi PM setelah menerima perkenan Agong. Perkara ini tidak mustahil sebab Taib sebenarnya sedang mencari tempat selamat untuk bergayut. Terpulang pada Anwar dan kepimpinan PR untuk meletakkan Taib ditempat yang sepatutnya sebagai medan beliau untuk bersara dengan tenang.

Bagaimana nasib Najib dan Muhyiddin bila Anwar jadi PM? Nazri tentu cabut taknak jaga Parlimen lagi? Hishamuddin balik Johor ke? Rais Yatim boleh dihantar ke Kedutaan Indonesia?

Macamana kes Altantunya? Kapal Selam? semuanya menjadi mimpi ngeri buat Najib dan Umno. Siapa pula akan menjadi Kabinet PR? Brsambung..............siri kedua.






0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online