www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Monday 11 April 2011

NAJIB TIPU, TAIB TAKKAN UNDUR. Kena Guna Helah Muhyiddin Gertak Pak Lah

PM Najib sekalu lagi berbohong kepada rakyat Sarawak. Najib kata Taib akan berundur melepaskan kerusi panas Ketua Menteri Sarawak. Mustahil Taib akan berundur selagi BN tidak dikalahkan dalam Pilihanraya Negeri Sarawak kali ini. Mustahil berlaku untuk Taib melepaskan kekuasaan beliau.

Najib hanya berbohong untuk meraih undi simpati orang Sarawak. Najib dan BN sudah terdesak melihat kebanjiran beribu-ribu orang terhadap ceramah anjuran DAP dan PR di Sarawak. Najib terpaksa berjanji bahawa Taib akan letak jawatan tapi bila? Tiada tarikh yang diberi sebab Taib memang takkan letak jawatan.

Mari kita lihat ucapan Perdana Menteri semalam di Sarawak, beliau berharap rakyat bersabar menanti perubahan kempimpinan yang dijanjikan itu tanpa bersikap terburu-buru.

"Jangan bimbang, kita buat perancangan supaya perubahan akan berlaku dalam kepimpinan di negeri Sarawak secara terancang dan teratur.

"Saya sudah runding dengan Ketua Menteri (Tan Sri Abdul Taib Mahmud), memang beliau bersetuju untuk melakukan perubahan kepimpinan di negeri Sarawak.

"Percayalah kepada saya, (tiba) waktu yang sesuai, perkara ini akan kita lakukan," katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), di sini malam Ahad.

Rakyat Sarawak pasti mengajar orang yang suka menipu, Najib dan Taib akan diajar oleh pengundi Sarawak. Orang Sarawak yang berbangsa dayak, melanau, melayu, cina, iban, kadazan sudah semakin cerdik, tidak boleh ditipu oleh Najib dan Taib. Selamatkan Sarawak daripada terus dijarah Taib dan kroninya.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online