www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Sunday, 10 April 2011

5 HARI SARAWAK DIKUASAI PR.....NAJIB KEPANASAN BERKAMPUNG DI SARAWAK. Jika kalah UMNO Akan Masuk Sarawak..AWAS!

Dua pemimpin tertinggi BN di pusat dan negeri iaitu Najib (Razak) dan Taib Mahmud mula khuatir tentang peluang BN untuk mempertahankan majoriti 2/3 BN Sarawak pada Pilihanraya Negeri (PRN) 16 April ini.

Kekhuatiran kedua-dua pemimpin tersebut ada asasnya dengan melihat kepada penerimaan rakyat terhadap kempen PR di seluruh negeri yang masuk hari tiga hari ini. Ceramah-ceramah PR mendapat sambutan luar biasa malah rakyat bukan sahaja datang mendengar ceramah tetapi sanggup menyumbangkan dana untuk membiayai kempen PR.

Selain itu kempen rumah ke rumah dan program ziarah calon dan pemimpin PR ke serata tempat juga menampakkan sesuatu yang luar biasa sejak 3 hari lalu.

Hari ini PR membuat satu kenyataan berani apabila menamakan Pengerusi PKR Sarawak , Baru Bian sebagai Ketua Menteri jika PR menang pada 16 April ini. Tindakan ini dilihat mampu menarik lebih ramai pengundi Cina dan Iban, Dayak dan bangsa bumiputera lain menyokong PR. Namun di kalangan pengundi Melayu dijangkakan pengumuman ini tidak memberikan impak yang besar malah undi mereka makin merosot dengan manipulasi dan fitnah BN yang sudah tentu akan memainkan sentimen agama dan kaum.

BN sudah pasti akan menghentam PR kerana melantik bakal Ketua Menteri bukan dikalangan Melayu/Melanau dan bukan beragama Islam. Kemungkinan besar BN akan memainkan isu ini. Namun begitu dijangkakan isu ini tidak memberikan impak besar kepada pengundi kerana Sarawak sebelum pernah mempunyai Ketua Menteri di kalangan kaum bumiputera bukan Melayu dan bukan beragama Islam iaitu Stephen Kalong Ningkan. http://www.mutaligat.blogspot.com/



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijadualkan ke sarawak sekali lagi malam ini dan akan 'berkampung' di bumi Kenyalang itu sehingga sehari sebelum pilihan raya negeri Sarawak ke-10 berlangsung.

Sebaik sahaja jadual Najib yang juga adalah pengerusi BN disahkan, timbul spekulasi bahawa kemungkin Sarawak akan menyaksikan beberapa kerusi di kubu kuatnya tumbang.

Najib mungkin menjadi perdana menteri pertama yang berkempen sebegitu aktif. Lazimnya, tugas itu diserahkan kepada timbalan perdana menteri manakala perdana menteri sibuk dengan urusan mentadbir negara di Putrajaya.
Sejak mengambil alih tampuk pemerintahan negara pada April 2009, Najib hanya memainkan peranan kecil dalam pilihan raya kecil dan tindakannya kali ini dikata mengejutkan banyak pihak.

Lebih menarik lagi, tahun ini sahaja sudah dua kali beliau melawat Sarawak. Kali pertama pada 19 Mac lalu pada perhimpunan di Serian dan pada 7 April lalu beliau berjalan sekitar bandaraya di Kuching untuk bermesra dengan penduduknya.
Anwar juga di Kuching

Kali ini, tumpuan Najib adalah di bandar-bandar utama – Miri, Sibu dan Kuching – yang sejak beberapa hari lalu menyaksikan ribuan rakyat tertarik kepada ceramah yang dianjurkan oleh Pakatan rakyat.
Kerusi-kerusi di kawasan bandar-bandar utama itu dikatakan sebagai kawasan gelap di mana parti komponen BN, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) menghadapi persaingan sengit.

Najib juga dijadual melawan pekan-pekan kecil seperti Sri Aman, Lubok Antu, Betong, Engkilili, Sebuyau, Sadong Jaya, Bau, Bario, Sungai Baram, Lawas dan Limbang. http://www.malaysiakini.com/

P/s.  Jika Sarawak dikuasai pembangkang, UMNO akan masuk Sarawak.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 
There was an error in this gadget

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online