www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Monday 11 April 2011

HUSAM BELUM LAYAK MENJADI PRESIDEN PAS? PRESIDEN MESTILAH ULAMAK.Sorotan 1.

Bersediakah Husam menjadi Presiden Parti Islam SeMalaysia PAS? Sudah pupuskah golongan ulamak dalam PAS untuk menjadi pemimpin utama? Sudah sampaikah masanya golongan profesional mengambil alih tampuk kepimpinan PAS? Sudah tidak adakah kerjasamakah antara golongan ulamak dan profesional untuk bersama-sama membangunkan PAS sebagai wadah umat Islam masa kini? 

Tapi awas dengan anasir-anasir jahat yang cuba mengharu-birukan kekuatan PAS. PAS sebenarnya berada dalam landasan terbaik untuk bersama menjadi sebahagian kepimpinan di Malaysia.

Blog ini akan cuba mengimbas kembali beberapa siri penulisan sama ada ia ditulis oleh golongan ulama dan profesional. Isu ini pernah menjadi hangat suatu masa dulu. Penulisan yang pro dan kontra adalah perlu untuk anda membuat penilaian yang adil. Sebarang pendapat yang bernas dan jujur adalah dialukan tetapi idea yang merosakkan muzakarah akan dicantas awal supaya tidak merosakkan kemurniaan ilmu.

ULAMA DAN PROFESIONAL – POLEMIK ATAU RAHMAT?

Media arus perdana seolah-olah ‘berpesta’ sejak akhir-akhir ini apabila mereka membuat liputan meluas tentang ‘polemik’ kepimpinan Pas menjelang pemilihan parti pada muktamar Jun ini. Kehangatan ini ditambah lagi dengan penulisan di pelbagai blog yang memberikan pandangan pro dan kontra mengenai pemilihan kepimpinan Pas. Adanya gambaran seolah-olah kepimpinan Pas kini berpecah kepada dua kelompok yang saling bersaing dengan wujudnya ‘team kerajaan Unity’ yang mendokong kepimpinan ulama dan ‘team Erdogan’ yang mahukan merebut dominasi golongan profesional dalam kepimpinan Pas.

Namun saya tidak berminat untuk mengulas lebih lanjut mengenai isu ‘team kerajaan unity’ dan ‘team Erdogan’ kerana ianya telah terlalu banyak di perkatakan oleh pelbagai pihak sejak kebelakangan ini. Namun bagi saya, usaha mewujudnya kelompok dalam Pas adalah perancangan sulit dari luar yang cuba memecahbelahkan perpaduan dan kemantapan yang sedia ada dalam kepimpinan Pas.

Terkini timbul pula perbincangan hangat mengenai kedudukan ulama dan golongan profesional didalam Pas. Timbul perbahasan mengenai siapa yang lebih layak memimpin Pas dari kedua-dua kelompok kepimpinan ini. Ada yang menyatakan ulama lebih layak memimpin Pas sesuai dengan kedudukan dan martabat yang ada pada mereka. Begitu juga ada yang memberi pandangan bahawa institusi ulama didalam Pas mesti diperkasakan dengan lebih mantap lagi sesuai dengan perkembangan politik tanahair terkini.
Bagi saya berbeza pandangan atau pendapat didalam membincangkan persoalan kepimpinan ulama dan profesional tidak menjadi sebarang masalah kerana sejak sekian lama kekuatan Pas adalah terbina dari gabungan kemantapan kedua-dua kelompok ini. Cuma yang amat tidak sihat adalah apabila adanya unsur luar yang cuba mengheret kepimpinan Pas kedalam kancah polemik yang tidak menguntungkan ini.

Bukankah kekuatan Pas selama ini adalah hasil dari gabungan mantap daripada kalangan pimpinan ulama, profesional, intelektual dan para aktivis parti yang sangat dekat dengan rakyat? Malah mereka dipilih untuk memimpin Pas di segenap peringkat sehingga kepad kepimpinan tertinggi melalui pelbagai proses yang paling demokratik dan akhirnya disaring dan diluluskan oleh Majlis Syura' Ulama Pas sendiri.

Apa yang jelas, dari sudut sejarah perjuangan Pas, ia tidak pernah meminggirkan kedua-dua kelompok ini. Malah sejak sekian lama mereka inilah yang menjadi tunjang dan nadi kekuatan Pas. Pemimpin bertaraf ulama amat diperlukan untuk memimpin sebuah parti yang memperjuangkan Islam seperti Pas tetapi pada masa yang sama Pas juga tidak pernah menafikan kebolehan dan kapasiti pemimpin lain yang bukan terdiri dari kalangan ulama.

Justeru itu Pas jauh berbeza daripada organisasi dan parti lain termasuk UMNO kerana Pas adalah ‘terbuka’ dan tidak menetapkan golongan mana berhak menerajui kepimpinan tertinggi sama ada ulama atau professional asalkan ia memenuhi cirri-ciri kepimpinan Islam yang di perjuangkan oleh Pas.

Begitu juga dengan keyakinan rakyat kini untuk berpayung dibawah Pas sebagai wadah alternatif kepada UMNO/BN. Mereka yakin dengan ‘keterbukaan Pas’ yang telah menyediakan kesempatan dan peluang luas untuk mereka merialisasikan cita-cita perjuangan mereka khususnya untuk membela Islam dan menegakkan keadilan untuk semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

Ini ditambah lagi disaat rakyat sedang melalui suatu anjakan perubahan minda dalam menilai cirri-ciri kepimpinan negara. Sokongan yang diterima adalah akibat dari keyakinan rakyat bahawa kepimpinan Pas adalah berwibawa, dan bersih. Lebih membanggakan lagi apabila Pas telah berjaya menawarkan ramai pimpinannya yang berwibawa, berilmu dan bersifat amanah. Malahan kehebatan pimpinan Pas jauh mengatasi pemimpin-pemimpin UMNO/BN yang dinilai rakyat sebagai tidak berwibawa, bergelumang dengan rasuah dan tidak bersih.

Bagi saya sokongan setiap ahli Pas kepada kedua-dua kelompok pemimpin utama parti samada dari kalangan ulama ataupun profesional tidak sesekali akan mewujudkan pengaruh yang berbeza-beza. Malahan setiap ahli Pas mempunyai cita-cita dan matlamat yang sama sesuai dengan perjuangan Pas yang berteraskan Islam dan keadilan sejagat.
Malah hasil tarbiyah berterusan yang ditekankan oleh para ulama Pas selama ini yang menitikberatkan mengenai akhlak, ilmu, ketrampilan sebagai pemimpin Islam, cerdas dan dinamik. Jelas kesan dari pentarbiyahan ini telah menghasilkan kepimpinan Pas yang berkualiti tinggi dipelbagai peringkat. Malahan hampir semuanya pimpinan Pas adalah lulusan universiti dalam dan luar negara. Kebanyakan mereka fasih bertutur dalam bahasa Arab dan Inggeris, berpengalaman luas dalam bidang pentadbiran dan ilmu-ilmu pemerintahan lain.

Begitu juga sumbangan golongan intelek professional didalam Pas. Pimpinan Pas kini kebanyakannya ‘celik IT’ dan mampu menguasai bidang IT, mempunyai bacaan yang luas dan terdedah di peringkat nasional dan internasional. Di samping itu mereka banyak terlibat dengan kerja kemasyarakat dan kemanusiaan seperti membantu umat islam di Palestin, menghantar pasukan perubatan membantu mangsa tsunami, banjir besar, kebakaran, kemarau dan pelbagai misi kemanusiaan lagi di segenap pelusuk negara.

Yang jelas kekuatan Pas pada hari ini adalah lahir melalui gabungan yang wujud diantara para ulama dan profesional. Dengan terlaksananya gabungan mantap ulama dan profesional dalam Pas, tidak ada satu parti politik pun di Malaysia yang boleh menandingi kekuatan PAS. Malahan gabungan kerjasama erat yang wujud inilah yang menjadi ‘ramuan’ utama PAS terus kekal kuat dan dekat dihati rakyat Malaysia sehingga kini.

Jangan disis-siakan pengurbanan besar serta laluan yang telah di buka luas oleh Al Marhum Dato Fadzil Nor, mantan Presiden Pas. Bagi saya al-Marhum adalah sosok peribadi pemimpin yang menguasai konteks, realiti dan cabaran pentas perjuangannya. Gabungan antara ulama dan professional didalam Pas telah berjaya dimantapkan bersesuaian dengan kedudukan dan bidang yang dikuasai oleh masing-masing tanpa sebaran perasaan prasangka buruk.

Inilah intisari kekuatan fikrah al-Marhum yang di bina didalam Pas. Beliau telah mempamerkan penguasaan kepemimpinannya, mempengaruhi setiap tindak rencana politiknya dalam menangani setiap pergolakan politik dan persimpangan getir dalam kesinambungan perjuangan parti. Ketelitian fikrahnya juga dapat saya rasakan sehingga kini. Setiap ahli dan penyokong Pas semestinya berbangga dengan penerokaan Al marhum Dato Fadzil Nor yang telah berjaya memecahkan segala tembok tebal yang terbina sejak sekian lama dan meletakkan Pas terus gah tertegak dan berkembang di bumi Malaysia sehingga kini.



0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online